Thursday, April 16, 2009

Konsep Pemikiran Islam Dan Barat

Oleh: Mohd Fuad Bin Hashim

Pendahuluan
Umat Islam hari ini sering didedahkan dan tededah budaya pemikiran yang pelbagai sama ada daripada yang bukan Islam sehingga umat islam tidal dapat lagi menentukan yang manakah harus dijadikan panduan sebenar. Di Barat, perkembangan pemikiran terus berjalan tanpa ada batasan dan landasan.

Perkembangan sains dan teknologi kini memaksa umat islam berfikir kearah merealisasikan pembangunan yang berlandasan islam. Oleh sebab itulah, arus pemikiran umat Islam harus dibina dan dibentuk berlandaskan al-Quran dan as-sunnah.

Pemikiran Islam

Pemikiran islam ialah usaha-usaha, idea-idea dan fikiran ulama atau intelektual Islam untuk menjelaskan islam berdasarkan sumber al-Quran dan As-sunnah. Ulama akan berusaha bersungguh-sungguh berdasarkan kepada ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan Sunnah sehingga terhasilnya idea atau pendapat daripada kalangan ulama atau intelektual islam demi menyelesaikan permasalahan yang ada kaitan dengan kehidupan sama ada di dunia mahupun akhirat.

Daripada usaha-usaha sebeginilah lahirnya pendapat-pendapat baru di kalangan umat islam. Pemikiran Islam ini lahir adalah bertujuan untuk memberikan penjelasan berkaitan Islam. Ia melibatkan usaha memetik dan memahami hukum bagi masalah yang berhubung dengan hubungan manusia dengan Allah atau pun hubungan manusia sesame manusia yang timbul dalam masyarakat.

Di samping, itu wujud fikiran asing yang memepengaruhi umat islam sehingga menyebabkan ada usaha untuk menyesuikannya dengan dasar-dasar ajaran Islam. Suasana yang sebegini menyebabkkan umat islam terdedah dengan bahaya ancaman pemikiran sekaligus kesucian Islam tercemar. Maka dengan ini islam mesti dipertahankan melalui apa cara sekalipun daripada unsure-unsur yang bertentangan dengan Islam sendiri. Apabila Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia, maka usaha-usaha melahirkan pemikiran islam semakin meluas. Tambahan pula dunia dikuasai oleh arus perkembangan pemikiran dari Barat yang memisahkan antara kehidupan dunia dan kehidupan beragama, maka sudah pasti para pemikir islam tidak henti-henti berusaha melahirkan idea dan pandangan untuk menangkis idea-idea yang dilontarkan oleh Barat. Ternyata usaha-usaha sebegini telah melahirkan banyak idea-idea baru dalam masyarakat.

Perkembangan Pemikiran Islam

Mempunyai tiga peringkat perkembangannya. Iaitu peringkat kemunculan, peringkat membina semula umat Islam semasa dan peringkat Islam semasa.

Peringkat kemunculan

Setelah kewafatan Rasullah s.a.w. banyak perkara yang melanda umat Islam sehingga menyebabkan umat Islam berpecah kepada beberapa aliran dalam menangani permasalahan baru yang timbul di kalangan umat Islam. Seperti aliran Jabariah, Qadariah, Mutazilah, tafsir dan, aliran fiqhiyyah dan sebagainya. Dengan pendapat masing-masing.

Terdapat juga aliran falsafah dan tasawuf yang berkaitan dengan pemikiran-pemikiran umat Islam seperti sufi yahudi dan falsafah Greek. Begitu juga masyarakat Islam yang memerlukan ijtihad daripada Ulama dan akhirnya menyebabkan terbentuknya aliran Fiqhiyyah dan tertubuh ahi hadis(yang mengutamakan hadis daripada qias) dan ahli ra’yi(yang mengutamakan qias daripada hadis).

Peringkat Membina Kembali Umat Islam

Memandangkan kesan-kesan negative yang melanda pemikiran umat Islam ketika itu seperti berlaku taksub atau berpuak-puak mengikut aliran tertentu :taklid, percampuran ajaran Islam dengan ajaran-ajaran asing seperti yahudi dan falsafah dan lain-lain. , maka beberapa langkah cuba diambil. Antaranya ialah menghindarkan arsa taksub pada satu-satunya kaum atau aliran di kalangan para pemikir. Menjelaskan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan as-sunnah dan menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai landasan berfikir. Menyeru umat Islam mengunakan ijtihad dan menolak taklid.

Langkah-langkah tersebut telah pun dilakukan oleh para pemikir ketika itu dengan menghasilkan tulisan dan karya-karya yang bertujuan menjelaskan Islam kepada umat Islam seluruhnya.

Peringkat Islam semasa

Pertembungan tamadun (Islam dan barat) ini membawa kesan yang besardalam menentukan Polarisasi pemikir umat islam semasa. Terdapat tiga golongan di kalangan umat islam dalam menanggani tamadun barat iaitu, golongan yang menolak mentah-mentah kebaikan dan keburukan yang di bawa oleh barat. Mereka ini di sifatkan sebagai golongan konsevatif dan tradisionalis.

Golongan yang menerima bulat-bulat apa yang baik dan buruk yang di bawa oleh Barat. Mereka ini diangap sebagai sekularisdan modenisatas dasarkemajuan(Progresif).

Golongan yang bersikap tidak menolak dan juga tidak menerima bulat-bulat tetapi melakukan penyalinan dan pengolahan semula mewujudkan satu paduan yang harmonis. Mereka ini bersikap reformasi dan mujaddid yang pada prinsipnya masih berpegang kuat kepada ajaran Islam tetapi dalam masa yang sama bersikap terbuka dan rasioinal untukc menerima tamadun Barat.

berdasarkan kepada pecahan golongan trsebut, jelas bahawa umat islam masih lagi terus berpecah terutama dalam menanganipermasalahan baru yang timbul dalam masyarakat baru islam.

Landasan Pemikiran Islam

Manusia dijadiakn oleh Allah S>W>T> adalah dengan sebaik-baik kejadian dengan berbekalkan akal(roh) dan nafsu. (lihat: al-Quran, al tin : 4, al-Baqarah :30-33 dan at-tariq: 4-5). Alak yang akan melahirkan idea dan pemikiran sehingga boleh melahirkan rangsangan kepada tindakan dan perbuatan akal dan nafsu tidak menjanjikan sesuatu tindakan dan perbuatan itu baik tetapi ia boleh jadi sebaiknya

Islam mengalakkan manusia mengunakan akal yang sejahtera(aqlus salim) untuk berfikir, merenung dan meneliti ayat-ayat Allah S.W.T. ini bertujuan untuk mengasah pemikiran manusia itu sendiri supaya menjadi kreatif dan inovatif, mengenal diri sendiri dan mengenal pencipta manusia yang sebenar. Al-Quran dan as-sunnah diperlukan untuk memperbetulkan akal dan nafsu manusia yang bebas daripada kongkongan ideology ciptaan manusia. Al-quran juga adalah pencetus pemikiran manusia yangh unggul berdasarkan kepada panduan dan bimbingan yang ada dalam al-Quran itu sendiri. Gesaan supaya patuh kepada perintah Allah S.W.T. berakhlak mulia, berfikir terhadap kejadian –kejadian alam ciptaan Allah dan seumpamanya adalah merupakan gambaran megenai cetusan idea yang dilontarkan melalui al-Quran. Oleh itu waqjarlah alQuran dan as-sunnah itu dijadikan sebagai pencetus berfikir dan panduan serta bimbingan dalam berfikir untuk kesejahteraan hidup manusia sejagat.

Pemikiran Islam semasa

Cabaran hidup semasa sebenarnya lebih mengajak manusia untuk terus berfikir dan melahirkan idea dan pemikiran. Fenomena ini mengajak para pemikir untuk memikir semula perkara tersebut. Idea seper ti pengolahan semula tafsiran al-Quran, mengemaskinikan Figh, pengembelingan tenaga dan fikiran antara ulama dan umara sebenarnya menambahkan lagi percambahan idea.

Sejarah menunjukkan perubahan –perubahan di kalangan umat Islam di rantau Melayu. Dahulunya, selepas penjajahan, Negara-negara di rantau Asia Tengara ter masuk Malaysia sudah mula menampakkan pembahagian golongan dalam masyarakat sehingga wujud gelaran-geleran baru di kalangan umat Islam seperti muslim secular. otodoks atau Tradisionalis. Inilah fenomena dan scenario pemikiran kini yang terus mengalami perubahan-perubahan semasa.

Pemikiran Barat

Pendahuluan

Pemikiran Barat sebenarnya melalui sejarahnya tersendiri yang boleh dikatakan bermula sejak sejak keagungan zaman Greek dan ketamadunan umat Islam terutama dari segi keilmuan.

Sumbangan Orang Yunani(Greek) Terhadap pemikirn Barat

Pembicaraan megenai persoalan-persoalan metafizik seperti kewujusan Tuhan, asal-usul manusia, kehidupannya, asal-usul kejadian alam, tujuan hidup manusia dan sebagainya telah menjadi perhatian di kalangan masyarakat Barat dalam mereka tercari-cari nilai hidup dan kehidupan.

Plato, Aristotle dan Socrates adalah tokoh ahli falsafah yang tidak asing lagi dalam dunia falsafah yang dikatakan bahawa bukan sahaja Barat yang menerimanya sebagai tokoh malah ilmuan-ilmuan Islam juga banyak mengambil idea daripada mereka ini.

Rom dan Agama kristian

Orang-orang Rom terkenal dengan pemujaan mereka terhadap “brute force”(kuasa ganas). Apa yang dipamerkan ialah kekuatan fizikal manusia akhirnya timbul istilah “gladiator” dan seumpamanya. Daripada orang-orang Rom, dunia Barat mewarisi semangat imprerialisme yang kini di teruskan oleh Amerika syarikat seperti katqa Muhammad Asad:”…pemikiran yang menjadi asas kepada empayar Rom adalah penaklukan kuasa dan ekploitasi Negara-negara lain untuk kepentingan mereka sendiri. Untuk mencapai kehidupan yang lebih baik untuk kepentingan golongan tertentu, bagi orang Rom tiada keganasan yang terlalu buruk, tiada kezaliman yang terlalu keji. ’keadilan Rom” yang terkenal itu hanya unutk orang-orng Rom sahaja. ”

Maharaja Rom yang Rom pertama memeluk agama Kristian adalah Konstantine. Sejak itu agama kritian menjadi agama rasmi Empayar Rom dan Empayar itu menjadi “the holy Roman Empire’. Agama kristian yang difahami oleh masyarakat hari ini adalah bukanlah agama yang di bawa oleh Nabi Isa a.s. sebenarnya adalah seorang pengasas agama yang bernama saul yang kemudiannya bergelar st. paul. Pada zaman gelap, iaitu zaman keruntuhan Empayar Rom, gereja memainkan peranan penting dalam kehidupan dan mempunyai pengaruh yang begitu kuat sekali sehingga pernah berlaku dimana Raja dating memohon kepada Pope. banyak para saintis barat telah lahir daripada hidup yang terkonkong oleh gereja. Antaranya Galeillo Galellie yang menyatakan sokongannya ke atas teori heliocentric. Beliau di anggap sebagai murtad oleh gereja dan telah dipenjarakan. kemunculan zaman Renaissanse menandakan bermulanya zaman baru kepada Eropah. Ia bukan sahaja mempengaruhi dunia Barat tetapi juga seluruh dunia. Pada waktu tersebut muncul tokoh-tokoh yang mempengaruhi aliran pemikiran dan keilmuan masyrakat dunia. Antaranya Macchiaveli(terkenal di itali), pemikir-pemikir Revolusi

Kesimpulan

Selama mana manusia itu berakal dan di gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berfikir, selagi itulah ia terus membina dan membentuk idea yang terus membina dan membentuk idea yang terus berkembang dari masa ke semasa. Penilaian juaga penting bagi menentukan ruang lingkup perkembangan pemikiran dalam apa bidang sekalipun ialah tidak terkeluar dari landasan al-Quran dan as-sunnah.

Rujukan

• Al-Quran al-karim

• Azlan khalili Shamsudin, Islam Menghadapi kekeliruan Pemikiraan Moden

• Prof. Dr. Harun Nasution, Islam rasional, gagasan dan pemikiran

• Taha jabiral – ‘Nwani alihbahasa Muhammad firdaus

• Sulaiman Nordin dan Baharuddin Yatim


ISLAM DAN IDEOLOGI-IDEOLOGI SEMASA

Ideologi-ideologi semasa

Sekularime

Diambil daripada perkataan “secular”yang berasal dari bahasa latin :saeculum” yang bermaksud masa kini, makna yang di maksudkan ialah dunia atau bersifat keduniaan. dengan erti lain, sekularisme ialah sebagai suatu yang tidak bersangkut paut dengan agama

Pandangan terhadap sekularisme

Prof dr. Mohd Kamal Hasan, menjelaskan “bahawa sekularisme wujud di Barat sebagai suatu ‘western solution’ atau ‘way out’(penyelesaian) kepada masalah khas dalam sejarah dan kebudayaan Barat.

Dasar-dasar sekularisme

Memisahkan urusan-urusan keduniaan dari urusan agama. Pemisahan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dan ilmu kajian yang bersifat obejektif dari pengaruh agama. pentadbiran Negara dan urusan kehidupan seharian tidak ada hubungan atau sangkut paut dengan agama. Agama sebagai kepercayaan yang bersifat dogmatis. Sekularisme sebagai sumber kekuatan Barat. Persoalan kehidupan sama ada dalam bentuk keduniaan dan kerohanian hanya dinilai kepada kehidupan dunia semata mata.

Ancaman-ancaman sekularisme

Pendidikan, sekularisme bukan sahaja berlaku di Barat, tetapi di Malaysia dan juga dunia Islam yang lain. di Malaysia ianya bermula pada abad ke-19 oleh stamfort Raffle. Seperti pengasingan Bahasa dengan pengajaran al-Quran, sekolah-sekolah yang di tubuhkan di kenakan undang-undang berikut:

a. Al-Quran diajarkan di sekolah-sekolah tetapi mestilah diasingkan dari Bahasa Melayu.

b. Kelas-kelas di sebelah pagi mestilah dikhaskan kepada pengajaran Bahasa Melayu dan pengajaran al-Qurarn dibataskan pada waktu petang.

c. Elaun kerajaan kepada guru diberikan atas nama pengajaran Bahasa Melayu sahaja. Para ibu bapa harus mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk pengajian al-Quran.

Dengan pengasingan pengajaran ini, berlaku konflik nilai. Ilmu-ilmu Islam diajar dalam bentuk yang dihayati jiwa keimanan sementara ilmu-ilmu moden terpisah daripada ketuhanan.

Bidang pemikiran

Penularna pemikiran ini biasanya bertitik tolak dari pensekularan bahasa. Sebagai contoh bahasa Melayu jawi telah banyak diabaikan oleh umat Islam.

Kesimpulan

Islam tidak menentang keseluruhan fahaman tersebut. Apa yang di tentang ialah asas falsafah dan pembentukan fahaman moden tersebut yang tidak serasi malah bercanggah dengan islam. Menurut islam, falsafah hidup seseorng itu mestilah tunduk kepada pandangan hidup islam sama ada dalam bentuk teori atau praktikal. Umat islam perlu mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dan maanfaatkannya secara “terpandu” demi keutuhan umat selari dengan kehendaknya dan tuntutan al-Quran dan as-sunnah.

Rujukan

• Al-Quran al karim

• Che yusoff che mamat, sekularisme perkembangan dalm masyrakat muslim

• Baharuddin Yatim. sulaiman Nordin.

GERAKAN MUSUH-MUSUH ISLAM


Pendahuluan

Sejarah telah memaparkan permusuhan dan dendam membara dari musuh-musuh islam baik zionis, orientalis dan kristian. Perang salib berlaku selama 195 tahun(1097-1292) telah member kemenangan kepada pihak tentera Islam, telah menanamkan benik-benih dendam kesumat di kalangan musuh-musuh islam hingga ke hari ini.

Zionisme

Zionisme ialah ideology yang mengaitkan gerakan Yahudi (sama ada sebuah gerakan politik yang bersifat colonial dan imperialis). Untuk menguasai dunia dengan memulakan penempatan di Palestin (Bukit Zion dan kawasan sekitarnya). kegiatan gerakan ini diasaskan kepada protocol Yahudi 1906 yang mempunyai dua doktrin utama;

a. Pemerintah dunia adalah orang-orang yahudi.

b. Dakwaan yahudi adalah bangsa pilihan tuhan.

Ancaman terhadap umat Islam



Penguasaan Aspek penting kehidupan Manusia

Ekonomi, Zionis telah menguasai pasaran kewangan dan bank-bank dunia serta monopoli system ekonomi antarabangsa. Ini member ancaman kepada Negara umat Islam yang sentiasa memerlukan bantuan kewangan antarbangsa. Media Massa/komunikasim, Media merupakan alat utama dalam mempengaruhi pemikiran manusia serta tongak kekuatan dan kekuasaan dunia. Tv, radio dan filem, hoolywoodadalah kota yahudi yang menghasilkan filem dan drama tv yang mempunyai unsure seks, wanita cantik dan pergaulan bebas, kesemuanya ini adalah untuk meruntuhkan masyarakat. Syarikat penerbitan, Mereka akan menerbitkan bku-buku yang adan ancaman kehendak mereka. Sekatan dan ancaman akan dikenakan kepada penulis-penulis yang cuba mendedahkan kejahatan zionis. Agensi seperti reuter. AFP, NBC, ABC dan sebagainya. Akibt penguasaan zionis, kesemuanya yang bertentangan dengan mereka biasanya akan diberi gambaran negative dan diselewengkan seperti perang teluk.

Menyuburkan kebudayaan jahilliah

Gerakan zionis Berjaya dengan cara memperkenalkan gerakan imansipasi wanita(liberalism), gaya hidup bebas berasaskan materialistic dan hawa nafsu (hedonisme) seperti pergaulan bebeas, seks bebas, ratu cantik, lagu-lagu dan muzik yang menghayalkan. Mempengaruhi umat islam supaya sukan hiburan dan kesoronokkan yang melalaikan melalui konsert.

Pertubuhan freemason

Di tubuhkan bagi menyelewengkan fakta sejarah dan kebudayaan Islam contohnya sallahuddin al-Ayyubi didakwa seorang freemason. Mengatakan Allah dan Negara adalah milik semua. Penyebaran atheisma dan menskularkan aspek-aspek kehidupan. Pembebasan wanita dari ikatan aga, a dan akhlak. Menekankan materialistic dan kehidupan duniawi unutk menjauhkan diri daripada islam

Orientalisme

Berasal dari perkataan ‘orient ‘ dan ‘ isme’. ‘orient’ erinya timur, manakala ‘isme’ adalah fahaman. Orientalisme adalah suatu pergertian yang lengkap di kumpulkan ilmu pengetahuan yang berasal dari sumbernyayang asli dan segi bahasa, agama, kebudayaan, sejarah, kesusasteraan dan kesenian yang berada di timur.

Sejarah Kelahiran Orientalisme

Pengkaji mengatakan bahawa kelahiran orientalisme bermula pada kurun ke-11 masihi lagi. Zaman kegemilangan Islam di sepanyol dan sicili menyebabkan ramai ilmuwan Barat berminat untuk membuat kajian dan mempelajari ilmu daari orang –orang islam. Perang salib(1097-1292) yang member kesempatan kepada golongan kristian untuk mempelajari islam dan hal-hal ketimuran. Gerakan ini disebarkan selepas peperangan salib dan berakhir dengan kemenangan umat islam. Zaman moden sekitarnya abad 19-20 masihi. Di peringkat ini banyak dilakukan penyelidikan dengan bantuan di lakukan penyelidikan dengan bantuan beberapa buah akademi dan institusi pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh orientalisme seperti PHILIP k. hitti, j. schaht, h. a. r gibb dan ramai lagi

Kegiatan Dan Orientalisme Dan Sikap Orientalisme Ancamannya Terhadap Islam

Tujuan sebenarnya mengkaji ketimuran ialah tiga matlamat penting iaitu memerangi orang Islam, mencari kelemahan untuk dizahirkan, mendakwa Islam diambil dari kristian dan yahudi serta memperkecilkan nilai dan kedudukan para nabi. Menjaga kepentingan kristian dari bahaya Islam dengan cara menutup kebenaran Islam serta mengingatkan bahaya menerima islam. Grekan penyebaran dan mengkristiankan orang-orang Islam. Penulisan mereka dicampuradukkan dengan penyelewengan pembohongan, menikam dan merendahkan martabar Islam dan Rasulnya.



Gerakan missionary Kristian



Pengertian, ialah usaha manghantar pendakyah-pendakyah kristian ke Negara-negara asing.

Matlamat

Menerima seramai mungkin penganut-penganut agama kristian. Mengugatkan akidah umat Islam dengan merosakkan nilai-nilai kerohanian yang merek hayati.

Strategi Missionary Kristian

Mempelajari bahasa orang-orang yang hendak didakyahkan, adat istiadat, kebiasaan, kelemahan, patang larang dan apa-apa yang di sukai dan di benci oleh mereka.

Menguasai cara mendakyah agama kristian, serangan, pembohongan dan penyelewengan terhadap lain-lain agama.

Jika missionary Kristian bukan seorang doctor, mak ia harus mengetahui asa rawatan, first aids dan ilmu perubatan.

Kesimpulan

Semenjak zaman nabi Muhammad lagi Islam telah pun menghadapi banyak tentangan yang hebat dari musuh-musuhnya. Kalau dahulu penglibatan media cetak agak terhad namun kini media cetak bertindak lebih agresif dengan panyebaran dakyah-dakyah dan pemikiran-pemikiran yang mengelirukan sama ada bentuknya bercetak atau elektronik. Menyedari hakikat inilah, umat Islam mestialh bersiap sedia berhadapan dengan situasi tersebut.

Rujukan

• Al-Quran al –karim

• Amin Umar, orientalisme dan studi terhadap islam, bulan bintang Jakarta 1978.

KEBANGKITAN ISLAM KINI

Pendahuluan

Isu kebangkitan islam semula islam telah menjadi tumpuan perbincangan dan penyelidikan oleh para sarjana Barat dan timur setelah fenomena kebangkitan semula islam menonjol di beberapa Negara bermula sejak awal tahun 70-an. Minat terhadap kebangkitan islam telah bertambah setelah berlakunya perang arab-israel keempat, khususnya setelah beberapa Negara arab Berjaya member tekanan ke atas pihak Barat menerusi sekatan minyak dalam usah menundukkan Israel.

Maksud kebangkitan semula Islam

Factor-faktor kebangkitan

Rasullullah s.a.w. pernah meramalkan bahawa (maksudnya)” sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada setiap penghujung seratus tahun seorang”mujaddid” pembaharu agamanya. ”(riwayat abu daud, Hahim dan al-Baihaqi). “mujaddid” adalah bermaksud kebangkitan semula islam berlandaskan al-Quran dan as-sunnah sebagai sumber rujukan dan panduan hidup secara menyeluruh dalam kehidupan mereka bermodelkan kepada generasi Quran yang di bentuk oleh rasullulah s.a.w. dan generasi salaf as-salih(generasi ulama yang salih).

Dalam sejarah kepimpinan dunia, pemimpin umat islam telah Berjaya mewujudkan keamanan sejagat tanpa peperangan besar seperti perang dunia pertama dan kedua. Apabila baginda wafat, bangsa arab telah bangun memperjuangkan islam dan menundukkan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi serta menyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia melalui jalan timur dan Barat. Kejatuhan kepimpinan arab berakhir bila benteng terakhir iaitu Granada di Eropah di tinggalkan sekitar tahun 1493. Kemudian kebangkitan islam pula di pimpin oleh turki sekitar 1320 bila sultan uthman 1, pengasas daulah uthmaniah meninggal dunia dan jatuh ketika perang dunia pertama.

Umat Islam Masa kini

Kesedaran masyarakat Islam kembali menghayati pengajaran al-Quran dan as-sunnah, berpunca dari kesan dakwah Islam yang dijadikan oleh para pendakwah secara individu dan organisasi. Kesan dari perjajahan kuasa-kuasa Barat tehadap Negara-negara islam. serangan dari segi fizikal dan mental telah menyebabkan umat Islam bangun mempersiapkan diri dengan pelbagai kekuatan bagi mempertahankan islam.

Sikap para pemerintah Muslim yang menjiwai pemikiran penjajah, melalui system pendidikan secular, pihak penjajah Barat telah Berjaya melahirkan pemerintah Muslim yan menjadi “carbon copy”kepada pihak penjajah walaupun Negara-negara Muslim bebas dari penjajahan politik.

Perjuangan menegakan kembali institusi “khalifah” yang tekubur pada zaman kejatuhan pemerintah uthmaniah di turki. Pada tahun 1924, Mustafa kamal Attaturk telah menghapuskan syariat islam dan mengantikan nya dengan undang-undang secular. Rentetan dari itulah lahirlah kebangkitan umat islam memperjuangkan supaya tertegak syariat islam.

Hizbul Muslimin

Hizbul muslimin (HAMIM) ditubuhkan sebagai parti politik islam pada 14 mac 1948 di Ma’had ihya’ ash-syarif, Gunong Semanggol, Perak. dasar HAMINamialah “islam semata” dan “ tujuannya ialah untuk” mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat dan menciptakan masyarakat yang berdasarkan islam

Tumpuan kegiatan ialah kepada usaha-usaha menginsafkan umat islam Melayu dalam kesedaran politik dan ikatan yang beragama islam dalam satu ideology, melaksanakan kebebasan mencetak, bersidang, berfikir dan mengeluarkan fikiran, membanyakkan sekolah rakyat, mengadakan pelajaran yang selaras dengan tuntutan zaman, memperbaiki akhlak bangsa melayu dengan aturan islam.

Sumbangan HAMIN Dalam Kebangkitan Ummah

Penjajah inggeris merasa HAMIN ini adalah sebagai ancaman besar dan tidak di senangi oleh UMNO. Oleh itu, pihak penjajah telah menggunakan undang-undang dalurat 1948 untuk menangkap para aktivisnya dan kemudiannya mengharamkan pergerakkannya. . HAMIM telah memperkembangkan instutisi pendidikan Islam seperti Ma’had ilya ash-syarif di mana darinya lahir para pendidik dan aktivis Islam yang banyak member sumbangan kepada Negara.

MATA adalah organisasi yang berusah menjadi wadah gerakan Islah yang komprehensif, ia pernah menuntut untuk mengambil alih kuasa pentadbiran hal ehwal agama dari raja-raja Melayu kerana dianggap tidak mampu mengendalikannya. MATA melancarkan projek pendidikan umat menerusi sebuah badan yang bernama lembaga Pendidikan Rakyat(LEPIR) pada bulan November 1947.

PERSATUAN ISLAM MALAYSIA (PAS)

Pas telah di tubuhkan pad ogos 1951 di Pulau Pinang hasil daripada prsidangan ulama di Kuala Lumpur, julai 1951. Pemimpin pertama yang dilantik ialah Tuan Haji Ahmad Fuad. PAS mendukung fahaman kesempurnaan islam sebagai ad-din dan daulah dan merasakan kewajipan melaksanakan hukum Allah.

KESIMPULAN

Sebagai seoran muslim atau muslimah kita wajar mempunyai niat, tekad dan azam untuk memperjuangkan Islam sehingga tertegak khalifah islamiah di dunia ini. Kita mesti mempersoalkan diri dan organisasi kita dengan bahtera keilmuan, keimanan yang mendalam serta jihad yang berterusan demi untuk memenangkan islam di pentas dunia yang kini masih di kuasai oleh golongan kafir yang sentiasa iri hati dan dengki terhadap kejayaan umat islam, setiap muslim wajar meningkat kan kualiti pepimpinan diri, keluarga, masyarakat dan Negara untuk bersedia mengambil alih kepimpinan dunia yang sangat-sangat memerlukan kepimpinan Islam.

No comments: