Thursday, April 16, 2009

Destinasi Abadi

Oleh: Nur Atikah Bt. Abd. Halim

“DESTINASI ABADI” juga mengingatkan kita supaya sentiasa beramal dengan amalan-amalan ahli syurga seperti firmanNya bermaksud:

“(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (yang selamat itu)” [Surah Yunus:25]

Destinasi Akhirat

Kehidupan seorang muslim merupakan sebuah pengembaraan yang pasti akan tiba di penghujungnya. Penghujungan hidup manusia adalah akhirat yang hakiki. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyediakan dua tempat kembali setiap makhluknya iaitu Syurga atau Neraka. Ini banyak kali disebut di dalam Al-quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Namun begitu manusia sendirilah yang memilih sama ada menginginkan syurga ataupun neraka. Syurga adalah tempat kenikmatan dan kebahgiaan yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Neraka pula adalah tempat yang Allah janjikan azab seksa untuk mereka yang ingkar dengan perintahNya.

Dalam pengembaraan seorang muslim untuk mencapai makam tertinggi yang Allah janjikan itu, memerlukan mahar yang sangat mahal. Perjalanan yang penuh onak duri, mehnah dan tribulasi. Walau bagaimanapun, Allah memberi petunjuk kepada setiap hambaNya yang berhajat dengan syurga yang diredhaiNya itu. Ini dibuktikan dengan mengutuskan para ambiya’ serta para ulama yang membawa cekal membawa risalah kebenaran berdasarkan wahyu daripada Allah. Sabda Rasulullah S.A.W:

Sesungguhnya aku tinggalkan 2 pekara yang mana jika kamu memegangnya, kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”

Manakala jalan ke neraka merupakan jalan yang dipenuhi dengan kesenangan dan keinginan syahwat. Jalannya dijadikan indah oleh syaitan yang telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s. Mengajar manusia ingkar dengan perintah Pencipta segenap manusia. Manusia yang dikaburi hati dan keinginan kepada kesenangan dunia dijanjkan Allah azab seksa yang sangat dasyat.

usteru itu, sebagai makhluk yang diberi nikmat akal oleh Allah perlulah berfikir kesan dan akibat yang perlu dihadapi atas setiap tindakkan yang dilakukan. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan musababnya. Sifat Al-Adil bagi Allah tidak boleh diragukan. Allah memasukkan seseorang itu ke dalam syurga kerana dia sendiri memilih jalan menuju syurga dan pertemuaan dengan Rabbnya. Manakala Allah memasukkan seseorang ke neraka juga kerana dia sendiri sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada diri kita sendiri sama ada ingin menjadi Ahli Jannah mahupun Ahli Jahanam.

Keindahan Syurga

Syurga selalu digambarkan dengan keindahan dan kecantikkan yang tiada tolok bandignya dengan dunia dan seisinya. Keindahan syurga juga tidak dapat digambarkan oleh pancanindera. Sesungguhnya segalanya adalah rahsia Allah Azza Wa Jala untuk dihadiahkan pada setiap hambanya yang soleh dan taat dengan perintahNya. Walau bagaimanapun Allah seringkali berfirman dan menggambarkan di dalam Al-Quran tentang keindahan syurga yang telah Dia janjikan. Demikian lah tugas manusia untuk yakin dan melaksanakan perintahnya seandainya mereka ingin memilih syurga dan bersenang-sengan dengan nikmat Allah SWT yang hakiki di akhirat nanti.

Di antara keindahan syurga yang telah digambarkan oleh Allah di dalam kitabNya adalah:

a) Sungai-sungai yang mengalir dan tidak pernah berhenti.

• Sungai disyurga akan terus mengalir buat selama-lamanya dengan izin Allah.

• Ia terletak di bawah mahligai-mahligai, istana-istana dan taman-taman penghuni syurga.

• Di syurga juga terdapat pelbagi jenis sungai. Contohnya sungai madu, sungai khamar(arak) yang tidak memabukkan, sungai susu yang sangat putih dan sungai dari air jernih yang tidak akan berubah rasanya.

Dalam satu Hadis Riwayat Bukhari: “Sesungguhnya Firdaus itulah tempat yang berbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat ‘Arsy Allah dan dari situlah mengalirnya sungai-sungai syurga”

b) Mahligai dan istana syurga.

• Mahligai dan istana syurga dibina dari emas dan mutiara

• Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya orang beriman disediakan di syurga dari mutiara yang berongga. Panjangnya 60 mil. Di dalamnya terdapat pelayan”

c) Bagunan di syurga

• Bahan bina syurga adalah terdiri daripada batu bata emas dan perak dan baunya sewangi kasturi yang sangat harum dan banyak lagi.

• Rasulullah SAW menjanjikan: “Sesiapa yang solat sunat 12 rakaat sehari semalam, maka Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga”

d) Pintu-pintu di syurga

• Seseorang hamba Allah yang telah diredhai untuknya memasuki syurga Allah boleh memilih pintu yang ingin dia masuki.

• Contoh pintu yang terdapat di syurga adalah Pintu Ar-Rayyan untuk orang yang berpuasa.

• Dalam satu Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Bahawa di syurga terdapat pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah.

e) Syurga mempunyai 100 tingkat

• Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Riwayat Bukhari: “Sesungguhnya di syurga terdapat 100 tingkat yang disediakan Allah bagi yang berjihad di jalanNya. Jarak di antara 1 tingkat dengan 1 tingkat yang lain seperti jarak antara langit dan bumi. Maka jika kalian minta kepada Allah syurga maka mintalah syurga Firdaus. ”

f) Makannan dan minuman di syurga: Penghuni syurga akan makan dari benjana-benjana perak dan minum dari piala-piala bening laksana kaca. Sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Riwaya Muslim: “Penghuni syurga akan makan dan minum yang enak. Mereka tidak buang air kecil dan besar. Makanan mereka akan menjadi sendawa yang wangi seperti kasturi. ”

g) Golongan pertama yang akan masuk syurga. Sabda Rasulullah SAW, HR Ahmad : “Adapun 3 orang yang pertama kalinya akan memasuki syurga adalah: 1-para syuhada, 2-seseorang yang tidak disibukkan oleh dunia dan taat pada Rabbnya, 3-orang fakir yang mempunyai tanggungan namun menjaga diri daripada meminta-minta. ”

h) Keadaan penduduk syurga

• Penduduk syurga sentiasa dalam keadaan mulus, kacak dan bercelak.

• Mereka juga sentiasa muda dan berpakaian bersih.

• Golongan pertama yang memasuki syurga wajahnya umpama bulan purnama.

• Dalam HR Muslim ada diriwayatkan Rasulullah SAW adalah orang pertama yang akan mengetuk pintu syurga.

i) Bidadari syurga, pesona dan daya kecantikkanya

• Dalam sebuah riwayat ada dinyatakan bidadari syurga diciptakan dari za’faran.

• Dalam Hadis Riwayat Bukhari pula menyatakan: “Kalau kiranya salah seorang bidadari syurga dating ke dunia, nescaya ia kan menyinari langit dan bumi serta memenuhi antara langit dan bumi dengan wangian dan haruman semerbak. Sesungguhnya tutup kepala wanita syurga lebih baik dari dunia dan isinya. ”

Kengerian Neraka

Syurga dan neraka adalah benar seperti yang telah Allah janjikan. Namun bagi mereka yang beramal toleh(jahat) telah disediakan bagi mereka azab dan tempat tinggal yang sebutuk-buruknya iaitu neraka.

Allah SWT telah menjanjikan satu golongan yang mana akan mendiami Jahanam buat selama-lamanya. Yakni mereka yang terdiri daripada golongan yang kafir sebagaimana Allah berfirman dalam sural Fatir ayat 36: “Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahanam mereka tidak dibinasakan hingga mereka mati, dan diringankan dari mereka azabnya. Demikian kami membalas setiap orang yang sangat kafir. ”

Apabila diupkan sangka kala yang kedua kalinya semua makhluk akan dibangkitkan semula. Mereka akan terbahagi kepada tiga golongan. Berbahagia lah golongan kanan pada hari itu. Namun bagi golongan kiri mereka dalam keadaan yang sangat cemas dan sengsara. Tanda keadilan Allah yang Maha Adil, Dia telah menggambarkan keadaan golongan kiri di antaranya dalam surah Al-Waqiah ayat 41- 50 iaitu:

- “dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu”

- (Mereka) dalam siksaan angina yang sangat panas dan air yang mendidih”

- Dan naungan asap yang hitam”

- “tidak sejuk dan tidak menyenangkan”

- “Sesungguhnya mereka sebelum itu(dahulu) hidup bermewah-mewah, ”


- “dan mereka terus menerus mengerjakan dosa yang besar, ”

- “dan mereka berkata, “Apabila kami sudah mati, menjadi tanah dan tulang-belulang, apakah kami benar-benar di bangkitkan kebali?”

- “Apakah nenek moyang kami dahulu (dibangkitkan pula)?”

- “Katakan, “(Ya) sesungguhnya orang terdahulu dan yang kemudian,

- “pasti semua akan dikumpulkan pada waktu tertentu, pada hari yang sudah dimaklumi”

Jadi jelaslah bahawa neraka Jahanam bukan lah tempat yang diingini oleh setiap makhluk yang beriman untuk dijadikan destinasi yang abadi. Banyak lagi yang Allah firmankan pada manusia agar berfikir jalan mana yang ingin mereka pilih di dalam Al-Quran yang terpelihara.

Suasana Di Padang Mahsyar

Sesungguhnya tiba saatnya seluruh makhluk di bangkitkan semula apabila tiupan sangka kala yang kedua, mereka bangkit dalam keadaan bigung. Ada pula yang gembira dan ada pula yang berduka-cita. Ketika seluruh makhluk dibangkitkan semula mereka dalam keadaan tidak berpakaian.

Hiruk pikuk di padang mahsyar membuatkan setiap orang tidak mempedulikan orang lain. Mereka sibuk dengan amalan yang dibawa masing-masing. Bagi mereka yang mentaati perintah Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW di dunia dengan yakin akan berada dalam ketaqwaan. Sebagaimana firman Allah Azza Wajala dalam Surah Al-An’am ayat 153 yang bermaksud: Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia (Rasulullah) dan jangan kamu tempuhi yalan yang lain, kerana jalan yang bersimpul-siur itu akan encerai-beraikan (menyesatkan) kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu lah perintahkan Allah kepada kamu agar bertaqwa”

- Ratapan Ahli Mahsyar

1. Mereka yang banyk berdosa menyeselai diri mereka sendiri kerana memandang sepi seruan Rasulullah.

2. Mereka juga merayu untuk kembali ke dunia supaya dapat beribadat. Maksud ayat 12 dalam surah As-Sajadah: “Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala mereka di hadapan Allah. Mereka berkata ‘Kami melihat dan mendengar dan kembalikan lah kami (ke dunia) kami akan mengamalkan amal yang soleh, sesungguhnya kami adalah orang yang yakin’. ”

- Empat Soalan Yang akan Ditanya.

Dalam hadis Rasulullah SAW, baginda bersabda di akhirat nanti Allah akan bertanya empat soalan iaitu :

1. “Hai manusia bukankah Aku telah mengurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Utuk apakah engkau habiskan masa remajamu?”

2. “Tidakkah Aku telah mengurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan?”


3. “Bukankah te;ah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu?”

4. “Bukankah telah Aku berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu pergunakan?”

- Kumpulan Yang Meniti Titian Sirat

I. Berjaya melintasi seperti kilat yang memancar

II. Melintasi seperti angin yang kencang

III. Melintasi seperti kuda yang berlari

IV. Melintasi seperti burung yang pantas

V. Berlari

VI. Berjalan

VII. Berlari dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti di atas titian sirat seriap kali melihat umatnya bergayut di atas Sirat, membangunkan dan menariknya semula untuk membantu agar mereka terus berjalan.

VIII. Menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan mereka dan dosa.

IX. Golongan terakhir akan tertinggal di atas sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberangi Titian Sirat

- 7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar

1) Pemerintah yang adil

2) Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat pada Allah

3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid

4) 2 orang yang berkasih-sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5) Lelaki yang dipujuk oleh wanita kaya dan rupawan namun dia menolaknya dengan berkata “Aku takutkan Allah”

6) Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui

7) Orang yang menyebut dan mengingati Allah dengan keadaan tak ada dalam ingatanya pekara lain lalu menitis air matanya kerana mengingati sifat Jalal dan Jamal Allah.


Amalan Untuk Menjadi Calon Al-Jannah

- Banyakkan taubat nasuha

- Menuntut ilmu sebagaimana dijelaskan adalah HR Muslim “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan(ilmu) itu jaln menuju syurga”

- Sentiasa mengingati Allah “Sabda Rasulullah bayakkan zikir kepada Allah”

- Berdakwah kepada Allah: “Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan) maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengingatinya tanpa mengurangi pahala mereka walau sedikitpun”[HR Muslim]

- Membaca Al-Quran

“Baca Al-Quran kerana sesungguhnya ia kan dating pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya”[HR Muslim]

- Menutup aib orang lain: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah

akan menutup aibnya di hari akhirat”[HR Muslim]

- Berakhlak mulia, sabda Rasulullah SAW: “Bertaqwalah kepada Allah dan berbudi perkerti yang baik”[HR Tirmidzi]

-Pekara yang banyak memasukkan manusia ke dalam syurga adalak berakhlak mulia.

- Tidak meninggal solaht lima waktu

- Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

- Mengunjungi saudara seislam.

No comments: