Thursday, April 16, 2009

Perangkap Syaitan Dan Cara Menghindarinya

Oleh: Mohd Al-Hafis Bin Mohammad

MUKADIMAH
SYAITAN adalah makhluk ghaib. Kewujudannya diberitahu kepada kita oleh Allah melalui RasulNya. Kita diberitahu juga, bahawa syaitan atau iblis itu musuh manusia. Syaitan sentiasa mendendami manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu dayanya. Manusia yang mengerjakan ibadah kepada Allah paling dimusuhinya. Seberapa daya dicubanya menahan manusia daripada mendekati Allah.

Menurut Yahya ibni Mu’adz al-Razi, “syaitan itu tidak bekerja, sedangkan kamu sibuk dengan pekerjaan dan pelbagai urusan. Syaitan sentiasa melihat kamu, sedangkan kamu tidak dapat melihatnya. Kamu selalu saja lalai dan melupakan jerat yang dipasangnya, tetapi ia tidak melupakan kamu.

Para ulama menjelaskan pelbagai langkah untuk mengesan dan sekaligus memerangi syaitan. Menurut Imam al-Ghazali, : kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “A’uzu billahi min al-syaitan il-rajim”

Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebatnya, kita mestilah bersabar dan menyedari bahawa allah hendak menguji keteguhan dan kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihat kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

SYAITAN MEMBINA EMPAYAR KESESATAN DAN
KEBATILAN


IBLIS adalah maha guru yang mangajarkan kesesatan dan kebatilan kepada manusia. Ajaran sesat memang begitu lama berlaku dalam sejarah manusia, ia bermula sejak Adam dicipta kemudian ditempatkan dia dan isterinya di dalam syurga. Kedudukan istimewa yang diperoleh Adam dan Hawa rupa-rupanya tidak disukai iblis yang sekian lama berdemdam terhadapnya. Akibat dendam kesumat iblis yang membara itulah lahir cita-cita keji bagaimana untuk mengusir Adam dari syurga yang istimewa itu.

A) KEJAYAAN PERTAMA IBLIS
Iblis berjaya dengan cita-cita jahatnya, sehingga Adam tersalah makan buah yang dilarang. Inilah kejayaan pertama iblis laknatullah. Akhirnya Adam dan Hawa terpaksa menerima ujian yang begitu pahit. Al-Quran melaporkan keterlanjuran itu dengan menyebutkan bahawa Adam derhaka kepada Tuhan-Nya, lalu dia tersesat jalan.

B) HELAH DAN TIPU DAYA SYAITAN
Setelah kita maklum siapa sebenarnya syaitan, nescaya kita tidak terkejut mendengar laporan akhbar menyatakan ramai remaja Melayu yang beragama Islam terjebak dengan kumpulan black metal yang memuja syaitan. Remaja ini diberi umpan dan fahaman salah oleh ketua kumpulan itu, iaitu mereka akan beroleh kuasa dan kekuatan sekuat kuasa syaitan jika mereka memujanya. Bukankah tamadun manusia di dunia ini hasil helah dan tipu daya syaitan yang dahulunya mengusir Adam dan Hawa dari syurga?

C) MENYELAMATKAN DIRI DARI MANGSA IBLIS
Bagi melindungi diri daripada ajaran sesat ini, mangsa-mangsa ajaran sesat harus sedar kenyataan dirinya yang telah atau cuba diperangkap. Mangsa juga hendaklah berminat untuk menyelamatkan dirinya daripada ajaran itu. Mangsa ajaran sesat bagaikan pesakit, jika dia sedar dirinya menghidap penyakit dan perlikan rawatan, maka pihak doktor dan pusat-pusat rawatan sedia membantu penyakitnya. Sebaliknya jika penyakit enggan berbuat demikian atau merasakan dirinya sihat walaupun sakit, maka sukar sekali membantu insan yang malang ini.

Kita hendaklah mempastikan anak-anak setia dengan ibadat solat, sekurang-kurangnya solat 5 waktu. Jika ada kemampuan banyakkan solat sunat, sama ada pada siang hari mahupun malam hari. Kita hendaklah mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak, sama ada ketika di dalam atau di luar rumah. Nasihatkan mereka dengan segera jika ada sesuatu yang meragukan. Rapatkan hubungan mereka dengan masjid bagi menunaikan solat berjemaah.

Kisah Adam dan Hawa tatkala mereka diusir dari syurga akibat ajaran sesat yang disebarkan syaitan perlu sekali dibekalkan kepada umat Islam kerana makin banyak persamaan antara mangsa ajaran sesat zaman ini dengan Nabi Adam bagi memungkinkan
mereka bertaubat dan kembali kepada Allah.

TIPU DAYA SYAITAN TERHADAP MANUSIA

SYAITAN mempunyai kehandalan dan kepakaran dalam menyesatkan manusia. Berbagai cara dan metod dilakukannya untuk menjayakan mesejnya yang batil dan mungkar. Terdapat 7 perkara di mana tipu daya syaitan terhadap manusia dijalankan dengan begitu rapi dan teliti, demi menjayakan cita-cita iblis iaitu meramaikan penduduk neraka dengan kebanyakan manusia dan jin. 7 perkara yang menjadi strategi dan panduan syaitan dalam misi mereka adalah:
1) Syaitan melarang manusia beribadat kepada Allah
2) Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak taat
3) Syaitan mendorong manusia agar tergesa-gesa
4) Syaitan mendorong agar beramal kerana manusia
5) Syaitan memuji amalan seseorang
6) Syaitan menyebarkan penyakit riak
7) Syaitan menanamkan keragu-raguan

SEJARAH DAN BIODATA IBLIS

A) TEMPAT TINGGAL IBLIS
Sebagaimana manusia mempunyai tempat tinggal dan rumah, begitu pula dengan golongan jin. Mereka mempunyai tempat tinggal berupa istana, rumah, majlis keramaian, dan sebagainya.


1) TANDAS
Anas bin Malik r. a berkata: “iblis telah bertanya kepada Allah :katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku. ” Firman Allah:“tempat kediaman untukmu adalah di dalam tandas”

PASAR, PUSAT BELI BELAH DAN TEMPAT MAKSIAT
“wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, dimanakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah:“tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat beli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat”

B) BUKU BACAAN DAN MUZIK
1) SYAIR DAN SAJAK
“wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam kitab(Al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah: “bacaan untukmu adalah syair dan sajak yang melalaikan”

KATA-KATA KESAT DAN DUSTA
“wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah:“cerita bagimu adalah kata-kata kesat dan dusta”

C) UTUSAN IBLIS
1) BOMOH, TABIB DAN DUKUN
“wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka
memanggil orang sembahyang, apa pula azan bagiku?”
Firman Allah:
“azan bagimu ialah seruling”
2) GINCU DAN LUKISAN
“wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusanMu dari para nabi dan rasul,
siapakah yang menjadi utusanku?”
Firman Allah:
“utusanmu adalah terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku”
D) PERANGKAP IBLIS
1) WANITA
“wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula
perangkap bagiku?”
Firman Allah;
“perangkap bagimu adalah wanita”
2) MINUMAN YANG MEMABUKKAN
“wahai Tuahanku, Engkau telah berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?”
Firman Allah:
“minuman untukmu adalah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya.



DETIK-DETIK KEMATIAN IBLIS
Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahmad bin Qays
berkata:
Saya pergi ke madinah ingin bertemu dengan Saidina Umar Al-Khattab. Tiba-tiba
saya bertemu dengan majlis orang ramai sedang mengerumuni Ka’bul Akhbaar yang
sedang bercerita:

1) DIKEPUNG OLEH 70, 000 MALAIKAT
Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang sibuk di pasar bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang sangat keras, separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sedar kecuali sesudah tiga hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketekutan melihat binatang buas. Ketika orang-orang dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorang pun melainkan mati kerananya. Maka binasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seseorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.

2) PENGSAN DAN BERDENGKUR
Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja langsung ia(iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengari oleh manusia, nescaya pengsanlah mereka. Maka larilah iblis ke hujung timur tiba-tiba Makaikatulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlarilah ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.

3) MALAIKAT ZABANIYAH MENIKAM IBLIS SAMPAI MATI
Maka berguling-gulinglah iblis di tanah sambil menjerit sekeras-kerasnya, kemudian lari-lari dari barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ia ke tenpat ia yang pettama diturunkan, sudah dihalang oleh malaikat Zabaniyah dengan bantolannya. , sedangkan bumi ini bagaikan bara api, sedangkan iblis dikerumuni oleh Malaikat Zabaniyah yang menikamnya dengan bantolan dari neraka itu sehinggakan merasakan nazak(sakaratulmaut) akan mati itu. Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah kedua-duanya untuk melihatnya.

NAMA-NAMA DAN GELARAN BAGI SYAITAN
1) SYAITAN ZAILATUN
Syaitan Zailatun bekerja untuk menjerumuskan para pedagang di pasar agar berdusta, mengurangi timbangan, menimbulkan pertengkaran diantara para pedagang dan melakukan tipu daya kepada para pedagang agar berbuat curang dalam akad jual beli, dengan rayuan agar cepat kaya. Syaitan ini bertindak dengan pelbagai cara dan kaedah, antara lain:
a) Menjerumuskan para pedagang dengan menakut-nakuti mereka jika terjadi kebangkrapan dalam perniagaannya. Untuk menghindari kebangkrapan tersebut, iblis Zailatun menjanjikan untung yang besar apabila pedagang berkenaan berlaku curang dalam timbangan dan menipu dalam harga.
b) Menjanjikan kepada para pedagang kekayaan yang luar biasa dengan cara yang cepat
dan mudah menerusi penipuan dalam timbangan dan harga.

2) SYAITAN WAWATSIN
Syaitan wawatsin bekerja untuk menggoda dan menjerumuskan orang-orang beriman agar selalu mengeluh, tidak sabar dan tidak ikhlas dalam menghadapi cabaran atau musibah. Sedangkan perbuatan orang yang meratapi musibah hingga merobak-rabik pakaiannya adalah termasuk perbuatan dosa. Perbuatan seperti itu merupakan bentuk ketidakikhlasan dalam menerima ketentuan ataupun takdir dari Allah. Seolah-olah menyalahkan Allah di atas musibah tersebut. Padahal semua yang berlaku di ala mini sudah tertulis di Luh Mahfuz sebagai ketentuan dari yang Maha Kuasa.

3) SYAITAN AKWAN
Syaitan akwan bekerja untuk menyesatkan dan mempengaruhi para remaja dan pimpinan umat supaya selalu berbuat zalim, menjauhi hal-hal makruf, menanamkan kesenangan, berbuat munkar dan maksiat. Cara yang digunakan oleh syaitan ini dalam menjerumuskan remaja yang bermain kedalam lembah kemaksiatan dengan berbagai cara. Perbuatan yang jelas-jelas munkar ditutupi dengan baik sehingga tidak terkesan sebagai perbuatan maksiat, ini dijalankan oleh syaitan Akwan untuk menarik minat para remaja agar mahu melakukannya. Termasuk memperhalusi istilah-istilah yang berbau maksiat dan mungkar, ini dilakukan untuk menghilangkan kesan maksiat, dengan demikian remaja akan mudah dipujuk rayu untuk dijerumuskan ke dalam dunia sesat yang jauh dari tuntutan agama.




4) SYAITAN HAFAF
Syaitan Hafaf manjalankan tugasnya untuk menyesatkan dan menjerumuskan kaum muslimin ke lembah nista yang berlumur dosa dengan cara melakukun tipu daya dan pujuk rayu agar kaum muslimin meminum minuman khamar. Sebab jika seseorang sudah meminum khamar dan mabuk, maka segala bentuk kemungkaran yang lain dengan mudah dia lakukan. Seperti berzina, membunuh, berbuat aniaya, mencuri dan segala kemubngkaran yang lain. Kerana tingkah laku orang sedang mabuk itu tidak dapat dikawal oleh otaknya, jiwanya dan perasaannya sudah dikuasai iblis.

5) SYAITAN WAMURAH
Syaitan Wamurah menjalankan tugas untuk menjerumuskan para penyanyi agar mendendangkan lagu yang penuh maksiat, menyeru berbuat mungkar, serta lagu-lagu yang bersyair kebebasan tanpa etika. Juga menjerumuskan para penyanyi agar berpenampilan seronok, yang dapat mengundang luapan nafsu dan maksiat. Dengan demikian orang akan mudah digiringi untuk dijerumuskan ke dalam dunia mungkar dan maksiat.

6) SYAITAN LAQWAL
Syaitan Laqwal adalah iblis yang bekerja untuk mempengaruhi manusia agar tetap kafir, tetap musyrik, dan tetap menyembah berhala atau sembahan lainnya selain Allah. Sudah banyak orang-orang yang disesatkan oleh syaitan Laqwal, kadangkala ia menukar bentuknya seperti seorang Syeikh lalu memberikan pelajaran atau tuntutan yang menuju kepada kemusyrikan dan kemurtadan dengan berbagai dalil serta hujah yang batil, sehingga banyak orang yang lemah imannya terkeluar dari Islam kerana mengikuti arahan syaitan Laqwal, hanya demi mendapatkan sesuap nasi, jawatan kedudukan, pekrjaan, fasiliti, bahkan ada yang rela melepaskan keimanannya demi sang kekasih.

7) SYAITAN A’WAR
Syaitan A’war menjalankan tugas untuk mempengaruhi dan menggoda lelaki dan wanita agar berbuat zina, tau malakukan perbuatan maksiat yang lainnya. Mereka menggunakan “pandangan mata” sebagai cara yang paling berkesan untuk membakar nafsu para lelaki dan wanita agar berbuat maksiat. Mujahid berkata : “ketika wanita itu menghadap, maka iblis duduk di kepalanya untuk menghiasi wajah wanita tersebut agar manpak menarik bagi orang yang melihatnya, dan jika wanita itu berpaling belakang maka iblis duduk di punggungnya untuk menghiasi punggung tersebut agar manpak menarik bagi orang yang melihatnya. ”

8) SYAITAN AL-WASNAN
Syaitan Al-Wasnan juga mengencing orang supaya malas bangun untuk beribadah. Jika orang malas bangun malam untuk beribadah bererti dirinya mementingkan tidurnya, tidak memikirkan kehidupannya nanti diakhirat, tidak mahu bermunajat kepada Allah bererti ada hal yang lebih penting selain bermunajat, apakah itu tidur atau kegiatan lain yang bersifat keduniaan. Kalau hal ini sudah menjadi kebiasaan seorang hamba, maka akan mempermudahkan iblis menjauhkan dia dari kegiatan agama, lama-kelamaan dirinya akan meninggalkan aktiviti ibadah. Kalau sudah begini, Iblis tinggal mengiringi dia untuk dijerumuskan kedalam jurang kemaksiatan dan kekufuran.

9) SYAITAN DASIM

Syaitan Dasim bekerja untuk mempengaruhi, menggoda, dan mendorong suami isteri agar gemar malakukan penyelewengan, berlaku curang dan khianat, dengan tujuan agar hubungan suami isteri tidak harmoni dan porak poranda. Kemuncaknya adalah berlaku perceraian. Apabila berlaku perceraian, maka akn mudah bagi syaitan Dasim untuk mengiringi suami isteri tadi agar melakukan kemaksiatan. Setidak-tidaknya orang yang sudah bercerai dapat dimanfaatkan oleh iblis untuk dijerumuskan dalam perbuatan hina seperti zina, khalwat dan sebagainya, kerana sudah tidak ada lagi tempat untuk menyalurkan keinginan secara halal sebagaimana suami isteri.

MENGAPA SYAITAN PERLU DIPERANGIMUSUH YANG NYATA
Pertamanya kerana syaitan itu musuh yang nyata-nyata menyesatkan, tidak dapat diharapkan adanya kebaikan dari syaitan dan tidak dapat diharapkan perdamaian, bahkan kepuasan mereka itu adalah membinasakan manusia. Oleh itu tidak ada alasan untuk merasa aman dari musuh yang seperti itu dan tidak bijak untuk dilupakan kerana permusuhan antara manusia dengan syaitan adlalah permusuhan yang kekal dan abadi sepanjang hidup di dunia ini.

MENYESATKAN MANUSIA
Yang kedua adalah syaitan itu sudah menjadi tabiatnya dilahirkan untuk memusuhi manusia dan mereka selalu bersiap sedia untuk memerangi kita, siang malam terus menerus melempari dengan senjatanya, sedangkan kita tidak sedar dan lalai darinya, maka apalah jadinya nanti. Syaitan itu bagi orang yang baik dengannya manjadi temannya kerana selalu menurut kemahuannya seperti orang-orang kafir, termasuk mereka yang tidak mempunyai maksud untuk memerangi mereka dan membencinya. Terhadap orang-orang yang demikian itu syaitan sudah bermaksud untuk menjahamankan dan membinasakn berterus-terusan.

4 PERKARA UNTUK MENUTUP PINTU
SYAITAN

1) Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk
2) Perbanyakkan menyebut akhirat
3) Jangan menyebut kebaikan diri dan keluarga
4) Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan orang lain

No comments: