Thursday, April 16, 2009

Air Zam-Zam Penawar Bagi Segala Jenis Penyakit

Oleh: Muhamad Fares Bin Ameran

Nama-nama air zam-zam

Dari ibnu Bari, terdapat sebelas nama iaitu zam-zam, maktumah(yang tersembunyi), madhunah(yang tersimpan), syaba’ah(yang mengenyangkan), ar- rawa’u(air yang sedap)rakadatul jibril (kesan pijakan kaki jibril)hamatu jibril (galian malaikat jibril), syifa’u sukmin (ubat setiap penyakit), to’amu tukmin(makanan yang mengenyangkan), hafratu abdul muttalib (perigi abdul muttalib). Ada riwayat lain dari ibnu abbas r. a, beliau berkata “kami namakan air zam-zam itu syuba’ah(yang mengenyangkan). manakala wahab pula berpandapat, beliau mandapatkan naa air zam-zam itu dalam kitab allah, yakni air zam-zam, syarabul abran (minuman orang-orang baik-baik)

Rahsia dinamakan air zam-zam

Ada banyak rahsia mengapa di namakan air zam-zam. Ada berpendapat bahawa air zam-zam ini dinamakan kerana banyaknya. Ada pula berpandapat kerana terkumpulnya. ini di kemukakan oleh ibnu hisyam. Ada pula mangatakan kerana geraknya. ini di kemukaan oleh alharbi rahimahullah anh manakala ada pendapat lain yng menyatakan kerana air ini ditahan dengan mizan agar tidak mengalir ke kanan atau ke kiri.

Sejarah asal usul timbulnya air zam-zam ini

Dari imam bukhari yang diriwayatkan oleh ibnu abbas rasulullah s.a.w bersabda “wanita zaman dahulu yang mula-mula pakai tali pinggang ialah siti hajar, bertujuan agar kandunganya tidak di ketahui oleh sarah”. Apabila nabi ibrahim membawa siti hajar dan anaknya nabi ismail yang masih menyusu ke suatu tempat berdekatan dengan kaabah, kawsan ini tidak ada air dan tidak mempunyai orang. Nabi ibrahim menempatkan siti sarah dan nabi ismail dikawasan ini. yang mana berbekalkan dua bekas yang berisi air dan buah kurma. sebelum nabi ibrahim beredar, siti hajar sempat menanyakan “wahai ibrahim, kamu hendak ke mana ?engkau meninggalkan kami disini, padahal di lembah ini tidak ada apa-apa?namun nabi ibrahim tidak menoleh. sejurus itu, siti hajar bertanya “adakah Allah telah memerintahkan kamu berbuat demikian?”nabi ibrahim manjawab “ya”. Maka nabi ibrahim pun ke suatu tempat bernama “thannayah” lalu berdoa memohon agar keturunan(keluarga) selamat.

Makanan yang di sediakan oleh nabi ibrahim habis maka terasa dahagalah siti hajar dan terguling –guling nabi ismail. Ibu ismail pun ke bukit safa untuk mencari lembah dan manusia yang tinggal berhampiran. namun tiada. Dia pun ke bukit marwah dalam keadaan tergesa-gesa. namun keputusanya sama. tujuh kali dia berulang alik dari safa ke marwah.

Selapas itu, munculnya malaikat jibril dan menghentakan sayapnya atau mengali dengan kaki sehingga terkeluar air. ibu ismail pun menahan dengan tangan dan meminumnya serta menyusukan anaknya ismail. kemudianya datang serombongan orang jurhum meminta kebenaran untuk tinggal di situ tetapi dengan syarat orang-orang jurhum tiada hak ke atas air itu.

Galakan meminum air zam-zam

Pertama, Meminum sampai kenyang serta mengikut adabnya iaitu menghadap kiblat, menyebut nama Allah, kemudian minum dan menghembus tiga kali. apabila selesai, hendaklah memuji Allah. ini kerana rasulullah ada bersabda: “ sesungguhnya satu tanda antara golongan kami dan orang-orang munafik itu tidak meminum air zam-zam sampai kenyang ”(DIRIWAYATKAN OLEH IBNU MAJAH)

Kedua, air yang terbaik di muka bumi. dari said bin mansur meriwayatkan dalam sunanya dari nabi s.a.w. bersabda: “ sebaik-baik perigi dikalangan manusia adalah perigi zam-zam. dan sebaik baik lembah di kalangan manusia adalah lembah mekkahdan di hind tempat nabi adam. di dalamnaya ada kebaikan ”(DIRIWAYATKAN OLEH SA’ID BIN MANSUR)

Kedua, air yang terbaik di muka bumi. Ini kerana maksud air yang terbaik adalah air yang mempunyai banyak manafaat. Ini dinyata akn oleh al-ustaz khalil haras. Air ini juga berkat kerana apabila bekalan makanan dan minuman habis, siti hajar mencari pertolongan dari bukit marwah ke bukit safa. apabila puas mencari, maka Allah s.w.t memberi pertolongan dengan memberi air zam-zam.

Air azm-zam digunakan untuk membersih hati nabi s.a.w.

Dari hadith sohih, riwayat imam bukhari, “ sewaktu aku di mekkah tiba-tiba atap rumah ku telah terbuka. Maka turun lah malaikat jibril dan membedah dadaku. Kemudian membasuhnya denagn air zam-zam. Selepas itu, ia membawa sebuh bejana emas yang berisi hikmah dan iman. ia memasukkan benda itu ke dalam dadaku kemudian menutupnya semula. lalu ia memegang tanganku dan membawaku ke langit dunia. ”

Dari hadith di atas jelas lah bahawa air zam-zam mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada air lain. Pengubatan dengan air zam-zam.

Cara pengubatan dengan air zam-zam

Pertama, hendaklah membawa air zam-zam itu di dalam sebuah bekas kepada pesakit yang mengharapkan sembuh lalu disiram atau dimandikan ir zam-zam itu kepada pesakit yang yang niat dihatinya itu agar penyakitnya sembuh. kemudiannya hendaklah pesakit itu meminum air zam-zam banyak-banyak

Mengubat penyakit panas

Dari Abu Jamrah Ad-Dhiba’iy mencerita kan yang mana beliau telah terkena demam panas maka beliau pun teringat akan hadith rasulullah yang berbunyi. . “penyakit demam panas itu berasal dari sebahagian bahang neraka jahanam, maka sejukanlah dengan air”

Maksud air di sini adalah merujuk kepada air zam-zam.

Mengubat pening dam lemah penglihatan

air zam-zam dapat menghilangkan peyakit pening kepala. sudah ramai manusia yang terkena penyakit pening ini ke perigi zam-zam dan meminumnya dengan niat untuk menyembuhkan penyakitnya itu.

air zam-zam jaga dapat menerang pandagan mata dengan membuka mata di dalamnya.








Air zam-zam berguna untuk tujuan apa sahaja.

Dari jabir, ibnu Abbas, ibnu umar dan muawiyah semua nya hadith mafru, kecuali dari muawiyah. Rasulullah bersabda:“air zam-zam itu (mujarab) bagi semua niat utuk apa ia di minum”(HADITH HASAN, RIWAYAT IMAM AHAMAD)

Hadith ini di kuatkan lagi dengan keterangan yang diberikan oleh para ilmuan
1. Al-Manawy berkata bahawa air zam-zam ini raja segala air, yang terbaik dan bermutu tinggi.
2. Pengarang kitab ‘Al-kaduth’ berkata bahawa Ahmad bin Abdullah asy syarif di tanah haram telah meminum air zam-zam untuk dijadikan sebagai ubat buta maka ia pun sembuh dari penyakit buta itu.
3. Imam Nawawi r. a. berkata berhubung dengan hadis kemujaraban air zam-zam untuk tujuan apa sahaja; “sesungguhnya barang siapa yang meminum nya untuk sesuatu hajat, dia akan memperolehi hajatnya itu”mereka memperolehinya dengan izin allah dan kemuliaanya”
4. Asy- Syaukany memberi keterangan tentang hadith air zam-zam itu. beliau berpendapat bahawa hadith ini menunjukkan yang air zam-zam ini bermanafaat bagi suatu niat yang di ingininya, samaada untuk kepentingan dunia ataupun akhirat. perkataan ma’dalam ayat “lima syuribalahu” bersifat umum.

Untuk mengelak rasa dahaga di hari kiamat
Sesiapa yang berniat ketika meminum air zam-zam untuk menghilangkan dahaga di hari akhirat kelak, dia akan memperolehinya itu dengan rahmat allah s.w.t

Al-Qasim bin Muhammad bin Ibad telah mendengar dari suwaid bin said berkata: “aku melihat Abdullah bin mubarak datang ketempat air zam-zam lalu dia mengambil satu bekas dan kemudianya meghadp kiblat lantas berkata “ya allah sesungguhnya anak abil mawal telah menceritakan kepada kami dari muhamad bin munkadar dari Jabir dari Nabi s.a.w baginda bersabda: “air zam-zam itu mujarab bagi sesuatu niat untuk apa ia diminum”Dan sekarang aku akan meminumnya ” lalu ia pun meminumnya. ”

Minum air zam-zam dengan niat mencari ilmu
beberapa ramai ulama’ fekah yang telah dilapangkan dadnya oleh allah (untuk menerima ilmu) berkat minum air zam-zam dengan niat untuk bersungguh-sungguh dalam memahami agama allah. ini bukanlah perkara yang pelik, in kerana air zam-zam ini memang berkat lagi mujarab bagi suatu niat untuk apa ia meminumnya. Oleh yang demikian, para pelajar samada pelajar muslimin atau muslimah, minumlah air zam-zam ditambah dengan berdoa kepada allah agar allah mengkurniakan rezeki ilmu yang bermanafaat untuk kemajuan agama, Negara dan bangsa.

Selain dapt memberikan ilmu yng bermanafaat, mium air zam-zam juga dapat memudahkan kita memhami dan menghafaz dengan mudah. ini kerana air zam-zam dapat menghilangkan sifat pelupa dan hijab di hatinya. apabila sifat pelupa di dalam diri tiada kepantasan otak untuk mengingat akan meningkat. Ini pula di ceritakan oleh imam Jalaluddin As-sayuti menceritakan pengalamannya dirinya, “aku mengembara ke negeri-negeri syam, hijjaz, yaman, India, maghribi, dan takrur…dan sewaktu saya mengerjakan ibadah haji, saya telah mangambil kesempatan minum air zam-zam dengan berniat ……. . semoga saya dikurniakan kefahaman dalam bidang fekah setaraf dengan syeikh sirajuddin Al-Bukiny dan dalam bidang ilmu hadith semoga sampai ketingkatan al hafiz mam ibnu hajar. ”

Adab-adab dan doa minum air zam-zam
1. Menghadap kiblat
2. Menyebut nama Allah (bismillah………….)
3. Menghembus tiga kali
4. Hendaklah diminum dengan banyak-banyak sampai berasa kenyang.
5. Apabila selesai hendaklah memuji allah (alhamdulillah……. .)
6. Membaca doa dengan hati yang yakin disertai dengan niat apa yang di kehendakinya….

Air zam-zam yang mengenyangkan

Nama syuba’ah yang bermaksud sesuatu yang dapat menghilangkan rasa dahaga da lapar bagi sesiapa yang meminumnya sebaigaimana biasanya air yang menghilangkan rasa dahaga dan makanan yang menghilangkan rasa lapar. dalam konteks ini, air zam-zam seolah-olah mempunyai dua khasihat yang dapat mengenyangkan dan meghilangkan dahaga si peminum.

Ini terbukti apabila abu zar Al-Ghifari tentang kahasiat air zam-zam yang mengisahkan kislamannya dan pertemuan dengan rasulullah s.a.w “aku datang ke perigi zam-zam lalu aku basuh darahku dan meminum airnya. Aku tinggal disana tiga puluh hari siang dan malam wahai anak saudaraku. aku tidak punya sebarang makanan selain air zam-zam sahaja. maka aku menjadi gemuk sehingga pecah lipatn-lupatn perutku. dan aku tidak mendapati hatiku lemah akibat kelaparan

Rasulullah s.a.w beratanya kepada abu zar;”sejak bila kamu tinggal disana?”Abu Zar menjawab ; “ Aku telah tinggal di sana semenjak 30 hari siang dan malam. ” Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “siapayang memberi mu makanan?”Abi Zar menjwab: “tdak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Maka aku menjadi gemuk sehingga pecah lipatan-lipatan perutku dan aku tidak mendapati hatik lemah akibat lapar. ”

Memang Allah meniptakan air zam-zam ini berfungsi seperti makanan. Jikalau tidak bagamana mungkin siti hajar dapat bertahan di lembah yang tidak ada tanaman itu. Pegalaman-pengalaman peribadi berkenaan dengan air zam-zam.

Pengalaman Al-Hakim At-Tarmuzi Al-hakim At-Tarmuzi r. a. berkatatentang orang yang meminum air zam zam ini:Pokoknya memnum air zam-zam dengan niat apa sahaja asalkan baik, Allah akan mencukupkan kepadanya, kerana ia merupakan permohonan dengan meminum benda yang di tampakkan oleh Allah dari syurga-Nya dengan sungguh-sungguh.

Perlu di ingatkan bahawa semua itu tertakluk kepada kekuatan iman, jiwa, kesediaan kekuatan bertawakkal kepada tuhannya dan kemantapan hati peminum. Kerana air zam-azm itu boleh di ibaratkan senjata yang akan mengenai sasaran atautidak tertakluk kepada kepandaian dan kebolehan si pemegang menggunakanya.

Beliau berkata lagi…. “ Ayahku menceritakan kepadaku … “sku bertawaf di malam gelap gelita. tibatiba aku berasa sentisa hendak buang air kecil (kerap) sehinggaa memenatkan aku. Dan aku khuatiri, jika aku sentiasa keluar dari masjidil haram, akan tergangulah sebahagian kaki-kaki. ketika itu musim haji. maka aku teringat akan hadith raslullah tentang air zam-zam. Lalu aku masuk ke telaga zam-zam, dank u minum denagn banyak-banyak. Maka penyakit ku itu terhenti hingga pagi.

Pengalaman rabah Bin Al-aswad
Alzarqy menceritakan dari rabah bin Al-aswad r. a. “aku tnggal bersama sama keluargaku di padan belentara. aku dijual ke mekkah kemudianya aku dimerdekankan. Tinggal aku selama tiga ahri tanpa makanan, maka aku minum air zam-zam. Suatu hari akuminum, tiba-tiba merasa rasa susu di antara dua gigi taringku”

Pengubatan dengan air zam-zam di zaman sekarang
Agama islam memerintahkan kita agar mencari ubat apabila di serang penyakit. Rasulullah s.a.w bersabda ……. . “setiap penyakit itu ada ubatnya, apabila suatu ubat itu telah diubatkan (dan sesuai) pada suatu penyakit, ia akan sembuh denan izin Allah ”

Imam ahmad meriwayatkan dari usamah bin sarik yang berkata: “ aku berada di sisi rasulullah lalu datang seorang desa dan bertanya : “wahai rasulullah apakah mesti berubat? ”Rasulullah menjawab :“ya, wahai hamba allah, berubatlah engkau. Maka sesungguhnya allah tidak akan menurubkan penyakit kecuali menurnkan ubatnya juga, kecuali satu penyakit tua…. ” Petintah yang menyuruh kita mengambil ubat beerti bukanlah menidakkan tawakkal. Kita boleh mengibaraykan seperti kita lapar, untuk menghilangkan rasa lapar hendaklah kita makan. Begitu juga dengan dahaga, dengan minum air.

Air zam-zam sebagai pengubat penyakit kenser
Diceritakan oleh pesakit bernama Laily Al-Halwa dari Negara magribi dalam pengalamn bertajuk “Fala Tansallah” yang disiarkan dalam majalah Al-Arabiyah dan majalah Al-Muslimun…sekitar tahun 1405H bersamaan 1985. .

…. kisah bermula apabila puan LAili Al-Halwa diserang penyakit kenser yang ganas/meliar. Beliau telah pergi berjumpa dengan beberapa doctor untuk mengubat penyakitnya itu namun sebarang ubat tidak dapat menyembuhkannya. Kemudiannya dia telah ke Paris dan telah diberitahunya bahawa penyakitnya itu sangat teruk dan virus yang terdapat ditubuhnya telah merebak ke semua bahagian tubuhnya. Tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya lagi. Menurut doctor itu lagi, beliau dapat bertahan tidak lebih tiga bulan lagi. Apabila mendengar keterangan yang di berikan oleh doctor tentang masa yang tinggal untuk beliau terus hidup, dia berasa sangat sedih. Oleh itu, tiada lagi perkara yang dapt dibuat oleh beliau kecuali kembali ke pangkuan keluarga bagi menghabiskan sisa-sisa hidup yang tinggal. Sebelum beliu pulang ke tanah airnya, magribi, suami beliau mencadangkan untuk singgah ke mekkah untuk mengerjakan umrah. Akhirnya mereka berdua ke mekkah. Di mekkah, beliau bamyak menghabiskan masa dangan beribadah kepada Allah.

Puan Laili berkata:… “Aku iktikaf da baitullah…. Sentiasa meminum air zam-zam dan sepanjang hari aku hanya memakan sekeping roti dan sebiji telur. Ku prnuhkan hari-hariku dengan solat, membaca Al-Quran dan berdoa selama empat hari, aku tidak kenal siang dan malam…. aku membaca Al-Quran dari awal hingga khatam. Di waktu solat, aku panjangkan sujudku. Aku menangis semahu-mahunya menyesal atas kelalaianku mengerjakan kebaikan dan menyesal pula kerana, meringan-ringankan melaksanakan kewajipanku”

Setelah beberapa hari bintik-bintik hodoh itu hlang sama sekali. Lalu beliau pergi ke paris untuk berjumpa dengan doctor. Di sana, perkara ini menghaornkan para doctor dan tidak percaya pada perkara ajaib yang ada di hadapanya. Sebelum bekiau ke mekkah, doctor telah mengesahkan bahwa virus yang terdapat di tubuhnya telah merebak keseluruh tubuhnya, apa yang pelik sekarang, kesan virus iaitu kenser itu hilang dan tiada langsung. Puan Laili meninggalkan dokor yang kehairanan itu dan pulang ke tanah airnya.

Bermimpi berjumpa dengan nabi
Setelah sekian lama berada di negaranya, puan Laili sakit lagi untuk kali kedua. Beliau di masukkan ke hospital. Beliau telah di beri ubat yang kesan penggunaanya yang boleh menghodohkan. Rambut beliau gugur, dan dagunya ditumbuhi janggut serta kurus aibat penggunaan ubat tersebut. Di saat-saat beliau menungu kematian, perkara luar biasa telah berlaku:…. Aku bermimpi melihat cahaya yang sanagt terang sehingga hamper memejamkan kedua-dua belah mataku. Aku yakin itu adalah rasulullah s.a.w Aku ceritakan kepada baginda tentang penyakit, kegigihan dan keimananku. Dan aku menceritakn bahawa diriku ini lemah dan menunggu saat kematian. Baginda mendengar semua ceritaku sehingga selesai. Lalu baginda mengusap kepalaku dengan tanganya dari kiri hingga kanan dan memintaku bersabar. Baginda pun memberitahu aku bahawa tidak menimpakn dirilu kecuali kebaikan. Kemudian baginda menekan ubun-ubunku dengan kuat hingga aku terbangun. Puan Laila tlah sembuh betul dan kesanya penyakit yang di alaminya itu hilang sama sekali.

Beberapa masalah yang berkaitan dengan air zam-zam.
Membawa air zam-zam keluar mekkah.
Bolehkah air zam-zam di pindah dari tempatnya? Jawapan nya boleh dan hukumnya sunat. Dari aisyah r. a. berkata:“Rasulullah s.a.w membawa air zam-zam dalam bekas dan garibah. Baginda menyiramkanya kepada orang sakit dan meminumnya”

Beristinjak dengan air zam-zam
Dimakrukan beristijak dengan air zam-zam kecuali mandi sahaja. Demikian juga menghilangkan najis pada pakaian atau badan dengan air zam-zam dan sebahagian ulama, mengharamkan penggunaan air zam-zam untuk beristinjak.

Penyulingan air zam-zam
Sebahagian orang-orang yang benci dan mempuinysi hasad dengki telah mengeluarkan kenyataan yang menakutkan kaum muslimin agar tidak minum air zam-zam. Menurut mereka air zam-zam tidak baik untuk di minum kerna tercemar. Kepada kaum musliminhendaklah jangan ragu-ragu untuk minum air zam-zam. Percayalah bahawa air zam-zam adalah air yang paling baik dan paling bersih di muka bumi ini.

Apalagi sekarang dengan adanya uasaha gigih dari kerajaan Saudi Arabia ynag teklah mengawal perigi zam-zam dengan sebaik-baiknya dan membersihkanya. Alat yang canggih telah di bina untuk penyulingan dan memebrsihkan air zam-zam tersebut, hanya khas untuk air zam-zam. Maka yakin lah bahawa air zam-zam itu berkat, bersih dan dapat menyembuhkan semua penyakit atas niat yang mulia dan bertawakkal kepada Allah s.w.t. sekian, terma kasih.

No comments: