Friday, April 17, 2009

Memahami Hadhari Dari Perspektif Islam

Oleh: Siti Hajar Nadiah Bt Mohammad

Muqaddimah
Konsep Hadhari merupakan suatu mercu tanda yang amat bermakna dalam usaha membangunkan sebuah Negara maju dan bertamadun dalam kerangka ajaran Islam sebagai agama rasmi Negara. Konsep ini pada asasnya merujuk kepada amalan agama yang menekankan soal ketamadunan, pembangunan dan kemajuan merangkumi aspek rohani, akhlak, fizikal serta material.

Kerajaan perlu menyaru umat Islam yang keliru dan mengabaikan aspek-aspek kemajuan fizikal dan material. Oleh itu, nilai Hadhari perlu ditekankan bagi meletakkan kembali umat Islam pada landasan yang betul mengikut syariat.

Konklusinya, konsep hadhari merupakan lanjutan bagi tradisi amalan agama Islam
Sebagai agama rasmi Negara amat mementingkan pembangunan fizikal dan material sebagai komponen utama dalam kehidupan ummah.

BAB 1. DEFINISI HADHARI
Istilah tamadun berkait rapat dengan kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintah. Selain perkataan tamadun, perkataan hadarah juga digunakan oleh sarjana Islam. Para sarjana Islam sering menggunakan istilah yang mempunyai maksud yang sama dengan pengertian tamadun. Sebagai contoh, Said Hawwa menyatakan bahawa hadharah adalah istilah peradaban manusia yang menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan kemajuan sosio-budaya. Ianya meliputi segala aspek pembangunan yang dicapai oleh sesuatu bangsa dalam segala bidang kehidupan.

Istilah lain yang sinonim maknanya dengan tamadun ialah madaniyah dan thaqafah. Istilah madaniyah menjurus kepada aspek pembangunan fizikal semata-mata. Istilah thaqafah pula lebih merujuk kepada pencapaian umat manusia dalam aspek sosio-budaya.

PENGGUNAAN ISTILAH HADHARI
Penggunaan istilah hadhari menjelaskan dua aspek daripada tamadun iaitu kehidupan yang menetap dan hidup di kota. Jika kita boleh mengaitkan pengertian hadhari dengan kehidupan bersifat hadhari, maka kita dapat menyimpulkan bahawa penghayatan Islam yang sebenar ialah Islam yang membawa kemajuan serta pembanguna sama ada fizikal, mental mahupun spiritual dan bukan sebaliknya. Akhirnya Hadhari itu membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

BAB 2. PERANAN KHALIFAH DAN PENJANAAN HADHARI
Amanah Allah S.W.T kepada manusia dalam menjalankan tugas kekhalifahan adalah mengurus, mentadbir dan memakmurkan dunia. Pengertian Hadhari terletak pada kesanggupan dan keupayaan ummah yang mempunyai kualiti iman serta amal salih untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini sebaik mungkin.
Menurut Al-Quran jatuh bangun tamadun berpunca daripada sikap, tingkah laku dan perbuatan manusia yang mengingkari perintah Allah S.W.T, bertindak sombong, bongkak, takbur, tidak bersyukur serta menentang utusan Allah. Oleh sebab itu, dalam konteks perbincangan hadhari, konsep bersyukur yang sebenarnya mesti dihayati. Ia melibatkan hubunagn dinamik bersyukur kepada Allah dan berterima kasih sesama manusia. Dalam konteks hubungan sesama manusia, ia melambang rasa penghargaan dan nilai kemanusiaan yang tinggi.
Perlaksanaan pemerintahan haruslah saksama dan berdasarkan undang-undang bukannya berdasarkan nafsu dan keinginan individu. Sistem pemerintahan demokrasi dan telus, usaha pembasmian kemiskinan dan pengagihan kekayaaan yang ada harus dijadikan salah satu cirri hadhari. Meskipun demikian, ciri yang tidak kurang pentingnya juga ialah penghayatan yang menyeluruh terhadap ajaran Islam serta pemupukan budaya mencintai ilmu pengetahuan secara berterusan bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Gagasan Hadhari sekurang-kurangnya dibangunkan atas lima tonggak, iaitu ilmu, pembangunan, harta, kesihatan dan perhiasan hidup.

A) ILMU PENGETAHUAN
Asas pembentukan Hadhari adalah ilmu. Ilmu merupakan martabat paling tinggi dalam kehiduapn manusia. Kenyataan ini tidak dapat diubah kerana permulaan wahyu Allah yang diturunkan kepada pesuruh-Nya adalah berkaitan dengan ilmu. Membaca merupakan perantaraan yang membolehkan manusia mencapai darjat kemanusiaan yang sempurna. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa membaca menjadi syarat utama untuk membangunkan peradaban. Semakin luas pembacaaan, semakin tinggilah peradaban.

• Peranan manusia
Khilafah menuntut kebijaksanaan kerana wujudnya hubungan manusia dengan alam. Justeru itu, seseorang khalifah atau pemimpin perlu membimbing orang lain agar mampu mencapai tujuan penciptaannya.

Usaha meluangkan masa menuntut ilmu dianggap sebagai ibadah dan penyelidikan dalam bidang ilmu tanpa rasa jemu dianggap sebagai jihad. Selain itu, Hadith Nabi juga menjelaskan bahawa usaha mengajar ilmu merupakan salah satu cara mendekatkan diri kepada Alah. Oleh yang demikian ilmu dianggap sebagai kunci bagi keimanan.

Allah S.W.T berfirman : Maksudnya:”Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(melanggar perintah)Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Al-Fathir:ayat 28)

• Ilmu dan Agama
Albert Einstein sainstis tersohor abad ke-20 mengakui bahawa bidang ilmu dan agama tidak dapat dipisahkan. Agama dapat menetapkan sesuatu tujuan dan matlamat seseorang, tetapi ia perlu mempelajari ilmu untuk mengetahui cara bagi mencapai matlamat tersebut. Berasaskan dorongan oleh ajaran Islam, suatu peradaban berjaya dibina dalam dua abad pertama Hijriyah yang menghasilkan perubahan pandangan yang dramatik. Peradaban ini lahir daripada konsep pengetahuan yang menyatukan dan menyimbangkan aspek material dengan spiritual.

Beratus cendekiawan Islam berjaya mengintegrasikan bidang-bidang saintifik dengan pimpinan ilmu-ilmu teras agama itu sendiri. Ilmuwan-ilmuwan tersebut ialah Jabir Ibn Hayyan(Kimia), Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi(Matematik), Muhammad Ibn Zakaria al-Razi(Kedoktoran), Ali Ibn ai-Husain al-Masudi(Geologi/Perubatan), Ibn Sina(Perubatan), Ibn Nafis dan sebagainya.

• Bait al-Hikmah
Khalifah al-Ma’mum telah mendirikan Bait al-Hikmah di Baghdad yang berperanan sebagai akademi pendidikan, biro penterjemahan, perpustakaan umum dan pusat kajian ilmu astronomi serta perubatan.

Masjid, madrasah, kota-kota besar umat Islam dijadikan pusat pendidikan yang penting. Kota Basrah memiliki perpustakaan yang serba lengkap pada waktu itu dan golongan cendekiawan yang berkhidmat di situ diberi gaji oleh pemerintah pada waktu itu.

• Kebudayaan
Cordova, Baghdad dan Constantinople merupakan kota Islam yang dikenali sebagai pusat kebudayaaan dunia. Kemegahan kota-kota Islam ketika itu digambarkan olekh ahli sejarah, Ibn Idari dan Muqqari melalui lukisan mereka. Mereka melukis bangunan-bangunan sejarah seperti masjid, istana, ratusan rumah yang indah, perpustakaan serta kedai-kedai buku di Cordova.

• Kota
Kota terpenting di Iraq pada waktu itu ialah baghdad, Basra, Samarra, Mosul manakala di Iran pula kota seperti Qom, Isfahan, Rayy dan Shiraz. Di Sepanyol, kota-kota yang penting pada waktu itu adalah seperti Cordova, Seville, Granada, Toledo, Valencia, Malaga dan Almeria. Di Morocco adalah seperti Fez dan Marrakesh. Turki pula kota-kotanya ialah Tarsus dan Konya.

• Kemahiran dan Ilmu
Dalam membentuk masyarakat Hadhari, generasi muda hari ini perlulah dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Dua perkara utama yang mendasari pemikiran Islam dalam bidang ilmu ialah keupayaan untuk mewujudkan penyesuain antara ilmu moden dengan Islam serta perbincangan tentang “Islamisasi ilmu” itu sendiri.

B) PEMBANGUNAN SEIMBANG
Pembangunan seimbang dan bersifat menyeluruh merupakan asas kedua yang menjadi teras bagi pembentukan Hadhari. Pembangunan yang seimbang yang dimaksudkan mencakupi pelbagai aspek seperti sosial, politik, ekonomi, pertanian, teknologi maklumat dan lain-lain yang menjadi kewajipan bersama masyarakat Islam. Inilah kewajipan yang dinamai sebagai fardhu kifayah.
Masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini ialah mereka masih lagi terperangkap dalam pemikiran lama yang menghalang usaha mereka untuk mencapai kemajuan dan pembangunan yang seimbang. Setiap manusia berperanan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dengan jayanya. Oleh itu prinsip-prinsip yang menjadi landasan utama dalam pembangunan Islam adalah seperti berikut:

• Tauhid
Prinsip ini tidak berkaitan tentang kepercayaan pada keesaan Allah semata-mata. Ia merangkumi pengertian bahawa setiap perkara harus sentiasa dikaitkan dengan keesaan-Nya yang menjadi sumber utama. Keyakinan inilah menjadi faktor penyatuan kehidupan manusia di dunia dan akhirat,

• Rububiyah dan Uluhiyah
Manusia perlu bersyukur di atas segala nikmat yang diberi oleh Allah. Syukur bermaksud menggunakan segala anugerah Allah kepada kita mahupun yang terdapat di bumi. Kurniaan Allah mestilah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

• Khilafah
Amanah ini diberi kepada manusia dan manusia bertanggungjawab ke atas dirinya dan dunia serta memelihara bumi dengan sempurna. Sebagaimana firman Allah: Bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang(untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);dan(pada ketika itu)manusia(dengan persediaan yang ada padanya)sanggp memikulnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi jahil. ” (Al-Ahzab:ayat 72)

• Tazkiyyah(penyucian)
Hubungan antara manusia dengan Tuhan serta alam sekeliling perlulah berasaskan kesucian dan pemeliharaan nilai-nilai agama, akal, jiwa, harta dan kehormatan manusia.

Terdapat juga asas lain yang dikemukakan oleh Islam tentang pembangunan:
• Asas Manfaat
• Usaha Bersama dan Kekeluargaan
• Asas Musyawarah
• Keadilan
• Keseimbangan dalam Kehidupan
• Kesedaran Hukum
• Asas Kepercayaan terhadap Diri Sendiri
• Jihad Fisabillah

C) HARTA KEKAYAAN
Nikmat harta kekayaan yang diberikan kepada manusia juga merupakan amanah dari Allah. Manusia digalakkan mencarinya sebanyak mungkin. Walau bagaimanapun harta kekayaan yang dimaksudkan adalah yang membawa kepada kebaikan ummah. Harta yang dicari perlulah melalui cara yang diharuskan serta halal disisi Allah dan dibelanjakan menurut keperluan selain dikongsi atau disumbangkan kepada golongan yang berhak.

Rasulullah bersabda bahawa harta yang paling baik ialah yang berada pada tangan individu yang baik. Baginda juga menyatakan bahawa orang kaya yang bersyukur adalah lebih baik daripada orang miskin yang bersabar. Harta benda yang dianugerahkan Allah S.W.T kepada manusia merupakan ujian dan cabaran kepada mereka. Harta benda yang boleh dimanfaatkan tetapi dibiarkan atau tidak diusahakan tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadith:”Sesiapa yang memiliki tanah hendaklah diusahakannya(dimanfaatkannya). ”

Harta benda mempunyai nilai sosial dan ia tidak boleh dimiliki oleh oramg yang tidak akan memanfaatkan nilainya. Maksud lain ialah seseorang yang mempunyai hak terhadap hasil usahanya, tidak boleh mengakibatkan kerugian kepada pihak lain. Rezeki atau harta benda yang dikurniakan oleh Allah tidak boleh dimonopoli atau dikuasai oleh seseorang atau satu kelompok sahaja.

D) KESIHATAN
Kewajipan agama dan tanggungjawab melaksanakan urusan tidak mungkin dapat dipikul oleh orang yang sakit dan lemah fizikalnya. Hadith menyatakan bahawa orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah.

Dari perspektif agama, sihat bukan sekadar bebas daripada penyakit atau kecacatan jasmani tetapi juga rohani. Dengan kesihatan, manusia dapat meningkatkan kualiti hidupnya semaksimum yang mungkin dan dapat meningkatkan pengabdiannya kepada Tuhan dan sesama manusia.

Agama amat menekankan kepentingan penjagaan kesihatan dan pencegahan sesuatu penyakit. Apabila ditimpa sesuatu penyakit kita hendaklah segera mengubatinya kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya. Contohnya apabila kita mendengar wabak penyakit di sesuatu tempat, maka kita hendaklah mengelakkan diri daripada menuju ke tempat itu dan jika kita berada di situ kita diingatkan supaya tidak keluar meninggalkannya.

Antara sifat mulia yang disukai Allah ialah menjaga kebersihan dan ia digandingkan dengan taubat. Taubat membentuk kesihatan minda manakala kebersihan lahiriah pula membina kesihatan fizikal.

Firman Allah:Maksudnya: ”Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman. ” (Al-Maidah:ayat 88)

Ayat ini jelas memberikan panduan kepada kita supaya memilih makanan yang halal dan baik sahaja. Apa yang dimaksudkan dengan halal dan baik ialah makanan yang halal dari sudut hukumnya dan baik serta seimbang dari aspek kesihatan.

E) SAINS BIOLOGI
Kesihatan yang baik dapat diporoleh daripada makanan yang seimbang, baik, halal dari segi syariah. Ahli masyarakat juga perlulah berusaha mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang bio-teknologi kerana ia amat penting dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Pengetahuan yang diperoleh akan membantu kita untuk menentukan halal dan haramnya produk-produk pemakanan yang dihasilkan melalui proses bio-teknologi.

Di samping itu, pengetahuan tentang dunia sains biologi ini juga dapat membantu kita memilih makanan yang amat baik untuk kesihatan. Rasulullah S.A.W sentiasa mengingatkan kita hubungan antara keimanan atau agama seseorang dengan kehidupan duniawinya. Kebaikan di dunia ini dan akhirat tidak dapat dicapai tanpa keimanan yang sempurna serta kesihatan yang baik. Keimanan yang sempurna dapat menjauhkan kita daripada hukuman akhirat. Manakala kesihatan yang baik, dapat menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit duniawi.

F) MENIKMATI PERHIASAN HIDUP
Agama Islam tidak pernah menyuruh manusia supaya mengenepikan dan mengabaikan dunia atau memandang perhiasan dunia sebagai sesuatu yang jijik serta diperdaya seseorang oleh syaitan. Sebaliknya Islam menghalalkan perhiasan hidup yang baik, dan mengharamkan pula yang buruk serta kotor.

G) ADAB DAN BUDI
Terdapat pelbagai perkara perkara baik yang diharuskan. Antaranya, makan dan minum, pakaian serta perhiasan, kenderaan, tempat tinggal selain hubungan kelamin yang halal malah juga hiburan, terutama pada hari raya dan dalam sesuatu majlis perkahwinan.

Antara cirri penting bagi masyarakat Hadhari ialah adab dan budi yang tinggi. Masyarakat ini akan menunjukkan akhlak yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka, sama ada ia melibatkan urusan agama, sosial dan ekonomi mahupun keluarga.

Mereka mencintai kebaikan dan sentiasa berpegang teguh pada nilai-nilai yang baik seperti sentiasa hormat-menghormati, bantu-membantu, berkasih sayang sesama mereka, tegur menegur dengan penuh hikmah selain sanggup mengorbankan kepentingan diri demi memenuhi keperluan Muslim yang lain.

H) AQIDAH YANG KUKUH
• Agama
Masyarakat hadhari perlu mempunyai prinsip serta komitment yang utuh terhadap agama yang dianuti. Mereka harus mematuhi segala ajaran agama yang meliputi perintah dan larangan Allah S.W.T. Usaha saling berumba untuk melakukan amalam baik dengan ikhlas amat disanjung tinggi, Agama juga memberi panduan hidup dan mendorong mencapai kejayaan di dunia serta akhirat.

Dalam ibadah ritual, apa yang tergambar dalam batin bukanlah sebagai beban tetapi ia sebenarnya dicetuskan oleh kerinduan untuk sering bertemu dengan Allah. Manusia yang beradab, luhur budi serta tinggi akhlaknya akan sentiasa bermuhasabah mencari kesilapan diri dan sentiasa redha sekiranya ia ditimpa musibah kerana memikirkan hikmah di sebaliknya.

• Ekonomi
Bagi muslim yang patuh pada agamanya dan hidup berpandukan jalan yang benar, mereka mempunyai keinginan untuk mencari kekayaan. Walau bagaimanapun kekayaan yang ingin diperoleh adalah dengan cara yang halal.

Masyarakat hadhari yang baik sentiasa mempamerkan falsafah kehidupan yang mantap dari segi rohani dan jasmani, berdisiplin serta memiliki dedikasi yang tinggi terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan niat yang satu, iaitu ikhlas kepada Allah serta berharap agar Allah sentiasa memberkati rezeki mereka.

• Politik
Bidang politik amat penting untuk membangunkan agama, bangsa dan Negara. Tuntutan ini akan mendorong mereka supaya berani mara ke hadapan, mengharungi arus kemajuan dan kemodenan.

Allah memerintahkan supaya hamba-hamba-Nya memilih pemimpin yang adil untuk mentadbir negara, pemimpin yang tidak akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, keluarga serta kaumnya.

Masyarakat hadhari lebih mengutamakan politik yang berasaskan akhlak mulia, tatasusila yang luhur dan ilmu tentang kehidupan manusia sejagat. Pemilihan pemimpin perlulah dibuat berdasarkan penilaian tentang sikap serta hubungannya dengan Allah S.W.T dan juga manusia.

• Sosial dan Keluarga
Masyarakat hadhari mengamalkan kehidupan sosialnya dengan mengutamakan sesuatu yang baik dan menolak sesuatu yang buruk. Dalam pergaulan sesame manusia, mereka sentiasa mematuhi adab-adabnya, bersopan dan berbudi bahasa selain tidak menyinggung perasaan orang lain.

Masyarakat hadhari menjalin komunikasi yang sihat dan akan sentiasa berbincang serta berunding jika timbul sesuatu persoalan atau permasalahan. Sememangnya budaya dan peradaban boleh berkembang, sesuai dengan pemikiran serta kecenderungan manusia. Namun demikian sempadan yang telah ditentukan garisnya harus diambil kira.

• Keluarga dan Rumahtangga
Keluarga dan rumahtangga merupakan unit negara yang terkecil dan daripada rumahtanggalah bermulanya proses pertama pendidikan. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa merupakan pemimpin dan teladan bagi anak-anak mereka.

Keperibadian anak-anak mencerminkan kemampuan ibu bapa untuk mendisiplinkan serta mendidik anak-anak, Salimg hormat-menghormati merupakan kunci utama bagi kejayaan sebuah institusi keluarga. Ianya mempunyai pengaruh yang besar terhadap struktur atau kedudukan sesebuah masyarakat. Teguh atau runtuhnya sesebuah masyarakat bergantung kepada kukuh atau lemahnya institusi keluarga yang dibina.

Kegagalan dalam menerapkan peraturan akan mengakibatkan kegagalan dalam kehidupan. Tugas memimpin rumahtangga merupakan satu tanggungjawab, begitu juga tugas memimpin bangsa. Sebagaimana dalam hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Setiap orang daripada kamu ialah pemimpin dan masing-masing akan dituntut bertanggungjawab atas kepimpinannya. ” (Hadis riwayat Bukhari dan muslim)

Keluarga menjadi tulang belakang bagi keteguhan sesuatu bangsa. Bagaimana mungkin sesebuah bangsa akan bangkit dan teguh sekiranya anggota masyarakat bangsa tersebut tidak memiliki kemampuan dalam pelbagai bidang.

I) PENDIDIKAN
Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah keluarga termasuklah memberikan pendidikan yang sempurna keoada anak-anak. Selain itu, sesebuah keluarga terutama ketua atau pemimpin perlu memastikan kuasa kepimpinan yang dimiliki digunakan dengan penuh bijaksana berdasarkan perhitungan yang tepat.

J) PERATURAN
Peraturan dan keseimbangan dalam kehidupan keluarga dituntut oleh ajaran agama Islam. Anak-anak merupakan anugerah yang tidak terhingga nilainya dan mereka tidak boleh dianggap sebagai suatu beban.

Mereka tidak mungkin dianggap beban yang berat melainkan jika sesebuah keluarga tidak mampu untuk menentukan peraturan dan keseimbangan dalam kehidupan rumahtangga. Negara dan bangsa tidak akan sejahtera sekiranya anggota keluarga bangsa tersebut tidak menghiraukan keseimbangan dalam kehidupan. Maka, keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam mengecapi kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat.

BAB 3. HADHARI, GLOBALISASI, SAINS DAN TEKNOLOGI

A) HADHARI DAN GLOBALISASI
Cabaran utama globalisasi bagi umat Islam untuk mengambil peluang daripada kesan positif globalisasi dan juga mengekang rempuhan cirri globalisasi yang bersifat negatif.

Umat Islam perlu memberikan tindak balas yang agresif supaya mereka tidak akan terus hanyut dalam arus globalsasi. Jika diteliti masyarakat Timur didapati menjadi pelanggan utama bagi industri-industri hiburan yang memberikan keuntungan yang besar kepada Barat. Melalui cara inilah sebenarnya penyerapan budaya dan nilai-nilai negative melunturkan akhlak, akidah, kesopanan dan kesusilaan.

Negara-negata Barat bijak memanipulasikan politik dan ekonomi mereka untuk menceroboh dunia-dunia Islam dan sekali gus menodai kedaulatan PBB. Oleh itu hanya dengan bersatu padu, umat Islam akan dihormati dan tidak lagi dipandang rendah oleh orang lain, khususnya musuh-mush Islam.

B) SAINS DAN TEKNOLOGI
Penerokaan serta pembangunan sains dan teknologi perlu menjadi agenda utama umat Islam. Ini kerana bidang-bidang sains dan teknologi daripada persenjataan hinggalah bio-industri masih lagi dikuasai oleh orang bukan Islam.

Umat Islam sentiasa ketinggalan kerana mereka tidak memiliki semangat, keinginan dan ketekunan untuk mencapai keunggulan dalam ilmu-ilmu konvensional ini. Negara Islam masih lagi bergantung harap pada Negara barat dari segi produk sains dan teknologi. Oleh itu umat Islam perlu menjadi peserta dalam perbincangan-perbincangan berkaitan dengannya.

Kita perlulah menghasilkan lebih ramai saintis Muslim yang menghasilkan produk sains dan teknologi yang memberikan manfaat kepada manusia, bukannya memudaratkan manusia atau yang mementingkan keuntungan semata-mata.

C) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Bangsa yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ini akan melangkau maju ke hadapan. Penguasaan ilmu dalam bidang lain akan mudah diraih sekiranya bidang ini dikuasai terlebih dahulu, terutamanya dalam era dunia tanpa sempadan dan globalisasi.

Bangsa yang menguasai teknologi akan melonjak ke persada kegemilangan tamadun agung. Begitu juga bangsa yang menguasai ilmu pengetahuan, merka akan dapat menanamkan nilai-nilai positif dalam diri mereka.

D) HADHARI DAN PERLAKSANAANNYA
Langkah membentuk kesejahteraan hidup di dunia juga sebenarnya menyediakan peluang kesejahteraan hidup di akhirat kelak. Malaysia disifatkan sebagai sebuah Negara yang dibina di atas konsep hadhari iaitu Islam. Malaysia telah dibina atas dasar pembinaan bangsa Malaysia serta negara yang bertamadun dan ia berjaya membangun berlandaskan strategi yang kukuh dan berkesan.

Institusi pendidikan Islam membangun dengan pesatnya. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Kolej-kolej Islam, Universiti Islam dan sebagainya telah dibina dengan falsafah penubuhannya bertujuan untuk melahirkan generasi Muslim masa hadapan yang berakhlak, tinggi ilmu serta luhur budinya.

Kita perlu menyediakan asas yang kukuh untuk memastikan bahawa peradaban yang hendak dibina oleh kita ini akan terus kukuh. Asas yang penting dalam pendekatan hadhari ni ialah ilmu-ilmu Islam, sains dan teknologi.

E) CENDEKIAWAN ISLAM
Antara tokoh-tokoh cendekiawan Islam yamg banyal memberi sumbangan kepada masyarakat masing-masing ialah Ibn Rusyd, Al-Farabi, Al-Biruni dan sebagainya. Mereka bukan sahaja memberikan sumbangan kepada masyarakat malah meninggalkan khazanah serta warisan ilmu yang masih digunakan sehingga hari ini.

Al-Biruni sebagai contoh, bukan sahaja menguasai bidang astronomi tetapi turut mahir dalam bidang-bidang yang lain seperti fizik, matematik, perubatan, geologi dan juga bahasa.

F) NEGARA ISLAM
Prinsip toleransi yang dianjurkan oleh Islam dan telah dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintahan Islam semenjak zaman Rasulullah s.a.w. masih lagi dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Prinsip pembangunan secara bersepadu dan menyeluruh sentiasa diamalkan bagi kepentingan Negara. Ini dapat dilihat pada kesungguhan serta kegigihan kerajaan dalam menggubal segala dasar dan melaksanakannya untuk memastikan supaya Negara mencapai taraf Negara perindustrian yang maju.

Selain mengamalkan keadilan, toleransi dan usaha pembangunan yang mampu meningkatkan syiar Islam, Malaysia merupakan Negara Islam contoh yang telah menunjukkan potensi yang amat tinggi untuk muncul sebagai Negara Islam pertama di dunia yang akan mencapai taraf Negara maju.

BAB 4. KEPENTINGAN DIMENSI SPIRITUAL DAN MATERIAL DALAM HADHARI

Keutamaan bagi dimensi material perlu diberi keutamaan dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan Hadhari. Namun demikian aspek spiritual tidak harus diabaikan kerana memang manusia berasal daripada dua unsure ciptaan iaitu material(tanah) dan spiritual(roh).

Mengambil berat terhadap dunia sebagai tempat dimana kita dijadikan khalifah, diperintah untuk beribadah dan untuk memakmurkannya adalah bukti konkrit dari perhatian kepada dimensi material.

Islam tidak pernah melarang pengikutnya untuk bekerja bagi memperoleh dua kebaikan sekaligus duniawi dan ukhrawi. Islam menganggap bekerja untuk menbangunkan dunia sebagai amal soleh, jika didasari niat yang soleh, tidak menzalimi hak orang lain dan tidak meninggalkan peribadatan kepada Allah.

Walau bagaimanapun janganlah jadikan dunia sebagai yang utama dengan mengenepikan kepentingan akhirat. Sebahagian kaum Muslimin ada yang dianugerahi rezeki duniawi terlebih dahulu, kemudian mendapatkan bahagian ukhrawi, sebagaimana diberitakan dalam al-Quran pada firmannya yang bermaksud:

Kerana itulah Allah memberikan pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan. ”

Harta merupan bukti lain dari perhatian Islam kepada keduniaan. Harta tidak dianggap hal yang buruk, tetapi sebalknya ia merupakan nikmat dan kebaikan. Oleh itu, apabila didapatkan dengan cara yang baik(halal), kita mestilah menginfakkannya kepada jalan yang benar, dan tidak dilalaikan dari hak-hak yang berkaitan dengannya. Nabi Muhammad S.A.W telah berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk dan ketakwaan, perlindyngan dari hal yang subahat dan memohon kecukupan. ” (Maksud hadus riwayat muslim)

A) MENIKMATI KURNIAAN KEHIDUPAN
Merasai kenikmatan kehidupan duniawi termasuk salah satu zahiriah material. Allah tidak mengharamkan sesuatu yang baik yang telah diciptakan-Nya untuk manusia.

Muamalah dalam harta merupakan bahagian yang sangat besar dalam fiqh Islam. Ini bertujuan meluruskan interaksi bersandarkan pada asas keadilan, jauh dari kezaliman, penipuan dan sebagainya.

B) PERHATIAN TERHADAP JASMANI
Dimensi material amat penting dan perlu dititikberatkan bersama. Perhatian kepada jasmani dan penjagaan fizikal dari segi kesihatan dan keselamatan, kebersihan dan penampilan, kekuatan dan kelunturan juga perlu diberi perhatian.

KESIMPULAN

Hadhari memberikan penekanan kepada pemerintahan yang adil bukan hanya untuk orang Islam. Keadilan dalam Islam adalah untuk semua, walaupun jua terhadap musuh Islam sendiri.

Konsep Hadhari nasih belum difahami secara menyeluruh oleh masyarakat Islam. Tanpa penjelasan yang mendalam dan bersifat menyeleruh, konsep ini hanya akan menjadi slogan dan retorik semata-mata. Kegagalan politik Islam untuk memberikan alternative bagi perjuangan menegakkan kembali tamadn Islam zaman moden, membolehkan pendekatan hadhari menjadi pemangkin bagi perpaduan di kalangan umat Islam. Oleh itu, konsep Hadhari ini perlu dijelaskan secara menyeluruh dan mendalam.

Ahli Neraka Dan Kesengsaraannya

Oleh: Nur Liyana Bt Mohamad

PENDAHULUAN
Buku ini berjudul ‘AHLI NERAKA DAN KESENGSRAANNYA’ dimana didalamnya berisi hal-hal yang bertalian dengan NERAKA. Terdapat berbagai-bagai kisah tentang neraka, diantaranya ialah nama-nama neraka, pintu-pintu neraka , jambatan diatas neraka, seksaan bagi penghuni neraka dan sebagainya. Buku ini juga memberi banyak maklumat untuk kita serta memberi teladan kepada kita untuk membuat amal.

BAB 1 : ERTI NAAR – NERAKA
Menurut bahasa erti nereka menurut bahasa Al-Quran ialah api yang bernyala-nyala. Menurut istilah pula adalah suatu tempat di ahkirat yang penuh dengan segala seksaan, kesusahan, dan kesengsaraan yang wujudnya berupa api yang bernyala-nyala yang sangat dasyat kepada, orang-orang kafir, orang-orang musyrik orang-orang munafik, orang-orang yang menimbun dosa dan kesalahan, orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, orang-orang yang buruk amal perbuatannya, enggan melaksanakan perintahNYA, bahkan sentiasa melakukan segala apa yang dilarang oleh-NYA. Antara firman-firman Allah yang menunjukan hal ini ialah Surah Al-Baqarah ayat : 39, 81, 217, 257, dan 275, Surah An-Nissa ayat : 145, Surah Yunus ayat: 27, Surah sajadah ayat : 20

NAMA-NAMA NERAKA & SIFAT DAN KEADAAN NERAKA
Al-Quran mengemukakan dengan jelas sekali, bahawa neraka itu mempunyai nama-nama sendiri antaranya ialah neraka Jahanam, neraka Jahim, neraka Hawiyah, Di dalam Al-Quran juga mengisyaratkan tentang sifat dan keadaan neraka. Gambaran Al-Quran mengenai sifat neraka ialah neraka itu apinya yang sangat panas, menyala-nyala dan bergelojak. Selain itu, keadaan neraka yang dikemukakan oleh Al-Quran juga ialah di dalam neraka berisi bermacam-macam aneka yang belum kita lihat dan belum kita saksikan selama di permukaan bumi melintang, pohon neraka, rantai-rantai, pakaian ahli neraka, bahan-bahan bakar, makanan dan minuman ahli neraka.


1. TIGKATAN NERAKA

Di dalam Al-Quran tidak dinyatakan dengan jelas ayat yang mengemukakan beberapa jumlah tngkatan neraka, tetapi jika kita menaliti ayat Al-Quran kita akan jumpai ayat Al-Quran yang mengisyaratkan dengan jelas bahawa neraka itu mempunyai tingkatan iaitu tingkatan paling atas dan tingatan paling bawahAyat Al-Quran yang megisyaratkan tentang hal ini adalah seperti Firman Allah Surah An-Nisaa ayat :145 yang bermaksud ; “ Sesunguhnya orana-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka” Berdasarkan pada ayat ini bahawa neraka itu mempunyai tingktan yang setiap tingkatan akan ditempati ahli –ahli neraka

Tedapat 7 tujuh tingatan iaitu:

- Tigkatan pertama Jahanam: orang-orang mukmin yang melakukan maksiat
- Tingkatan kedua neraka Ladha :orang-orang Yahudi
- Tingkatan ketiga neraka Nuthomah:orang-orang Nashrani
- Tingkatan keempat neraka Saiir: orag-orang Shabin
- Tigkatan kelima neraka Saqar: orang-orang Majusi
- Tingkatan keenam neraka Jahim: orang-orang yang menyembah berhala
- Tingkatan ketujuh neraka Hawiyah : orang-orang munafiq


2. GELOJAK, PANAS DAN NYALA API NERAKA
Al-Quran mengambarkan dengan jelas sekali, bahwa api yang berada didalam neraka untuk menyiksa dan membakar ahli-ahli neraka. Selain itu, api itu bergelojak dengan bebas dan sangat hebat nyalaan apinya serta sangat panas sekali. Api neraka ini juga dapat membakar kulit ahli neraka dan dapat mengelupaskan kepala mereka.

3. PINTU-PINTU NERAKA
Neraka mempunyai pintu-pintu neraka bagi pintu masuk ahli neraka. Ada 7 pintu neraka yang telah di tetapkan oleh Allah kepada mereka


4. JAMBATAN DI ATAS NERAKA
Dalam Al-Quran tidak dikemukan dengan jelas tentang adanya jambatan, iaitu satu jambatan yang sangat lembut dan licin serta sangat tajam yang melintang di atas neraka menuju syurga. Akan tetapi dalam Hadith Nabi ada yang memyebyt dengan jelas tentang hal ini. Manusia-manusia yang sudah mati sejak pertama (ADAM) hungga manusia-manusia yang mati paling akhir pasti akan melintasi jambatan yang gawat dan menakutkan itu

Bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah sudah tentu dapat selamat dan tiada halangan apapun dalam melintasi jambatan yang melintasi jambatan licin dan tajam itu. Tetapi sebaliknya, bagi orang-orang yang celaka pasti akan terjarumus kedalam api neraka. Keadaan jambatan adalah lebih kecil/lembut dari rambut dan kebih tajam dari pedang.

- Golongan pertama seperti kilat yang menyambar
- Golongan kedua seperti angin yang kuat
- Golongan ketiga seperti burung yang terbang dengan cepat
- Golongan keempat seperti larinya kuda pacuan
- Golongan kelima seperti larinya lelaki yang kuat
- Golongan keenam seperti larinya binatang ternak
- Golongan ketujuh seperti lari selama sehari semalam

Sebahagian mereka yang lain melintasi sehingga satu bulan, satu, dua atau tiga tahun. Bahkan ada pula, yang sehingga 25 000 tahun dari tahunn dunia, ada juga yang berlutut. Diriwayatkan bahawa para manusia melintasi jambatan itu dengan dikepung api neraka. Di bawah kaki mereka, diatas kepalanya, sebelah kanan dan kirinya, di muka dan dibelakangnya dikepung dengan api yang bernyala-nyala

5. POHON-POHON NERAKA
Di dalam Al-Quran mengemukakan dengn jelas. Bahawa di dalam neraka terdapat pohon-pohon yang berduri dan pohon-pohon zaqqum, iaitu batang atau byahnya adalah makanan ahli neraka. Pohon zaqqum ini adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Buahnya seperti kepala –kapala syaitan. Allah menjadikan pohon zaqqumu ini adalah sebagai cobaan bagi orang yang zalim, yang akan menjadi penduduk neraka. Di dalam Al-Quran juga menyatakan bahawa pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak berdosa, pohon zaqqum itu merupakan kotoran minyak yang dapat mendidih di dalam perut seperti mendidih air yang sangat panas.

6. RANTAI-RANTAI, CAMBUK-CAMBUK DAN BELENGGU-BELENGGU NERAKA
Rantai-rantai cambuk-cambuk, dan belenggu-belenggu yang disediakan untuk mengajar dan menyiksa orang-orang kafir. Benda- benda ini semua adalah untuk membelit, mengikat serta menteret ahli neraka, di mana rantai-rantai neraka itu panjangnya 70 hasta.

7. AHLI NERAKA DAN KESENGSARAANYA

a)PENGHALUAN AHLI NERAKA KENERAKA
Di dalam satu keteranagan, bahawa pada saat musuh Allah di halau ke neraka, muka-muka mereka menjadi hitam kelam, penglihatannya menjadi kabur hatinya gementar dan mulutnya terkunci

Setibanya mereka pada pintu-pintu neraka, mereka sudah dihadang para malaikat Zabaniyah dengan membawa rantai-rantai, benlengu-benlengu, cambuk-cambuk dari besi. Rantai itu diikatkan pada tangan dan kaki keleher mereka dengan dibelenggu, kumudian merka diseret mukanya dan dilemoarkan kedalam api neraka yang yang bergelojak.

b)KEADAAN AHLI NERAKA
Ahli neraka itu sentiasa diliputi dengan rasa takut dan risau, menyesal, letih dan dahaga dalam keadaan miskin-miskin dan sangat terhina. Mereka yang di dalam neraka melaung-melaung untuk diminta keluar, tetapi dielak dan permintaan mereka di hiraukan. Keadaan mereka kuruss dan luka-luka parah akibat sentuhan api yang bergelojak dan bernyala-nyala serta azab Allah yang sangat pedih

c)PAKAIAN AHLI NERAKA
Mereka di sana hidup dengan penuh kesengsaraan, mereka tidak penah senang dan tidak penah bahagia. Jauh sekali keadaan ahli syuga yang penuh dengan segala nikmat. i Pakaian ahli neraka dari api, apabila mereka memakai pakaian tersebut sudah tentu badan mereka akan terbakar

d)MAKANAN AHLI NERAKA
Mereka di dalam neraka inginkan makanan dan minuman dan sering merasakan dan dahaga. Namun mereka tidak dihidangkan dengan makanan lazat-lazat. Mereka hanya dapat makan pohon yang berduri, air yang sangat panas yang tak pernah sejuk, aur nanah yang menjijikkan yang mengalir dari neraka, air luka-luka ahli neraka yang di azab

e)SIKSAAN AHLI NERAKA
Pertama, orang-orang kafir di neraka akan dikenakan pakaian dari api neraka, kemudian kepalanya dituang dengan air yang sedang mendidih, setelah itu mereka di cambuk dengan besi-besi. Kedua, dimana dahi mereka, lambung dan punggung mereka di pangganag dengan api neraka. Ketiga, lehernya di ikat dengan rantai, mereka di heret dengan sekeras-keras nya dan dilemparkan ke dalam api yang bergelojak panas

KESIMPULANYA
Setelah kita ketahui betapa hebatnya siksaan dan kesengsaraanya yang dialami oleh ahli neraka, maka marilah kita benar-benar menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Sebab hakikat manusia yang yang diciptakan oleh ALLAH yang sebaik bentuk dan rupa, serta mempunyai akal fikiran dan bermacm nikmat. Oleh kerana itu, marilah kita sentiasa berdoa memohon kepada Allah semoga kita diberi kebaikan didunia dan di ahkirat dan kita semua jaga dari bapi neraka

Teladan Hidup Makhluk Bernama Insan

Oleh: Diang Suhaili Bt Muhamad Taib

Pendahuluan
Agama Islam disampaikan oleh Rasulullah S.A.W setelah wahyu pertama diturunkan kepada baginda oleh Allah Subhanahuwataala melalui perantaraan malaikat. Pada zaman tersebut banyak tentangan yang dihadapi oleh baginda dalam perjuangannya menyampaikan Islam. Antara tentangan yang paing besar ialah daripada pak ciknya sendiri, Abu Jahal dan lain-lain.

Kedatangan Islam membawa satu perubahan yang besar yang tidak dapat diterima oleh kaum Quraisy dan kafir. Mereka telah terbiasa dengan ajaran nenek moyang mereka yang tidak bermoral ataupun jahil dalam agama. Mereka dahulunya menyembah berhala, membunuh anak perempuan, memnum arak, berzina bermusuh-musuhan serta membezakan diantara darjat sesama mereka. Segala aktiviti tersebut telah berubah dikala kedatangan Islam yang membawa ajaran tauhid iaitu kepercayaan kepada bahawa tuhan itu satu dan wajib mengikuti arahan Nya dan dlarang sama sekali melanggar arahan Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Sesungguhnya aku diutus ini tidak lain hanyalah untuk menyempurnakan budi pekerti mulia”

Ini membuktikan bahawa penghayatan kepada nilai-nilai Islam terutamanya akhlak dapat membentuk peribadi yang unggul untuk kehidupan yang sejahtera, harmoni serta aman dalam kehidupan masyarakat yang majmuk seperti negara kita Malaysia.

Teladan Hidup Makhluk Bernama Insan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” Surah Al-Ahzab ayat 21

Manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan sebagai khalifah dimuka bumi yang akan mentadbir kehidupan di muka bumi ciptaan Allah S.W.T. Akhlak adalah budipekerti yang ditonjolkan hasil penghayatan Islam dalam diri seseorang. Akhlak terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah.

Akhlak mahmudah

Akhlak mahmudah bermaksud akhlak terpuji yang ditunjukkan sebagai seorang muslim. Jati diri seorang muslim itu terbentuk dari akhlaknya. Dari kecil kita mestilah mendidik anak kita untuk mengaplikasikan akhlak mahmudah dalam kehidupan mereka. Ia meliputi perlakuan dan moral kita. Contoh-contoh akhlak mahmudah ialah seperti sifat-sifat Rasulullah SAW sendiri iaitu siddiq iaitu jujur, amanah, tabligh iaitu menyampaikan dan fatanah.

Kita sebagai manusia biasa mungkin tidak dapat mengapikasikan akhlak tersebut sepenuhnya kerana kita mempunyai nafsu dan lemah dari segi iman. Namun kita mestilah untuk mencuba melakukan akhlak-akhlak tersebut. Misalnya dalam menjadi orang yang penyabar, jika terdapat orang yang menganiya kita, kita mestila bersabar dan jangan membalas perbuatan jahat tersebut dengan perlakuan yang sam kerana ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah, malah merumitkannya lagi.

Seperti yang kita ketahui, Rasulullah banyak meghadapi tentangan sewaktu usahanya dalam menyampaikan Islam. Baginda juga pernah dihina sebagai orang gila oleh kaum quraisy dan kafir namun hasil kesabaran yang tinggi baginda tidak pernah menggunakan kelebihan yang diperoleh dari Allah untuk membalas sikap kaum tersebut. Bahkan Islam dapat tersebar luas hasil kesabaran baginda.

Akhlak mazmumah

Akhlak mazmumah adalah akhlak yang dibenci oleh Allah. Sikap ini banyak menyusahkan kita sebagai manusia. Contoh akhlak mazmumah ialah, suka mencaci orang, suka menfitnah orang, mengumpat dan lain-lain. Akhlak ini mestilah di jauhi agar kita sentiasa berada di bawah keredaan Allah.

Akhlak terbahagi kepada empat skop iaitu akhlak manusia kepada Allah, akhlak manusia kepada Rasulullah, akhlak manusia sesama manusia dan akhlak dengan alam.

Akhlak manusia kepada Allah S.W.T

Akhlak kepada Allah adalah dimana kita sebagai manusia wajib beriman kepadaNya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain diatas muka bumi ini kerana Dialah pencipta kita. Kita mestilah cinta kepadaNya melebihi cinta kita kepada yang lain contohnya ibu-bapa dan rakan-rakan. Kepatuhan kita terhadapNya menjadi pengukur kepada kita di akhirat nanti. Rasulullah amat patuh kepada Allah. Ini dapat kita lihat dalam usahanya menyampaikan Islam. Walaupun diri baginda di caci dan di hina kewajipan terhadap Allah tetap dijalankan.

Kita juga di tuntut untuk bertaubat kepada Allah kerana kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ini adalah salah satu akhlak kita kepada Allah supaya kta tidak jauh dari rahmatNya. Antara ibadat yang boeh mendekatkan kita kepada Allah ialah dengan sentiasa bersolat di awal waktu, bebanyak berzikir atau mengingati Allah, berpuasa dan memenuhi segala surahan Nya. Ini akan menjadikan kita sebagai hamba yang bertakwa kepadaNya.

Akhlak manusia kepada Rasulullah S.A.W

Akhlak manusia kepada Rasulullah adalah yang kedua utama, oleh itu kita mestilah beriman kepada baginda dan mempercayai bahawa baginda adalah utusan Allah S.W.T dimuka bumi ini.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, “Tidak beriman salah seorang diantara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Akhlak manusia kepada Rasulullah pula ialah kita wajib mengikuti segala ajaran yang disampaikan oleh baginda. Sebagai tanda mengingati baginda kita mestilah selalu berselawat ke atas baginda bagi mengenang jasa baginda yang teramat mendalam terhadap setiap umat di dunia. Sedangkan sewaktu kewafatn baginda, baginda masih mengingati umatnya dengan sentiasa menyebut, “ummati, ummati”. Begitu luhur hati baginda terhadap umatnya, jadi kita sebagai umat yang patuh mestilah sentiasa mengingati baginda.

Akhlak manusia sesama manusia

Akhlak Rasulullah tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun, baginda adalah seorang yang sangat penyabar dan baik hati kepada sesiapapun tanpa mengira status, darjat serta pangkat seseorang itu. Namun kita sebagai umatnya mestilah berusaha kearah akhlak seperti yang ditonjolkan oleh Rasulullah agar kita mendapat keberkatan didunia dan diakhirat.

Antara akhlak baginda yang dapat kita contohi adalah menyantuni anak yatim. Baginda amat menyayangi anak yatim seperti anaknya sendiri. Ini tidak dapat kita lihat pada zaman sekarang kerana, banyak kes yang berlaku di atas penganiyaan kepada anak yatim di mana ada dikalangan manusia mengambil kesempatan di atas kelemahan anak yatim yang tidak mempunyai tempat untuk bergantung. Sikap Rasulullah ini mestilah di ambil pedoman agar kita tidak lari daripada syariat Islam yang di tetapkan kerana memakan harta anak yatim adalah berdosa besar hukumnya disisi Islam.

Selain itu Rasulullah juga menuntut kita agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Ibu bapa adalah insan pertama yang kita kenali kerana merekalah yang telah mengasuh, mendidik dan mengajar kita semenjak kita kecil lagi. Jasa mereka tidak dapat dibalas walau dengan wang ringgit sekalipun.

Ibn Mas’ud salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada baginda: “Amal apakah yang paling dicintai Allah?”Tanya Ibn Mas’ud. Jawab baginda “Yaitu mengerjakan soat pada waktunya” Kemudian apalagi Ya Rasulullah? Tanya Ibn Mas’ud. “Berbakti kepada dua orang tua”. Kemudian apalagi? Tanya Ibn Mas’ud. Baginda menjawab “ Berjihad di jalan Allah. Hadith riwayat Bukhari &Muslim

Ini membuktikan bahawa berbakti kepada kedua ibu bapa amatlah di tuntut berdasarkan riwayat tersebut. Bahkan sebagai seorang anak kita dituntut untuk mengikuti segala arahan ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Banyak contoh lagi yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W didalam akhlak manusia sesama manusia. Antarannya ialah, cara hidup berjiran, menyantuni fakir miskin, mengasuh anak dengan baik, memuliakan tetamu, mempereratkan silaturrahim, dermawan dan murah hati dan pelbagai lagi. Kita sebagai umatnya mestilah berusaha untuk memperbaiki diri kita dalam akhlak sesama manusia untuk mendapat keberkatan didunia dan akhirat.

Akhlak Dengan Alam

Terdapat pelbagai jenis makhluk dimuka bumi ini yang diciptakan oleh Allah. Contohnya seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Setiap dari ciptaan Allah itu ada kegunaannya yang tersendiri. Oleh itu kita mestilah menghargai setiap benda yang ada di hadapan kita. Ia harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan akal fikiran dan teknologi yang telah dicapai pada masa kini.

Rasulullah amat menyayangi binatang serta tumbuh-tumbuhan. Pernah berlaku para sahabat membakar binatang untuk membunuhnya, perbuatan itu ditentang oleh rasulullah kerana hanya Allah sahaja yang berhak membakar makhluknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan berlagak sombong, kerana sesunggnuhnya engkau tidak akan dapat meembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang. (surah al-Isra’ ayat 37)

Jika dikaitkan dengan pencemaran alam yang berlaku pada hari ini kita perlu fikirkan kembali adakah kehidupan kita hari telah melanggar tatacara akhlak kita kepada alam yang mana pencemaran alam amat membimbangkan kita.

Kesimpulan

Rasulullah banyak membantu kita dalam membentuk peribadi yang mulia. Teladan hidup sebagai insane didunia ini haruslah dilihat kembali agar kita menjadi makhluk yang patuh dan Berjaya didunia dan diakhirat.

Wanita Solehah Permata Agung

Oleh: Nur Diyana Bt Samsudin

Abstrak
Sejak dahulu hingga kini, wanita sering menjadi topik hangat di dalam perbualan tidak kira di antara kaum Adam mahupun kaum Hawa sendiri. Wanita juga sering menonjol di dalam pentas sejarah manusia sehingga banyak ahli-ahli pemikir dan juga ahli falsafah membuat penyelidikan terhadap wanita. Walaubagaimanapun, di dalam Islam, wanita merupakan salah satu di antara sekian banyak bentuk perhiasan hidup yang diciptakan Allah SWT untuk manusia.

PENDAHULUAN
Dunia adalah tempat kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan adalah wanita solehah. Islam sangat menjunjung tinggi maratabat wanita dan di samping itu kaum wanita diharapkan untuk tidak terlalu kecewa apatah lagi putus asa apabila dikritik hebat oleh sesetengah orang yang seakan-akan menjatuhkan martabat kewanitaannya. Hal ini boleh dibuktikan dengan melihat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Tidaklah yang menghormati wanita kecuali orang yang mulia. Dan tidaklah yang menghinakan wanita kecuali orang yang hina pula.

Seperti kata hikmah yang mengatakan bahawa wanita itu tiang negara, bila dia (wanita) baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak maka rosaklah negara itu. Sesetengahnya mengatakan bahawa wanita merupakan sumber fitnah yang utama waima perangkap syaitan untuk mejerumuskan lawannya ke lumpur kesesatan. Hal ini benar kerana syaitan laknatullah memanfaatkan segala peluang yang ada untuk menyesatkan anak-anak Adam. Contohnya, dari segi kelemahan wanita untuk mempengaruhi kaum lelaki yang sememangnya memiliki sifat “cinta syahwat terhadap wanita”. Sejarah juga membuktikan hal ini, iaitu tatkala syaitan gagal menggoda Adam a.s secara langsung, lalu memperalatkan Siti Hawa untuk merayu suaminya iaitu Adam a.s agar memakan buah khuldi (buah terlarang). Maka terjadilah maksiat, perlanggaran terhadap larangan Allah s.w.t. Maka, Adam dan isterinya, Siti Hawa dicampakkan ke dunia dan syaitan melompat kegembiraan kerana berjaya menghasut Adam dan juga Siti Hawa. Hasilnya, dewasa ini anak cucu Adam berlumba-lumba menjadi pengikut syaitan dan ternyata kebanyakannya datang dari kaum wanita yang diperalatkan syaitan. Jika dilihat sekarang ini, sering terjadinya manusia berbunuhan sesama sendiri, merompak, dan sebagainya gara-gara ingin memenuhi tuntutan seorang wanita. Dari situ, Islam mempunyai konsep istimewa dalam mengarahkan kaum wanita. Konsep yang meletakkan wanita sesuai dengan kudratnya itu akan melahirkan sifat-sifat mulia dan mahmudah, mempunyai identity yang tersendiri, mahupun tindak-tanduknya dan dimana pun selalu membawa angin segar. Setelah diteliti sekian banyak huraian, kita dapat merumuskan bahawa semua wanita adalah sumber fitnah terbesar kecuali Wanita Solehah.

Siapakah wanita solehah itu ?
Wanita solehah adalah wanita cantik zahir dan batin, ia memiliki kecantikan asli atau ideal. Secara fizikal, darah daging dan tulang-tulangnya bersih dari benda-benda haram. Secara rohaninya, jiwanya bersih dari kotoran kerana selalu disucinya dengan beribadat kepada Allah s.w.t. Amal soleh adalah suatu perbuatan yang didasari atas Iman dan Ilmu yang datang dari Allah s.w.t. Wanita yang solehah adalah wanita cantik yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya dan mencintai pencinta-pencinta Allah. Sebaliknya Allah juga mencintai si dia. Allah tidak mungkin mencintai wanita-wanita yang tidak cantik. Wanita-wanita yang tidak cantik adalah wanita-wanita neraka yang menghamburkan bencana dan malapetaka di dunia ini. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Allah s.w.t itu indah dan ia mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahan hati, menyukai akhlak-akhlak yang luhur dan membenci akhlak yang rendah. (HR Al-Baihaqi)

Hakikat Kecantikan
Wanita yang tidak cantik dan tidak mahu mempercantikkan dirinya sesuai dengan cara mencantikkan diri dalaman wanita, bererti lebih buruk dari binatang dan ia tidak boleh dinikahi oleh lelaki beriman. Allah tidak mungkin mencintai wanita-wanita yang tidak cantik, demikian juga kaum lelaki. Hal ini disebabkan Allah hanya mencintai wanita-wanita cantik sahaja. Betapa malangnya wanita-wanita yang tidak cantik di dunia ini dan malang itu akan lebih memuncak di akhirat nanti di saat mereka dihisab kerana semua manusia di akhirat nanti jika tidak cantik baik lelaki atau perempuan akan dimasukkan ke dalam julangan api neraka. Seandainya seorang lelaki mukmin diberi tawaran untuk mengahwini wanita yang tidak cantik; sekaligus empat orang wanita ditambah semua pembiayaan perkahwinan dan kemudahan kediaman diberikan secara gratis, maka lelaki mukmin itu wajib menolaknya, ia diharamkan untuk tergiur kepada semua itu. Dalam hal ini, kita perlu mengetahui bagaimanakah ukuran kecantikan menurut ketentuan allah dan Rasul, bukan ketentuan orang lain sepertimana mereka mengukur kecantikan wanita di dalam pertandingan ratu cantik yang mendedahkan tubuh semata-mata untuk mendapat gelaran wanita paling cantik di dunia. Pada hakikatnya, ia adalah ertandingan wanita buruk dan menjijikkan. Manusia itu terdiri daripada lahiriah dan batiniah. Jika yang dilihat oleh semua orang hanyalah lahiriah, bererti ianya kecantikan yang palsu belaka. Atau sebaliknya kecantikan itu hanya kecantikan batiniah, itu juga dianggap kecantikan palsu kerana batin yang cantik pasti terletak didalam fizikal yang cantik.

Kecantikan Palsu
Dewasa ini, kebanyakan bintang filem yang menggoda hawa nafsu pengarah filem dan para penonton adalah terdiri daripada wanita-wanita cantik yang sungguh menggiurkan. Jika dilihat dari sudut Islam, mereka terdiri daripada orang-orang yang buruk wajahnya sehinggakan syaitan pun sebenarnya tidak mencintai mereka kerana syaitan hanya berpura-pura mencintai mereka. Salah faham terhadap kecantikan menyebabkan kehancuran umat manusia. Jika kecantikan wanita diukur dengan kecantikan fizikal semata-mata, maka bintang-bintang filem yang menghiasi pentas-pentas hiburan di seluruh dunia adalah wanita-wanita yang cantik. Wanita-wanita yang mendedahkan tubuh badan untuk menyemarakkan pesta maksiat di atas pentas dunia. Apalah ertinya kecantikan lahiriah semacam itu jika didedahkan untuk menjadi santapan lelaki jahat kerana ia bebas disentuhi oleh sebarangan lelaki. Kecantikan versi ini adalah kecantikan palsu yang membawa bencana terhadap diri mereka sendiri dan orang lain, kerana wanita semacam ini pasti merasa pergolakan hidup. Apabila kecantikan fizikalnya dinodai orang, maka terjadilah pergolakan batin didalam diri wanita itu. Pergolakan batin itulah yang menyebabkan kecantikan fizikal itu cepat merosot lantas menyebabkan wanita-wanita itu mencari jalan pintas untuk mengatasi kemerosotan kecantikan fizikannya. Antaranya alat-alat kecantikan untuk menyerikan wajahnya, memperbesarkan sanggulnya atau pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi kehancuran kecantikannya. Dipakailah rambut palsu, gigi palsu atau segalanya palsu. Kecantikan fizikalnya yang asli, dipalsukan lagi dengan mencontengkan wajahnya menjadi berwarna-warni, merah, kuning, biru, hitam atau semua warna dicampur aduk sehingga wajahnya tiada beza dengan kulit jambu air. Kecantikan menurut ajaran islam adalah kecantikan yang terserlah lahir dan batin. Semua unsur yang ada dalam tubuh seseorang merupakan unsur-unsur kecantikan. Kalau terdapat satu unsur yang merupakan titik hitam, maka orang tersebut menjadi tidak cantik lagi. Jadi, kekurangan bukan melibatkan ketidakcantikan tetapi kalau sengaja dikurangi dari ketentuan yang seharusnya diatasi, itulah dia yang merosakkan kecantikannya sendiri. Dia sendiri yang menggolongkan dirinya di dalam golongan yang tidak cantik. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T. hanya mencintai orang-orang yang cantik yang dipanggil-Nya untuk mencintai Dia.

Kecantikan Asli
Islam mengukur kecantikan itu dari semua unsur iaitu unsur batiniah dan lahiriah. Batin wanita cantik adalah apabila seorang wanita yang bersembunyi di sebalik fizikalnya jiwa yang pasrah tunduk terhadap semua ketentuan llah dan Rasul-Nya. Walau sekalipun Allah meminta jiwanya, untuk dipasrahkan terhadap perjuangan Islam, ia akan memberikannya dengan senang tanpa ada cacat celanya. Dalam hal inilah Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut muka yang manis, pada putih kuningnya kulit tubuh atau sorotan mata yang tajam menawan. Namun, kecantikan itu diukur dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertentangan dengan hukum Allah. Islam tidak meletakkan ukuran kecantikan pada raut muka dan bentuk tubuh kerana pada dasarnya semua fizikal yang bagaimanapun bentuknya adalah sama-sama berasal dari tanah, dikembangkan dengan tanah dan nanti akan dikembalikan kepada tanah juga. Hal ini Islam tidak membezakan manusia berdasarkan hubungan darah, keturunan namun Islam membezakannya berdasarkan ketaqwaan seseorang terhadap Allah S.W.T yang menciptakan kejadian manusia itu dengan sebaik-baik penciptaan. Apakah ertinya kecantikan-kecantikan wanita jahiliyah moden yang berbangga hati bila ia boleh mempamerkan tubuhnya dengan berjoget sambil diiringi irama lagu, menghibur para penonton yang terus bersorak-sorak bersama irama syaitan. Jika kita meneliti di dalam Al-Quran, tentu orang akan terperanjat kerana batin orang seperti itu akan terus berteriak-teriak kesakitan, jiwa itu ditimpa bencana kelaparan rohani akibat kemarau agama yang berpanjangan. Wanita-wanita seperti inilah yang mengakhiri penderitaan jiwanya dengan racun, gantung diri atau hamil sebelum nikah dan sebagainya. Terdapat peribahasa yang mengatakan bahawa dalam tubuh yang sihat terdapat jiwa yang sihat, akan tetapi peribahasa itu seperti sudah ketinggalan zaman. Wanita semacam ini tidak akan mampu membina rumah tangga yang bahagia kecuali dia bertaubat nasuha.

Kecantikan Ideal
Kecantikan ideal yang dimaksudkan adalah kecantikan sempurna lahir dan batin. Bentuk fizikal yang menawan seperti yang dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s atau Nabi Muhammad s.a.w atau para isteri mereka. Raut muka yang manis, tatapan mata yang indah dan bentuk tubuh yang sempurna. Batin yang terkandung di dalamnya adalah batin manusia contoh yang dipilih langsung oleh Allah untuk dijadikan model ditengah-tengah umat manusia.

Syarat-syarat wanita dinikahi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :Dari Abu Hurairah r. a katanya : Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana kekayaannya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita atas dasar agamanya, dengan demikian nescaya engkau akan hidup bahagia. Terdapat empat factor yang diperlukan untuk menikahi seorang wanita iaitu :

~ Harus cantik (cantik asli atau ideal)
~ Kaya (kaya jiwa)
~ Keturunan baik (orang soleh)
~ Diennya (agama)

Bila empat faktor ini ditemukan pada seorang wanita, maka ia telah memenuhi persyaratan ideal.

Ciri-ciri wanita solehah
Istilah ‘solehah’ adalah sebaik-baik gelaran terhadap wanita. Tidak sebarang wanita berhak menyandang sebutan semacam itu kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada wanita yang memiliki ciri-ciri tertentu. Berdasarkan pada surah An-Nisa ayat 3 yang bermaksud :Kerana wanita yang soleh adalah wanita yang taat kepada suaminya sebagaimana Allah telah menjaga dirinya. (Surah An-Nisa)

Antara ciri-ciri wanita solehah adalah :
~ Taat kepada Allah S.W.T
Taat kepada Allah dan juga rasul secara tidak langsung menjadikan seorang wanita itu taat kepada suaminya. Wanita itu juga haruslah melebihkan cintanya terhadap Allah, Rasul dan berjihad melebihi dari keduniaan. Dia juga wajib menutup aurat dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan melainkan di dalam rangka ketaatan. Ia merupakan salah satu identiti wanita solehah iaitu berpakaian taqwa, penampilannya sederhana, sopan, tidak huru-hara dan jauh dari sifat menunjuk. Wanita solehah harus tidak berhias dan bertingkah laku sperti wanita jahiliyah. Hal ini dinyatakan kerana kebiasaan wanita jahiliyah yang masih dipratikkan sehingga hari ini adalah dengan mewarnakan rambut mereka dengan pelbagai warna semata-mata untuk menjadikan diri mereka ‘cantik’ seperti wanita jahiliyah. Tidak kurang juga mencukur bulu kening mereka kerana menganggap ia tidak sesuai dengan wajah mereka. Wanita diharuskan untuk tidak berjalan sendirian dan tidak pula bersama lelaki, kecuali didampingi oleh muhrimnya. Dia juga haruslah selalu membantu lelaki di dalam rangka kebenaran, kebajikan dan taqwa. Seorang solehah, punya semangat yang tinggi, bersikap tegas terhadap prinsip perlu ada di dalam kamus hidup seorang wanita yang solehah. Wanita-wanita itu juga harus berbuat baik kepada kedua ibu bapa kerana seperti di dalam Surah Luqman ada menyatakan bahawa kita diwajibkan untuk berbuat baik dan taat pada suruhan kedua ibu bapa. Firmannya bermaksud :Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu bapanya; ibunya telah mengandung dalam keadaan yang lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu.

~ Taat Kepada Suami
Kewajiban kepada suami adalah wajib terhadap semua wanita yang telah berkahwin. Sesiapa sahaja di antara isteri-isteri yang melaksanakan tugas dengan baik dan penuh keikhlasan, nescaya mereka itulah yang akan mendapat balasan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga kemaluannya dari yang haram serta taat kepada suaminya, maka akan dipersilakan masuk ke pintu syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka. (HR Ahmad dan Thabrani)

Setiap isteri yang mati diredhai suaminya, maka dia akan masuk ke syurga. (HR At- Tarmizi dan Ibn. Majjah)

Tetapi, sesiapa sahaja yang isteri yang tidak menjalankan tugas dengan baik sebagaimana tuntutan Allah S.W.T dan Rasul-Nya, maka mereka akan mendapat sangsi. Wanita-wanita harus sentiasa menyenangkan suami dan kasih sayang terhadap anak-anaknya. Justeru itu, wanita solehah tidak akan mengganggu suaminya sehingga mengakibatkan kesusahan tetapi dia berusaha untuk membantu untuk menghilangkan kesusahan suaminya. Wanita yang soleh perlu menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, apabila sang suami tiada di rumah. Dia juga tidak harus cemburu buta dan tidak menolak apabila suami mengajaknya untuk tidur. Apabila seorang wanita itu keluar tanpa izin suaminya, maka dia tidak boleh di anggap sebagai wanita solehah lagi. Hal ini kerana, isteri yang keluar rumah tanpa izin suami akan dimurkai Allah S.W.T.

Fungsi Wanita Solehah
~ Sebagai hamba Allah S.W.T
Wajib menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah iaitu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, Membaca Al-Quran dan menjauhi segala larangan-Nya.
~ Sebagai Ibu
Tidak terlalu banyak menuntut hal keduniaan di luar batas suami adalah salah satu sifat seorag ibu yang baik. Dia tidak akan mensia-siakan amanah Allah iaitu anak-anak dengan menjaga makanannya, memelihara sehingga dewasa dan mendidiknya dengan sempurna.
~ Sebagai Isteri
Mentaati suaminya dengan menjaga adab dan nama baik suami. Dia tidak akan meninggikan suaranya melebihi suara suaminya sebaliknya mematuhi segala kebenaran oleh suaminya.
~ Sebagai Anak
Sebagai anak, haruslah mentaati kedua ibu bapa dengan menjaga mereka jika mereka sakit dan sentiasa berada di sisi mereka tidak kira jarak waktu dan tempat.

Kesimpulan
Peranan dan fungsi wanita solehah adalah sebagai penjana ummah merupakan suatu penglibatan yang begitu mencabar. Masyarakat sering dikejutkan dengan pelbagai isu yang meruntuhkan nilai moral, maka dengan itu wanita solehah perlu sama-sama tampil kehadapan untuk menangani isu ini. Fungsinya sebagai ibu kepada anak-anak sehingga penglibatan mereka di dalam bidang kerjaya dan kemasyarakatan ini sebenarnya mewarnai kehidupan masyarakatdengan budi pekerti yang luhur kerana personaliti mereka yang dekat di sisi Allah S.W.T. Jikalau seseorang wanita itu boleh mencorakkan pemerintahan dan Negara, maka wanita yang solehah turut mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat untuk menikmati rahmat dari Allah S.W.T. Oleh dengan itu, setiap wanita harus tahu batas-batas peranannya di dalam melaksanakan amanah Allah S.W.T agar terbina mahligai syurga di dunia sebelum mendiaminya di akhirat kelak.

Air Zam-Zam Penawar Bagi Segala Jenis Penyakit

Oleh: Nurul Aisyah Bt Zainon Mokhtar

PENDAHULUAN
Segala puji-pujian hanya milik Allah s.w.t. Kami memuji-Nya serta memohon pertolongan dan pengampunan-Nya. Kami berlindung kepada-Nya dari segala kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan kami. Barang siapa diberi petunjuk oleh-Nya, tidak ada yang mampu menyesatkan, barang siapa yang telah disesatkan oleh-Nya, tidak ada yang mampu memberi petunjuk.

Sesungguhnya sebenar-benarnya ucapan adalah kalam Allah s.w.t dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan, seburuk-buruk perkara adalah perkara agama yang dibuat-buat. Setiap perkara agama yang dibuat-buat adalah bid’ah manakala setiap bid’ah itu adalah sesat dan balasan setiap kesesatan adalah neraka.

Di dalam buku ini, kita akan mengetahui keutamaan air zam-zam di sisi agama Islam. Kita juga akan mengetahui bagaimana cara umat Islam berubat dengan air zam-zam. Dalam buku in juga, kita akan dapat melihat keadaan orang yang minum air zam-zam dengan niat yang mulia. Antaranya ialah orang yang minum air zam-zam dengan niat agar dielakkan dari dahaga di hari dahaga yang dahsyat (hari kiamat), orang minum dengan niat agar dilapangkan rezekinya, orang yang minum agar diberi ilmu yang bermanfaat, orang yang meminumnya dengan niat berubat dan lain-lain niat yang baik.

Kita juga akan mengetahui asal-usul air zam-zam dan sampai bila air zam-zam ini boleh bertahan. Kita juga mengetahui beberapa kisah pengalaman peribadi orang-orang yang meminumnya dan tercapai apa yang mereka inginkan setelah minum air ini, dan Allah menyembuhkan penyakit mereka yang sudah tidak dapat lagi diubati oleh doktor-doktor di dunia ini, juga diketengahkan dalam buku ini.

Sebagai landasan, penyusunan kitab ini telah menggunakan beberapa hadis dan athar Salaf tentang air zam-zam. Apa-apa yang benar dalam kitab ini, adalah dari Allah dan yang menyimpang dari itu adalah kelemahan kami. Akan tetapi cukuplah bagi kami, sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang di dalam hati.

RAHSIA DINAMAKAN AIR ZAM-ZAM

Adapun rahsia dinamakan air zam-zam ada berbagai pendapat antaranya :

1. Kerana banyaknya.

2. Kerana terkumpulnya. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibnu Hisyam.

3. Ada yang mangatakan ‘Zamzimah’ yang bererti kumpulan.

4. Kerana geraknya. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Harbi rahimullahu anh.

5. Dipanggil zam-zam agar tidak mengalir ke kanan atau ke kiri.

Demikianlah kesimpulan yang dapat dikumpulkan tentang beberapa nama air nama air zam-zam.

SEJARAH ASAL USUL TIMBULNYA AIR ZAM-ZAM

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wanita zaman dahulu yang mula-mula memakai tali pinggang (bengkung) adalah ibu Nabi Ismail (Siti Hajar). Dia memakai tali pinggang itu tujuannya agar kandungannya tidak diketahui oleh Sarah. Kemudian Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar bersama anaknya Nabi Ismail yang masih menyusu dan meletakkannya di sebuah tempat dekat Ka’bah di bawah sepohon besar di tepi bakal perigi zam-zam di kawasan Masjidil Haram. Waktu itu di Makkah belum ada orang sama sekali dan juga tidak ada air.

Nabi Ibrahim menempatkan Siti Hajar dan Ismail di sana dan dia meletakkan pula dekat keduanya sebuah bekas berisi kurma dan sebuah bekas lagi berisi air.

Kemudian Nabi Ibrahim pun beredar untuk berangkat ke Syam. Siti Hajar mengikutnya dan berkata :Wahai Ibrahim, kamu hendak pergi ke mana? Engkau meninggalkan kami di sini, padahal di lembah ini tidak ada manusia dan tidak ada apa-apa?”

Dia berkata demikian berulang kali, namun Nabi Ibrahim tidak menoleh juga. Maka Siti Hajar bertanya :“Adakah Allah telah memerintahkan kamu berbuat demikian?”

Ibrahim menjawab : “Ya. ”Berkata Siti Hajar : “Kalau demikian, Allah tidak akan membiarkan kami. ” Kemudian Siti Hajar kembali ke tempatnya semula. Ibrahim terus pergi sehingga sampai di suatu tempat bernama ‘Thannayah’ yang sudah tidak dilihat oleh ibu Ismail, Ibrahim menghadapkan wajahnya ke arah Ka’bah, mengangkat kedua tangannya kemudian berdoa :“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak ada tanam-tanamam. . . . . . ”(Q. S. Ibrahim, ayat 37)

Ibu Ismail menyusukan anaknya dan minum air yang disediakan oleh Ibrahim. Apabila air itu telah habis, maka merasa hauslah Siti Hajar dan anaknya. Dia melihat anaknya yang terguling-guling kerana haus. Ibu Ismail pergi mencari air kerana tidak tergamak melihat anaknya. Dia sampai ke Shafa, sebuah bukit yang berhampiran di bumi itu dan berdiri di situ sambil melihat-lihat ke lembah kalau-kalau ada orang di sana. Oleh kerana tidak ada, maka dia pun turun dari bukit Shafa dan di situ dia mengangkat tepi bajunya. Kemudian dia berjalan dengan cepat seperti jalannya orang yang kecemasan hingga melewati lembah dan sampai di Marwah. Di sana dia berdiri sambil melihat-lihat kalau-kalau ada orang, namun tidak ada juga. Dia berbuat demikian (berjalan cepat antara Shafa dam Marwah) sehingga tujuh kali.

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kerana itulah orang yang mengerjakan haji mengerjakan Sa’i antara Shafa dan Marwah. Sewaktu ibu Ismail berada di Marwah, dia mendengar suatu suara, maka dia berkata pada dirinya sendiri: “Dengarlah!”. Kemudian dia mendengar lagi, lalu dia berkata: “Engkau telah memperdengarkan sura, adakah di sisi engkau ada suatu pertolongan?”

Tiba-tiba ada malaikat di tempat air zam-zam. Lalu Malaikat itu menggali dengan kakinya atau dengan menghentakkan sayapnya sehingga keluar air. Maka Ibu Ismail menahan air itu dengan tangannya dan menceduknya untuk diisikan ke dalam bekasnya. Setelah Ibu Ismail menceduk, maka air itupun menyembur.

Berkata Ibnu Abbas: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Semoga Allah s.w.t. merahmati ibu Ismail. Seandainya dia membiarkan air itu, maka baginda berkata: “Andaikan ibu Ismail tidak menceduknya maka air zam-zam itu akan mengalir di atas bumi. ”

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Maka Ibu Ismail meminum dan menyusukan anaknya. Lalu Malaikat berkata kepadanya: “Jangan kau khuatir tersia-sia. Sesungguhnya di sinilah tempat Baitullah yang akan dibina oleh anak ini (Ismail) bersama ayahnya. Dan Allah tidak akan membiarkan keluarga Ibrahim. ”

Adalah tonggo Baitullah itu dari bumi seperti rabiyah yang dilanda banjir di sebelah kanan dan kirinya. Demikianlah keadaan Siti Hajar sehingga lalulah di tempat itu serombongn orang Jurhum yang datang dari arah jalan Kada’. Mereka berhenti di sebelah hilir Makkah. Mereka melihat burung terbsng berpusing-pusing. Maka berkatalah mereka: “Burung itu tentu berpusing-pusing di atas air. Sebenarnya di tempat ini ada air. ”

Maka mereka pun menghantar seorang atau dua utusan. Tiba-tiba utusan itu menjumpai air. Maka mereka pun pun kembali kepada kumpulannya dan memberitahu tentang penemuan sumber air. Mereka pun pergi beramai-ramai ke tempat itu sedang Siti Hajar ada dekat air.

Kata mereka: “Adakah puan membenarkan kami tinggal di tempat puan?” Ibu Ismail berkata: “Boleh, tapi kamu tidak ada hak akan air ini. ” Mereka pun membalas: “Ya. ”Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Maka Ibu Ismail mesra dengan mereka, kerana dia memang suka bila ada manusia tinggal di situ. Kemudian mereka mengajak keluarga mereka untuk tinggal bersama-sama di situ sehingga terdapat beberapa rumahtangga kepunyaan mereka. Sementara Ismail sudah menjadi pemuda dan belajar bahasa Arab dengan orang-orang Jurhum itu. . . . . . ”
(Al-Hadis)


GALAKAN MINUM AIR ZAM-ZAM
i. Minum Sampai Kenyang.
Dari Abu Malikah, berkata: “Ketika saya berada dengan Ibnu Abbas, tiba-tiba datang seorang lelaki dan duduk di sisi Ibnu Abbas. ”

Ibnu Abbas bertanya: “Anda datang dari mana?” Berkata lelaki itu: “Saya datang untuk minum air zam-zam. ” Ibnu Abbas berkata lagi: “Adakah anda minum sebagaimana patutnya?” Berkata lelaki itu lagi: “Bagaimana minum dengan sepatutnya itu wahai Ibnu Abbas?”

Ibnu Abbas menerangkan:“Engkau menghadap Kiblat, menyebut nama Allah, kemudian engkau minum dan menghembus tiga kali. Apabila telah selesai, engkau memuji Allah dan engkau minum air zam-zam itu sampai kenyang. Kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya satu tanda antara golongan kami dan orang-orang munafik itu tidak minum air zam-zam sampai kenyang. ”(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

ii. Air Yang Terbaik Di Muka Bumi. Dari Ibnu Abbas r. a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sebaik-baik air di muka bumi ini adalah air zam-zam, di dalamnya mengandungi makanan yang mengenyangkan dan ubat bagi penyakit. Ada pun seburuk-buruk air di muka bumi ini adalah air di lembah Barhut di Hadra Maut. Ianya seperti kaki sejenis binatang belalang yang apabila di waktu pagi berair dan di waktu petang pula tiada setitis air pun padanya. ”(Diceritakan oleh Haithamy)

Al-Ustaz Khalil Haras berkata bahawa yang dimaksudkan air terbaik adalah air yang paling banyak manfaatnya.

Air zam-zam terdapat di Perigi Barakah yang digali oleh Malaikat Jibril a.s. untuk Nabi Ismail dan ibunya sewaktu ditinggalkan pergi oleh Nabi Ibrahim Khalilullah a.s. di sebuah lembah yang tidak terdapat tumbuh-tumbuhan dan air.

Apabila bekal makanan dan airnya sudah habis, maka Hajar (ibu Nabi Ismail) pergi mencari air dengan berulang alik antara bukit Shafa dan bukit Marwah. Dari tempat yang tinggi, dia melihat ke sana ke mari untuk mencari kalau-kalau ada orang yang mahu menolongnya. Setelah puas mencari, namun tidak ada seorang manusia pun yang dijumpainya, maka datanglah pertolongan dari Allah Azza Wajalla.

HATI NABI S.A.W. DIBASUH DENGAN AIR ZAM-ZAM
Abu Zarrin r. a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sewaktu aku di Makkah, tiba-tiba atap rumahku telah terbuka. Maka turunlah Malaikat Jibril dan membedah dadaku. Kemudian membasuhnya dengan air zam-zam. Selepas itu, ia membawa sebuah bejana emas yang berisi hikmat dan iman. Ia memasukkan benda itu ke dalam dadaku kemudian menutupnya semula. Lalu ia memegang tanganku dan membawaku naik ke langit dunia. ”(Hadis sohih, Imam Bukhari)

Keterangan:

- Malaikat membasuh hati Nabi s.a.w. dengan air zam-zam. Ini menunjukkan keutamaan air itu dari air-air lainnya.

- Ibnu Abi Jumrah berkata: “Hati Nabi s.a.w. tidak dibasuh dengan air dari syurga kerana pada air zam-zam telah mengandungi unsur-unsur air yang berasal dari syurga. Kemudian tetap melekatkan keberkatan Nabi s.a.w. pada air itu di dunia. ”

- Kerana air zam-zam itu galian Malaikat Jibril Ruhul Quds untuk Ibu Nabi Ismail a.s. datuk Nabi s.a.w. , maka munasabahlah baginda dibasuh dengan air zam-zam tersebut sewaktu hendak menghadap Allah.

- Dari keterangan hadis di atas, tidak syak lagi bahawa air zam-zam mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada lain-lain air.


ADAB DAN DOA MINUM AIR ZAM-ZAM

Antara adab-adab dan doa minum air zam-zam ialah:

- Menghadap Kiblat.

- Menyebut nama Allah (membaca Bismillah. . . . . . .).

- Hembus tiga kali.

- Hendaklah minum banyak-banyak sampai merasa kenyang.

- Apabila telah selesai hendaklah memuji Allah (membaca Alhamdulillah).

- Membaca doa dengan hati yang yakin disertai dengan niat apa yang dikehendakinya.

Antara doa-doa yang dibaca ialah:

i. “Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku sabda Rasulullah s.a.w. : “Air zam-zam itu mujarab bagi sesuatu niat untuk apa ia diminum. Ya Allah, aku hendak meminumnya. Semoga Engkau ampuni dosaku atau Kau berbuat bagiku. . . . . (itu dan ini), ampuni aku atau jadikanlah. . . . . . ”

ii. “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, hati yang khusyuk dan doa yang mustajab. ”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan sama ada kebaikan di dunia atau akhirat yang aku ketahui dan tidak aku ketahui. ”

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari segala keburukan di dunia atau akhirat yang aku ketahui dan tidak aku ketahui. ”

iii. “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan ubat bagi setiap penyakit. ”



AIR ZAM-ZAM BERGUNA UNTUK TUJUAN APA SAJA

Hadis dari Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah, semuanya hadis mafru’ kecuali dari Muawiyah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:Ertinya: “Air zam-zam itu mujarab bagi sesuatu niat untuk apa ia diminum. ”

Telah ramai para ilmuan member keterangan tentang hadis ini:

- Al-Manawy rahimahullahu anh berkata tentang sabda Rasulullah s.a.w. ‘air zam-zam’. Air zam-zam adalah raja segala air, air yang terbaik, tinggi mutunya dan paling disukai oleh manusia. Al-Manawy berkata: “Kerana ianya minuman dan rahmat dari Allah untuk putera kekasihnya (Nabi Ibrahim a.s.). Maka berkekalanlah rahmat itu bagi orang sesudahnya, yakni bagi yang meminumnya dengan ikhlas, akan mendapat rahmat itu. Ramai ulama telah meminum air itu untuk sesuatu permohonan dan mereka telah memperolehinya. ”

- Pengarang kitab ‘Al-Ukaduth thamin’ berkata bahawa Ahmad bin Abdullah Asy-Syarify di tanah haram telah meminum air zam-zam itu untuk mengubat penyakit buta, maka dia pun sembuh.

- Segolongan ulama salaf dan khalaf juga telah meminum air zam-zam untuk suatu tujuan yang mulia, mereka pun telah mencapai apa yang telah dihajatkannya.

- Imam Nawawi rahimahullahu anh berkata berhubungan dengan hadis kemujaraban air zam-zam untuk tujuan apa saja: “Sesungguhnya barang siapa yang meminumnya untuk suatu hajat, dia akan memperolehinya. Para ulama dan solihin telah membuktikannya untuk tujuan akhirat dan dunia. Mereka pun telah memperolehinya dengan izin Allah dan kemuliaan-Nya. ”

- Ibnu Ishak berkata: “Sesungguhnya di Makkah terdapat banyak perigi sebelum diketemukan perigi zam-zam oleh Abdul Mutalib. Perigi zam-zam memberhentikan perigi-perigi lain yang ada, maka orang ramai pun mengambil air dari perigi zam-zam kerana di samping tempatnya terletak di kawasan Masjidil Haram, juga kerana keistimewaan air itu daripada air-air yang lain. ”

Penjelasan yang lebih baik berkenaan dengan air zam-zam in, barangkali yang dikemukakan oleh Mujahid:

- “Jika kamu minum air zam-zam untuk tujuan pengubatan, Allah akan menyembuhkan kamu. ”

- “Jika kamu minum air zam-zam dengan niat agar kamu kenyang, maka Allah akan mengenyangkan kamu. ”

- “Jika kamu minum air zam-zam untuk menghilangkan rasa dahaga, Allah akan menghilangkan dahagamu. ”

i. Ibnu Qayyim rahiahullahu anh berkata:

“Saya dan teman-teman lain telah membktikan kemujaraban mengubat dengan air zam-zam dengan hasil yang menakjubkan. Saya telah beberapa jenis penyakit dengan menggunakan air zam-zam, ternyata sembuh dengan izin Allah. ”

- Mengubat penyakit panas.

- Mengubat pening dan lemah penglihatan.

- Mengubat penyakit kanser.

- Menghentikan buang air kecil yang berterusan.

ii. Barang siapa yang meminumnya dengan niat agar tiada kehausan di hari dahaga yang dahsyat yakni hari kiamat, dia akan memperolehi apa yang diimpikannya itu dengan rahmat Allah.

KESIMPULAN

Begitu banyak keistimewaan dan kelebihan air zam-zam. Seharusnya kita meminumnya dengan memohon perkara-perkara yang baik-baik dan meminta dijauhi bencana dan malapetaka. Kita juga seharusnya percaya dan yakin dengan kekuasaan Allah s.w.t. dan mengikut segala sunah-sunah Nabi s.a.w. . Kita juga tidak boleh berputus asa jika ujian dikenakan ke atas kita.

Mudah-mudahan Allah s.w.t sentiasa meluruskan hati, menghapuskan seluruh aib dan cacat kita. Sesungguhnysa Allah s.w.t Maha Kuasa atas segala sesuatu. Semoga Allah s.w.t menjadikan amalan kita ikhlas semata-mata kerana-Nya dan Allah s.w.t. berkenan menerimanya. Selawat dan salam semoga dicurahkan kepada Rasul kita, nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Terakhir sekali kita memohon kepada Allah s.w.t, semoga dia mengampuni dosa-dosa dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kita serta menganugerahi kita rahmat-Nya. Kepada-Nya kita memohon. Dia, zat yang Maha Mulia, Rabbul’Arsy, sekiranya menjadikan kita sebagai orang yang mengutamakan keredhaanNya dan cinta kepada-Nya. Apa-apa yang benar adalah dari Allah dan yang menyimpang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, wassalam. . . .

Pengaruh Dan Bahaya Maksiat

Oleh: Noorfatin Azreen Bt Aziz

Segala puji-pujian hanya milik Allah s.w.t. Kami memuji-Nya serta memohon pertolongan dan pengampunan-Nya. Kami berlindung kepada-Nya dari segala kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan kami. Barang siapa diberi petunjuk oleh-Nya, tidak ada yang mampu menyesatkan, barang siapa yang telah disesatkan oleh-Nya, tidak ada yang mampu memberipetunjuk.

Sesungguhnya sebenar-benarnya ucapan adalah kalam Allah s.w.t dan sebaik-baiknya petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. Sedangkan, seburuk-buruk perkara adalah perkara agama yang dibuat-buat. Setiap perkara agama yang dibuat-buat adalah bid’ah manakalasetiap bid’ah itu adalah sesat dan balasan setiap kesesatan adalah neraka.

Buku ini mengupas masalah yang sangat sesuai dengan kemaksiatan dan fitnah masa kini yang sering menggoncang kalbu orang-orang beriman. Kerananya, buku ini dapat dikatakan sebagai nasihat yang ikhlas agar umat-umat Islam tidak terjerumus ke lembah kemaksiatan.

Selain itu buku ini un dapat dijadikan saranan dalam merenungi perpecahan dan perselisihan antara manusia yang pada dasarnya merupakan akibat maksiat dan dosa kita. Perkara dasar yang menjadi topik permasalahan dalam buku ini adalah kesan negatif daripada melakukan maksiat. Al-Alim Rabbani mengatakan, banyak manusia berpaling dari Al-Quran dan As-Sunnah serta mengambil rayu, qiyas, istihsan dan pendapat para Syeikh sehingga fitrah mereka rosak. Keadaan seperti ini terus meninggalkan kesan kepada mereka sehingga si kecil tumbuh besar dan yang besar menjadi pikun (sangat tua). semua mereka tidak sedari sebagai kemungkaran sehinnga bidaah berkuasa menggantikan sunnah, kekuasaan hawa nafsu mengalahkan akal, kesesatan menyingkirkan petunjuk, kezaliman menggantikan kebenaran dan kemunafikan menggantikan keikhlasan dan kesetiaan. Jika keadaan ini muncul dengan kibaran bendera dan sususnan bala tenteranya, perut bumilebih baik dari permukaannya, puncak-puncak gunung lebih baik daripada padang datarnya dan bergaul dengan binatang liar lebih baik daripada bergaul dengan manusia.

Bumi bergegar, dan langit menjadi hitam pekat, berbagai kerosakan muncul di daratan dan di lautan akibat perbuatan si penderhaka. Sementara itu, keberkatan hilang, kebaikan berkurangan dan kehidupan tercemar oleh kefasikan. cahaya siang menangis, gelap malam merintih akibat perbuatan keji dan kemaksiatan yang mendominasi dan para malaikat pencatat amlan perbutan manusia mengeluh kepada RabbNya akibat kemungkaran dan kemaksiatan yang bermaharajalela. Perkara ini merupakan peringatan melalui banjir azab besar yang melibatkan sesipa saja tanpa mengira orang yang taat ataupun tidak. Sekiranya Allah menurunkan azab kepada manusia, itu adalah satu perigatan yang membuktikan kekuasaan Nya. Untuk itu, tinggalkan kemaksiatan itu melalui taubat yang ikhlas dan bersungguh-sungguh kepadaNya selagi pintu taubat masih terbuka dihadapanmu akan segera tertutup dan amalan dosamu akan segera digantung.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Quran yang berbunyi:“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali. ” (Surah Asy-Syu’araa:227)*)

Begitulah keadaan yang terjadi pada zaman Al-Alim Rabbani. Sesungguhnya malam zaman itu sama dengan malam kita sekarang dan setiap kaum itu akan ada yang mewarisinya. Semoga keadaan umat-umat terdahulu menjadi ikhtibar kepada manusia agar sentiasa taat dan patuh kepada Allah.

PENGARUH DAN BAHAYA MAKSIAT.
Maksiat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya termasuklah maksiat bagi jiwa, hati dan jasmani manusia tidaklah kecil. Hanya Allah –lah yang mengetahui seluruhnya. Di antara beberapa maksiat yang kita ketahui ialah:-

1. Maksiat menghalangi ilmu pengetahuan.
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam diri kita dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Kerana itu, tatkala Syafi’e duduk di hadapan Imam Malik untuk belajar, Imam Malik sangat kagum akan kecerdasan dan daya hafalnya hingga beliau berkata : “Aku melihat Allah s.w.t. telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat. ” Imam Syafi’e berkata:“Aku mengadu tentang kelemahan hafalanku yang buruk, Dia memberiku bimbingan untuk meninggalkan kemaksiatan. Seraya berkata : “ketahuilahilmu adalah kurnia Dan kurnia Allah tidak diberikan kepada si pelaku dosa dan kemaksiatan. ”

2. Maksiat menghalangi rezeki. Di dalam musnad Ahmad disebutkan :-“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya. ” *)*) Hadis Riwayat Ahmad :5/227, 280, 282, Ibnu Majah dalam Al Fitan bab “Al ‘Uquubat”, dan Al Baghwi dalam kitabnya Syarhussunah:13/6.

Jika ketaqwaan kepada Allah adalah satu penyebab datangnya rezeki, maka sekiranya kita meninggalkannya akan menimbulkan kefakiran. Tidak ada satu pun yang dapat memudahkanrezeki Allah kecuali dengan meninggalkan maksiat. Contoh yang utama yang kita dapat lihat ialah selepas subuh kita ditegaskan supaya beramal dan tidak digalakkan sambung tidur semula. Ini akan menghalang rezeki untuk masuk.

3. Maksiat Menghalangi Jarak Dengan Allah S.w.tJauhnya atau sunyinya hati seorang manusia dari cahaya Allah s.w.t disebabkan oleh perbuatan maksiatnya. Tidak ada satu pun yang dapat meninggalkan dosa yang dapat menghilangkan kesunyian tersebut kecuali berwaspada dari perbuatan maksiat. Seseorang yang berakal pasti tentu akan dengan mudah meninggalkan kesunyiaan tersebut. Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang yang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif itu berpesan, “ Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah. Dalam hati kita, tidak ada perkara yang lebih pahit dari kegersangan dosa di atas dosa. ”

4. Maksiat Menggelapkan Hati. Pelaku maksiat akan sentiasa mengalami kegelapan hatiseperti gelapnya malam. Ketaatan itu adalah cahaya sedangkan kemaksitan adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r. a berkata :“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kelapangan rezeki, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di kubur dan di hati, kelemahan badan, susustnya rezeki, dan kebenciaan makhluk. ”

5. Maksiat Memperpendekkan Umur dan Menghapus Keberkatan. Jika kebaikan dikatakan dapat menambah umur, dengan secara tidak lansung maksiat dapat mengurangi umur. Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu, tidak ada yang namanya hidup kecuali jika dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Rabbnya serta mementingkan keredhaan-Nya.

6. Maksiat Menimbulkan Maksiat Lain. Pada dasarnya, manusia yang sudah terperangkap dalam kemaksiatan akan merasa sukar untuk keluar dan melepaskan diri darinya sebagaimana diucapkan oleh ulama Salaf ini :“Diantara kesan negatif keburukan adalah menimbulkan keburukan yang lain. Sedangkan, pengaruh kebaikan adalah mendatangkan kebaikan berikutnya. Maka, jika seorang hamba melakukan suatu kebaikan, kebaikan yang lainnya akan meminta untuk dilakukan, begitu juga seterusnya sehingga hamba tersebut memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda dan kebaikan yang tidak sedikit. Begitu juga halnya dengan keburukan. Dengan demikian, ketaatan dan kemaksiatan merupakan sifat yang kukuh dan kuat serta menjadi kebiasaan yang teguh pada diri si pelaku. ”

7. Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani. Inilah bahaya maksiat yang paling menakutkan kerana kemaksiatan dapat menyebabkan putusnya secara perlahan-lahan keinginan untuk bertaubat, hingga habislah sama sekali. Jika meninggal, setengahnya pun tidak akan pernah dia bertaubat kepada Allah s.w.t.

Justeru ia datang dengan istighfar dan taubat gaya para pendusta yang hanya di bibir sedangkan hatinya masih terus-menerus terjerat kemaksiatan yang masih tetap dijalaninya. Inilah penyakit yang paling berbahaya dan paling dekat dengan kebinasaan.

8. Maksiat Warisan Umat yang Pernah Diazab. Homoseksual adalah warisan kaum Luth a.s. Berbuat curang dengan mengurangi dan melebihkan takaran adalah peniggalan kaum Syu’aib a.s. sombong di muka bumi dengan menciptakan berbagai kerosakan merupakan warisan Fir’aun dan kaumnya. Takabur dan bongkak merupakan warisan kaum Hud a.s. Jika begitu dapatlah dikatakan, pelaku maksiat pada zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju umat-umat terdahulu dari golongan musuh Allah s.w.t.

Di dalam Musnad Ahmad dari Ibnu Umar disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :“Aku diutuskan membawa pedang mendekati hari kiamat sehingga hanya Allah Yang Tunggal, yang disembah tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan rezekiku dijadikan berada di bawah baying-bayang tombakku, kehinaan dan kerendahan berlaku bagi orang-orang yang menyalahi perintahku, dan barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia temasuk golongan. ”

9. Maksiat Memudahkan Perbuatan Dosa. Keadaan maksiat yang sudah seperti itu merupakan ciri-ciri kehancuran kerana dosa itu dianggap kecil atau ringan oleh hamba, dalam pandangan Allah s.w.t. , dosa itu menjadi besar.

10. Maksiat Merosak Akal. Seorang ulama Salaf berkata, “Tidaklah seseorang bermaksiat kepadanAllah sehingga akalnya hilang. Kerana, sekirannya akalnya masih berjalan tentu akan mencegahnya dari kemaksiatan dan dia berada dalam genggaman dan kekuasaan Allah s.w.t. Sementara, Malaikatnnya menyaksikan. Nasihat Al-Quran pun mencegahnya, begitu juga dengan nasihat keimanan. Orang yang luput dari kemaksiatan adalah orang yang terbaik dan di akhirat kelak dia akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan yang berlipat ganda. Maka, adakah orang yang memiliki akal yang sihat itu mahu mandatangi kemaksiatan yang penuh kehinadinaan itu?”

11. Maksiat Menutup Hati. Jika kemaksiatan dan dosa-dosa telah menutup hati si pelaku, mereka termasuk orang-orang yang lalai. Seperti ayat berbunyi :-“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka. (Al Muthafifin: 14)

12. Maksiat Dilaknat Rasulllah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah penunjuk Jalan padahal penunujuk jalan itu sangat penting *), melakukan homoseksual **), menyerupai lelaki bagi perempuan atau menyerupai perempuan bagi lelaki, mengadakan aktiviti suap-menyuap ***) dan sebagainya.

Semakin besar maksiat yang dilakukan, semakin besar laknat Allah s.w.t atas mereka. Seseorang yang melekukan perkara-perkara seperti di atas, beerti dia telah meredhai dirinya dilaknat Allah s.w.t, Rasullulah s.a.w dan malaikat.

13. Maksiat Melenyapkan Rasa Malu. Malu adalah pangkal kebajikan. Jika rasa malu telah hilang, hilanglah seluruh kebaikannya. Di dalam kitab sahih disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. ”“Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu. ”

14. Maksiat Meremehkan Allah s.w.t. Jika seseorang melakukan maksiat, samaada disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah s.w.t perlahan-lahan akan lenyap dari hati. Jika perasaan tersebut masih ada dalam hatinya, itu dapat mencegah seseorang dari melakukan maksiat.

15. Maksiat Memalingkan Istiqamah. Pada dasarnya, ketika melakukan maksiat, hati kita tengah sakit, akibatnya kita sukar makan makanan yan dapat menjadiakan kita sihat dan hidup. Bagi hati, pengaruh dosa layaknya pengaruh penyakit terhadap badan. Dosa itu sebdiri dapat dikatakan sebagai penyakit yang ubatnya hanyalah sikap meniggalkan dosa tersebut. Di kalangan yang sentiasa menghadapkan wajah dan hatinya kepada Allah s.w.t mengatakan bahawa hati tidakakan meraih cita-co=ita kecualijika sampai kepada pemiliknya. Ia tidak akan sampai kepada pemiliknya kecuali berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dan keadaan yang sihat tidak akan tercapai kecuali penyakit itu diubati. Pengubatan itu hanya dapat dilakukan jika kita dapat menahan hawa nafsu. Tempat tinggal hamba Allah s.w.t yang mampu menahan hawa nafsu ialah syurga sehingga walaupun masih ada di dunia, hatinya telah mamilikikenikmatan dan kedamaian di syurgawi. Perbezaan hamba Allah s.w.t yang sentiasa melakukan maksiat adalah seperti berbezanya nikmat dunia dan nikmat akhirat.

Adakah kenikmatan yang melebihi kenikmatan hati atau azab yang melebihi azab hati, sempit dada dan dukacita, berpaling dari Allah s.w.t dan akhirat, serta bergantung kepada selain Allah s.w.t. ? Dan jika seseorang hamba bergantung kepada selain Allah, dia akan diazab dengan azab yang paling buruk dan di dunia dia akan diazab sebanyak tiga kali. Azab dunia yangpertama adalah sulitnya seorang hamba memperolehi sesuatu dan sekiranya dia memperolehi sesuatu dia akan ditimpa azab juga dengan rasa was-was haknya akan dirampas oleh orang lain. Ketika masalah duniawi yang telah diperolehinya dirampas orang lain dan dia pun tengah terkena azab, itulah azab yang ketiga. Azab di alam kubur, iaitu azab yang disertai sakitnya kematian dan pedihnya akibat dari luputnya nikmat besar. Selain itu, disertai juga dengan sakit akibat terhijab dari Allah s.w.t. .

Kepiluan dan kesedihan hatinnnya sentiasa berpanjangan seperti terus-menerusnya ulat dan cacing memakan tubuhnya yang membujur kaku. Maka, samakah perkara tersebut dengan hamba Allah yang hatinya sarat dengan rasa tenang dan senang kerana rindu kepada rabbnya dan tenteram dengan zikir kepada-Nya? Sehingga banyak di antara mereka yang menjelang kematiannya berkata: “Wahai alngkah nikmatnya!”Sebahagian yang lain berkata : “Penduduk dunia yang gagal dari ketaatan akan meninggalkan dunia dan kenikmatan yang lebih nikmat lagi. ”Dan yang lainnya lagi berkata: “ Sekiranya raja-raja dan pangeran-pangeran mengetahuiapa yang kami rasakan, nescaya mereka akan memukul kami dengan pedang. ”Seorang alim yang arif berkata: “Sesungguhnya di dunia ini terdapat syurga, barang siapa yang tidak memasukinya, dia tidak akan memasuk syurga akhirat. Maka alangkah ruginya hamba Allah s.w.t yang menjual barang termahal ini dengan barang yang lebih murah. Itu menunjukkan bahawa sesungguhnya dia tengah tertipu. Jika tidak ada bagimu harga barang ini, bertanyalah kepada kepada mereka yang menetukan haga. Aku sungguh hairan kepadamu, pembeli barangmu adalah Allah dan harganya adalah syurga Ma’wa serta pengantaranya adalah Rasulullah s.a.w. Tetapi, engkau jual barang ini bukan kepada-Nya. Engkau jual barang tersebut kepada puncak kehinaan.

Kehidupan Muslim Sejati

Oleh: Siti Mariam Binti Ahmad

PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga saya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ustaz ini. Tajuk esei yang dipilih ialah Kehidupan Muslim sejati. Ia menjelaskan adab-adab kehidupan muslim yang sebenar yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan harian muslim. Adab-adab dalam kehidupan muslim sesuai untuk dipraktikkan memandangkan keadaan dan gaya hidup muslim sekarang yang masih tercari-cari cara hidup dan keperibadian yang unggul. Dengan budaya-budaya barat yang melimpah masuk dengan bebasnya ke Negara tidak hairanlah budaya barat lebih mendapat tempat di hati masyarakat. Adab dan kesopanan muslimtelah diturunkan dengan lengkapnya melalui Al-Quran dan peribadi Rasullulah dimana Rasullulah telah diutuskan untuk memperbaiki akhlak umat islam. Setelah memahami bahawa umat islam sedia mempunyai ketetapan dari Allah tentang akhlak dan peribadi yang dituntut yang dapat menjamin kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Di harapkan umat islam di Negara ini tidak lagi tercari-cari atau terikut-ikut budaya sekular dan mungkar kerana Rasullulah tekah bersabda, “ Barangsiapa yang mengikut satu kaum, nescaya akan dibangkitkan ia bersama-sama kaum itu di akhirat kelak. Justeru itu, sama-samalah kita berusaha untuk mempraktikkan cara hidup yang telah dianjurkan oleh Allah dan RasulNya semoga kita terhindar dari tipu daya Syaitan dan taghut.

PENGENALAN KEPADA ADAB MUSLIM SEJATI

Perkataan adab berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud adat. Ia bermaksud kebiasaan, budi bahasa, peraturan, pergaulan dan kelakuan yang menjadi contoh akhlak yang baik. Manakala dari sudut social pula adab bererti bertamadun. Dalam konsep islam adab adalah berlainan dari adab- adab lain. Ia terjadi melalui perancangan dan ajaran yang teliti melalui dua sumber utama umat islam iaitu kitab Al-Quran dan Sunnah Rasul yang merangkumi perkataan serta perbuatan Rasullulah. Al-Quran dan Sunnah telah menggariskan peraturan mengenai adab kehidupan manusia. Antara adab- adab yang telah digariskan dalam islam ialah tidak bersikap keras sebaliknya mengambil tahu keadaan yang dihadapi oleh manusia di samping mengetahui keperluan dan kepentingannya kepada manusia.

KRITERIA PERADABAN ISLAM: KESYUMULAN DAN KESOPANAN
Peradaban islam merupakan satu undang- undang yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Dalam konteks kesyumulan dan kesopanan islam ia memggambarkan muslim yang berkeperibadian yang tinggi dan teguh imannya akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah dari segi politik, social, moral, undang-undang dab ekonomi. Etika peradaban islam adalah untuk mendekatkan umat islam kepada Allah dalam setiap perbuatan samaada ibadah khusus ataupun umum seperti menuntut ilmu dan sebagainya. Sebaliknya, islam menganjurkan kesederhanaan dan keikhlasan dalam setiap perlakuan samaada dalam urusan dunia mahupun akhirat dan melarang keras sikap berlebihan- lebihan, kekerasan, paksaan, berpura- pura, angkuh, sombong, riak dan taksub. Justeru itu, peradaban islam bukan hanya menekankan umat islam tetapi yang utama ialah perlakuan itu suatu yang benar dan baik. Kedua- dua iman dan ibadah adalah penting untuk menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

ADAB DALAM PERGAULAN MUSLIM
Matlamat utama peradaban muslim ialah menjalinkan hubungan dan mengukuhkan ukhuwah sesame muslim sejati. Sifat atau nilai- nilai yang baik akan menanamkan kepercayaan sesama muslim dan seterusnya akan mengekalkan hubungan yang harmoni. Di dalam islam, seorang muslim tidak hanya wajib menjauhkan diri dari menyakiti orang lain dan menyukai bagi bagi orang lain apa yang disukainya, tetapi ia mestilah bertanggungjawab ke atas saudaranya dan menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Dengan ini, muslim akan lebih senang untuk saling bertemu dan ziarah - menziarahi tanpa terikat kepadaadab - adab yang ketat. Namun begitu, pergaulan tidak seharusnya mengandungi unsure- unsure mementingkan diri atau mengandungi apa-apa maksud yang tersembunyi tetapi ia hendaklah ikhlas kerana Allah. Islam juga menggalakkan pergaulan secara beramai- ramai dan ini adalah satu faktor mengapa islam mewajibkan sembahyang berjemaah di masjid setiap hari jumaat dan sembahyang sunat hari raya kerana di sinilah umat islam akan berkumpul dan saling berkenalan sesama mereka.

ADAB ISLAM DARI SUDUT PSIKOLOGI
Satu daripada ciri peradaban islam yang menyerlah ialah mengambil kira aspek psikologi seseorang seperti talak tidak seharusnya dijatuhkan ketika isteri sedang haid kerana ia sedang mengalami tekanan perasaan. Selain itu, menjaga kebersihan, bersuci akan menyegarkan badan dan fikiran dengan berwuduk sebelum mengerjakan sembahyang, mandi setelah berjimak, melahirkan anak dan haid. Mereka yang memandikan jenazah juga disunatkan mandi kerana mereka akan merasa segar serta dapat menenangkan fikiran dari apa yang mereka alami sebelumnya.

ADAB ISLAM DARI SEGI PERUBATAN DAN KEBERSIHAN
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan sekitar untuk menjauhkan penyakit serta dapat menjaga hati supaya lebih tenang apabila berada dalam suasana yang bersih. Contohnya, islam menyuruh umatnya memotong kuku kerana kotoran mudah berkumpul pada kuku yang panjang dan ini tidak baik apabila kita sentiasa menggunakan tangan untuk memasak, makan, minum, dan berjabat tangan dengan orang lain. Selain itu, menyembelih binatang seperti yang disuruh islam boleh menjamin umat islam mendapat daging yang bersih dari darah kerana darah adalah agen yang baik untuk pembiakan kuman yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Malahan, umat islam juga disuruh supaya tidak bernafas ke dalam gelas ketika sedang minum sebaliknya berhenti dan bernafas di luar gelas ini kerana karbon dioksida lebih banyak di dalam udara yang dihembus dari udara yang disedut dan kadar karbon dioksida yang tinggi di dalam badan akan menganggu fungsi otak. Di samping itu, islam turut mengharamkan minuman alkohol kerana ia akan mendatangkan kesan yang buruk dari segi kesihtan, moral dan mental. Dari segi moral orang yang mabuk akan hilang akalnya dan boleh bertindak di luar perikemanusiaan manakala dari segi kesihatan pula ia boleh menyebabkan penyakit hati dan limpa.

ADAB ISLAM DALAM EKONOMI
Peradaban islam juga menitik beratkan penjagaan ekonomi Negara yang sihat dan melarang sikap bermewah- mewahan dan membazir sebaliknya menyuruh umatnya berjimat- cermat kerana wang ialah alat yang penting untuk kemajuan sesuatu Negara baik di masa aman ataupun perang. Wang adalah alat yang boleh menyelamatkan ssuatu bangsa jika digunakan dengan cara yang betul kerana dengan wang sesuatu bangsa itu boleh membeli alat-alat yang canggih untuk memajukan negaranya. Justeru itu, umat islam walaupun kaya mereka tidak seharusnya membelanjakan wang sesuka hati mereka kerana ini akan menimbulkan kesan kepada ekonomi Negara. Bersederhana dalam amalan makam dan minum adalah disuruh dan dilarang membazir makanan walaupun sedikit. Larangan membuang makanan dan membazir akan menjimatkan banyak kewangan Negara serta boleh disalurkan kepelaburan yang menguntungkan. Seterusnya, bersederhana dalam berpakaian turut dituntut dalam islam ini kerana pakaian bukanlah matlamat tetapi hanya sebagai alat untuk menutup aurat dan dengan itu umat islam tidak seharusnya membazirkan wang dengan berbelanja besar membeli pakaian. Sesungguhnya membazir dan berlebih- lebihan dalam berbelanja adalah haram dan merupakan amalan syaitan oleh yang demikian umat islam haruslah mengelaknya daripada berlaku.

ADAB ISLAM MENGENAI DISIPLIN
Islam telah mengajar umatnya supaya mengawal perasaannya dan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk membezakan manusia dengan binatang. Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa bersabar, berpuas hati, bersyukur, berdikari dan tidak meminta tolong kecuali atas perkara yang memerlukan pertolongan. Satu dari sifat mulia di dalam islam ialah mengawal perasaan marah dan tidak bertindak mengikut kemarahannya serta Rasullulah telah bersabda seorang yang kuat ialah seorang yang dapat mengawal dirinya apabila marah. Selain itu, menepati waktu dan mendisiplinkan diri adalah sifat yang patut ada dalam diri setiap orang umat islam dan ini diajar melalui waktu sembahyang lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan. Antara kesan positif dari mendisiplinkan diri ialah kesederhanaan dan memggunakan waktu dengan bijak. Sikap bersederhana dalam diri umat islam tidak menimbulkan kesan negative samaada dalam makanan, pakaian, mahupun ibadah dan sebagainya. Malahan umat islam yang hidup dengan mengamalkan kesederhanaan akan dapat menolong orang lain yang dalam kesusahan di samping dapat beribadah dengan tenang kepada Allah. Waktu merupakan pengukur kebijaksanaan manusia dalam mengendalikan hidupnya dan inilah antara punca mengapa manusia akan ditanya di akhirat kelak iaitu bagaimana mereka menghabiskan masa hidupnya. Beruntunglah kepada mereka yang menggunakan waktunya dengan bijak iaitu menghabiskan hidupnya dengan membuat kerja- kerja kebaikan di sisi Allah. Contoh aspek kehidupan yang boleh dijadikan tauladan ialah berkumpul untuk berbual-bual kosong adalah dilarang dalam islam walaupun bergaul dan bertemu digalakkan tetapi hendaklah dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat seperti menuntut ilmu.

ADAB ISLAM DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN DAN BUDAYA
Salah satu kejayaan islam ialah berjaya menyatupadukan umat islam yang terdiri daripada berbagai keturunan, bercakap berlainan bahasa dan tinggal di berbagai Negara. Peradaban islam yang diambil dari Al-Quran dan Sunnah berperanan dalam menyatupadukan umat islam di serata pelusok dunia. Contohnya, umat islam dari Maghribi yang dating ke Pakistan tidak akan merasa kekok dengan budaya di sana dan juga tidak terasa tersisih. Begitu juga dengan wanita muslim dari Mesir tidak akan merasa terkejut atau gerun melihat pakaian wanita Malaysia dan apabila muslim dari Indonesia dating ke Arab Saudi mereka akan tahu bila dan bagaimana menyambut Idil Fitri serta Idil Adha tanpa perlu memerhati dahulu. Walaupun amalan dan budaya tempatan berbeza di setiap Negara tetapi cara sembahyang, memberi salam, perayaan, peraturan pemakanan adalah tetap sama bagi semua umat islam. Perbezaan budaya dalam pakaian seperti wanita India memakai saru dan wanita islam memakai baju kurung adalah penting kerana ia melambangkan identiti di mana kita diciptakan oleh Allah berbangsa-bangsa agar kita belajar dari satu sama lain tetapi yang lebih penting perbezaan itu masih tidak lari dari ajaran islam yang sebenar. Peradaban islam juga melarang umatnya mengikut atau meniru gaya orang kafir dari segi percakapan, cara menyambut perayaan dan sebagainya kerana umat islam haruslah membezakan diri dan amalan mereka.

ADAB ISLAM MENGENAI TARAF WANITA
Islam telah mengiktiraf wanita setaraf dengan lelaki dari kejadian yang sama iaitu dari tanah dan akan diberi balasan yang sama dengan lelaki atas segala amalan baik atau jahat. Undang- undang islam berlaku adil terhadap wanita dan lelaki di mana wanita boleh memiliki harta dan menguruskan hartanya, wanita boleh meminjamkan, memajakkan dan melakukan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan lelaki. Walaupun tempat utama wanita ialah di rumah namun ini tidak bererti wanita harus menganggap rumah sebagai penjara kerana mereka boleh keluar dan menjalankan urusan seperti perniagaan, mengajar dan sebagainya selagi mereka menjaga batas- batas pergaulan dan adab-adab wanita islam. Dari hukuman pula tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita yang melakukan kesalahan kerana kedua-duanya dikurniakan akal dan kebebasan untuk belajar. Wanita juga mempunyai hak untuk bersuara dan mengundi bagi dirinya serta mereka berhak menentukan siapa suaminya dan boleh menolak lamaran lelaki yang tidak disukai mereka. Antara contoh yang membuktikan wanita setaraf dengan lelaki ialah berita tentang kelahiran anak perempuan hendaklah disambut sebagaimana kelahiran anak lelaki dan islam melarang mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak lelaki tetapi sebaliknya ke atas keahiran anak perempuan. Islam menekankan supaya layanan istimewa hendaklah diberikan kepada anak perempuan agar mereka menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak. Selain itu, Rasullulah turut menyuruh lelaki melayani wanita dengan hormat dan lemah lembut serta tidak memandang rendah kepada mereka dan lelaki yang paling baik adalah lelaki yang paling baik terhadap wanita. Malahan peranan wanita sebagai ibu amatlah disanjung tinggi sehinggakan Rasullulah mengatakan syurga berada di bawah telapak kaki ibu dan ibu berhak mendapat layanan baik dari anaknya melebihi ayahnya.

ADAB ISLAM DALAM PERKAHWINAN DAN KEHIDUPAN BERKELUARGA
Institusi keluarga adalah tempat di mana anak-anak yang menjadi asas masyarakat akan dididik dari segi moral dan nilai-nilai murni ini tidak boleh hidup tanpa intitusi keluarga. Hubungan keluarga antara lelaki dan perempuan akan menentukan samada masyarakat itu suatu masyarakat yang bertamadun atau mundur. Perkahwinan dan institusi keluarga amat penting, banyak ayat al-quran dan juga sabda Rasullulah mengenai perkara ini antaranya ialah muslim disunatkan berkahwin awal kerana perkahwinan akan menambah bilangan saudara antara kedua belah pihak. Selain itu, islam menitikberatkan kejayaan sesuatu perkahwinan yang dibina dan perkahwinan tidak boleh berjaya jika syarat-syarat perkhwinan tidak diikuti. Seterusnya ialah hubungan anak dengan orang tua juga mempunyai kedudukan yang penting dalam islam. Rasullulah telah bersabda syurga terletak dibawah tapak kaki ibu dan jika sopan santun terhadap orang lain adalah sunat sebaliknya ia adalah wajib terhadap ibubapa. Malahan perasaan persaudaraan, kasih sayang dan tanggungjawab tidak hanya terhad kepada ibubapa tetapi juga kepada saudara mara yang lain. Maka umat islam bertanggungjawab menziarahi saudaranya agar mereka tidak rasa dilupakan dan umat islam turut mempunyai tanggungjawab membantu saudaranya yang miskin dari segi kewangan jika mampu. Membenarkan anak disusui oleh orang lain yang bukan ibunya adalah salah satu cara memperbanyakkan saudara iaitu saudara sesusuan. Tanggungjawab dan kasih sayang keluarga amat ditekankan dalam islam kerana keluarga adalah asas masyarakat dan jika sihat dan aman keluarga maka masyarakat sentiasa sihat serta aman harmoni.

ADAB ISLAM DALAM HAL-HAL AGAMA
Sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada adab-adab dan peraturan islam kerana ini akan menjauhkan umat islam dari mendekati perkara bidaah ataupun bidaah yang tergolong dalam ibadah yang baru dicipta mahupun tokok tambah kepada sunnah Rasullulah. Rasullulah pernah bersabda sesiapa yang mengada- adakan ibadah lain dari yang diajarkan maka itu adalah bidaah dan ditolak. Kesan bidaah di dalam kehidupan islam sangat besar kerana ia boleh menukar islam dari agama yamg mudah kepada agama yang sukar sehingga akhirnya tidak ada yang berminat untuk mengamalkannya. Didaah tidak seharusnya dikelirukan dengan ijtihad yang menggunakan pendapat individu untuk mentafsirkan Al- Quran dan Sunnah yang selaras dengan prinsip asas islam dan hanya boleh dilakukan oleh ulama muktabar. Antara beberapa bidaah yang telah menular dalam masyarakat islam kini ialah sambutan Maulud Nabi di mana perarakan beramai-ramai diadakan seharusnya ia perlulah diisi dengan majlis ilmu seperti mengadakan ceramah atau seminar agar umat islam lebih menghayati perjuangan Rasullulah dan berusaha mengikutnya. Selain itu, membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah dengan kuat ketika acara pengebumian serta amalan menghiasi kubur bukanlah cara islam.

SIKAP ISLAM TENTANG ADAB DAN ADAT BUKAN MUSLIM
Sikap bertolak ansur oleh islam terhadap bukan muslim yang tinggal dalam Negara islam merangkumi kebebasan bukan muslim untuk mengamalkan kepercayaan dan cara hidup mereka tanpa gangguan dan jika mereka ingin memeluk islam ia hanya boleh dilakukan atas pilihan serta keyakinan mereka sendiri. Nyawa, harta dan maruah bukan islam adalah dilindungi di samping mereka diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup mereka dan mengadili serta menghukum mengikut undang-undang agama mereka sendiri seperti yang diterangkan dalam hak-hak bukan muslim di negara islam. Sikap islam yang tidak memaksa bukan muslim untuk mematuhi hukumnya tetapi membiarkan mereka bebas mengamalkan ajaran mereka mengekalkan keamanan masyarakat dan tidak ada persengketaan antara penganut agama yang berlainan dalam negara islam. Terdapat beberapa batas-batas dalam pergaulan muslim dengan bukan muslim dan batasan ini hendaklah difahami oleh kedua-dua pihak seperti dalam sambutan perayaan. Walaupun islam memberi kebebasan untuk bukan muslim merayakannya tetapi muslim dilarang untuk turut bersama-sama merayakannya kerana ia samalah muslim mengiktiraf agama mereka yang berlawanan dengan islam yang menganggap agama yang benar dan diiktiraf hanyalah agama Allah. Menghormati hak dan kebebasan mereka serta tidak mencaci kepercayaan mereka tidak bererti muslim harus bersama-sama dalam mempraktikkan budaya dan adat istiadat tanpa membezakan diri dari bukan muslim.

PERATURAN ASAS TENTANG ADAB- ADAB ISLAM
Tegasnya adab dan peraturan islam menghiasi hidup muslim dari terbit fajar sehinggalah ketika ia menyelesaikan harinya apabila masuk tidur setelah sembahyang isyak. Secara kasarnya perlakuan muslim terbahagi kepada lima bahagian iaitu yang halal atau dibolehkan, sunat, makruh tidak digalakkan atau dibenci, wajib atau mesti dikerjakan dan haram. Perbuatan yang jatuh dalam kategori wajib atau haram adalah sedikit. Manakala kelima-lima kategori perlakuan muslim yang ditetapkan adalah mengikut keadaan. Sebagai contoh, perkara yang haram dilakukan apabila dalam keadaan yang luar biasa dan tidak dapat dikawal ia akan menjadi boleh atau wajib seperti ketika ketiadaan makanan lain selain dari daging babi dan jika tidak memakannya akan membawa maut maka ia dibenarkan memakannya dengan tidak terlalu kenyang. Peraturan adab dan perlakuan muslim bukanlah dicipta oleh pendapat manusia tetapi telah diambil dari Al-Quran dan Sunnah Rasullulah di mana kedua-duanya diturunkan oleh Allah kepada hambanya. Seorang muslim tidak boleh dihukum jika ia melakukan kesalahan kerana dipaksa atau kerana kejahilannya tetapi ia dihukum jika ia mengetahui dan memang berniat untuk mengerjakan kejahatan itu. Walaupun mengamalkan cara hidup islam tidak dipertanggungjawabkan ke atas muslim sehingga ia akil baligh tetapi adalah menjadi tanggungjawab ibu-bapa untuk mendidik anaknya mengamalkan cara hidup muslim sejak dari kecil agar anaknya akan senang dan secara langsung akan mengamalkannya apabila dewasa kelak. Di dalam hamper semua perkara seorang itu hendaklah berfikir semasak-masaknya dan tidak terburu-buru untuk melakukan sesuatu. Seorang muslim harus menimbangkan kesan yang timbul dari perbuatannya jika kesannya baik ia harus meneruskannya tetepi jika sebaliknya ia haruslah meninggalkannya. Bertimbangrasa dan bertolak ansur adalah sikap yang dianjurkan oleh islam. Secara amnya, setiap perbuatan adalah dipertimbangkan atau diterima jika ia bertamadun iaitu mengambil kira kepentingan orang lain, terhormat iaitu ia tidak memganggu individu atau masyarakat dan ia bukanlah perlakuan atau adab yang termasuk dalam kategori haram atau dibenci.

PENUTUP

Kesimpulannya sebagai seorang muslim kita haruslah mengikut adab-adab islam yang telah ditetapkan agar kehidupan kita akan lebih sempurna. Selain itu, untuk menjadi muslim yang sejati kita umat islam hendaklah mematuhi adab-adab sebagai seorang muslim yang sejati disamping melatih diri mereka untuk berkeperibadian yang menarik. Muslim yang sejati tidak seharusnya melangkaui batas–batas Islam kerana ini dapat melahirkan peribadi yang tidak baik bagi seorang Muslim itu. Adab – adab Islam yang telah digariskankan di dalam Al-Quran adalah sesuai untuk umat islam mempraktikkannya dalam kehidupan seharian mereka. Adab-adab islam ini juga tidak hanya untuk umat islam tetapi ia turut mengambil kira tentang orang bukan islam ini menggambarkan bahawa islam itu sangat adil dan tidak mendiskriminasikan agama lain. Oleh yang demikian sama-samalah kita mengikut adab-adab Islam agar kita dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenarnya disamping membangunkan sebuah Negara islam yang harmoni. Akhir kata, semoga apa yang telah saya rumuskan ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita sesama muslim dan jadikanlah kehidupan kita seharian sesuatu yang bermakna serta terapkanlah adab-adab islam di dalamnya. Sekian terima kasih.