Thursday, April 16, 2009

Riba Dan Kesan Mudaratnya

Oleh: Nurul Farah Bt. Ghazali

Sesungguhnya hal-hal yang bertentangan dengan Syari'at Islam dari undang-undang positif meskipun tidak terlalu banyak, namun penting untuk dilihat dari jenis dan fungsinya. Seperti misalnya pengharaman riba dalam undang-undang pemerintah di mana Al Qur'an dan As-Sunnah bersikap keras dalam memberikan ancaman bagi orang yang melakukan. Atau seperti melaksanakan hukuman atas kesalahan-kesalahan tertentu yang telah ditentukan hukumannya oleh Islam. Itulah yang membezakan peradaban ini dengan peradaban lainnya, yang membezakan umat dengan umat yang lainnya.
Pengharaman riba itu, sebagaimana mengeluarkan zakat, adalah merupakan ciri khas dari sistem ekonomi Islam yang membezakannya dengan sistem. Keduanya (pengharaman riba dan kewajiban zakat) memang merupakan salah satu ciri khas ekonomi Islam.

Riba merupakan bahaya yang paling besar bagi kehidupan manusia kerana dapat merosak akhlak da rohani. Dengan melakukan riba, manusia hanya mamikirkan keuntungan diri sendiri dan menghalalkan segala macam cara asalkan hasrat dan tujuan tercapai. Riba hanya menyuburkan sifat tamak, egoisme dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan penderitaan orang lain. Akhirnya sifat tercela ini akan meruntuhkan sendi kehidupan masyarakat dan menyuburkan pemusuhan antara sesame manusia. Bagi kaum Yahudi, yang telah menguasai bidang ekonomi beranggapan bahawa riba haram dilakukan hanya terhadap sesame umat Yahudi, sedangkan selain bangsa Yahudi adalah halal untuk dilaksanakan. Berdasarkan konsep inilah mereka mewarnai dunia ini dengan transaksi riba yang jahat, kemudian mereka meracuni umat Islam seluruhnya dengan sistem riba yang menyesatkan. Sesungguhnya riba bukan membawa kepada keuntungan tetapi hanya membawa kepada bencana.

Riba bererti menetapkan bunga/melebihkan jumlah pinjaman saat pengembalian berdasarkan peratus tertentu dari jumlah pinjaman pokok, yang dibebankan kepada peminjam. Riba secara bahasa bermakna: ziyadah (tambahan). Dalam pengertian lain, secara linguistik riba juga bererti tumbuh dan membesar. Sedangkan menurut istilah teknis, riba bererti pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal secara bathil. Ada beberapa pendapat dalam menjelaskan riba, namun secara umum terdapat benang merah yang menegaskan bahwa riba adalah pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual-beli maupun pinjam-meminjam secara bathil atau bertentangan dengan prinsip muamalat dalam Islam.

Riba bukan cuma persoalan masyarakat Islam, tapi perbagai kalangan di luar Islam pun memandang serius persoalan riba. Masalah riba telah menjadi perbahasan di kalangan Yahudi, Yunani, demikian juga Romawi. Kalangan Kristian dari masa ke masa juga mempunyai pandangan tersendiri mengenai riba.

Riba dalam Islam
Dalam Islam, memungut riba atau mendapatkan keuntungan berupa riba pinjaman adalah haram. Ini ditegaskan dalam Al-Qur'an Surah Al-Baqarah ayat 275 :. . . padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. . . . Pandangan ini juga yang mendorong maraknya perbankan syariah dimana konsep keuntungan bagi penabung didapat dari sistem bagi hasil bukan dengan bunga seperti pada bank konvensional, karana menurut sebagian pendapat bunga bank termasuk ke dalam riba. bagaimana suatu akad itu dapat dikatakan riba? hal yang mencolok dapat diketahui bahwa bunga bank itu termasuk riba adalah ditetapkannya akad di awal. jadi ketika kita sudah menabung dengan tingkat suku bunga tertentu, maka kita akan mengetahui hasilnya dengan pasti. berbeza dengan prinsip bagi hasil yang hanya memberikan nisbah bagi hasil bagi depositnya.

Perbuatan riba hukumnya haram dan berdosa besar. Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut :
Ertinya :Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.
Ertinya :Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang beriman Daripada Ibni Masud.
Ertinya :Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan riba, pemberinya, saksinya dan juru tulisnya. Daripada Jabir r. a.
Ertinya :Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba, pemberinya, juru tulisnya, saksinya dan ia berkata : “Mereka itu sama sahaja. ”

Secara garis besar riba dikelompokkan menjadi dua. Iaitu riba hutang-piutang dan riba jual-beli. Riba hutang-piutang terbagi lagi menjadi riba qardh dan riba jahiliyyah. Sedangkan riba jual-beli terbagi atas riba fadhl dan riba nasi’ah.
• Riba Qardh
o Suatu manfaat atau tingkat kelebihan tertentu yang disyaratkan terhadap yang berhutang (muqtaridh).
• Riba Jahiliyyah
o Hutang dibayar lebih dari pokoknya, karena si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.
• Riba Fadhl
o Pertukaran antar barang sejenis dengan kadar atau takaran yang berbeza, sedangkan barang yang dipertukarkan itu termasuk dalam jenis barang ribawi.
• Riba Nasi’ah
o Penangguhan penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang ribawi lainnya. Riba dalam nasi’ah muncul karana adanya perbezaan, perubahan, atau tambahan antara yang diserahkan saat ini dengan yang diserahkan kemudian.

TUKAR MENUKAR YANG DIBOLEHKAN
A. BOLEH BERLEBIH DAN BERKURANG
Ada jual beli atau tukar menukar yang dibolehkan secara tidak sama banyaknya. Misalnya menukarkan suatu benda itu lebih banyak daripada yang lain.
1. Benda yang tidak sama Illat
Barang ribawi yang tak sama illat misalnya antara emas dan gandum, antara perak dengan garam dan dengan barang-barang lain. Numun, mesti diselesaikan secara tunai. Misalnya menukarkan satu gantang beras dengan dua gantang padi.
2. Yang tidak disukat atau tidak ditimbang
Contohnya menjual seorang hamba dengan dua orang, menjual seekor binatang dengan dua ekor binatang tetapi dengan cara berhutang. Ini adalah pendapat imam syafi’e.

B. TUKAR MENUKAR BARANG
Tukar menukar termasuklah menukarkan emas dengan emas, perak dengan perak, dan sebagainya cara timbangan.

Tidak harus menjual barang-barang jenis riba sesama jenisnya dan yang bukan sesama
jenisnya kecuali dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Sesama jenisnya :
Jika dijual barang-barang makanan dengan makanan sesama jenisnya seperti gandum dengan gandum, beras dengan beras, dan juga jika dijual emas dengan emas, perak dengan perak, disyaratkan tiga perkara, iaitu :
(a) Hendaklah bersamaan kedua-duanya pada sukatan / timbangan
(b) Hendaklah dengan tunai
(c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad.

2. Tidak sesama jenisnya :
Jika dijual benda-benda tidak sesama jenisnya seperti gandum dengan beras, gandum
dengan syair, emas dengan perak, disyaratkan dua perkara, iaitu :
(a) Hendaklah dengan tunai
(b) Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad
Ertinya jika dijual barang-barang bukan sesama jenisnya, boleh berlebih kurang di antara satu sama lain.

Riba mempunyai kesan buruk, mengandungi mudarat dan sangat membahayakan. Allah SWT tidak memerintahkan sesuatu kepada hamba-Nya malainkan kerana ada kebaikannya dan mendatangkan kebahagian di dunia dan di akhirat. Sebaliknya Allah Allah SWT melarang sesuatu kerana ada mudaratnya dan keburukannya. mdarat dan keburukan riba seperti :

1. Riba mangubah cara berfikir dan merosak akhlak seseorang.
-Orang yang suka mengamalkan riba itu adalah mereka yang bersifat bakhil, orang yang sempit dadanya, yang kurang rasa kemanusiaannya, hamba dunia, orang yang sanagt mengutamakan harta dan sebagainya.

2. Merosak Masyarakat
- Masyarakat yang mengamalkan riba adalah kumpulan manusia yang tidak mahu mangamalkan sikap saling tolong menolong. Orang-orang yang tidak mahu menolong orang lain kecuali kalu ada keuntungan di sebaliknya.

3. Riba mambahayakan Ekonomi.
- Pinjaman yang diterima oleh setiap Individu yang sangat memerlukan untuk menutupi keperluan mereka. Lapisan masyarakat seperti inilah yang paling merasakan perit dan pahitnya sistem riba. Orang-orang seperti ini sudah pasti mereka tidak dapat lolos lagi sepanjang hayatnya. Bahkan hutang itu mungkin akan berterusan sampai ke anak cucu.
-Pinjaman yang diterima oleh orang yang menjalankan perniagaan, orang yang yang membuka kilang, orang yang mangusahakan tanah dan sebagainya.
- Pinjaman yang diterima oleh pemerintah dari Negara lain untuk membangunkan Negara. Pinjaman seperti ini, yang memakai system riba, kesusahan atau akibatnya yang ditanggung oleh rakyat.

4. Riba menyebabkan banyak pengangguran.

6. Orang yang mengamalkan riba akan dibangkitkan pada hari kiamat seperti orang gila atau orang yang dimasuki jin.

7. Orang yang mengamalkan riba akan diperangi oleh Allah dan Rasulnya.

8. Orang yang mengamalkan riba menunjukkan lemahnya iman atau ketakwaan, atau mungkin kosong. Ini menyebabkan seseorang rugi di dunia dan di akhirat.

Dari huraian di atas, dapat ditarik beberapa kesimpulan seperti berikut :
1. Riba merupakan pemerasan dan penindasan yang terkutuk.
2. Riba menghilangkan rasa tolong menolong di antara satu sama lain.
3. Riba menambahkan kemelaratan dan kesusahan ke atas orang-orang susah dan miskin.
4. Riba menanamkan semangat tamak haluba kepada orang-orang yang berada dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya menimbulkan semangat kebencian dan hasad dengki di dalam hati orang-orang miskin.
5. Orang-orang yang menjalankan perbuatan riba, di akhirat kelak akan menerima hukuman berat daripada Allah.

No comments: