Thursday, April 16, 2009

Mengenali Konsep Cinta Serta Kesan-Kesannya

Oleh: Azie Raznie Bt Abdul Ghani

PENDAHULUAN
Cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup,dan juga jalan untuk mengenali dan membesarkanAllah,sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 49 surah al-Zariyat,”Dan segalasesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah”CINTA adalah fitrah kerana setiap orang dianugerahkan naluri untuk menyayangi dan disayangi.Bercinta bukanlah satu kesalahan asalkan mengikut batas yang ditetapkan agama.Namun banyak pencemaran dan kekeliruan berlaku dalam penghayatan konsep cinta dan kefahaman mengenai kepentingannya dalam kehidupan.Semakin ramai muda mudi hari ini yang tersasar dari landasan yang benar kerana terikut-ikut dengan konsep cinta yang dipaparkan dalam media massa mahupun media eletronik.

Tidak dinafikan televisyen mempunyai pengaruh yang kuat terutama kepada remaja.Paparan dalam siaran televisyen seolah-olah menjadi pendidikan khusus untuk mereka mengenali cinta.Kebiasaannya siaran ini memaparkan konsep cinta dari barat.Umat Islam terutamanya kurang terdedah dengan konsep cinta menurut Islam,yang sebenarnya lebih menyeluruh dan terperinci.

Cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup,dan juga jalan untuk mengenali dan membesarkan Allah,sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 4 surah al-Zariyat, “Dan segala Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kbesran Allah”.Setiap individu tahu dan nampak kepentingan cinta dalam hidupnya kerana Allah menjadikan cinta sebagai fitrah,iaitu keperluan semulajadi seperti keinginan untuk makan,minum dan tidur.Setiap lapisan manusia menginginkan cinta,lebih-lebih lagi golongan remaja yang masih mencari identity dan erti cinta yang sebenar.

Menurut Dr.Robiah Kulop Hamzah di dalam bukunya bertajuk Remaja dan Cinta , zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan pancaroba,konflik ataupun krisis.Keadaan ini berlaku akibat perubahan hasil kematangan jantina sehingga megakibatkan kecelaruan peribadi, kenakalan dan penentangan.Emosi remaja mudah tersentuh,mereka menjadi lebih emosional dan mudah berubah.Pendek kata,selagi tidak bertemu identity diri yang dicari-cari,mereka akan terus berkeadaan begini.

Pada usia remaja,rakan sebaya mempunya pengaruh yang kuat dalam hubungan social sama ada di sekolah mahupun di rumah.Pengaruh keluarga mulai berkurangan.Seiring dengan peredaran zaman,banyak perubahan berlaku kepada remaja hari ini.Perubahan ketara adalah daripada sudut mobility atau keupayaan untuk bergerak bebas.Remaja dahulu terutamanya perempuan didapati lebih banyak menghabiskan masa di rumah mempelajari hal ehwal pengurusan rumah dan berkahwin seawall 15 tahun.Sering kali,mereka akur,baik secara rela mahupun terpaksa menerima pasangan pilihan keluarga.

Berbeza dengan remaja hari ini yang mendapat peluang pendidikan,pada usia tersebut mereka masih bersekolah.Apabila mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,mereka bertemu dengan lebih ramai orang.Pergaulan yang lebih luas semasa alam persekolahan,penyertaan dalam aktivii sekolah,melanjutkan pelajaran di luar tempat asal,di tempat kerja dan sebagainya memberikan lebih banyak peluang berkenalan dengan pelbagai jenis oran.Situasi ini memberi mereka peluang yang lebih banyak dalam memilah pasangan hidup.Seterusnya situasi ini menyumbang kepada parubahan umur sesuai unuk berkahwin.

ERTI CINTA
Cinta unggul didefiniikan sebagai cinta tulen lepada pencipta segala cinta,iaitu Allah.Cinta yang tulen ini lahir daripada orang beriman yang mencintai Allah dengan sepenuh hati dan perasaan,bersikap lemah-lembut dan saling kasih-mengasihi ssama manusia.CINTA adalah pertalian kasih sayang merangkumi spiritual,emosi,fizikal,intelektual dan social antara individu yang terlibat,di mana mereka saling menghargai nilai-nilai peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain.Cinta juga bererti kemahuan,keasyikan,tarikan,kerinduan dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu.

Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan.Tidak kurang juga,cinta boleh merosakkan dan menjadikan seseorang itu mausia yang sebaliknya.DEFINISI CINTA DI DALAM QURANTerdapat pelbagai definisi dan pengertian cinta di dalam Quran.Salah satunya cinta diertikan sebagai kemahuan untuk berpasangan dalam menikmati keindahan dan kelazatan hidup.Cinta antara lelaki dan perempuan,ibu bapa dan anak,guru dan murid,majikan dan pekerja,nabi dan umat,semuanya adalah cinta berpasangan yang mempunyai pakej khusus dengan bentuk dan jenis cinta yang berlainan.

Cinta lelaki dan perempuan sebagai pasangan kekasih dilihat sebagai cinta berahi(syahwat).Cinta ibu bapa kepada anak-anak pula adalah cinta tidak bersyarat yang seharusnya ada sejak kewujudan anak tersebut di dalam kandungan ibunya.Cinta guru kepada anak muridnya membawa kepada keberkatan ilmu dan kemanfatan yang berpanjangan manakala cinta majikan kepada pekerja mewujudkan suasana harmoni dan kesepakatan dalam memajukan organisasi.Cinta nabi dan umat membawa kesejahteraan dunia dan akhirat.

Pendek kata,segala jenis cinta ini menjurus kepada matlamat yang satu,iaitu menjadikan manusia mengingati dan berfikir akan kebesara Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran surah az-zariyat ayat 49,”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah”.Cinta adalah keasyikan , kemahuan dan keinginan kepada perkara-perkara yang disenangi seperti wanita,anak-anak,harta kekayaan dan kemegahan dunia.

Kesenangan di dunia yang menjadi impian kebanyakan manusia adalah bentuk cinta yang banyak menguji kesabaran dan ketakwaan manusia.Walau bagaimanapun,Allah mengingatkan apa yang si sisi-Nya adala lebih baik daripada cinta-cinta keduniaan ini.Allah menyatakan dalam surah Ali Imran ayat 14,”Dijadikan indah pada (pandangan)manusia kepada kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita,anak-anak,harta yang banyak dari jenis emas,perak,kuda pilihan,binatang-binatang ternak dan sawah lading.Itulah kesengan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik(syuga)”.

Cinta adalah perkongsian kegembiraan dan penderitaan,yang menuntut kemuliaan hati,kasih sayang dan rasa hormat kepada orang yang dicintai dengan sepenuh perasaan,jiwa dan raga.Nabi Muhammad adalah contoh terbaik dalam menumpahkan cinta dan kasih sayangnya kepada umat manusia seperti yang dinyatakan dalam surah at-Taubah ayat 128,”Sungguh,telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalanganmu sendiri.Ia sedih dengan penderitaanmu,sangat menginginkan keimananmu dan keselamatanmu.Ia sangat penyantun dan sangat penyayang.

Cinta adalah pengorbanan ,perkongsian, kesabaran dan ketaatan kepada yang di cintai.Dalam konteks ini,umat Islam dituntut untuk melakukan ketaatan kepada segala suruhan Allah,berkongsi kesenangan dengan orang lain dan sanggup berkorban harta yang disayangi demi cinta kepaad yang Pencipta.Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 77,

“Bukanlah menghadapkan wajahmu kea rah timur dan barat itu suatu kebajikan,akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah,hari kemudian,malaikat-malaikat,kitab-kitab,nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya,anak-anak yatim,orang-orang miskin,musafir dan orang yang meminta-minta ;dan memerdekakan (hamba sahaya),menunaikan solat,menunaikan zakat,dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji,dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan.Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Secara keseluruhannya,cinta yang unggul didefinisikan sebagai cinta yang tulen kepada pencipta segala cinta,iaitu Allah.Cinta yang tulen ini lahir daripada orang beriman yang mencintai Allah dengan sepenuh hati dan perasaan,bersikap lemah lembut dan saling kasih-mengasihi sesama manusia.

DEFINISI CINTA DALAM SUNAH
Selain daripada pengertian yang terdapat di dalam Quran,perlakuan yang membawa kepada kecintaanyang hakiki digambarkan dengan jelas dalam beberapa sunah Nabi Muhamad.Cinta mengikut sunah Rasulullah adalah mengutamakan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi manusia lain.Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Abbas,Nabi Muhammad berkata,”Cintailah Allah kerana Dia yang mencurahkan nikmat-nikmat-Nya kepadamu,dan cintailah aku(Nabi Muhammad) kerana mencintai Allah dan cintailah kaum keluargamu kerana mencintai aku.

