Thursday, April 16, 2009

Islam Hadhari

Oleh: Nurhidayah Bt Ismail

Tamadun adalah suatu istilah tentang sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan, perindustrian dan pembangunan ekonomi sesuatu Negara. Hadhari pula bermaksud kehidupan masyarakat Arab (jahiliah) yang dicirikan dengan kehidupan di kota atau dibandar. Ia juga bermaksud kemampuan manusia yang mampu menggabungkan dua bentuk kemajuan iaitu kemajuan material dan social budaya. Ia meliputi aspek pembanguna yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Dengan ini hadhari bermaksud usaha meperktikkan ajaran islam denga mengambil kira secara seimbang pembangunan insane dan fizikal dan cuba mencipta masyarakat sejahtera yang berasaskan akidah, akhlak serta ilmu yang diikuti dengan asas keadilan, semangat kejiranan toleransi dan kebebasan agama.

Hubungan tamadun dan kebudayaan

Tamadun- ia adalah sebahagian dari kebudayaan. Ia adalah satu kebudayaan yang bersifat tiga dimensi. Kebudayaan akan mencapai taraf tamadun apabila ia mempunyai bandar- bandar yang menunjukkan tumpuan sejumlah penduduk, bangunan-bagunan peringatan, seperti gereja-gereja atau istana-istana serta tulisan.

Penggunaan islam hadhari

Masyarakat arab jahiliah terbahagi kepada 2 kelompok:
1- masyarakat arab badwi- mengamalkan kehidupan nomad , hidup di kawasan perdalaman dan di tengah-tengah padang pasir. Mereka digelar orang arab hulu.
2- Masyarakat arab hadhari- dicirikan kepada cara hidup menetap bukan berpindah randah , hidup di Bandar seperti makkah dan madinah.
Istilah hadhari menjelaskan dua aspek daripada tanadun. Iaitu kehidupan yang menetap di kota. Ini membawa ia lebih kepada kemajuan. Akhirnya ia membawa kepada kebahagian di dunia dan di akhirat akhir sekali ia mencerinkan satu penhijrah dari hidup tanpa tamadun , dalam budaya tamadun yang rendah yang tidak seimbang dengan keperluan tabi’i manusia.

FUNGSI KHALIFAH DAN PENJANAAN HADHARI

Setiap Negara mempunyai khalifah untuk mentadbir negara. Negara yang maju bergantung kepada kepintaran khalifahnya mentadbir negara dan rakyatnya yang bersatu padu.khalifah diamanahkan oleh allah untuk menjaga dan mentadbir negara. Pengertian hadhari dalam konteks ini adalah kesanggupan dan keupayaan ummah yang mempunyai kualiti iman serta amal salih untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini sebaik mungkin.
Islam hadhari meliputi penjanaan dalam bidang:
- ilmu pengetahuan
- pembangunan seimbang \harta kekayaan
- kesihatan
- sains biologi
- menikmati perhiasan hidup
- adab dan budi
- akhidah yang kukuh



HADAHARI, GLOBALISASI, SAINS DAN TEKNOLOGI

HADHARI DAN GLOBALISASI

Globalisasi merupakan cabaran utama bagi umat islam. Biasanya globalisasi lebih banyak terdorong dalam nilai-nilai barat yng negatif.Oleh itu haruslah berhati-hati untuk menjaga agama kita daripada dimusnahkan oleh orang barat. Orang barat sentiasa berusaha untuk menghancurkan islam di dunia ini. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menghancurkan agama islam. Umat islam perlu memberikan tindakan agresif supaya meraka tidak akan teus hanyut dalam arus globalisai. Sepatutnya kita haruslah mengamalkan dasar pandang ke timur. Kita jadikan Negara timur sebagai idola kita dalam menyelesaikan masalah ini. Negara barat sentiasa mengambil peluang unyuk memaniplasikan ekonomi dan politik Negara islam. Contohnya mereka menuduh umat islam adalah pengganas dunia. Oleh itu umat islam benar-benar memerlukan kesatuan pemikiran dan penyatuan bangsa serta ummah untuk menghadapi semua cabaran getir ini.
Hanya dengan bersatu padu, umat islam akan dihormati dan tidak lagi dipandang rendah oleh orang lain, khususnya musuh-musuh islam.

