Oleh: Shahida Bt. Ibrahim.
PENDAHULUAN.
1. MANUSIA
Dalam ajaran al-quran, manusia pertama yang dijadikan ALLAH ialah Adam a.s. yang diciptakan dari tanah. ALLAH berfirman bahawa;- “dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat yang kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk” (surah; Al-Hijr, ayat; 26)
Dan manusia berkembang biaknya dalam mencipta keturunannya dari air mani (nuthfah). ALLAH berfirman bahawa ;-
ALLAH tidak mahu pada hari kiamat nanti, manusia mengatakan ALLAH tidak memberikan peringatan kepada kami (manusia). Padahal ketika masih di alam Ruh lagi sudah diperingatkan supaya mereka ingat. !
Baik sebagai hamba dan sebagai khalifah adalah suatu amanat dari ALLAH yang diamanahkan kepada manusia. Padahal jika amanat itu dibarikan kepada gunung-gunung, langit, tetapi mereka menolaknya, kerana tidak mampu memikul resikonya ! oleh itu, manusialah yang bertanggungjawab dan dipercayakan oleh ALLAH untuk diberi amanat, baik di dunia mahupun di akirat.
“sesungguhnya Kami telah tawarkan amanat itu kepada langit dan bumi dan gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya (akan tetapi mereka mengelakkan diri dan takut), kemudian manusialahyang memikul amanat kepercayaan Kami itu. ” (surah : Al-Ahzab, ayat : 72)
2. DOSA.
Dosa didefinasikan sebagai pelanggaran dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia terhadap perintah dan larangan ALLAH di dalam ajaran islam.
Baik dosa besar, mahupun dosa sedang atau dosa ringan akan mendapat balasan siksaan atau ‘adzab ketika di alam Barzah atau ‘adzab qubur. Dan setelah hari kiamat, masuklah mereka ke dalam api neraka.
Dosa diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu dosa dengan ALLAH dan dosa dengan Manusia. Dosa dengan ALLAH dapat diklasifikasikan dalam dua jenis iaitu, dosa yang dapat diampuni-NYA, sepanjang manusia itu taubat dan minta ampun. Dan dosa yang tidak dapat diampuni-NYA seperti dosa berbuat syirik, menjadi orang musyrik dan dosa dosa dengan sesame manusia. Sedangkan dosa sesame manusia ALAH tidak dapat mangampuninya melainkan manusia itu sendiri yang memaafkannya, dengan menerangkan kesalahan (dosa) apa yang telah diperbuatnya.
Seperti riwayat sebuah Hadith Qudsi yang berbunyi seperti berikut :- “Hai anak cucu Adam! Selama kamu masih berdoa dan berharap kapadaKu, Aku akan ampuni dosa-dosa yang melekat padamu. Walaupun dosamu sebanyak awan dilangit, kalau kamu minta ampun kepadaKu, nescaya akan aku ampuni. Hai anak cucu Adam! Jika kamu dating kepadaKu dengan menikul dosa sepenuh bumi, lalu menghadapKu, dengan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain, maka Aku akan menyonsongmu dengan pengampunan sepenuh bumi” (riwayat Tirdmizi dariAnas bin Malik)
Hadith Qudsi tersebut mentafsir soal taubat dan dosa yang akan diampuni ALLAH s.w.t. hendaklah taubat dari dosa yang harus disertai dengan doa, tidak berputus asa dan selalu mengharap keampunan dari ALLAH, serta tidak menyekutukan ALLAH dengan yang lainnya.
3. PAHALA.
Pahala merupakan ganjaran dari ALLAH terhadap makhluknya yang beriman dan beribadah kepada ALLAH dan berbuat baik, beramal soleh kepada sesama manusia.
Buat manusia mendapat pahala pada sisi ALLAH, pertama manusia itu harus beriman kepada ALLAH. Tidak berbuat syirik, tidak menjadi orang musyrik. Kalau manusia sudah beriman kepada ALLA, mentauhidkan ALLAH. Bererti ia harus beriman kepada akhirat.
Semua pahala akan berakhir setelah ia meninggal dunia kecuali ia mati meninggalkan tiga perkara, iaitu, ia meniggalkan ilmu yang bermanafaat kepada generasi manusia yang akan datang, meninggalkan harta wakaf yang masih digunakan olah masyarakat, dan meninggalkan anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapanya.
Doa yang ikhlas ialah doa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan sentiasa mendirikan solat dengan erti kata lain, doa orang-orang yang taqwa kepada ALLAH akan dikabulkan.
MANUSIA DALAM DOSA.
1. GOLONGAN ORANG KAFIR.
Kafir ialah orang yang tidak membenarkan kerasulan Muhammad s.a.w. atau orang yang tidak mentaati perintah dan larangan ALLAH s.w.t.
Kafir terbahagi kepada tiga golongan, iaitu kafir Kitabi, kafir Harbi, dan kafir Majusi. kafir Kitabi iaitu orang kafir yang tidak mengakui kerasulan Muhammad s.a.w. tetapi mempunyai kitabullah seperti Taurat dan Injil. Contohnya, kaum Yahudi hanya mengakui kerasulan Musa a.s dan mengakui kitab Taurat sahaja. Manakala, kaum Nasrani hanya membenarkan kitab Injil dan mengakui kerasulan Isa Almasih bin Maryam sahaja.
Kafir Harbi ialah kafir yang ditakluk kerana kalah dalam peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman khalifah. Golongan ini tidak mahu tunduk pada ajaran rasulullah
dan menjadi musuh oleh tentera muslimin. Kafir Majusi ialah orang kafir yang tidak mempunyai kitabullah.
2. DARI GOLONGAN ORANG MUSYRIK.
Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan yang lainnya. Terdapat tiga jenis syirik iaitu menyembah sesuatu selain dari ALLAH, menyekutukan ALLAH, dan mempertuhankan manusia.
Menyembah sesuatu selain ALLAH seperti menyembah patung, binatang suci, kubur dan lain-lain.
Menyekutukan ALLAH seperti fahaman Trinitas dalam ajaran agama Kristian. Selain itu, menganggap sesuatu sebagai perantara, seperti tukang tilik, keramat dannlain-lain. Menyekutukan ALLAH adalah perbuatan manusia yang dosaqnya paling berat dan tidak dapat diampuni. Pernuatan syirik menggugurkan amalan soleh yang lain dan menjadikan golongan ini menjadi ahli neraka.
Mempertuhankan manusia seperti Budha Gautama, Pendeta dan Fir’aun. Quran menegaskan bahawa dosa manusia yang berbuat syirik dengan sengaja tidak akan diampuni olah ALLAH. Tetapi dosa syirik dalam kesalahan seperti nabi Zakaria yang meminta pertolongan ‘pokok besar’ untuk melindungi diri dari kaumnya yang tidak menerima dakwah yang disampaikannya, ALLAH akan mengampuninya sepanjang manusia itu taubat dan berdoa meminta ampun.
3. DARI GOLONGAN ORANG MUNAFIK.
Munafik ialah “orang yang suci (soleh) pada lahirnya sahaja, tidak pada batinnya. ” “ALLAH mengetahui dengan nyata orang-orang yang munafik. ” “Mereka menyatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung di dalam hatinya. Dan ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. ” (surah : Ali ‘Imran, ayat :167)
Munafik termasuk di dalam sifat riya’, terutamanya dalam mendirikan solat. Mendirikan solat bukan kerana ALLAH, tetapi untuk mencari pujian dari masyarakat. Dan orang munafik apabila mati, tidak dapat disembahyangkan. Sifat-sifat orang munafik seperti berlainan kata dari perbuatan, bermuka dua (nifak), bersifat riya’ dalam perbuatannya, pendusta dalam perkataan, kalau bersumpah ternyata sumpah palsu dan menghalangi manusia dari jalan ALLAH. Nifak dapat disimpulkan seperti kalau berkata ia berdusta, kalau berjanji ia mungkir, dan kalau dipercayai ia khianat.
4. DARI GOLONGAN ORANG FASIK.
Fasik ialah orang yang berbuat dosa besar, orang yang melepasi batasan ketentuan hukum ALLAH.
Perintah ALLAH kepada manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu perintah ALLAH kepada pemerintah dalam memerintah Negara dan perintah ALLAH kepada umat muslimin itu sendiri melaksanakannya. Seperti mendirikan solat, puasa, zakat dan lain-lain yang termasuk dalam ibadah fardhu ‘ain.
Muslim yang tidak beriman sedangkan mereka mengetahui kebenaran Quran wahyu dari ALLAH. Tetapi mereka tidak mahu beriman. Muslim yang tahu islam itu benar, tetapi mereka tidak membenarkannya. Orang muslim yang tahu bahawa mwndirikan solat itu wajib, tetapi tidak mahu mendirikannya. Inilah orang-orang yang fasik yang diliputi oleh dosanya.
5. DARI GOLONGAN ORANG ZALIM.
Zalim ialah orang yang aniaya. Iaitu orang yang melanggar larangan, menyimpang dari kebenaran dan keadilan yang dikehendaki olah ALLAH. Misalnya, raja yang tidak adil.
MANUSIA DALAM PAHALA.
1. DARI GOLONGAN ORANG TAQWA.
Taqwa ialah orang yang takut pada ALLAH seperti apa yang diperintahkan ALLAH ditaati dan apa yang dilarang ALLAH tidak dilanggar.
Tanda-tanda orang bertaqwa seperti menempuh jalan hidup yang dikehendaki olah Quran, beriman kepada hal-hal yang tidak dapay dicapai oleh akal manusia iaitu hal-hal yang bersifat ghaib, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dari hartanya, beriman kepada Quran dan kitab-kitab dahulu seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil, serta beriman kepada hari kemudian.
2. DARI GOLONGAN ORANG BENAR.
Shadiqin ialah orang-orang yang yakin bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah benar. Hanya seorang sahaja yang disebut oleh nabi sebagai ‘shadiqin’ iaitu ‘Abu Bakar As-Siddiq’ kerana beliaulah orang yang pertama membenarkan apa yang diucapkan Rasulullah tentang perjalanan beliau dalam “Isra’ Mi’raj”.
Orang yang tergolong dalam shadiqin sudah dijamin oleh ALLAH masuk syurga tanpa hisab dan diberi kesempatan oleh ALLAH memberikan syafaat. Contoh lain mengenai shadiqin ialah Ismail bin Ibrahim a.s dan permaisuri raja fir’aun iaitu Aisyah yang merupakan muslimat yang shadiqin.
3. DARI GOLONGAN ORANG SOLEH.
Soleh ialah orang-orang yang beramal ibadah kepada ALLAH dan kepada sesama manusia meliputi ibadah fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.
Kehidupan di dunia terbahagi kepada dua iaitu berusaha memenuhi hajat hidup di dunia yang tidak terbatas dan berusaha mempersiapkan bekal buat kehidupan yang kekal di akhirat, tempat yang kekal abadi.
Orang yang soleh tidak mengharapkan ganjaran manusia, tetapi mengharapkan ganjaran ALLAH. Ibadah zikir, dan bertasbih merupakan ibadah yang mulia di sisi ALLAH. ALLAH menepati janji-NYA. Janji ALLAH benar. ALLAH tidak menyalahi janji-NYA.
4. DARI GOLONGAN ORANG YANG SABAR.
Sabar ialah orang-orang yang tabah dalam segala duka dan rintangan hidup dan bersifat tenang dalam menghadapi setiap kemungkinan yang akan terjadi pada dirinya serta tidak berputus asa atas rahmat ALLAH. Contoh orang yang sabar seperti Ismail yang akan disembelih ayahnya Nabi Ibrahim a.s. , orang yang dapat penyakit, dan maryam yang mendapat berita tentang kehamilannya dari malaikat.
5. DARI GOLONGAN ORANG YANG BAIK.
Muhsinin ialah orang-orang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik samaada ketika beribadah kepada ALLAH dan berbuat baik kepada sesama manusia.
Manusia biasa dapat menjadi muhsinin jika ia tetap berpegang dengan ajaran agama islam iaitu ajaran Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain, hanya orang yang berbudi luhur, berlaku jujur dan taat kepada ajaran agama dapat mencapai gelaran ‘muhsinin’.
6. DARI GOLONGAN YANG SYAHID.
Syahidin ialah orang yang berjuang dan berkorban untuk agama ALLAH dan kerana ALLAH ia sanggup mati. Syahid bukan sahaja berjuang untuk agama ALLAH tetapi juga berjuang untuk mempertahankan tanah air, dan banga dan niat hanya kerana ALLAH.
Orang yang mati syahid disebut “syuhada”. Ruhnya berdiam di dalam diri burung yang terbang di atas sungai-sungai syurga. Kemudian tempat tinggalnya di bawah ‘Arsy.
7. DARI GOLONGAN YANG TERPIMPIN.
Muhtadin ialah orang-orang yang suka memberikan petunjuk kepada orang lain di jalan ALLAH, di jalan lurus ; suka memberikan bimbingan kepada orang-orang ke jalan ALLAH. Dengan demikian bahawa muhtadin itu adalah orang-orang yang terpimpin di jalan ALLAH.
Orang yang tergolong muhtadin ini, orang yang suka membaca atau hafaz al-Quran serta dijadikan petunjuk ke jalan yang diredhai ALLAH, bukan jalan yang sesat. Quran menjadi petunjuk dan pimpinan bagi orang yang terpimpin yang taqwa kepada ALLAH.
MANUSIA DALAM DOSA DAN PAHALA.
Bagi orang muslim, tidak banyak yang benar-benar bertaqwa kepada ALLAH. Barangsiapa yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Quran dan Hadis bererti hidupnya sudah mendapat petunjuk, mendapat bimbingan dalam jalan lurus.
Dalam al-Quran terdapat suatu pengertian bahawa hidup manusia itu pada waktu susah ia terlalu banyak ingat kepada ALLAH. Tetapi ketika waktu senang ia lupa dengan tuhannya. Dan sebaliknya. Serta tanda orang-orang muslim yang ingat dengan ALLAH ialah jika ia mendirikan solat dengan tetap.
Taubat ertinya meninggalkan perkara yang berdosa dan melakukan perkara yang mendapat pahala. Orang yang taqwa kepada ALLAH akan berada di bawah naungan Arsy ALLAH dan dijamin ALLAH akan masuk syurga.
KESIMPULAN.
Manusia dalam dosa, ALLAH tidak akan menyiksa dosa-dosa hambaNya ketika hidupnya di dunia. Tetapi ia akan mendapat siksaan di akhirat, setelah hari kiamat. Ketika orang-orang kafir ini di dalam neraka, mereka ingin sekali dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh dan beriman kepada ALLAH.
Bagi manusia dalam pahala, mereka menganggap hidup mereka susah di dunia, tetapi senang di akhirat. Sebenarnya mereka salah. Al-Quran menganjurkan kehidupan orang muslim itu seharusnya senang di dunia dan di akhirat.
“Persiapkanlah bekal buat kehidupanmu di akhirat, tetapi jangan melupakan kehidupanmu di dunia, ” (surah : Al-Qhashash, ayat : 77)
Kesimpulannya, bagi orang-orang kafir, mereka hanya mendapat kebahagiaan di dunia. Tetapi orang-orang mukmin yang taqwa kepada ALLAH akan mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat. Namun, kebahagiaan di akhiratlah yang paling abadi dan kekal.
Ini adalah tulisan pelajar UiTM Perlis mengenai Agama Islam. Jika ada keraguan sila rujuk kepada al Quran dan al Hadith
Thursday, April 16, 2009
Pengaruh Barat
Oleh: Afnizan Binti Kasim
Segala puji bagi Allah S.W.T. , pemilik sekalian alam ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, para sahabat dan pengikutnya yang salih. Syukur Alhamdulillah dengan inayahNya, esei ini dapat disiapkan untuk tatapan semua. Penguruh Barat atau lebih tepat usaha pembaratan adalah anasir yang sangat merbahaya dalam kehidupan masyarakat Islam sejak berzaman. Pada satu peringkat, ada pula masyarakat Islam yang menganggap pembaratan itu sebagai pemodenan. Oleh kerana itu, menurut mereka jika mahukan kemodenan-dalam apa bidang sekalipun maka sekaligus bererti mengikut sepenuhnya apa yang dilakuakn oleh masyarakat Barat.
Pengaruh Barat di beberapa peringkat adalah kukuh kerana sebahagian dari masyarakat Islam terdidik di pusat-pusat pengajian Barat atau di sekolah-sekolah tinggi yang berorientasikan Barat.
Esei ini mendedahkan berbagai kegiatan pembaratn yang telah berjalan sekian lama di kalangan masyarakat Islam. Dengan ini, saya berharap uamt islam seluruhnya dapat meneliti kean-kesan yang merbahaya dalam kehidupan mereka. Semoga dengan itu, kita sama-sama dapat menghayati cara hidup Islam, bersih dari sebarang saduran atau perkara-perkara yang akhirnya merenggangkan hubungan kita semua dengan Khalik.
Saya juga menaruh harapan agar seluruh umat Islam memiliki kesedaran untuk sentiasa berwaspada terhadap setiap inci ancaman dari musuh Islam. Sekian. wabillahitTaufiq…. .
PENDAHULUAN
Saya Afnizan binti Kasim dengan perasaan rendah diri memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menterjemahkan sebuah risalah pembaratan, Cabaran Yang Paling Merbahaya Kepada Umat Islam yang ditulis oleh Anwar Al-Jundi dimana beliau merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh Islam semasa memberi sumbangan kepada negara-negara Islam melalui penulisannya.
Diantara isi penulisan beliau adalah teknik gerakan pembaratan dalam menjalankan Operasi untuk mencapai cita-cita mereka yang diantara lainnya ialah memerangi secara sistematik segala bentuk nilai-nilai yang dianuti oleh umat Islam serta menghancurkan personaliti dan pemikirannya.
Saya berharap agar setiap uamt Islam di Negara ini bersatupadu dan mengambil tindakan yang positif menentang segala aliran fikiran yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam sesuai dengan hasrat dan cita-cita untuk menghayati Islam secara total dalam segenap aspek kehidupan.
Terima kasih juga ditujukan buat pensyarah ctu151 kami, Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah banyak memberikan sokongan kepada kami warga ACD3Az. Juga tak lupa buat sahabat disekeliling kerana telah banyak membantu saya dalam menghasilkan esei ini. Semoga kita sama-sama dapat mempelajari daripada apa yang cuba disampaikan.
Akhir sekali saya memohon kepada Allah s.w.t agar memberkati segala usaha yang telah dilakukan.
HASRAT BARAT YANG TERPENDAM
Terdapat usaha yang amat merbahaya bertujuan untuk menolak pendapat yang mengatakan adanya gerakan pembaratn, penjajahan kebudayaan (al-ghazw al-thaqafi), kegiatan mengasimilasikan pemikiran Islam ke dalam pemikiran asing, dan mendaulatkan pemikiran mendatang.
Usaha tersebut terbahagi kepada dua perkara:
PERTAMA: Pendapat yang mempersoalkan di manakah letaknya institusi yang dikenali sebagai ‘Institusi Pembaratan’ itu? Pada hakikatnya institusi tersebut tidak mempunyai bangunan yang tersergam terpampang dihadapannya papan tanda “Sekolah Yayasan Pembaratan”. Oleh itu persoalan yang ditimbulkan itu adalah satu persolan yang cetek daripada mereka yang mempunyai pandangan yan cetek.
KEDUA: Kebijaksanaan talibarut mereka menyembunyikan taat setianya kepada gerakan itu dan melicinkan mereka memainkan peranan masing-masing untuk memperdayakan manusia.
Berhubung dengan ini terdapat banyak bukti yang dapat menghilangkan segala keraguan bagi sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaran, dan tidak mempunyai sifat serong untuk memadamkan hasrat ingin berbakti kepada pemimpin besar gerakan pembaratan seperti gerakan kebangsaan yang berasaskan kepada ras seperti yang ditulis oleh sarjana gerakan penjajahan kebudayaan.
Pengertian istilah pembaratan, sepertimana yang dapat difahamkan daripada berpuluh takrif iaitu membentuk aliran pemikiran baru, yang betujangkan kepada konsep dan nilai pemikiran Barat, yang bakal menjadi asas penilaian pemikiran dan masyarakat Islam, dengan tujuan mendaulatkan kebudayaan Barat, dan meletakkannya di tempat yang paling tinggi mengatasi segala kebudayaan bangsa-bangsa di dunia, lebih-lebih lagi kebudayaan Islam.
Missionary Kristian dan Orientalis pernah menyatakan bahawa malamat mereka, ialah melahirkan generasi baru yang bukan sahaja sanggup mencemuh segala nilai hidup keislaman, tetapi juga nilai hidup ketimuran, dan berusaha menjauhkan segala cirri-ciri kebudayaan Islam. Usaha tersebut dijalankan melalui surat khabar dan bahan penerbitan lain yang bermutu, dipenuhkan dengan penulisan tokoh kenamaan yang mempunyai gelaran yang mengkagumkan.
ISLAM SISTEM HIDUP YANG DINAMIK
Sesungguhnya tokoh-tokoh gerakan pembaratanlah yang paling banyak merosakkan metode kajian ilmiah yang mengutarakan agar para pengkaji hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidk didorong oleh semangat, emosi, dan generalisasi. Oleh kerana kurang kewaspadaan, mereka terjerumus, hingga sukar didapati di antara mereka seorang penulis yang berani memperkatakan sesuatu itu dengan benar dan penuh keinsafan. Penulisan mereka pada umumnya mengandungi cirri-ciri keangkuhan, permusuhan, dengki dan fanatik.
Antara kegiatan yang paling merbahaya pernah dilakukan oleh gerakan pembaratan adalah dengan memperkenalkan aliran pemikiran baru dalam bentuk yang menarik dan ilmiah, sebagai alternatif kepada pemikiran yang sedia ada dengan tujuan mengalihkan pandangan umum yang murni kepada pemikiran baru.
Dalam zaman moden ini penganut Islam masih berkemampuan di dalam bidang intelektual, walaupun kemampuan mereka masih tidak mencapai taraf kemampuan menghadapi musuh di medan peperangan atau medan pertempuran. Keengganan mereka menerima sebarang bentuk pencabulan atas usaha memusnahkan keperibadian Arab-Islam seperti yang telah dibuktikan oleh bangsa Algeria yang berhati waja itu adalah merupakan satu bukti kemampuan tersebut.
Kini intelektual Islam terus menerus berjuang menentang sebarang usaha jahat yang dirancang untuk memesongkan pemikiran Islam sama ada dengan cara mengurang, menokok dan mentafsirkannya mengikut selera individu.
Satu kenyataan yang tidak dapat diragukan ialah terdapat dua bentuk kebudayaan di dalam dunia, iaitu kebudayaan Islam dan bukan Islam, adalah mustahil bagi dua kebudayaan ini dapat bertemu dalam ruang yang sama. Adalah salah bagi mereka menyangkakan bahawa yang dimaksudkan perkataan pembaratn itu memaksa ornag-orang Islam menerima pemikiran Barat. Apa yang dimaksudkan dengan pemikiran Barat adalah, membentuk mentaliti atau sikap yang boleh menghancurkan cita-cita dan pengharapan umat Islam, mengecilkan-ngecilkan pemikiran mereka, menimbulkan kekeliruan, kecacatan dan seterusnya tidak mendorongkan mereka kepada mana-mana aspek pembangunan yang berfaedah daripada buah fikiran orang lain.
Diantaranya ialah dengan menghalang penganut Islam melakukan gerakan atau pembangunan, mencegah mereka bergerak di lar lingkungan bulatan yang tertutup, dan mengarah fikiran mereka supaya berfikir di sekitar kepentingan material yang terpisah daripada aqiqah yang positif dan saling lengkap melengkapi.
Satu kenyataan bahawa kekuatan peribadi kita adalah berpunca daripada system nilai kita sendiri. Apabila kita menyeleweng daripada sistem tersebut maka kita akan kehilangan panduan dan itulah yang menjadi impian kepada gerakan pembaratan, kerana pada ketika itu mereka dapat melaksanakan rancangan yang tersusun dengan kadar yang paling maksima. Besar kemungkinan, di antara kegiatan yang jelas sedang dipergiatkan untuk menghalang dan memusnahkan segala usaha kea rah mencari titik pertemuan di kalangan bangsa-bangsa yang dari sejarahnya mempunyei pemikiran yang sama bersumberkan Al-Quran, Bahasa Arab dan Manhaj Nabi Muhammad bin Abdullah, tetapi mereka mengapi-apikan semangat kedaerahan, perkauman dan menonjolkan konsep-konsep yang menyebabkan perbzaan system nilai, dan terputusnya hubungan antara bangsa-bangsa yang lain.
Diantara gerakan pembaratan yang dianggap amat merbahaya ialah penumpuannya terhadap usaha pemisahan akal dan hati nurani orang Islam, bangsa Arab daripada segala bentuk nilai yang bertunjangkan Tauhid, moral dan keimanan kepada Allah melalui pusat-pusat pendidikan, surat khabar, buku, drama, filem, dan fesyen pakaian yang mengghairahkan.
Dengan demikian institusi-institusi ini bakal melahirkan generasi yang mendukung idea yang mendorong kepada kehancuran, berselindung dibawah semboyan kemajuan dan progresif, bersedia mengikut jejak langkah orientalis missionary dalam kegiatannya memutarbelitkan sejarah Islam, memomokkan konsep dan kebudayaannya, mengecil-ngecilkan peranannya dalam sejarah antara bangsa dan menyerapkan ke dalam jiwa mereka perasaan rendah diri.
Dakwaan gerakan pembaratan yang mengatakan bahawa kebudayaan dan ketamadunan manusia bersifat universal dan pemikirannya bersifat padu, adalah suatu dakwaan palsu yang mempunyai matlamat yang diragukan, iaitu untuk meleburkan pemikiran Arab-Islam, mengasimilasikan dan mencorakkannya mengikut acuan penjajah yang berpengaruh dan menguasai politik antarabangsa.
Gerakan penjajahan kebudayaan pada zaman moden yang menjalankan aktivitinya di dalam dunia Islam sejak penguasaan penjajah Barat, bolehlah disifatkan sebagai lanjutan kepada gerakan memusuhi Islam pada setiap zaman.
Gerakan pembaratan merupakan satu misi yang mempunyai nizam, matlamat, falsafah dan pemimpinan yang mengarahkannya. Ianya merupakan salah satu daripada siri-siri rancangan jangka panjang yang besar dan bertujuan menyokong dan menguatkan lagi kedudukan penjajah. Tujuan ini tidak akan tercapai melainkan dengan perantaraan penjajahan pemikiran dalam menjadikan umat Islam manusia yang berjiwa Barat. Penjajah sedar bahawa pengaruh dan penguasaan mereka ke atas dunia Islam akan berakhir. Jesteru itu perlulah dirancangkan dengan teliti satu rancangan yang dapat menjamin keutuhan pengaruh Islam dikawasan-kawasan yang ditaklukinya.
Tidak kesemua mereka yang ada hubungan dengan Barat dan menganuti fikirannya akan berterusn mempercayainya, kerana kepalsuan penjajahan dan tembelangnya lama kelamaan akan terbuka. Sejarah akan membuktikan bahawa disana ada penipuan yang berselindung disebalik ungkapan yang baik dan slogan yang mengatakan bahawa penjajahan adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada rakyat dan memodenkan kehidupan mereka, disamping menyeru kepada kebebasan, persahabatan, persamaan, dan sebagainya. Tetapi beberapa ketika kemudian itu berlakulah peristiwa-peristiwa yang membuktikan fanatiknya orang Barat, niat jahat mereka dan tujuan mereka melaksanakan dasar kolonialnya dengan menggunakan kekerasan.
ANTI NILAI ISLAM
Penjajah dan kuasa asing sedar bahawa untuk menguasai secara mutlak ke atas sesuatu umat adalah suatu perkara yang mustahil, justeru tiap-tiap umat mempunyai sifat-sifat keperibadian yang tersendiri untuk menghakis segala bentuk pnjajahan dan pengaruh asing.
Bagi pemikiran bangsa Arab yang bertunjangkan Islam dan Al-Quran terdapat asas-asas yang kukuh dan mampu menghalangnya daripada memerima dan tunduk kepada penagaruh asing. Jester, usaha hendaklah ditumpukan ke arah memusnahkan tunjang-tunjang tersebut dan mengalihkan pandangan mereka kepada nilai-nilai baru yang mampu meruntuhkan identity dan memaksa mereka membuka peluang kepada pengaruh-pengaruh asing untuk berkembang. Oleh hal yang demikian, penjajahan akan berterusan dalam bentuknya yang baru iaitu penjajahan fikiran.
Lord Cromer menggambarkan tentang taktik yang disusun oleh Perancis, Inggeris dan Belanda di negara Islam, katanya :
“Pemuda-pemuda yang mendapat pendidikan di England dan Eropah terputus hubungn kebudayaan dan kejiwaan negaranya. Pada masa yang sama gagal menjadikan diri mereka sebagai anggota masyarakat kepada Negara yang telah memberikan pendidikan kepada mereka. ” Pada hakikatnya inilah matlamat bagi misi-misi yang melanda Negara kita, samaada dalam bentuk sekolah dan universiti, ataupun pegiriman pelajar-pelajar ke Negara Eropah.
Dari aspek politiknya pula, Negara Barat seperti yang kita sedia maklum cuba memerangi Negara Timur dengan mengirimkan pakar-pakar, missionary, orientalis, arkeologis, wartawan-wartawan dan seterusnya membangunkan yayasan-yayasan yang tersergam di seluruh ibu kota Negara Islam dengan tujuan menyebarkan kebudayaan mereka kepada penduduk setempat. Pengaruh kebudayaan mereka itu mula bertapak dan mendapat tempat di sekolah-sekolah, universiti, akhbar, pusat-pusat kebudayaan, institusi pengajian, perubatan dan sebagainya.
Dalam bidang sastera pula samaada yang berbentuk novel atau cerpen diselitkan ke dalamnya pemikiran-pemikiran moden (yang berteraskan kebudayaan barat). Dalam bidang persekolahan disediakan buku-buku bacaan yang bertujuan merendah-rendahkan taraf dan sejarah umat kita, jesteru itu pemikiran geneasi baru telah dilanda dan dipengaruhi oleh arus pemikiran yang mana tujuan utamanya ialah merendahkan nilai-nilai hidup, istimewa agama Islam dan kehidupan kerohanian (yang menjadi teras kehidupan umat).
Matlamat gerakan pembaratan adalah jelas; iaitu menghancurkan personality, merosakkan pemikiran umat dan mencemarkan sumber-sumber kebudayaan.
Sehubungan dengan hal ini, maka lahirlah seruan kearah pembebasan diri daripada sifat-sifat kearaban dan keislaman, dan kedengaran juga slogan-slogan yang menyatakan tentang adanya hubungan Arab dengan kebudayaan Mediterranean dan Mesir sebahagian daripada negara Eopah. Usaha-usaha untuk menghidupkan kembali semangat kebangsaan Firaun, Finiqi dan Assyrian telah muncul di Mesir, Syam dan Iraq. Perasaan ta’assub sebagai orang Islam, Kristian, Arab, Barbarian, Kurdish mulai meluap. Penjajah dengan kerjasama talibarutnya, melalui idea tulisan-tulisan mereka, merupakan batuApi kea rah memarakkan semangat tersebut untuk memecahbelahkan perpaduan umat.
KEMPEN DAN OBJEKTIF GERAKAN
Kempen gerakan ini dijalankan melalui pelbagai cara. Diantaranya yang terpenting
adalah:
- Menonjolkan masalah keturunan Semite dan Aryan dengan bertujuan untuk merendah-rendahkan keturunan Arab.
- Menyerang agama secara umum dan Islam secara khusus dan menganggapkannya sebagai faktor yang menyebabkan kemunduran.
- Mengkritik orang Arab dan Mesir. Mereka masih ketinggalan jauh berbanding dengan bangsa Greek dan Rom.
- Mengingkari sumbangan orang Arab (Islam) kepada tamadun moden.
- Menyeru kea rah hubungn kelompok dan kedaerahan, dan menghidupkan kembali semangat kaum Finiqi (Phoenician) dan Firaun yang telah lapuk.
- Menyeru kepada apa yang dinamakan kebudayaan Mediterranean. Menyebabkan perbezaan dan permusuhan di antara agama-agama dan ras: Barbarian-Arab, Deruz-Muwara mah, Islam-Kristian, Ahli Sunnah dan Syiah.
Untuk mencapai matlamat ini, pendukung gerakan pembaratn telah membentuk berbagai institusi, dan yang paling pentingnya ialah institusi missionary. Institusi ini merupakan suatu institusi yang besar, di mana terdapat banyak juga daripada orang-orang Islam yang telah member kerjsam menbangunkan sekolah-sekolah, hospital-hospital dan kolej-kolej dengan tujuan member pelajaran kepada anak-anak negeri mengikut system yang telah dirancangkan untuk menyisihkan mereka daripada Islam.
Para penyelidik yang insaf seperti Husain Al-Hirawi, Umar Farukh, Syakib Arsalan, Muhibbudin al-Khatib dan Rashid Ridha telah berjaya mendedahkankesalahan orientalis dan niatnya yang jahat. Kegiatan missionary yang tersusun rapi adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif:
- Memberi gambaran yang buruk kepada kebudayaan Islam dan warisan Arab dan
- Islam.
- Merosakkan keistimewaan kehidupan kerohanian yang terdapat di negeri-negeri Arab
- dan Islam.
- Melemahkan semangat dan membentukkan perasaan rendah diri (di kalangan umat
- Islam).
- Meluaskan jurang perbezaan di antara kelompok-kelompok dan mazhab-mazhab serta
- meninbulkan konflik di antara agama-agama.
- Memaksa negara Islam dan umat Arab tunduk di bawah kuasa Imperialis Barat.
- Menyediakan tokoh-tokoh daripada keturunan bangsa Arab yang sanggup menerima
- pengaruh asing tanpa sebarang tentangan.
Melalui pendidikan, gerakan missionary telah Berjaya memalsukan faka sejarah Negara Arab dan Islam, serta Berjaya menikamkan umat Arab dan agana Islam yang dianutinya.
Tumpuan sepenuh tenaga telah diberikan olah gerakan missionary untuk menundukkan Islam kepada aliran-aliran pemikiran Barat, dengan cara melahirkannya dalam bentuk yang tidak lengkap sebagai satu agama yang integrasi yang mana ruang lingkupnya mengandungi aspek aqidah dan sistem sosial.
KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan disini bahawa gerakan pembaratan adalah merupakan satu gerakan yang bertujuan untuk mengubahkan segala pengertian yang dianuti di dunia Arab dan Islam kepada pengertian yang baru dan memisahkan umatnya daripada sejarah dan nilai-nilainya yang murni, di samping berusaha menghancurkan nilai-nilai tersebut dengan meninbulkan keraguan terhadap agama, bahasa, sejarah, idea dan kepercayaan.

Keistimewaan malam dan hari jumaat serta amalan-amalan yang patut
Oleh: Norasikin Binti Jusoh
PENDAHULUAN
Sejarah permulaan Solat Jumaat dalam hadis-hadis yang sahih di jelaskan bahawa permulaan Rasulullah SAW mengerjakan solat Jumaat ialah di Madinah.Setelah Rasulullah SAW sampai di Quba’ dalam perjalanan hijrah ke Madinah,Rasulullah SAW berhenti di kampung Amr Ibn ‘Auf.Baginda menetap di situ dari Isnin hingga hari Khamis.Dalam masa empat hari itu baginda membangun sebuah masjid bersama dengan kaum Muslimin.Pada hari Jumaat Rasulullah SAW meneruskan perjalanannya.Ketika tiba waktu solat Jumaat baginda telah sampai ke Kampung Bani Salim Ibn ‘Auf.Maka baginda mengerjakan solat Jumaat di suatu masjid yang didirikan ketika itu dalam sebuah lembah.Maka itulah permulaan solat Jumaat yang di laksanakan Rasulullah SAW di daerah Madinah.
TAJUK:KEISTIMEWAAN MALAM DAN HARI JUMAAT SERTA AMALAN-AMALAN YANG PATUT DIAMALKAN
ABSTRAK
Sebab solat ini dinamakan dengan solat Jumaat,kerana dikerjakan pada hari Jumaat.Nama Jumaat adalah nama yang diberikan oleh Islam.Pada zaman jahiliyah mereka menamakannya dengan “urubah”.Setengah ulama mengatakan bahawa dinamakan dengan solat Jumaat kerana pada hari itu para penduduk berkumpul atau berjemaah.Golongan ini mensyaratkan sahnya solat Jumaat itu kerana jamaah.
HIKMAH HARI JUMAAT DAN AMALANNYA.
1.HARI YANG PALING UTAMA.
Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus r.a berkata.Rasullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari jumaat,didalamnya terjadi Nabi Adam as,dan pada hari itu juga ia meninggal,dan pada hari itu juga akan ditiupkan sangkakala,dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk.Maka perbanyaklah membaca selawat kepadaku,kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.Sahabat bertanya ya Rasulullah,bagaimana selawat kami sampai kepadamu padahal engkau telah rusak dan habis Nabi SAW bersabda: “Dapat kamu katakan aku akan rusak,sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas bumi untuk memakan jasad para Nabi-nabi.”
2.MASA YANG MUSTAJAB BERDOA.
Pada hari jumaat ini ada yang paling mustajab jika kaum muslimin berdoa dan mengharap sesuatu dari Allah SWT.Dari Abdurrahman bin Yazid dan Abu Lubabbah bin Abdil Munzir,Rasulullah SAW bersabda:
“Pada hari itu ada saat mustajab,tiada seorang pun yang yang berdoa saat itu melainkan Allah pasti memberinya,selama tidak meminta yang haram”
Mengenai masa yang mustajab memohon doa kepada Allah ini,dari Abu Hurairah ra.Rasulullah SAW menyebutkan:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan tentang hari jumaat ia berkata: “Padanya terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba(Allah)yang muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu,melainkan apa yang dimohonnya akan diberikan kepadanya.Ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatnya.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Para Ulama baik Ulama Kalaf mahu pun Ulama Salaf berselisih pendapat tentang perkara ini.Ada yang mengatakan sesudah terbit matahari,ada yang mengatakan sesudah tergelincir matahari.Ada yang mengatakan sesudah Asar,dan ada yang mengatakan selain daripada saat tersebut.Namun demikian ada hadis yang mustajab tersebut.Dari Abu Musa Al-Asya’ari ra.ia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ia(saat mustajab)itu adalah antara Imam duduk di atas mimbar sampai ia salam daripada solat.”
(HR Muslim)
3.HARI UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
Dalam buku “Durratun Nashihin” dijelaskan,pernah suatu ketika Nabi Musa as.pergi ke Bukit Baitul Maqdis.Di sana ia melihat suatu kaum yang tengah beribadah kepada Allah SWT dengan kesungguhan yang tinggi.Nabi Musa terus bertanya kepada mereka dan mereka menjawab:
“Kami termasuk umat tuan,kami telah beribadah kepada Allah SWT disini semenjak 70 tahun dengan kekhusyukan yang sesungguhnya.Pakaian kami adalah kesabaran,dan makanan kami adalah tumbuh-tumbuhan di bumi,sedangkan minuman kami adalah air hujan.”
Melihat itu Nabi Musa as.merasa senang.Kemudian Allah SWT mewahyukan kepadanya:
“Hai Musa,ada satu hari untuk umat Muhammad,yang solat dua rakaat pada hari itu lebih utama daripada ini semua.Tuhanku,hari apakah itu? Allah SWT berfirman: Sesungguhnya hari itu adalah hari itu adalah hari jumaat.”
Hari jumaat menurut keterangan Rasulullah SAW penghulu segala hari yang mengandungi ketinggian.Dari Abu Labahah bin Abdul Munzir ia berkata,telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari jumaat itu ialah kepala sekalian hari yang terbesar disisi Allah lebih besar dari Aidil Adha dan Aidil Fitri.” (HR Ibnu Majah dan Baihaqi)
4.TERPELIHARA DARI FITNAH KUBUR.
Orang-orang yang matinya pada hari atau pada malam jumaat,dipelihara Allah ia dari fitnah kubur.Dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Dari Abdullah bin Amr ra.dari Nabi SAW beliau bersabda:tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau pada malam jumaat,melainkan ia dipelihara Allah dari fitnah kubur.” (HR Tarmizi)
5.BAIK UNTUK MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN.
Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra.Ia berkata,Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari jumaat.Maka baginda menjawab: Hari jumaat adalah hari silaturrahim dan pernikahan.Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya baginda?Rasulullah SAW menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.
Jika kita ingin mengadakan walimatul urus bolehlah dilakukan pada hari-hari yang lain seperti hari cuti sekolah,hari ahad serta hari yang dirasa sesuai untuk mengadakannya.Namun usahakanlah hari pernikahan itu dilakukan pada hari jumaat.Sebahagian ulama mengatakan;telah terjadi tujuh pernikahan antara anbiya’ dan antara para aulia’ pada hari jumaat iaitu:
1.Pernikahan antara Nabi Adam dengan Siti Hawa.
2.Pernikahan antara Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha.
3.Pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Shafrawa.
4.Pernikahan antara Nabi Sulaiman as.dengan Puteri Balqis.
5.Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.
6.Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah.
7.Pernikahan antara Sayyidina Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah.
AMALAN MALAM JUMAAT.
Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT.Di dalam kita melaksanakan segala amal ibadah yang dianjurkan,janganlah kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.Jadikanlah keutamaan yang ada dalam setiap amalan itu merupakan motivasi untuk kita mempertingkatkan lagi mutu ibadah kita.Yang paling penting kita mengharapkan keredhaan Allah SWT.Diantara amalan-amalan malam Jumaat yang perlu kita lakukan adalah:
1.MEMBACA SURAH AL-KAHFI
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu,diampuni Allah dosanya dari Jumaat ke Jumaat (ia diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat).Sabda Rasulullah SAW:“Dari Abu Said Al-Khudri ra.dari Nabi SAW bahawa Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”Dan pada suatu riwayat lain:“Diampuni oleh Allah dosanya antara Jumaat hingga ke Jumaat yang lain.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)
2.MEMBACA SURAH YAASIN.
Dari Abu Hurairah ra.sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”Dalam hadis lain Rasulullah SAW menjelaskan keutamaan surah Yaasin tersebut:“Siapa yang membaca surah Yaasin dengan tulus ikhlas kerana Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu,maka bacakanlah pada orang-orang yang akan mati (atau orang yang telah mati )”(HR Baihaqi)
3.MEMPERBANYAKKAN ZIKIR,DOA DAN SELAWAT.
Banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi ini,baik berhubung dengan keutamaannya,atau anjuran membacanya.Di antaranya:Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra.sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku,Allah berselawat (member rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat,ialah orang yang paling banyak megucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi )
Dari Abu Hurairah ra.ia berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku,kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku,dimana kamu berada.” (HR Abu Daud)
Dari Aus bin Aus ra.ia berkata,Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya hari yang paling afdhal bagi kamu ialah hari Jumaat,oleh kerana itu perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu.Sebabnya selawat kamu ucapkan itu akan dinampakkan kepadaku.Maka mereka berkata :Wahai Rasulullah bagaimana selawat yang kami baca itu jelas bagimu,padahal(nanti) (jasad kasar) kamu sudah hancur.Baginda bersabda :Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi (memakan) atas jasad para Ambiya (nabi-nabi).” (HR Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah dengan isnad-isnad sahih)
4.SOLAT MALAM JUMAAT.
Mendirikan Solat Jumaat adalah antara waktu Maghrib dan Isyak dengan 12 rakaat.Tiap dua rakaat dengan satu malam.
a)Lafaz niat:
“Sahaja aku solat dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”
b)Rakaat pertama selepas doa iftitah,baca al-Fatihah dan kemudian baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
c)Rakaat kedua selepas al-Fatihah jug abaca surah al-Ikhlas 11 kali.
d)Dirikanlah solat tersebut hingga cukup 12 rakaat.
5.QIYAMULLAIL (SOLAT MALAM)
Qiyamullail iaitu bangun pada malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.Kemudian bermunajat kepada-NYA untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat seperti solat sunat tahajjud,solat sunat tasbih,solat sunat taubat,solat sunat hajat,solat sunat witir serta solat-solat sunat yang lain.Oleh itu banyakkanlah berzikir,bertasbih,bertahmid dan bertakbir,serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT.Di antara ayat-ayat al-Quran yang menerangkan Qiyamullail iaitu:Firman Allah SWT ertinya:“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri (Solat) kurang daripada dua pertiga malam atau seperdua malam atau sepertiganya dan demikian pula segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu.”Firman Allah SWT ertinya: “Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk tuhan mereka.Dan orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami,jauhkan azab jahanam daripada kami,sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal.”
AMALAN SUBUH JUMAAT
Setelah kita bangun dari tidur pada subuh hari kita masih dituntut supaya memperbanyakkan amal kepada Allah SWT walaupun pada malamnya telah memperbanyakkan membaca al-Quran,berdoa,berzikir serta berselawat kepada Nabi SAW,ditambah pula dengan solat malam,namaun pada subuh dan siang Jumaat masih banyak lagi amalan yang perlu kita lakukan.Semuanya untuk menambah nilai amalan kita.Diantara amalan-amalan yang perlu kita lakukan pada subuh Jumaat itu ialah:
1.DOA SEBELUM SOLAT SUBUH
Sebelum solat subuh kita perlu membaca doa ini sebanyak tiga kali.
“Aku memohon keampunan Allah,tiada Tuhan selain Dia yang hidup lagi berdiri dengan sendirinya ,aku bertaubat kepada-NYA.”
Semoga Allah akan mengampuni dosa-dosa yang ada pada kita sekaligus diri kita terhindar dari perbuatan dosa kecil dan dosa besar.Sabda Rasulullah SAW :Dari Anas ra.dari Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa sebelum solat subuh Jumaat membaca :Aku memohon keampunan Allah,tiada Tuhan selain Dia yang hidup lagi yang berdiri dengan sendirinya,Aku bertaubat kepada-NYA” sebanyak tiga kali,nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun seumpama (banyak) buih di laut.”
(HR Ibnu Suni)
2.MEMBACA SURAH AS-SAJADAH.
3.MEMBACA SURAH AL-INSAN
Diharapkan atau di usahakan kedua ayat ini di baca dalam solat subuh.
4.MEMPERBANYAK ZIKIR KEPADA ALLAH.
Setelah mengerjakan solat Jumaat,maka usahakanlah dengan banyak mengingat Allah SWT.Di antara zikir-zikir yang boleh kita amalkan iaitu:
Ertinya: “Ya Allah,selamatkan hamba Mu daripada api neraka.”
5.MEMPERBANYAKKAN DOA.
Kita hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT,kerana pada hari Jumaat ada masa yang paling mustajab yang akan di kabulkan Allah terhadap hamba yang bermohon ketika itu.Banyak sekali doa-doa yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW agar kita mengamalkannya.Doa-doa tersebut hendaklah kita baca dan amalkan bukan saja pada hari Jumaat tetapi juga baik diamalkan pada hari-hari yang lain.Antara doa-doa yang perlu diamalkan ialah doa kebaikan dunia dan akhirat,doa mendapat kenikmatan (syurga) Ilahi,doa menjauhi gangguan syaitan,doa agar diampunkan dosa dan doa terhindar perkara buruk.
AMALAN SIANG JUMAAT
Antara amalan menjelang solat Jumaat ialah:
1.SOLAT SUNAT DHUHA.
Solat Dhuha dilakukan ketika matahari sedang naik iaitu antara jam 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi.Jumlah rakaat tidak terbatas dari dua rakaat sehingga 12 rakaat.Tiap dua rakaat dengan satu malam.
2.MANDI SEBELUM PERGI SOLAT JUMAAT.
Dalam sebuah hadis diterangkan dari Ibnu Umar ra.bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa di antara kamu yang datang ke Jumaat maka hendaklah ia mandi.”Tentang permulaan waktu mandi,mulai dari terbit fajar sadik di hari Jumaat itu hingga masuk waktu sembahyang Jumaat.Tetapi yang lebih utama mandi ketika hendak berangkat ke Jumaat,kerana tujuannya ialah untuk menghalang bau yang tak sedap melekat di badan.
3.MEMAKAI WANGI-WANGIAN.
Rasulullah sangat suka dengan wangi-wangian.Dan baginda tidak pernah menolak hadiah yang diberikan seseorang dalam bentuk minyak wangi ini.Di samping Rasulullah SAW bersifat zuhud,tawaduk serta mengutamakan orang lain,baginda gemar kepada kebersihan badan dan pakaian.Baginda suka menampakkan dirinya kepada keluarga dan sahabatnya dengan sikap yang baik dan dengan pakaian yang baik.Rasulullah SAW suka kepada wangi-wangian dan tidak menyukai bau yang tidak sedap,baginda mempunyai sakkah(minyak wangi) yang baginda
pakai.Oleh kerana itu,baginda mahu menerima hadiah yang berupa minyak wangi dan tidak pernah menolak.Pernah Sayidatina Aisyah membuat baju jubah dari bulu untuk baginda,ketika di pakai keluarlah peluh baginda berbau bulu lalu baginda lepaskan baju itu.Baginda juga mempunyai selimut yang diberi za’faran.Kadang-kadang baginda solat bersama orang ramai dengan memakai selimut itu.Rasulullah SAW memotong kukunya,menggunting rambutnya pada hari Jumaat sebelum berangkat ke masjid untuk solat.

Memuja Jin Dan Roh Si Mati
Oleh: Syahrul Hisham Azli Putera Bin Hamzah
SOALAN-SOALAN PENTING
1. Apakah roh orang-orang yang sudah mati dating kepada kita ketika kita tidur?
2. Kalau roh orang yang sudah mati dating kepada kita ketika tidur, apakah mereka diizinkan untuk berbuat demikian, meninggalkan kuburan mereka, sama ada mereka diseksa atau dalam kesenangan di sana?
3. Kalau hal itu tidak benar, lalu apakah rahsia di sebalik mimpi bertemu dgn orang-orang yang sudah meninggal dunia?
4. Benarkah manusia terdiri daripada jasad, nafsu dan roh? Adakah manusia terdiri daripada jasad dan nafsu sahaja atau jasad dan roh sahaja? Dan setelah mati, manakah yang binasa di antara ketiga-tiga unsur ini?
5. Cerita tentang menjelmanya seseorang yang sudah meninggal dunia di beberapa tempat dan dilihat oleh manusia dalam bentuk yang sama, adakah hal ini satu hakikat?
6. Ada orang mengatakan bahawa tidur itu bermakna roh keluar dari jasad, mimpi-mimpi yang kita alami adalah reaksi roh. Apakah maksud pernyataan yang demikian?
Kesemua soalan ini memang memerlukan jawapan yang jelas dan dapat dijadikan pegangan muktamad.
Ramai peneliti telah tergelincir dari landasan kebenaran apabila mereka memasuki perbincangan masalah-masalah yang aneh seperti ini. Lalu mereka tidak ambil berat dan bersikap tidak peduli dengan masalah-masalah seperti ini hingga mereka tidak dapat membuktikannya dengan kaedah ilmiyah.
Maka timbullah kesan tertentu, yakni pelajar yang tidak mengerti dan tidak mempunyai kepandaian dalam hal tersebut terus pula membuat kesimpulan bahawa hal itu adalah usaha yang sia-sia, bahkan mengkajinya boleh merosakkan akidah mereka.
Akidah orang menyembah berhala melarang umatnya melakukan penelitian dan pencarian sebab di sebalik fenomena ala mini, tetapi Islam tidak demikian, malah ia mendorong akal dan menyuruhnya untuk berfikir.
Al-Quran al-Karim telah mengkhitab akal dan menyuruhnya supaya melepaskan diri daripada kekang yang membelenggu kebebasannya. Al-Quran sebaliknya menyuruh akal bergerak sejauh yang mungkin, mengkaji dan merenung fenomena alam supaya mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya, supaya ia tidak terjerumus ke dalam kesesatan yang penuh khurafat dan dongeng ini.
RAHSIA TUBUH MANUSIA
Komposisi Tubuh
Jasad manusia terdiri daripada sel-sel yang jumlahnya amat banyak, tetapi ada hubungan antara satu sama lain. Masing-masing sel mempunyai tugas atau kegunaan tertentu, sekali pun unsur kimiawinya ada persamaan di lihat asas dan pokoknya.
Nafsu
Nafsu terdiri daripada beberapa unsur yang bersifat maknawi seperti tabiat atau pembawaan seseorang atau binatang dalam keindividuannya atau kelompoknya.
Nafsu mempunyai berbagai-bagai kecenderungan semula jadi atau sifat yang dibawa sejak lahir, yakni berupa pemikiran, ingatan, lintasan hati dan persepsi yang diwarisi. Di samping itu ia juga mempunyai kecenderungan dan perilaku akal dan jiwa, dorongan untuk berbuat sesuatu yang diperoleh melalui proses belajar dan latihan serta pembiasaan, sama ada dilakukan secara kelompok begitu juga secara perseorangan dari kecil hingga matinya.
Kesemua inilah yang membentuk suatu komposisi nafsu, kemudian menjadi sakhsiah dan keperibadiannya. Inilah yang kita maksudkan dengan unsur-unsur nafsu seperti disebutkan di atas.
Roh
Roh itu adalah unsur dalam susunan tubuh manusia. Roh itu ibarat seorang penyair yang terdiri di hadapan mikrofon, sedangkan jiwa ibarat gelombang yang halus dan bergerak, sementara tubuh ibarat alat yang berbicara (TV atau radio)
Namun begitu boleh kita katakan : Sesungguhnya roh itu adalah factor hidup yang menerangi jiwa sehingga ia dapat merasa, marah, kasih dan bergerak serta bertanggungjawab. Roh itu tidak ubahnya seperti suis elektrik yang mengirimkan kekuatan kepada atom elektrik untuk dapat melaksanakan tugasnya memberi dan mengeluarkan cahaya kepada lampu.
Sekiranya wayar tidak berfungsi dan lampu-lampunya telah habis kekuatannya, maka pengiriman arus elektrik dari suis tidak akan menghasilkan cahaya.
Laluan Syaitan Ke Dalam Hati
Terdapat beberapa laluan syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia. Laluan atau pintu yang paling biasa ialah kemarahan, kerana kemarahan ini akan menutup akal. Jika akal sudah tertutup dan lemah, masuklah syaitan itu dengan mudah ke dalam hati seseorang. Apabila ia marah maka syaitan pun mulalah mempermainkannya.
Sifat dengki dan tamak termasuk pintu syaitan. Kedua-dua sifat ini boleh membutakan dan menulikan manusia, yakni syaitan itu menggodanya supaya tamak dan dengki.
Di samping itu ialah kenyang perut. Ini juga termasuk pintu syaitan sekalipun makanan yang halal dan bersih. Kenyang menambah syahwat, sedangkan syahwat adalah senjata syaitan untuk menjerumuskan manusia.
Ada pendapat yang mengatakan, banyak makan melahirkan tujuh sifat yang sangat tercela, iaitu :
1. Hilang kasihnya kepada hamba-hamba Allah.
2. Hilang rasa takutnya kepada Allah.
3. Berat melaksanakan ketaatan.
4. Tidak dapat mengambil manfaat dari kata-kata hikmah.
5. Nasihatnya tidak dapat lekat di hati orang.
6. Menyebabkan pelbagai penyakit.
Satu lagi pintu syaitan ialah sifat suka tergopoh-gapah atau kurang teliti dalam pelbagai masalah. Harus di ingat, setiap kali melakukan pekerjaan, perkara kecil dan besar, haruslah disertai kehadiran hati, perlu renungan dan pertimbangan yang saksama. Bukan dilakukan dan kurang berhati-hati.
8 perkara menyebabkan hati mati dan doa tidak dimakbulkan Allah.
1. Kamu mengenal hak Allah tapi kamu tidak menunaikan hak tersebut.
2. Kamu membaca al-Quran sedangkan kamu tidak mematuhi perintahnya.
3. Kamu mengaku beriman kepada Rasul sedangkan kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
4. Kamu mendakwa takut mati sedangkan kamu tidak bersedia untuknya.
5. Kamu mengaku memusuhi syaitan sedangkan kamu menyetujuinya untuk berbuat maksiat.
6. Kamu mengaku takut kepada neraka sedangkan kamu tidak berusaha menjauhinya.
7. Kamu mengaku suka masuk syurga sedangkan kamu tidak bekerja keras untuk mendapatkannya.
8. Kamu bangun dari tempat tidur kamu lalu kamu bentangkan aib-aib kamu (kamu melupakannya), sementara aib orang lain kamu dedahkan. Bagaimana doa kamu akan dimakbulkan Allah?
RAHSIA ALAM JIN
Jin adalah makhluk yang berasal daripada lidah api yang panas. Allah memberikan kekuasaan kepadanya untuk mengubah-ubah rupanya, kerana itu ia dapat hidup seperti kita hidup dan menjelma bersama-sama kita di bumi. Malah, golongan jin boleh bercakap-cakap dengan manusia dan dapat pula turun ke dasar lautan.
Jin berbeza dengan malaikat. Jin ada lelaki dan ada perempuan. Keadaaan jin tidak sama dengan manusia, sekali pun terdapat persamaannya seperti makan, minum, tidur, kahwin dan mati. Sementara malaikat tidak pernah tidur dan tidak mati kecuali pada hari kiamat.
Di tinjau dari segi ketakwaaan, jin sama dengan manusia, yakni ada yang salih dan ada pula yang jahat, ada ulama dan ada pula yang awam sebagaimana pada golongan manusia.
Ramai dari golongan jin bergaul bersama golongan manusia di mana dan di bila sahaja. Malah tidak sedikit dari golongan jin yang turut membantu saudara mereka dari bangsa manusia.
Tidak mustahil golongan jin boleh terpengaruh dengan situasi manusia atau orang yang didampinginya atau orang yang ia hidup bersamanya. Hal ini tidak terkecuali dari segi ketakwaan dan kesalihannya. Agama golongan jin sama dengan agama yang ada pada bangsa manusia, ada yang Islam ada pula yang bukan Islam.
Jin adalah makhluk yang halus sebangsa gas. Makanan, minuman dan pakaian mereka juga daripada jenis gas sesuai dengan sifat kejadian mereka. Tapi meski pun demikian jin itu tidak berupaya memindahkan sesuatu dari satu tempat ke tempat lain.
Jin itu terbahagi kepada tiga, yakni :
1. Seperti ular, kala, binatang bumi dan kuman serta yang lain-lain. Jenis ini memudaratkan, maka manusia wajib membunuhnya apabila menemuinya.
2. Seperti angin di udara.
3. Seperti manusia betul-betul, mereka diberati dengan oleh syarak dan bertanggung jawab pada hari kiamat(akan di hisab)
Jin itu mempunyai kerajaaan dan undang-undang mereka.
RAHSIA SYAITAN TERLAKNAT DAN PENGIKUTNYA
Syaitan ialah roh jahat yang tidak dapat dilihat atau dibuktikan dengan deria kita. Syaitan melihat kita, tapi kita tidak dapat melihatnya. Syaitan adalah pengikut setia dan tentera iblis yang patuh. Syaitan mempunyai tabiat sombong, suka menyakiti dan memudaratkan manusia. Maka syaitan adalah musuh utama manusia sebagaimana halnya ketua mereka, iblis yang terlaknat.
Yang mendorong syaitan memusuhi manusia adalah perasaaan dengki semata-mata. Dia tidak akan memberi peluang apa pun kepada manusia daripada tipu daya dan permusuhan tidak kira di segi keagamaan dan keduniaan.
Para ahli falsafah Eropah memahami hal yang demikian, maka mereka menggunakan perkataan “Devil” padanan bagi perkataaan “syaitan”. Perkataan Devil disusundaripada dua kosa kata, iaitu “do” and “evil” yang dalam bahasa Melayunya bermakna “melakukan” dan “kejahatan”.
Akal fikiran syaitan itu jauh dari kebenaran, kerana dia tidak memahami dan tidak mengerti makna kebenaran. Ini bukan bererti menafikan kepintaran dan kepandaian syaitan itu, tapi hal ini digunakannya hanya untuk berbuat kejahatan.
Syaitan memulai kehidupannya di dunia sejak manusia wujud di bumi, yakni sebaik sahaja berlaku pertelingkahan di antara manusia dan syaitan di syurga.
Beberapa pendapat tentang syaitan
Ada orang yang tidak mempercayai kewujudan jin atau syaitan. Mereka berpendapat bahawa nafsu itulah yang dimaksudkan dengan jin dan syaitan. Ada pula sesetengah orang menta’wilkan masalah yang disebutkan oleh kitab-kitab samawi tentang jin dan syaitan, juga tentang malaikat.
Hasil pena’wilan (penafsiran) mereka melahirkan kesimpulan bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat adalah nilai-nilai murni, sementara yang dimaksud dengan jin atau syaitan adalah nilai-nilai yang jahat atau buruk.
Sesungguhnya, mengingkari kewujudan jin sama dengan mengingkari ayat al-Quran. Ayat al-Quran adalah penyataan yang tidak boleh diragukan dan disamarkan, malah tidak boleh menta’wilkan sesuka hati.
Hadis yang menceritakan tentang pertemuan Rasulullah s.a.w dengan jin telah menguatkan ayat al-Quran tentang kewujudan jin. Juga riwayat hidup para sahabat, tabiian dan imam-imam mazhab yang menyokong kenyataan ayat al-Quran tentang kewujudan jin atau syaitan.
Orang yang mengingkari wujudnya jin atau syaitan bererti mengingkari al-Quran, hadis dan penjelasan dari para sahabat, tabiin dan ulama muktabar sebagaimana disebutkan di atas.
KESIMPULAN
Perbuatan-perbuatan syirik (menyekutukan Allah S.W.T) adalah amat tercela dan dimurkai oleh Allah S.W.T. Kepercayaan dan keyakinan kepada kuasa ghaib sememangnya telah lama bertapak di dalam sanubari umat Islam sejak sekian lama, akibat dari kelemahan dan kegoyahan iman mereka. Cinta kepada kehidupan dunia telah menambahkan lagi penyakit syirik ini, hinggalah ke peringkat membunuh sesame manusia demi untuk memenuhi hajat masing-masing dalam pengamalan ilmu-ilmu hitam yang merosakkan akidah umat Islam. Roh dan jin diseru dan dipergunakan di dalam memenuhi misi tertentu mereka yang penuh rahsia. Apa yang nyata, semua perbuatan tercela ini adalah khurafat dan syirik tercela. Rasulullah s.a.w telah bersabda : “jika kami meminta pertolongan, mintalah dari Allah. ” Ini adalah ungkapan keramat yang sekali gus menafikan kekuasaaan makhluk-makhluk.

Sistem-Sistem Islam Satu Analisis Perbandingan
Oleh: Mohd Shah Aidel Bin Rosli
Sistem kerohanian dalam islam
Asas-asas sistem kerohanian islam. kerohanian bermaksud permasalahan yang menyangkut rasa halus yang terkandung di dalam jiwa dan hati seseorang manusia. yang terbahagi kepada kepada 5 iaitu berteraskan kepada akidah Sahihah, tiada pemisah di antara Roh Dan jasad, Tegak di atas sistem pembinaan yang seimbang, Berkembang daripada lima dasar yang kukuh iaitu Solat, Zakat, Puasa, Haji, Jihad, Bebas dari segala jenis takaluf(sikap yang berlebih-lebihan)Teras sistem kerohanian islamTerbahagi kepada 3, Taqarrub(usaha untuk mendekatkan diri kepada allah)dalam bahagian ini pula terbahagi kepada 3Qiamullail, Tilawatul al-quran dan Zikir.
Muraqabah(selalu berawas dan berjaga-jaga) dan Istiqamah. Unsur-unsur Kekuatan Rohani. Dalam bahagian ini pula terbahagi kepada 3 bahagian dan di pecahkan mingikut bahagian-bahagian tertentu. mengenal jiwa dan tahu memeliharanya. Bahagian ini mengandungi 3 pecahan iaitu Nafsu amarah, Nafsu lawwamah dan Nafsu Mutmainnah dan seterusnya mengenal bahan-bahan santapan jiwa dan Mengenal musuh-musuh jiwa yang Bersih. Penyakit-penyakit Rohani dan Proses Pengislahannya.
Jenis-jinis penyakit rohani dan proses pengislahan jiwa-jiwa yang berpenyakit diberikan perhatianyang berat agar dengan penekanan tersebut seorang muslim dapat mengenali penyakit-penyakitrohani dan cara-cara mengubatinya. Dalam bahagian ini terbahagi kepada 2 bahagian dan di pecahkan mengikut bahagian-bahagian tertentu. Jenis-jenis penyakit, Penyakit Batin dan Penyakit Zahir.
Proses Pengislahan. Proses ini perlu menjalani tehap-tahap berikut; Tindakan-tindakan Pencegahan, Menghisap Diri dan Mengenal Penyakit, Taubat dan Memberbaiki Diri, Memohon Doa dan Mencari Mau’izahtul Hasanah.
Sistem Akhlak Dalam Islam
Pengertian Akhlak Menurut Islam
Akhlak dari segi bahasa bererti sifat atau tabiat. Menurut istilah pula sebagai sifat yang bersemadi dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut perbuatan baik atau buruk. Teras-teras Ahklak Islam. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;Ikhlas, Benar(as-sidq), dan Sabar(as-sabr).
Najitah-natijah Teras Akhlak Terhadap Kerohanian Mukmin.
Benar dam bahagian terbahagi kepada sepuluh;Benar dalam ikhlas kepada allah, Benar dalam cinta kepada Allah, Benar dalam takut kepada Allah, Benar dalam warak kepada Allah, Benar dalam tawakal kepada Allah, Benar dalam Haya`(malu) kepada Allah, Benar dalam mensyukuri nikmat Allah, Benar dalam zuhud kepada Allah, Benar dalam Rehda Terhadap Allah dan Benar dalam bertaubat kepada Allah.
Sabar pula terbahagi kepada lima; Sabar dalam melaksanakan kewajipan, Sabar terhadap semua larangan Allah, Sabar dalam mengerjakan amal-amal Sunnat, Sabar dalam menerima Kebenaran dan Sabar dalam menghadapi ujian dan kesulitan.
Faktor-faktor merosakan ahlak ialah unsur-unsur dalaman insan iaitu; Al-Ajzu (lemah jiwa), Al-Huzn (dukacita), Al-Khauf(takut dan cemas), Pengaruh Rakan dan Masyarakat dan Kesan-kesan pendidikan dan Pendedahan.
Cara-cara Memperbaiki dan Meningkatkan Ahklak; Meningkatkan ilmu untuk mengenal jenis-jenis ahklak, Keazaman yang tinggi, Membiasakan diri dengan kebaikan, Bergaul dengan ahli ibadah dan menjauhkan diri daripada ahli maksiat dan Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat.
Sistem Politik Dalam Islam
Politik adalah 'ilmu pemerintahan atau 'ilmu siyasah, iaitu 'ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.
Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong. " (AI Isra': 80)Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"
Dalam bab ini, banyak menerangkan tentang cara-cara politik dalam islam. Asas-asas Sistem politik menurut islam iaitu hakimiyyah Illahiyah(pengadilan). sistem politik ini bermaksud pengasilan atau memberi kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik islam hanya hak mutlak Allah. Asas-asas seterusnya iailah Risalah iaini jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh islam sebagai Sunnah al-Huda atau jalan-jalan hidayah. Risalah bererti bahawa kerasulan beberpa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hinggan Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik islam. Asas-asas seterusnya ialah Khilafah bererti perwakilan. Ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ini sebagai wakil Allah.
Seterusnya terdapat prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam. terdiri daripada Musyuwarah. Adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang-orang yang menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah.
Selain itu Keadilan juga adalah merupakan prinsip dalam sistem politik islam. Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang dijamin oelh sistem sosial dan sistem ekonomi islam.
Prinsip yang ketiga pula adalah Kebebasan. Kebebasan yang di pelihara oleh sistem politik islam adalah kebebasan yang berlandaskan kepada makruf dan kebajikan.
Prinsip yang setusnya ialah Persamaan atau Musawah. Persamaan disini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat.
Prinsip yang seterusnya ialah Hak Menghisap Pihak Pemerintah. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.
Seterusnya Tujuan Politik menurut Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat islam.
Sistem Hukuman Jenayah dalam Islam.
HUKUM HUDUD
1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.
2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt. Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.
b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.
g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.
HUKUMAN QISAS
1. Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumannya di dalam Quran dan hadis yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di dalam mahkamah.
2. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. membunuh dibalas dengan bunuh(nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib kena hukm qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.
4. Hukum membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan di balas bunuh. Firman Allah swt:-
Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh. -Surah Baqarah 178.
5. Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi. Firman Allah Taala:-
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka jga melepaskan hak membalsnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - Surah Al- Maidah 4
HUKUMAN TA'ZIR
1. Hukuman Tazir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjinayah-penjinayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman tazir dalam qanun jinayah syariyah adalah hukuman yang tiak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran dan Hadis.
2. Hukuman tazir adalah hukukuman dera ke atas penjinayah-penjinayah yan telah sabit kesalahannya dalam makamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah itu tidak termasuk dibawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
3. Jenis atau kadar serta bentuk hukuman tazir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah itu, keana hukuman tazir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi-bukan untuk menyiksa mereka.
PERLAKSANAAN HUKUM SYARIAH ALLAH
Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Tazir terdapat perbezaan di antara Hukuman-hukuman tersebut:-
i) Kesalahan yang dijatuhkan hukuman hudud dan qisas, hakim tidak mempunyai pilihan untuk menentukan dan menetapkan hukuman hudud dan qisas itu, kerana hukuman tersebut telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya di dalam Quran dan hadis.
ii) Seseorang yang telah disabitkan kesalahannya dalam mahkamah melakukan jinayah syariyah yang wajib di jatuhkan hukuman hudud atau qisas, hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hanya mengikut apa yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebutkan di dalam Quran dan hadisnya tanpa pindaan.
Misalan-misalan:-
Seseorang yag dituduh mencuri dan telah dihadapkan ke mahkamah, maka dalam kes ini, apabila hakim telah berpuashati dan tidak timbul sesuatu keraguan bahawa orang yang dituduh mencuri itu telah sabit kesalahannya dengan adanya salah satu dari bukti-bukti yang dikehendaki dan yang diperlukan oleh syara, maka hakim tidak ada pilihan lain hanya menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri.
(Surah al-Maidah: 38, riwayat Bukhari di dalam bab Hudud 12/96, riwayat muslim di dalam bab Hudud 3/1312, riwayat Malik di dalam al-Muwatta 2/831, al-Um: 6/138, Mughni al-Muhtaj 4/178)
b) Seseorang yang dituduh membunuh orang lain dengan sengaja dan telah dihadapkan ke mahkamah, apabila hakim telah berpuashati dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul dipihak hakim bahawa orang yang dituduh itu telah sabit kesalahannya membunuh orang lain dengan sengaja dengan adanya dua orang saksi lelaki yang adil, hamik hendaklah menjatuhkan hukuman bunuh(mati) ke atas sipembunuh itu sebagai hukuman qisas, iaitu nyawa dibalas dengan nyawa. - Surah 178-179, Surah al-Maidah 45)
c)Seseorang yang dituduh dan di dakwa melakukan perzinaan dan telah dihadapkan ke mahkamah, maka dalam kes ini, apabila hakim telah berpuas hati dan tidak timbul sesuatu keraguan bahawa orang yang dituduh dan yang di dakwa itu telah sabit kesalahannya berzina dengan disaksikan oleh empat orang saksi lelaki yang adil, atau dengan iqrar(pengakuan) dari orang yang melakukan perzinaan itu sendiri, atau di dapati qarinah yang menunjukkan berlaku perzinaan itu, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, atau disebat seratus kali sebat dan rejam. (Surah an-nur: 2, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari riwayat Ubadah b al-Somit di dalam kitab al-Hudud 3/1316)
2)Hukuman qisas dan hudud terdapat sedikit perbezaan diantara kedua-dua hukuman tersebut:-
a) Hukuman qisas hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman itu ke atas penjinayah, jika mangsanya atau waris mangnya itu memaafkan penjinayah tadi. Dalam kes ini hakim hanya boleh menjatuhkan hukuman diyat ke ats penjinayah itu.
b) Hukuman hudud hakim wajib menjatuhkan hukuman itu ke atas penjinayah walalpun mereka dimaafkan oleh mangnya atau waris mangsanya, kerana hukuman hudud itu wajib dikenakan diats kesalahn-kesalahan yang menglibatkan hak Allah atau hak orang ramai.
c) Hukuman qisas adalah wajib dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak orang perseorangan, dimana orang-orang yang mempunyai hak itu boleh menuntut dan meminta kepada hakim supaya pinjinayah tadi dijatuhkan hukuman qisas atau memaafkannya.
Hukuman hudud dan qisas wajib dilaksanakan dan dijatuhkan hukumannya ke atas penjinayah yang melakukan kealahan-kesalahan yang didakwa dibawah kes hudud dan qisas dan telah disabitkan kesalahannya di dalam mahkamah dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang dikehendaki oleh syara yang tidak menimbulkan sesuatu keraguan di pihak hakim.
e) Hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengampunkan meringankan atau mengugurkan hukuman hudud dan qisas, kecuali dalam hukuman qisas dimana orang yang mempunayi hak boleh memaafkan penjinayah itu, atau menunutut bayaran diyat. -surah al-baqarah 178.
f) Hakim apabila hendak mensabitkan kesalahan-kesalahn dalam hukuman hudud dan qisas ke atas penjinayah mestilah dengan keterangan-keterangan saksi-saksi atau iqrar(pengakuan) penjinayah itu sendiri dengan syarat-syarat yang tertakluk dibawah sayart-sayart iqrar.
3) Hukuman diayt boleh dikenakan ke atas penjinayah yang tidak membolehkannya dijatuhkan hukuman qisas, aiitu:-
a) Apabila hukuman qisas itu dimaafkan oleh mangsa penjinayah itu atau oleh wali atau waris mereka.
b) Apabila terhalag melaksanakan hukuman qisas kerana sebab-sebab syarie seperti hilang anggota yang akan diqisas tadi, atau anggota tersebut sakit dan sebagainya.
c) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.
d) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
e) Melakukan atau menghilangkan anggota orang lain kerana tersalah(tidak sangaja).
4. Hukuman tanzir, hakim mempunyai kuasa penuh secara mutalak menetukan dan memilih mana-mana hukuman yang sesuai dan menasabah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah-penjinayah tadi:-
a) Dalam memilih hukuman yang sesuai dan munasabah bagi hukuman tanzir, hakim hendaklah mengambil kira mengenai keadaan hidup serta latar belakang penjinayah itu dan kesalahan yang dilakukannya serta kesan-kesanya kepada masyarakat.
b) Hukuman tanzir, jika kesalahan itu melibatkan hak Allah, maka wajib dijalankan dan dijatuhkan hukuman itu ke atas penjinayah-penjinayah tadi.
c) Adalah dibolehkan bagi hakim memberi keampunan, atau memaafkan, atau memerintahkan hukuman ke tas penjinayah, jika pada pandangan dan pendapat hakim bahawa tindakannya itu memberi kebaikan ke atas penjinayah tadi atau kepada masyarakat umum.
d) Hukuman tanzir yang melibatkan hak orang perseoranan, maka orang yang mempunyai hak itu adalah berhak membuat keputusan, samada ia hendak mengampunkan dan memaafkan penjinayah itu atau menghukum mereka.
e) Hukuman tanzir tidak semestinya untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan penjinayah-penjinayah itu dengan keterangan-keterangan saksi-saksi atau iqrar (pengakuan) penjinayah itu sebagaimana mensabitkan kesalahan-kesalahan dalam hukuman hudud dan qisas.
F) Hukuman tazir boleh dijatuhkan dan dikenakan ke atas kanak-kanak, kerana hukuman tanzir itu adalah bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada peninayah-penjinayah itu - tidak sebagaimana hukuman hudud dan qisas itu hanya wajib dikenakan ke atas itu hanya wajib dikenakan ke atas orang-orang yang sudah baligh sahaja.
g) Hukuman tanzir boleh mengantikan hukuman hudud, jika keterangan tidak memenuhi syarat-syarat untuk membuktikan kesalahan hudud yang membolehkan hukuman hudud itu dijatuhkan dan dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah kerana ke atas penjinayah-penjinayah, kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka, atau kerana yang tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya. atau kerana keterangan yang ada tidak memenuhi syart-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka dalam kes ini yang tertuduh boleh dikenakan hukuman tanzir, dan hakim hendaklah bertindak untuk menjatuhkan hukuman tanzir, jika di dapati keterangan-keterangan yang cukup untuk menghukum penjinayah itu dengan hukuman tanzir itu.
Sistem pengadilan dalam islam
Dalam peradilan Hukum Islam, hanya ada satu hakim yangbertanggung jawab terhadap berbagai kasus pengadilan. Dia memiliki otoritas untuk menjatuhkan keputusan berdasarkan Al-Qur`an dan As-Sunnah. Keputusan-keputusan lain mungkin hanya bersifat menyarankan atau membantu jika diperlukan (yang dilakukan oleh hakim ketua).
Tidak ada sistem dewan juri dalam Islam. Nasib seorang tidak diserahkan kepada tindakan dan prasangka ke-12 orang yang boleh sahaja keliru kerana bukan saksi dalam masalah tersebut dan bahkan mungkin pelaku jenayah itu sendiri!. Hukuman-hukuman dalam Islam hanya boleh dilakukan apabila perbuatan tersebut terbukti 100% secara pasti yang relevan dapat ditemukan (misal ada 4 saksi untuk membuktikan perzinaan) jika masih ada keraguan tentang peristiwa-peristiwa tersebut maka seluruh masalah akandibuang.
Sistem pengadilan dalam islam ini merangkumi urusan-urusan awal Syakhsiyyah atau urusan-urusan munakahat yang merangkumi pekara seperti nikah, pembubaran perkakwinan, nafkah, hadanah, wasiat dan faraid serta waqaf, nazar dan hibah. Selain itu terdapat urusan-urusan maliyyah atau muamalah merangkumi pekara-pekara seperti jual-beli, perwakilan, hajr, perkongsian(partnership), hutang piutang, gadai, sewa serta penggunaan tanah.
Selain itu terdapat juga unsur-unsur sistem pengadilan dalam islam seperti kehakiman yang merangkumi makamah, qadi serta undang-undanga acara makamah. Ia juga merangkumi guaman dan rayuan.
Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Dalam Islam
Pentadbiran dan pengurusan adalh berkaitan dengan pengelolaan dan pengaturan kegiatan manusia menurut sumber-sumber di sekitarnya. dalam islam, pentadbiran dan pengurusan melibatkan perlaksanaan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, pengarahan, penyelarasan, perhubungan, pengawasan serta pengawalan dalam mengunakan tenaga manusia.
Sumber-sumber sistem pentadbiran dan pengurusan dalam islam. terbahagi kepada empat iaitu al-quran, as-sunnah, masyarakat manusia dan peradabannya, dan keperluaan dalam realiti semasa. di dalam al-quran, Allah bersumpah dengan beberapa masa. allah juga menyatakan perihal peredaran matahari dan bulan, bersilih gantinya malam dan siang, serta menekankan agar manusia sentiasa berawas dan berjaga-jaga. didalam as-sunnah pula menerangkan tentang penekanan terhadap masa bahawa setiap mukmin hendaklah mengatur dan mentadbir kehidupanya agar dapat memenuhi segala kewajipan dan tanggungjawab kepada allah.
yang seterusnya ialah masyarakat manusia dan peradabannya. ini juga sebagai sumber sistem pentadbiran dan pengurusan dalam islam daripada pengalaman dan pertumbuhan peradaban serta tamadun manusia. ini juga di kenali sebagai sejarah islam dal pemerintahan Khulafa` ar-Rasyidin memaparkan sejarah tentang pentadbiran yang baik dan maju menurut tahap peradaban pada masa mereka.
seterusnya masyarakt bukan islam. ini juga sebagai ssatu sumber dal sistem pentadbieran dan pengurusan dalam islam. pada zaman rasulullah s.a.w sendiri, baginda telah memanfaatkan pengalaman ummah bukan islam yang sezaman dengan baginda. hal ini termasuklah si antara lain, mengatur barisan tentera dengan bantuan khandaq dan pengunaan mohor negara bagi surat-surat rasmi.
sumber yang seterusnya ialah keperluan dalam realiti semasa. segala pekara yang boleh mengembangkan kemasalahtan manusia yang bersesuaian dan bertepatan dengan syarak.
asas-asas dalam sistem ini terbahagi kepada taqwa, amanah, cekap dan berkesan, dan paling sesuai menurut peredaran zaman. seterusnya terdapat unsur-unsur utama dalam sistem pentadbiran dan pengurusan islam. antaranya ialah konse[pdan dasar pentadbiran yang baik, pemimpin dan pentadbir yang berkemampuan, petugas-petugas yang cekap dan terlatih dan infrastruktur pentadbiran yang baik.
Ruang lingkup Pentadbiran Islam. ini menerangkan seluruh sudut kegiatan manusia yang berlandaskan kepada tauhidullah dan manifestasi kesyumulan islam. ini bermakna, segala bidang kegiatan kehidupan manusia mesti diatur aleh syariat islam.
Penutup
Ternyata sistem-sistem dalam islam merupakan satu garis panduan bagi kita umat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Selain itu, ia juga merupakan perujuk bagi kita untuk melakukan amalan-amalan yang di berkati oleh Allah s.w.t. Dengan itu, kita sebagai hambanya mestilah menuruti perintahNya. Selain itu, ia juga di guna pakai dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Dengan adanya sistem-sistem dalam islam ini ia dapat memajukan sesebuah negara.

Fitnah & Mengumpat Gejala Terhadap Iman Dan Jiwa
Oleh: Nurza Sohairriyah Binti Saidun
Inilah hasil yang dapat saya ringkaskan dan rencanakan didalam kertas kerja kali ini. Antara perkara-perkara mustahak yang dibincangkan didalam buku “FITNAH & MENGUMPAT GEJALA TERHADAP IMAN DAN JIWA”adalah:
#MENJAGA PENGGUNAAN LISAN ATAU LIDAH
A. MALAIKAT PENCATAT AMALAN
Malaikat sebagai pencatat amalan dapat dibuktikan melalui firman Allah yang bermaksud: “Tiada suatu kata pun yang dapat diucapkan melainkan ada didekatnya Malaikat pengawas yang selalu hadir. ” (Qaaf:18)
Telah disebutkan dalam kitab-kitab tentang zikir-zikir sunat dan lainnya yang disukai oleh Allah s.w.t. . Untuk melengkapi kesempurnaan penggunaan lisan atau lidah akan mengungkapkan lagi jenis-jenis ucapan yang makruh sampai kepada yang haram.
B. UCAPAN YANG BAIK TANDA IMAN
Sepatutnya bagi setiap orang yang mukallaf, memelihara lidahnya dari setiap kata, kecuali kata atau ungkapan yang jelas ada gunanya. Bila ditemukan bahawa berkata-kata atau berdiam diri sama saja manfaatnya maka disunatkan tidak berbicara. Sebabnya kadang-kadang ucapan yang mudah itu tidak dapat dikawal oleh fikiran, sampai melewati batasnya sehingga menjadi ucapan yang makruh atau haram. Oleh itu yang selamat ialah tidak berbicara. Dari Abu Hurairah r. a. dari Rasulullah s.a.w. bererti: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat maka hendaklah (bila berkata) berkata yang baik saja. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis sahih ini memberi pengertian bahawa tidak sepatutnya kita berbicara sesuka hati sahaja, kecuali apabila berbicara yang baik, pembicaraan yang membawa kebaikan dan jelas, dan bila ia ragu tentang manfaat pembicaraannya itu sebaiknya ia berdiam diri saja.
C. KEGELINCIRAN LIDAH PENYEBAB MASUK NERAKA
Dari Abu Hurairah r. a. dari Rasulullah s.a.w. ia bersabda yang bererti: Sesungguhnya seorang hamba yang berbicara dengan kalimat yang mendapat redha dari Allah s.w.t. walaupun tidak dianggapnya bererti apa yang diutarakannya itu, Allah akan mengangkatnya beberapa darjat disebabkannya itu. ”Dan sesungguhnya seorang hamba yang berbicara dengan kalimat yang dimurkai Allah walaupun tidak diutarakan dengan maksudnya yang bererti, Allah akan memasukkannya kedalam jahanam disebabkan ucapannya itu. ” (Riwayat Bukhari)
D. BERBICARA SELAIN MENGINGATI ALLAH MENGERASKAN HATI
Dari Ibnu Umar r. a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: “Jangan banyak berbicara selain mengingati(zikir) kepada Allah s.w.t. . Sebab banyak bicara selain dari menyebut nama Allah(zikrullah) mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah s.w.t. ialah orang yang berhati keras. ” (Riwayat Tirmidzi)
Apabila hati menjadi keras, ia akan menghalang seseoang untuk menerima perkara-perkara yang hak. Iaitu perkara-perkara yang akan memberikan kejayaan padanya didunia dan alam akhirat khususnya.
E. UCAPAN PEMBAWA AKIBAT BAIK ATAU BURUK
Dari Ummu Habibah r. a. , dari Rasulullah s.a.w. yang bererti: “Tiap-tiap ucapan anak Adam(seseorang) itu berakibat buruk tidak membawa faedah kecuali amar makruf, nahi mungkar dan zikir kepada Allah s.w.t. . (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
F. TANDA KECANTIKAN KEISLAMAN
Dari Abu Hurairah r. a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bererti: “Dari kecantikan islam seseorang ialah meninggalkan apa saja ynag tidak bermanfaat. ” (Hadis hasan riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Lantaran itu apa yang tidak memberi manfaat itu tentu sekali mendatangkan mudarat keatas kehidupan dunia, ia akan terjauh dari rahmat Allah s.w.t. dan di alam akhirat, ia akan mendapat siksaan yang pedih. Dari Abdullah bin Abdullah bin Amr bin Al-Ash bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bererti: “Sesiapa yang diam tentu selamat. ” (Riwayat Tirmidzi dengan isnad daif)
G. MEMELIHARA LIDAH DAPAT MENUTUP BANYAK KEAIBAN
Imam Syafi’i berkata kepada sahabatnya yang bernama Ar-Rabi:”Wahai Rabi, jangan kamu berbicara sesuatu yang tidak bermanfaat. Sebab apabila kamu berbicara sesuatu yang tidak bermanfaat. Apabila kamu sudah mula bicara dengan suatu kalimat, maka kalimat itu yang menguasaimu, bukan lagi kamu yang menguasainya. ”“Berdiam diri tidak berkata-kata pada waktunya itu adalah sifat orang-orang mulia. Begitu juga, berbicara tepat pada waktunya itu ialah semulia-mulia perkara. ”
#MENGUMPAT DAN MENGADU DOMBA(NAMIMAH)
Mengumpat dan mengadu domba, keduanya adalah seburuk-buruk kejahatan dan yang paling banyak berlaku dikalangan masyarakat. Oleh kerana itu hanya sedikit sekali orang yang selamat dari keduanya. Mengumpat ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disukainya. Baik yang disebut itu ada pada kelakuannya, keluarganya, atau lain-lainnya. Mengadu domba pula ialah memindahkan ucapan dari seseorang atau orang ramai kepada yang lainnya dengan maksud merosakkan mereka. Hukum keduanya adalah haram menurut ijmak seluruh umat islam. Mengumpat adalah dosa besar. Dari Ibnu Abbas r. a. yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah melewati dua buah kubur maka ia bersabda:Sesungguh- nya keduanya ini sedang menerima seksa, keduanya tidak di seksa kerana dosa besar (menurut anggapan mereka). ”
Memelihara darah, harta, dan kehormatan orang islam, dari Abu Bakrah r. a. : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda ketika berkhutbah pada hari raya korban di Mina sewaktu mengerjakan haji wada’:Ertinya:”Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, penghormatan kamu haram ataskamu(mengganggunya) sebagaimana haramnya kamu ini(Mekah) pada bulankamu ini ketahuilah bapakah sudah kusampaikan?”Mengumpat adalah riba paling buruk. Dari Said bin Zaid r. a. , dari Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya riba yang paling besar ialah memperdengarkan(membicarakan sehingga didengarkan orang)tentang peribadi seseorang muslim secara tidak hak. ” (Riwayat Abu Daud)
#HAD-HAD MENGUMPAT(GHIBAH)
Sebagaimana disebutkan ghibah ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disenanginya baik orang itu menyebut dengan lisan, tulisan, isyaratdengan mata, tangan atau kepala. Tiap-tiap ungkapan bagi sesuatu yang dapat diertikan sebagai kekurangan pada diri seseorang lain yang beragama islam adalah ghibah(umpat)yang diharamkan. Contohnya, seorang pengarang buku yang dengan jelas menyebut seseorang didalam tulisannya dengan menyebut tentang kekurangan dan menghinanya, maka haram hukumnya. Jika tulisan itu bermaksud sebaliknya, maka cara seperti ini adalah nasihat yang wajib dilaksanakan.
#BAGAIMANA MEMELIHARA DIRI DARI DOSA MENGUMPAT
A. SENTIASA MEMPERINGATKAN DIRI TENTANG DOSA MENGUMPAT
Pokok yang terpenting dalam bab ini ialah seseorang meningatkan dirinya dengan nas-nas yang telah disebutkan terdahulu tentang haramnya ghibah. Kemudian memikirkan firman Allah yang bererti: “…dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja padahal disisi Allah s.w.t. adalah besar. ” (An-Nur:15)
#GOLONGAN YANG BOLEH DIUMPAT
A. DIHARUSKAN JIKA MEMPUNYAI MASLAHAT AGAMA
Alasan yang membolehkan disini harus berpedoman dengan syariat. Pertama adalahpengaduan terhadap suatu perlakuan aniaya. Boleh bagi orang yang mendapat perlakuan aniaya mengadukan penganiayaan kepada pihak yang mempunyai hak untuk menyelesai-kannya. Keduanya, meminta bantuan untuk kembali kejalan yang benar. Seseorang yang memohon suatu bantuan kepada orang lain yang dapat diharapkan mengubah kemungkaran. Ketiganya adalah meminta suatu fatwa. Antara alas an-alasan lain yang dibolehkan adalah saling ingat-mengingati sesame muslim, berbuat fasik atau bida’ah secara terang-terangan, dan pengenalan diri yang lebih tepat.
#TINDAKAN JIKA MENDENGAR ORANG LAIN MENGUMPAT
Sepatutnya bagi seseorang yang mendengar orang yang mengumpat seorang muslimhendaklah ia menolak dan melarangnya. Jika tidak mampu melarangnya dengan ucapan lisan ia dilarang dengan isyarat tangannya. Jika tidak mampu dengan kedua-duanya hendaklah ia tinggalkan majlis tersebut. Jika mendengar orang yang diumpat itu adalah gurunya atau orang yang ada hubungan dengannya atau yang diumpat itu ada orang-orang yang mempunyai nama baik, maka ia harus lebih bersungguh lagi melarangnya. Dari Abu Darda r. a. , katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bererti: “Sesiapa menolak(melarang) dari(diumpati) peribadi saudaranya, nescaya Allah akan menolak(memalingkan)neraka dari mukanya pada hari kiamat. ” (Riwayat Tirmidzi, ia menyatakan hadis hasan)
#MENGUMPAT DALAM HATI
Mengumpat dalam hati adalah berburuk sangka atau purbasangka. Purbasangka sama dengan ucapan yang buruk, hukumnya haram. Sebagaimana telah diharamkan membicarakan keburukan orang lain diharamkan pula berprasangka jahat didalam hati kepada orang lain. Dari Abu Hurairah r. a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jauhilah oleh kamu dari purbasangka, kerana purbasangka itu ialah pembicaraan yang paling dusta. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebabnya terdapat kemaafan sebagaimana diterangkan diatas iaitu haram menurut sangkaan hati yang buruk ialah susahnya menjauhkan diri dari kata hati yang berpanjang-an. Oleh kerana itu adanya kata hati yang buruk yang berpanjangan dan berprasangka jahat(su’uzh zhan) haram hukumnya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “…jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu. ” (Al-Hujurat:6)
#KIFARAH MENGUMPAT DAN CARA BERTAUBAT DARINYA
A. SYARAT-SYARAT BERTAUBAT
Setiap orang yang melakukan maksiat dituntut segera untuk taubat dari dosa itu. Taubat kerana melaggar hak Allah s.w.t. (yang wajib dilaksanakan oleh hambaNya) dengan tiga syarat iaitu berhenti dari melakukan maksiat ketika itu juga, menyesal dengan perbuatan dosa itu, dan berjanji pada dirinya sendiri tidak akan menulangi perbuatan itu. Jika taubat itu berkaitan dengan hak seseorang, maka setelah ketiga-tiga syarat diatas ditambah lagi dengan syarat keempat iaitu mengembalikan sesuatu yang diambilnya secara tidak sah kepada pemiliknya atau meminta maf dari kesalahan itu dan minta dibebaskan dari tuntut-an sesuatu tersebut. Oleh kerana itu wajib atas orang yang mengumpat itu bertaubat dengan memenuhi empat syarat ini kerana ia berkaitan dengan hak adami (seseorang). Seseorang yang mengumpat itu wajib meminta maaf kepada orang yang diumpat-kannya itu. Terdapat beberapa pandangan dalam meminta maaf dari orang yang diumpat ialah dengan mengatakan wajib diterangkan tentang hal-hal yang diumpat, dan keduanya tidak disyaratkan menerangkan apa yang diumpatkannya itu. Manakala, cara memaafkan-nya ialah dengan mengingatkan dirinya sendiri bahawa perkara ini sudah terjadi apa boleh buat, tidak ada jalan lain untuk memperbaikinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya(perbuatan)yang demi- kian itu termasuk hak-hak yang diutamakan. ” (Asy-Syura:43)Imam Syafi’i berkata:”Sesiapa dipohon kemaafannya lalu ia tidak sudi memberi maaf, ia adalah syaitan. ”
#MENGADU DOMBA(NAMIMAH)
Telah disebutkan bahawa hukum mengadu domba itu adalah haram bersama dalil-dalilnya serta apa yang dijanjikan Allah s.w.t. atas pelaku-pelakunya. Imam Abu Hamid Al-Ghazali berkata:”pada umumnya namimah diistilahkan bagi tindakan seseorang yang memindahkan suatu perbicaraan kepada orang yang dimaksudkan dalam perbicaraan itu seperti kamu mengatakan tentang kamu begini begitu. ”Batasan namimah yang lebih umum ialah setiap pengungkapan yang tidak disenangi untuk diungkapkan. Baik yang tidak menyenangi itu orang yang menjadi sumber ucapan tersebut atau orang yang menjai sasaran dari ucapan tersebut atau perbuatan. Cara pengungkapannya baik dengan pembicaraan lisan, tulisan, rumusan dengan isyarat atau lainnya. Baik yang diungkapkan itu keaiban atau yang lainnya. Maka dengan demikian hakikat namimah ialah membuka rahsia yang semestinya harus ditutupi. Sepatutnya bagi seseorang itu berdiam diri dari setiap apa saja yang terlihat oleh-nya tentang hal ehwal orang lain, kecuali dalam menceritakannya itu ada manfaatnya bagi seorang muslim atau menghindarkan dari maksiat.
Enam perkara wajib dilaksanakan apabila mendengar orang lain menyampaikan kepadanya namimah adalah tidak membenarkan apa yang disampaikannya. Sebab pengadu domba itu adalah orang fasik, sedangkan orang fasik beritanya tidak boleh dipercayai. Keduanya, kita perlu melarang perbuatannya itu serta memberinya nasihat dan memberitahu kepadanya kerana Allah, kerana dia juga dimurkai disisi Allah s.w.t sedangkan berlaku marah kerana Allah ketika itu adalah suatu kewajipan. Keempat, jangan sekali-kali berprasangka jahat tentang apa yang disampaikan itu, kerana Allah berfirman yang bermaksud: “…. jauhilah dari kebanyakan prasangka…” (Al-Hujurat:12)
Seterusnya, janganlah khabar yang disampaikan kepadamu itu menjadikanmu terdorong untuk mencari menyelidik dan mencari-cari kebenarannya, sebab Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain…” (Al-Hujurat:12)
Perkara terakhir yang wajib dilakukan adalah tidak merasa senang terhadap diranya sendiri ketika menyampaikan berita itu, melarangnya agar tidak menceritakan perkhabaran itu.
#LARANGAN-LARANGAN SYARI’AH DALAM PERBICARAAN
Larangan-larangan yang ditertakluk didalam perbicaraan adalah larangan mengadu kepada pemimpin kecuali untuk kepentingan umum, mencela keturunan yang baik me-nurut syariah, menyombongkan diri, mencaci seorang muslim, diharamkan menghina dan mempersendakan orang islam, haram menjadi saksi palsu, dilarang mengungkit pemberian, dan diharamkan mengutuk.
#CELAAN KEPADA ORANG BERBUAT MAKSIAT TANPA MENYEBUT IDENTITI MEREKA
A. KUTUKANKEPADA ORANG YANG DIKUTUK ALLAH DAN RASULNYA
Mengutuk seseorang muslim yang baik-baik haram hukumnya dengan ijmak(kesepakatan) umat islam. Boleh mengutuk, tetapi yang dikutuk adalah orang-orang yang bersifat tercela, misalnya:
“Allah melaknat orang-orang yang zalim”,
“Allah melaknat orang-orang yang kafir”
Adapun melaknat seseorang secara lansung menyebut sifat maksiatnya, misalnya Yahudi, Nasrani dan orang zalim, maka menurut zahir hadis tidak diharamkan.
B. KUTUKAN HANYA KEPADA YANG BERHAK SAHAJA.
Abu Ja’far An-Nahhas menyebutkan pendapat sebahagian ulama yang menyatakan ; “ Apabila seseorang telah mengutuk sesuatu yang tidak semestinya untuk dilaknat maka hendaklah ia dengan segera mengucapkan: “ Kecuali yang tidak berhak dikutuk”.
C. MENGUTUK DENGAN TUJUAN MENDIDIK
Boleh bagi seseorang penganjur kebaikan, seorang yang melakukan tugas nahi mungkar dan setiap pendidik akhlak mengucapkan kepada lawan bicaranya ketika itu seperti “ Celaka kau”, “ Wahai lemah” dan ucapan lainnya yang serupa, aalkan tidak sampai kepada batas dusta apa yang di lontarkannya itu.
#SIKAP TERHADAP GOLONGAN BERHAJAT
A. LARANGAN BERKASAR, BERLEMBUT DAN MERENDAH DIRI
Orang-orang yang berhajat itu termasuklah fakir miskin, orang-orang yang lemah, orang-orang yang meminta-minta dan lain-lainnya.
Firman Allah,
“ Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenangnya. Dan terhadap orang yang meminta-minta, maka janganlah kamu mengherdiknya”(Ad-Dhuha, 9-10)
#PENGGUNAAN KATA-KATA YANG MAKRUH
- Larangan menggunakan kata-kata yang buruk
Dari Sahl Bin Hanif dan dari Aishah r. a, dari Rasulullah saw bersabda; “ Janganlah salah seorang dari kamu mengatakan : “Alangkah bururknya diriku ini”. Tetapi katakanlah: “Aiblah diriku ini”.
Riwayat Bukhari dan Muslim
- PENGGUNAAN LAFAZ ‘ ROSAK’
Dari Abu Hurairah r. a bahawa Rasulullah saw bersabda, apabila seseorang lelaki berkata, orang-orang sekarang sudah rosak, maka ia adalah yang paling rosak diantara mereka.
Riwayat Muslim
- DIHARAMKAN BERKATA ‘ KAFIR’ KEPADA ORANG MUSLIM
Dihukumkan haram yang paling berat bagi seseorang yang mengatakan, “ Wahai kafir” kepada seorang yang muslim. Dari Abu Dzarr r. a, ia mendengar Rasulullah saw bersabda, “ Sesiapa yang memanggil seseorang dengan kafir atau ia katakana musuh Allah, padahal orang itu tudak demikian adanya melainkan kembalilah apa yang ia ucapkan itu kepada dirinya sendiri”.
Riwayat Bukhari danMuslim
- BERDOA YANG BURUK UNTUK SAUDARA SEAGAMA
Sekiranya seorang muslim mendoakan saudaranya beragama umpamanya;”Ya Allah cabutlah keimanannya”. Pendapat yang paling sahih adalah tidak kafir kerananya. Alasannya dikemukakan firman Allah s.w.t. yang mengabarkan tentang doa Nabi Musa a.s. :…. Ya tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman sehingga mereka tidak melihat azab yang pedih. ”(Yunus:88)
- HUKUM DIPAKSA MENGUCAPKAN KALIMAT KEKAFIRAN
Apakah mengucapkan kalimat kekafiran agar selamat dirinya dari pembunuhan, lebih afdal baginya? Tentang masalah ini terdapat lima pendapat dikalangan ashab kami, iaitu:
> Pendapat yang sahih, tidak mengucapkan kalimat kekafiran walaupun ia akan mengakibatkan dirinya akan dibunuh.
> Mengucapkan kalimah kekafiran agar terpelihara dirinya dari pembunuhan.
> Jika ia masih hidup, ia akan sangat bermanfaat bagi kebaikan umat islam, misalnya ia masih sangat diharapkan dalam mempertahankan umat dari musuh atau didalam menegakkan hukum syarak. Maka yang palinag afdal baginya, biarlah mengucapkan kalimat kekafiran itu dalam kadaan terpaksa. Jika demikian adanya, maka ketabahan menghadapi pembunuhan dengan tidak mengucapkan kalimat kekafiran lebih afdal.
> Jika ia termasuk dalam golongan ulama yang diikuti oleh ramai orang dan golongan lain yang seumpamanya, maka yang paling afdal baginya ialah tabah menhadapi pembunuhan daripada mengucapkan kalimat kekafiran. Hal ini dimaksudkan agar orang-orang awam tidak tersesat(tertipu) kerananya.
> Wajib ia mengucapkan kalimat kekafiran itu dalam keadaan terpaksa. Firman Allah yang bermaksud:”…dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu ke dalam kebinasaan…. ”(Al-Baqarah:195)
- DIHARAMKAN PENGGUNAAN GELARAN SYAHAN SHAH/MAHA
Amat diharamkan bagi seseorang mengucapkan sebutan kepada sultan atau lainnya dengan istilah “syahan shah” kerana maknanya “ raja dari semua raja” atau “penguasa dari semua penguasa” sebab tiada seorang pun yang bergelar sedemikian kecuali Allah s.w.t. . Dari Abu Hurairah r. a. , katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:” Sesungguhnya nama paling hina disisi Allah s.w.t. adalah seorang yang bernama (diberi nama) Malikul Amlak (Raja Diraja). ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara larangan-larangan lain yang disebutkan didalam buku Fitnah & Mengumpat Gejala Terhadap Iman Dan Jiwa ialah jangan memaki angin, makruh memaki demam panas, adat jahiliyah, menyebut pelangi, dua orang berbisik dengan kehadiran orang ketiga, makruh bersumpah dengan selain nama Allah dan sifatNya, dan haram membuka rahsia yang menyakiti orang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)