Dalam hadisnya yang lain riwayat Muslim dari Abu Hurairah dan Ibnu Abbas,Nabi Muhamad berkata:”Tidak akan dikatakan beriman (dengan senpurna) seseorang di antara kamu,sehingga aku lebih dicintai dari anaknya,orang tuanya,dan seluruh manusia pada umumnya”.Cinta juga bermaksud menyebarkan salam kepada sesama Islam.Slam adalah ucapan selamat dan kebaikan kepada orang yang kita temui dalam pejalanan atau di mana-mana sahaja.Menyebarkan salam akan mengukuhkan silaturahim,membina perkenalan dan persaudaraan baru.

Kecintaan yang sebenar adalah cinta yang lahir kerana merasai kebesaran Allah yang menciptakan cinta tersbut.Cinta yang disaluti dengan keimanan dan ketakwaan,iaitu cinta sesamamanusia yang membawa kepada keredaan dan mendapat keberkatan dari Allah.Dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim:”Pada hari kiamat Allah berfirman:Di manakah orang yang saling mencintai kerana kebesaran-Ku,kini aku naungi (mereka) di bawah naungan-ku pada saat di mana tiada naungan kecuali naungan-Ku”.

NILAI-NILAI BAGI ORANG YANG BERCINTA
Antara nilai-nilai yang terdapat dalam cinta adalah kasih sayang,persahabatan,akhlak yang baik,rasa tanggungjawab,keprihatinan,kemesraan dan kerajinan.

KASIH SAYANG
Kasih sayang adalah perasaan ingin dibelai,dimanja,dilindungi,dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.Tidak dapat dipertikaikan bahawa setiap orang memerlukan kasih sayang sejak dari lahir sehinggalah menghembuskan nafas yang tekakhir.Ia adalah perasaan suci murni yang menuntut perhatian dan penghargaan daripada orang di sekelilingnya.Jiwa dan raga akan menjadi subur dan kuat apabila kehidupan diserikan dengan kasih sayang daripada orang yang mengenali kita.Tanpa kasih sayang,kehidupan akan pncang dan serba tidak kena.

SAYANG ATAU CINTA?
Cinta adalah perasaan yang telalu dalam.Ia terdiri dari pelbagai jenis dan mempunyai pelbagai ragamnya.Cinta ada kalanya di angga sama dengan sayang.Sebenanya ada seikit perbezaan di antara keduanya.Kasih sayang lebih mudah dan ringkas,cinta pula lebih kompleks dan susah untuk diperolehi.Pendek kata,kasih sayang adalah sebahagian daripada cinta.seorang pencinta sewajibnya mampu untuk berkasih sayang.Biasanya kasih sayang lebih ditujukan kepada kasih ibu bapa kepada anak,kasih guru kepada murid,kasih nabi kepada umat.Tetapi apabila kasih sayang mencapai tahap cinta,maka perasaan itu lebih mendalam dan jauh lebih berkesan dalam jiwa orang yang saling mencintai.Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga ,mempunyai rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi,malah terlalu sempurna dan berpanjangan,jika boleh untuk selamanya.Pendek kata,tiada perbezaan yang nyata antara kasih sayang dan cinta tetapi yang pastinya,kasih sayang adalah pra-syarat dan pelengkap kepada cinta yang dibina.

PERSAHABATAN
Orang yang bercinta mempunyai kecenderungan untuk bersahabat dengan kekasihnya.Persahabatan adalah keakraban dari segi tingkah laku,pertuturan,perlakuan dan hidup seharian.Persahabatan adalah rasa setiakawan dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak yang saling memahami dan saling brkongsi perasaan yang sama.Persahabatan juga mewujudkan rasa kebersamaan dan kekitaan yang penting untuk dipupuk demi mengukuhkan ukhuwah yang dibina dalam perhubungan cinta.

AKHLAK YANG BAIK
Apabila manusia mempunyai akhlak yang baik,kasih sayang dengan sendirinya terjalin dalam hubungan sesama manusia.Islam sentiasa memerintahkan supaya kita berakhlak baik sesama manusia.Menyentuh perihal seruan supaya manusia memiliki akhlak yang baik,Rasulullah berkata daripada riwayat Hakim,”Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya”.

BERTANGGUNGJAWAB
Rasa bertanggungjawab adalah keupayaan mnjaga kebajikan dan hal ehwal orang yang dicintai.Setiap orang yang bercinta mesti bertanggungjawab kepada kekasihnya.Sekiranya dia tidak bertanggungjawab,maka dia sebenarnya tidak mencintai dengan sepenuh hati.Bagi yang mencintai Allah,dia wajib menjaga hubungan yang baik danberterusan dengan-Nya,bagi yang mencintai Nabi Muhammad,dia perlu mengikut sunah Rasulullah dengan sebaik mungkin.Bagi yang mencintai ilmu,dia bertanggungjawab membaca,mengkaji,menyelidiki,mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang telah dipelajarinya.Bagi yang mencintai pasangan kekasih,maka dia bertanggungjawab untuk memelihara cinta itu daripada ternoda atau tercemar oleh perbuatan maksiat.

KESAN-KESAN CINTA
(A)Dapat memotivasikan diriCinta meningkatkan motivasi dalam diri dengan mendorong ke arah mencapai sesuatu yang dapat memberikan kepuasan,kenikmatan,kehgembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan.Cinta berperanan untuk memotivasikan diri orang yang bercinta kerana ia adalah penggerak,pengubah dan penguat semangat dalam banyak perkara.Cinta boleh menggerakkan orang yang malas menjadi rajin,mengubah orang yang selekeh menjadi kemas dan menguatkan semangat orang yang sakit supaya menjadi sihat dan segar.Cintamemotivasikan diri untuk membuktikan ikrar dan janji yang dimeterai.Cinta tidak bermakna jika hanya mengucapkan kata-kata palsu tanpa dibuktikan dengan kesungguhan yang digambarkan dan setiap perbuatan dan pelakuan.Rabi’atul Adawiyah,seorang sufi unggul yang terbukti cintanya kepada Yang Menciptakan cinta,mengecam orang yang menhgaku cinta tetapi tidk membutikan cinta adalah tulen dan benar.Rabi’atul Adawiyah dalam syairnya berkata, “Engkau derhaka kepada Tuhan,sedangkan engkau mengaku cinta kepada-NyaIni mustahil dan adalah sebuah cinta palsu.Sekiranya cinta kamu benar,pasti kamu taat kepada-Nya.Orang yang bercinta akan tunduk pada yang dicintainya”.

(B) Melahirkan keluarga yang harmoni
Keluarga yang kaya dengan perasaan cinta dan kasih saying akan sentiasa bernaung dalam suasana yang penuh aman dan bahagia.Cinta mewujudkan keluarga yang penyayang dan pengasih.Cinta ibu bapa kepada anak-anak,menjadikan anak-anak tersebut orang yang mengenang jasa dan berbakti kepada ibu bapa.Cinta anak kepada ibu bapa nmenjadikan mereka insan yang taat dan berbudi bahasa.Cinta dalam keluarga adalah pelengkap kepada kehidupan.

(C) Melahirkan masyarakat yang hidup dalam keharmonian dan keamanan
Keharmonian dan keamana terpelihara dengan adanya rasa cinta,kasih saying,hormat-menghormati,bertolak ansur dan tolong-menolong sesama anggota masyarakat.Keharmonian dan keamanan melahirkan masyarakat yang bebas dari gejala social,kemunduran akhlak dan pekerti serta penyakit-penyakit fizikal dan rohani.Ia juga dapat melahirkan masyarakat madani iaitu masyarakat maju,moden dan berwawasan tinggi berlandaskan hukum Allah dalam setiap aspek kehidupan.

PENUTUP
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Abdul Aziz bin Harjin di atas setiap tunjuk ajar yang telah diberikan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.Buku yang telah saya kaji ini telah menerangkan konsep cinta yang sebenar serta kesan-kesanya.Sesunguhnya setiap kebaikan itu datang daripada Allah swt dan setiap kesalahan itu adalah datang daripada kelemahan diri saya sendiri.Wallahualam.Sekian,terima kasih.

1 comment:

missnadiah said...

salam .. terima kasih atas information yg diberi .. Ia sedikit sebanyak memberi saya pengetahuan tntg cinta .. ;)