SAINS DAN TEKNOLOGI

Sebenarnya bidang sains dan teknologi ini berasal daripada penerokaan umat islam terdahulu. Contohnya sepei ibnu sina iaitu saintis islam tekenal dalam bidang perubatan. Tetapi musuh islam mengaku bahawa mereka yang meneroka dahulu. Lihatlah bertapa khiantanya musuh-musuh islam. Mereka seolah-olah dengki dan iri hati dengan kejayaan umat islam. Sekarang mereka menganggap umat islam merupakan umat yang undur. Oleh itu kita sebagai umat islam harus bangkit dengan semangat yang tinggi dan berpandukan pertolongan AllahS.WT melawan musuh-musuh kita.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Dalam dunia yang serba canggih ini kita perlu menceburi dalam semua bidang supaya umat islam tidak ketinggalan. Terutama dalam bidang teknologi maklumat dan telekomonikasi. Ini akan menjadikan kita lebih berpengetahuan dalam pelbagai bidang berbanding dengan negara barat.

CENDIAKAWAN ISLAM.

Dalam sejarah islam banyak tokoh-tokoh islam memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. Contohnya Ibn Rusyd, Al-Farabi, Ibn Batutta dan banyak lagi sebagai contoh Al-biruni menguasai bidang astronomi tetapi ia juga mahir dalam bidang lain seperti dalam bidang fizik, matematik, perubatan, geologi dan juga bahasa.

NEGARA ISLAM

Negara islam merupakan negara yang memberikan kebebasan beragama kepada semua golongan. Kebebasan ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah-rumah ibadah dan aktiviti agama mengikut keperluan masing-masing. Kerajaan sudah tentu tidak membenarkan masjid atau surau didirikan di kawasan yang majoritinya menganut agama lain daripada islam demi memelihara keharmonian antara agama dan bilangannya, kerajaan sentiasa membenarkan supaya bilangan rumah ibadah yang secukupnya dibenarkan untuk didirikan. Setiap kaum juga dibenarkan mengajar agama masing-masing tanpa sebarang tekanan. Setiap etnik masyarakat dibenarkan untuk menghidupkan budaya masing-masing tanpa sebarang tekanan asalkan tidak menggugatkan keharmonian antara kaum. Kerajaan juga membenarkan pendidikan yang berbeza aliran di peringkat rendah supaya bahasa dan budaya sesuatu kaum dapat dikekalkan. Tiada sebarang sekatan dikenakan kepada mana-mana kaum untuk melaksanakan kegiatan ekonomi. Bahkan kerajaan menggalakkan usaha sama yang erat antara kaum bagi menjayakan usaha masing-masing. Malaysia juga telah mencapai tahap pembangunannya antaranya adalah:
1- sistem pendidikan islam melalui integrasi ilmu yang telah terbukti kejayaannya mewujudkan sekolah agama, kolej islam serta ke tahap universiti islam. Contohnya Universiti islam antarabangsa malaysia.
2- Mewujudkan institusi ekonomi islam yang progresif dan akhirnya berjaya mengasaskan pelaksanaan sistem kewangan islam yang pertama di dunia iaitu lembaga tabung haji malaysia.
3- Menyediakan kemudahan pembiayaan kenderaan berasaskan sistem pembiayaan islam. Ia dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengelakkan umat islam teelibat dengan riba. Contoh ini telah diikuti oleh agensi kerajaan dan bukan agensi kerajaan dalam memberi kemudahan yang sama kepada pegawai mereka.
4- Malaysia juga telah mengamalkan sistem gadaian berasaskan prinsip islam.


KESIMPULAN

Kesimpulannya kita perlu merangkumkan ilmu pengetahuan dan prinsip-prinsipnya yang atas asas yang sama dan teratur. Kita hendaklah menjadikan susunan semua ilmuyang sejahtera itu sebagai asas bertolak untuk memerangi kemunduran yang pelbagai bentuk dan jenisnya. Ini kerana sebarang yang dilakukan oleh semua manusia untuk membawa perubahan kehidupannya yang lebih baik dan bahagia merupakan hasil semulajadi daripada pengetahuannya tentang hakikat dirinya samaada sebagai satu aktiviti ataupun sebagai satu anggota dalam masyarakat. Apabila pengetahuan manusia tentang hakikat dirinya semakin meningkat maka bertambahlah pengetahuannya tentang apa yang sebenarnya yang diperlukan oleh manusia. Bertambahlah juga kecelikannya tentang apakah jalan terbaik untuk menambahkan lagi kebahagian dan kestabilan hidup manusia sepanjang mereka berkelana dalam kehidupan ini.

Jesteru bagaimana kita dapat menjadi orang yang memahami tentang hakikat diri secara mendalam? Untuk tujuan itu kita mesti mempelajari komponen asas yang membentuk keinsanan kita. Kemudian kita perlu mempelajaru tabiat komponen dan kekhususan jiwa, apa keperluan swebenarnya dalam kehidupan individu dan bagaimana gabung jalinnya dalam kehidupan masyarakat. Pengetahuan itu hendaklah dengan terang dan nyata sehingga kita dapat membeza apa yang bermanfaat untuk manusia dan apa yang memudaratkan manusia.

Hal tersebut tidak mungkin diperolehi sebaik yang mungkin kecuali dengan mengambil pedoman yang serius daripada sejarah silam. Kita cuba hadirkan kembali apa realiti yang berlaku di kalanngan pelbagai umat dan pengalaman yang dilalui oleh negara lain daripada pemerhatian kita tersebut kita cungkilkan manakah model kebahagiaan dan penderitaan yang berlaku di kalangan manusia? Apakah factor-faktor dan kesanmya kepda individu dan masyarakat?

Belum cukup setakat ini sahaja, malah kita hendaklah membuat pengkajian yang serius tentang sunnah alam dan kehidupan serta evolusi yan berlaku terhadapnya. Hal tersebut tidak mungkin dapat diketahui melainkan jika kita dapat memikirkan tentang berita disebalik alam maya ini, iaitu bagaimana bermulanya sunnah alam dan aturan yang menguasainya dan sejauh mana ia mempunyaii perkaitan denga ilmu dan akal manusia.

Rangkaian pengkajian tentang kemanusiaan bertolak daripada asas yang awal iaitu keperluan mengetahui diri peibadi dan hakikat manusia sendiri , apakah cirri-ciri dan kejadian dan jiwanya. Tanpanya tidak mungkin ada dorongan yang sejahtera untuk manusia meningka maju dan menunjangi perubahan yang kita bincangkan. Tanpanya juga manusia tidak mungkin memiliki satu kaedah yang kukuh untuk menjadikan ideology yang sesuaiyang dapat menjadi benteng dalam melakarkan garis panduan untuk membuat perbahan dan meningkat maju.

Anda sedia maklumbahawa usaha untuk mencanai pemikiran dan perasaan manusia dengan himpunan pengetahuan ini, itulah yang dimaksudkan dengan pendidikan dan kesan sosialnya. Lumrahya segala peralatan dan alat bantu pendidikan dan penghebahan dalam mencapai matlamat ini mestilah bergerak dengan teratur dan saling bantu-membantu.

Akhirnya saya kira bahawa lima syarat yang telah disebutkan merupakan segala yang diperlukan oleh umat islam dan umat arab pda hari ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tamadun silamnya. Nadi kepada semua syarat ini ialah kemahuan untuk bekerja , bukan kemahuan supaya semua matlamt itu dating sendirri menemui kita.

Selagi syarat-syarat ini tidak dapat kita jelmakan dalam kehidupan social kita, maka tidak perlu untuk membuang masa dan fikiran sekadar untuk berbicara tentang perkara-perkara sampingan terhadap factor-faktor dan sebab-sebab memperolehi kemajuam tersebut. Inilah yang banyak dilakukan oleh para pengkaji dan pendiskusi ketika memberi jawapan tentang sebab kemunduran umat ini serta pra-syarat kebangkitannya. Anda telah melihat sendiri bagaimana jawapan ganjil kepada persoalan itu cuba dirangkumka 0leh penulis Jerman, ketika beliau ditanaykan sebab kebekuan tamadun islam setelah dahulunya ia sangat gemilang dan memukau perhatian semua orang.

Saya ingin menyatakan sekali lagi, sesiapa yang mendakwa beriman kepda Allah S.W.T, rasulnya dan kitabNya dengan keimanan yang benar, jangan cuba untuk membandingkan dunia Islam dengan dunia barat atau timur. Jangan cuba hendak menyatakan: lihat itulah manusia yang tidak sedikitpun berpegang dengan syarat-syarat ini dan tidakpun mendapat petunjuk dari Al-Quran yang kita bincangkan. Sedangkan mereka telah msju dan peradaban mereka telah berjaya mengecapi kehidupan yang selesa yang menjadi benteng kekuatan dan kemuliaan mereka.

Ini kerana telah menjadi sunnah Allah kepada hambaNya dan alam semesta ini, bahawa bumi akan dimakmurkan dan terus berlaku perubahan sehinggalah sampai satu waktu yakni kiamat yang Allah sahaja mengetahuinya. Kemudian Allah menegaskan dengan terang dan nyata bahawa Dia menjadikan manusia hamba-hambaNya yang beriman sebagai orang yang mulia jika mereka memakmurkan dan menerajui urusan bumi ini. Syaratnya mereka hendaklah menjadi orang islam yang sebenar. Jesteru, apabila meraka menyeleweng maka kemuliaan itu akan diragut daripada mereka lalu Allah akan pertaruhkan kepada orang lain. Mungkin orang lain yang mengambil alih tempat mereka lebih jahat daripada meraka. Hal ini tidak menjadi kehairanan kerana Allah tidak akan memberhentikan pemakmuran dunia dan putaran kehidupan ini hanya kerana terdapat orang yang berpatah balik ke belakang dan menyimpamg daripada metodologi yang menjadi factor kemuliaan meraka.

Walaupun begitu berpindahnya teraju pembangunan bumi daripada tangan orang islam ke tangan orang lain seperti kuasa barat pada hakikatnya buklanlah beerti mereka itu mendapat kemenangan. Tetapi ia membawa maksud memberi kekuasaan. Ertinya mereka pada hakikatnya tidak lebih hanya sebagai rotan yang ditetapkan oleh takdir ketuhanan untuk disebat ke belakang orang yang sepatutnya menerima pendidikan dan pengajaran tuhan tetapi mereka menyimpang dan melampaui batas.

Akhirnya kepada pembaca sekalian, saya mengharapkan anda tidak mengambil isi kandungan dalam buku-buku yang tidak berpandukan Al-Quran. Tetapi kembalilah mengkaji Al-Quran bagaimana hendak membangunkan tamadun manusia terunggul pada fasal-fasal yang telah disebutkan dalm rencana saya ini. Anda tentunya akan menemui penyelesaian bagi semua permasalahan serta penerangan terhadap segala yang menjadi misteri. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan semeata alam kerana memberikan ilham dan taufiknya daeri awal hingga akhir. Wassalam.

1 comment:

gadahquiggins said...

Play Casinos with Best Bonus Codes & Free Spins - Mapyro
Play casinos with 군포 출장샵 best bonuses and free spins! Find the best casinos with best bonus codes & free 청주 출장샵 spins! Find the best casinos with best bonuses and 청주 출장안마 free 수원 출장샵 spins! 과천 출장안마