Thursday, April 16, 2009

Tanggungjawab Terhadap Allah

Oleh: Siti Amirah Bt Hamzah

Kita sebagai pengikut agama Islam iaitu suatu agama rasmi bagi ummat Islam diseluruh dunia haruslah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap Allah. Salah satucara untuk menunjukkan tanggungjawab kita terhadap Allah S.W.T adalah denganmelakukan suruhan-Nya dan meninggal kan larangan-Nya. Hal ini telah dinyatakan oleh junjungan besar nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W segala suruhan Allah adalah merupakan peribadatan hamba kepada Allah semata-mata mencari keredhaan Allah di dunia ini.

Contoh perkara yang perlu kita lakukan untuk menunjukkan bahawa kita menunaikan tanggungjawab kita terhadap Allah ialah dengan menunaikan solat, membayar zakat, menunaikan haji dan lain-lain lagi. Semua perkara yang telah di sebutkan tadi adalah sebahagian tanggungjaab yang perlu dan wajib di tunaikan oleh setiap ummat Islam.

Selian itu, kita perlulah meninggalkan semua larangan Allah. Seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan Hadis bahawa semua larangan Allah hendaklah kita jauhi dan jangan sesekali melakukannya. Di sini terdapat pelbagai bentuk larangan yang telah Allah tetapkan. Tidak kiralah dari segi mengenai makanan dan minuman, pakaian, pergaulan dan sebagainya. Sebagai contoh dari segi makanan dan minuman. Allah memerintshksn manusia untuk mengambil makanan dan minuman yang halal dan lagi suci. Jangan sekali-kali menyentuh makanan dan minuman yang berunsurkan dari benda haram seperti arak dan babi.

Dari segi pakaian pula, Allah memerintahkan ummat-Nya untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak mendedahkan anggota tubuh badan yang boleh mendatangkan syahwat dan fitnah kepada si pemakai dan orang lain.

Ummat Islam juga digalakkan untuk berbakti ke jalan Allah dengan melalui pengorbanan diri dari segi pemikiran, jiwa, intelek atau dari segi harta benda dan tenaga. Jika kita ikhas melakukannya kita tidak akan berasa rugi malah kita akan dapat merasakan kenikmatannya. Kita haruslah sentiasa ingat bahawa semua nikmat yang kita nikmati adalah pemberian daripada Allah semata-mata. Jadi, tidak mustahil kalau Allah boleh menarik nikmat yang kita miliki pada bila-bila masa sahaja.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI

Manusia merupakan kejadian yang paling sempurna pernah diciptakan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Baik dari segi rohani, jasmani, pemikiran dan statusnya. Allah pernah mengamanahkan tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini kepada gunung-ganang dan bukit-bukau tetapi mereka tidak sanggup untuk memikul amanah tersebut kerana amanah tersebut terlalu berat.

Tetapi manusia yang telah di amanahkan oleh Allah untuk menjalankan tanggungjawab tersebut telah melakukan kezaliman ke atas makhluk di muka bumi ini. Hal ini menunjukkan betapa jahilnya manusia. Untuk tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang jahil, kita haruslah melaksanakan amanah tersebut dengan menyedari tanggungjawab terhadap diri masing-masing. Antara tanggungjawab tersebut ialah:
1. Kewajipan menuntut ilmu.
2. Mengetahui halal dan haram.

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

Menuntut ilmu adalah perkara yang paling dituntut oleh Syariat Islam kerana ia merupakan perkara yang paling asas untuk bertakwa kepada Allah. Sabda Rasullah S.A.W:
“Belajar ilmu itu wajib bagi setiap muslim lelaki dan wanita”Ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Ilmu Naqli
Ilmu naqli ialah ilmu yang bersumberkan Wahyu daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril dan seterusnya di sampaikan kepada Rasullah. Ilmu Naqli tergolong dalam ilmu Usuluddin dan Syariat Islamiah serta Akhlak. Ilmu Naqli dapat mengajar ummat Islam untuk menjadi seorang Muslim dan Muslimah yang sejati dan bertanggungjawab dalam semua tugas yang diberi.

2. Ilmu Aqli
Ilmu Aqli ialah suatu ilmu yang diperolehi daripada guru-guru, pengalaman hidup, hasil penyelidikan dan sebagainya. Allah S.W.T menuntut ummat Islam untuk menuntut ilmu Aqli supaya dapat menggunakan ilmu tersebut untuk kesenangan manusia dan menuju ke jalan kebaikan. Selain itu, ia juga dapat membentuk keperibadian seseorang Muslim.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Bertanggungjawab terhadap keluarga merupakan salah satu daripada suruhan Allah S.W.T terhadap ummat Islam sejagat. Terutamanya kepada kaum lelaki yang dijadikan oleh Allah sebagai ketua dalam institusi kekeluargaan. Sebagai ketua keluarga mereka haruslah memastikan isteri dan anak-anak mereka melakukan segala perintah Allah dan mematuhinya.

Setiap keluarga haruslah mempunyai cirri-ciri berikut untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Yang pertama ialah mewujudkan suasana rumahtangga yang aman tanpa pergaduhan dan pertengkaran. Tanpa berlakunya pergaduhan dan pertengkaran anak-anak akan berasa selesa dan selamat untuk bergaul dengan ibu bapa mereka.

Yang kedua ialah menjalinkan ikatan kemesraan di antara suami isteri dan anak-anak. Ia dapat memupuk kasih sayang di dalam sebuah institusi kekeluargaan. Yang ketiga ialah sentiasa makan bersama-sama dan melakukan solat berjemaah. Dengan melakukan perkara tersebut secara tidak langsung setiap ahli dalam keluarga tersebut dapat meluahkan perasaan dan dapat diselesaikan dengan perbincangan.

Selain itu, ibu bapa haruslah hendak mengambil tahu tentang anak-anak. Seperti dengan siapa mereka bergaul, tingkah laku mereka ketika mereka berada di luar dan sebagainya. Anak-anak janganlah mudah melenting dan berasa terkongkong kerana ia merupakan kebaikan dan dapat mencegah dari keburukan. Ibu bapa juga hendak lah mendidik anak-anak dengan didikan agama kerana ia dapt di jadikan sebagai pedoman untuk anak-anak apabila mereka sudah dewasa kelak.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN TETANGGA, PERSEKITARAN DAN MASYARAKAT

Jika dilihat pada hari ini, begitu banyak kawasan perumahan telah diwujudkan untuk menampung bilangan masyarakat yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Oleh itu terdapat pelbagai ragam dalam hubungan kejiranan.

Oleh itu, kita haruslah menjauhkan diri dari sifat-sifat yang boleh merosakkan hubungan kita dengan jiran sekeliling. Antara sifatnya ialah hati, jiwa dan pemikiran mestilah bersih Daripada hasad dengki, dendam, marah dan sebagainya. Selain itu, kita haruslah menjaga hati dan perasaan jiran tetanggag kerana ada di kalangan mereka yang bersifat sensitive dan cepat tersinggung.

Namun begitu, setiap jiran mempunyai hak masing-masing. Bagi jiran yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan sesama Islam mereka mempunyai tiga hak iaitu hak jiran, hak sesama Islam dan hak kekeluargaan. Bagi jiran yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dan sesama Islam mereka hanya mempunyai hak jiran dan hak sesama Islam. Manakala, bagi yang tidak beragama Islam mereka hanya mempunyai satu hak iaitu hak jiran sahaja.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
Setiap ummat Islam mempunyai negara masing-masing di mana di situlah tempat mereka lahir dan dibesarkan. Allah telah mengamanahkan setiap ummat Islam untuk menyayangi dan sentiasa berkorban untuk mempertahankan negara masing-masing daripada di jajah dari segi ekonomi dan sosial yang boleh menggugat keamanan negara.

Jadi kesimpulannya, setiap ummat Islam haruslah sedar tanggungjawab yang telah di amanhkan oleh Allah kepada setipa ummat Islam.

JIHAD
Jihad merupakan suatu perkara yang sangat mulia yang boleh dilakukan oleh setiap ummat Islam. Tidak hairanlah jika jihad di anggap sebagai rukun Islam yang keenam selepas mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji. Sehubungan dengan itu Allah S.W.T amat menggalakkan ummat Islam untuk melakukan jihad agar mendapat Syafaat dan keredhaan daripada Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri bersama-sama sahabat baginda sangup berperang untuk menegakkan agama Islam dan secara tidak langsung dapat berjihad ke jalan yang benar. Dalam Islam jihad itu terbahagi kepada dua iaitu Jihad an-nafs dan jihad fisabilillah. Seperti yang sedia maklum jihad ini juga dapat dijadikan sebagai perisai ummat Islam dalam mempertahankan agama Islam daripada dicerobohi oleh musuh-musuh utama ummat Islam.

JIHAD AN-NAFS

Jihad an-nafs bermaksud melawan nafsu atau cuba mengawal segala perasaan yang boleh meruntuhkan iman seseorang itu terhadap Allah S.W.T. Ia dapat mengelakkan jiwa manusia daripada terpesong jauh daripada jalan kebenaran. Oleh itu jiwa manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a) Nafsu Al-Amarah
-nafsu yang menyebabkan manusia lebih mengikut hawa nafsu daripada berfikir dengan waras akibat daripada mengikut hawa nafsu.

Contoh nafsu Al-Amarah ialah takabur, berlumba-lumba merebut keduniaan, hasad, bakhil dan sebagianya.
b) Nafsu Al-Lawamah
-ialah seseorang yang kuat beribadat dan taat dengan suruhan Allah tetapi masih ingin melakukan maksiat kerana gagal menahan tuntutan nafsu. Contohnya ialah mereka tahu yang perasaan hasad dengki, takabur ujub dan riak merupakan suatu perkara yang berdosa tetapi masih tidak dapat melepaskan diri dari cengkaman perasaan tersebut.
c) Nafsu Al-Mutmainnah
-ialah seseorang yang telah mendapat Syafaat daripada Allah S.W.T dan segala sifat tercela yang ada dalam dirinya sudah hilang dan yang ada dalam dirinya sekarang hanyalah ketenangan. Itu merupakan asas kesempurnaan hidup seseorang.

Seperti yang kita tahu jiwa manusia tidak terlepas daripada perasaan degil. Ia boleh di umpamakan seprti binatang yang degil. Apabila disuruh atau dipaksa barulah hendak melakukannya. Begitulah juga jiwa manusia, untuk menundukkannya mestilah memounyai tiga cara iaitu peringkat pertama, menahan nafsu dengan dengan melakukan puasa sunnat. Dengan cara berikut ia daoat mencegah manusia daripada melakukan maksiat selain melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

Peringkat kedua ialah sentiasa melakukan amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan sekaligus menyucikan diri kita daripada segala dosa-dosa besar atau kecil. Peringakat ketiga pula ialah meminta pertolongan daripada Allah dan merendahkan diri kepada-Nya. Cara untuk meminta pertolongan dan mendekatkan diri keada Allah ialah dengan memperbanyakkan sembahyang sunnat, melakukan qiamullail, tahajuud dan sebagainya. Dengan melakukan cara begini dapat menyembunyikan rahsia kita daripada di ketahui oleh orang lain sewaktu kita luahkan rahsia kita kepada Allah.

Secara ringkasnya, setiap ummat Islam hendaklah sentiasa melatihkan dirinya melalui mujahadah an-nafs supaya dapat menguasai runtuhan jiwanya mengikut segala arahan dan perintah Allah.

JIHAD FISABILLAH

Jihad fisabillah bermaksud melakukan jihad ke jalan Allah untuk memeprthankan agama Islam dari musuh-musuh luar yang cuba merosakkan agama Islam. Jika dilihat pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, mereka sanggup mengagadai nyawa mereka semata-mata kerana Allah. Selain itu, mereka yang mati syahid akan diberi jaminan untuk masuk ke dalam syurga tanpa perlu dihisab. Pada zaman sekarang ummat Islam haruslah mencontohi sikap Rasullah dan para sahabt dalam memperjuangkan agama Islam hingga ke titisan darah yang terakhir.

JIHAD DALAM PELBAGAI BIDANG KEHIDUPAN

Pada hari ini jika dilihat walaupun ummat Islam tidak lagi perlu menempuh zaman peperangan seperti zaman Rasulullah dahulu namun maereka masih lagi memerlukan jihad dalam diri mereka. Ummat Islam haruslah melakukan jihad dalam pelbagai bidang

contohnya dalam bidang ekonomi, undang-undamg, pendidikan, politik, kedoktoran, sosial dan sebagainya. Jihad dalam bidang tersebut adalah suatu perkara yang sangat dituntut oleh Islam. Jiak bidang tersebut dikuasi oleh orang lain ia merupakan susatu dosa besar yang terpaksa ditanggung oleh orang Islam. Sebagai contoh di Malaysia sendiri kebanyakan bidang yang sepatutnya dikuasai oleh orang Melayu selaku ummat Islam telah banyak banyak dimonopoli oleh kaum India dan Cina. Oleh itu. Ummat Islam janganlah alpa yang telah berlaku dan harusla bangkit untuk merampas semula yang sepatutnya menjadi milik kita.

Oleh itu, kesimpulan daripada apa yang telah diperkatakan kita sebagai ummat Islam haruslah sedar bahawa banyak tanggungjawab yand perlu digalas dan dipertahankan untuk ummat Islam sekarang dan masa hadapan nanti.

PENUTUP
Kesimpulan yang saya dapat diripada tugasan ini ialah setiap ummat Islam haruslah sedar dan mengambil tindakan dengan menyedari betapa pentingnya kewajipan dan jihad dalam kehidupan seharian. Jika ummat Islam tidak mengambil tindakan daripada hal tersebut ia boleh mengundang orang bukan Islam untuk menindas agama Islam. Jika dilihat pada hari ini, kita boleh melihat berapa ramai orang Islam yang hanya mengikut ajaran Rasulullah S.A.W. Akhir sekali, kita haruslah bersatu padu untuk mengekalkan agama Islam di negara kita.

No comments: