Thursday, April 16, 2009

Godaan Syaitan Semasa Sakaratul Maut Danhubungan Kehidupan Dunia Dan Akhirat

Oleh: Nurulfarahana Binti Solikin

PENDAHULUAN
Peristiwa akhirat itu pastinya akan terjadi nanti. Setiap orang yang beriman harus mempercayainya. Sebulum menempuh alam akhirat, seseorang itu akan melalui alam- alam lain. Ketika sangkakala bertiup, maka berterbanglah semua makhluk yang hidup bangkit dari kubur masing- masing menuju ke padand mahsyar untuk di hitung. Di sini, segala amalan mereka akan dihitung dengan adil dan saksama oleh Allah s.w.t. Semasa di dalm kubur, mereka telah pun menerima hukuman sementara oleh Allah. Sesiapa yang banyak berbuat amal akan berasa tenang berada di dalam kubur. Bagi mereka yang derhaka kepadaNya akn menerima hukuman sehingga tibanya hari pembalan yang sebenar, iaitu akhirat.

Syurga itu di cipta bagi mereka yang berat amalan pahalanya di dunia. Segala amalan yang di praktikkan akan menjadi saksi ketika di padang masyar kelak. Bukan itu saja, malah segala amala itu akan menjadi kuda tunggangan dan membantu meringankan penderitaan mereka di sana. Orang- orang kafir, akan merima azab yang paling teruk di mahsyar. Mereka akan berjalan dengan cara terbalik, iaitu kaki di atas dan kepala di bawah.

Syurga itu bertingkat- tingak tingginya. Ada di katakan hingga ke seratus tingkat. Di mana, tingkat tertinggi sekalilah terletaknya Syurga Jannatul Firdaus. Oleh itu, semua orang muslim hendaklah meperbanyakkan amalan mereka untuk tinggal di syurga yang teratas.

MENGINGATI MATI
Manusia ini di ibaratkan seperti sedang belayar di lautan yang luas. Mereka ini akhirnya terjumpa sebuah pulau yang indah. Mereka dapat dibahagikan kepada 3 golongan. Iaitu:
Golongan pertama- mereka tahu dan sentiasa ingat bahawa mereka sedang dalam perjalanan. Mereka hanya singgah sebentar dan segera pulang ke kapal. Bagi mereka pulau itu bukan destinasi mereka yang sebenarnya.

Golongan kedua- mereka ini terpengaruh dengan keindahan pulau tersebut. Mereka terpegun dan terlena, tetapi akhirnya mereka sedar yang mereka masih lagi dalam perjalanan. Mereka kembali ke kapal, tetapi tempat duduk mereka telah di ambil orang.

Golongan ketiga- mereka inilah orang yang sangat malang. Siren kapal berbunyi berulang- ulang kali, tapi mereka masih lagi bermimpi. Mereka leka dengan keindahan pulau tersebut. Setelah kapal bergerak dan telah jauh meninggalkan mereka barulah mereka sedar dan memanggil kapal itu. Mereka inilah golongan yang sangat malang.

Sebelum di lahirkan, manusia ini tidak bercita untuk hidup, setelah di hidupkan mereka lupa diri. Antara sebab- sebab tidak mereka mengingati mati ialah, ingin hidup selama- lamanya, ingin menikmati kesenangan, takut manghadapi kematian (kerana banyak membuat dosa).

Setelah seseorang itu mati, bukan harta yang di tanya Allah, melainkan amalan baik semasa hidup di dunia. Ingatlah bahawa hidup dunia ini tidak akan lama dan kekal. Kalau sudah menjadi mayat, taubat dan amalan tidak akan di terima. Sebelum kita menjadi mayat, eloklah kita beringat- ingat dan melakukan amal soleh sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kalau seseorang itu selalu meningati mati maka timbullah sifat- sifat baik bagi dirinya, iaitu, abia(rajin beribadat), sakinah(perasaannya tenang dan tidak pernah gelisah), warak(tidak mahu melakukan maksiat), dan zuhud(tidak melekat hatinya pada harta). Firman Allah “ Di mana pun kamu berada, namun kamu pasti mati sekalipun di atas benteng yang tinggi. ”

Terdapat tanda- tanda yang mengingatkan kita bahawa usia seseorang itu telah lanjut. Antaranya ialah, uban di kepala, kulit telah berkedut, gigi telah tanggal dan patah, pendengaran dan penglihatan sudah berkurang, dan kaki serta tangan sudah mulai lemah.

Setiap yang hidup pasti akan mati dan ianya berbeza- beza caranya ketika seseorang itu sedang menghadapi maut. Orang yang menyaksikan kematian pasti akan timbul rasa insaf dan perubahan pada diri mereka. Perubahan tersebut adalah, lembut perasaan hati(terharu), hilang nafsu berbuat maksiat, hilang pengaruh harta, dan juga hilang keluh- kesah.

Beberapa perkara yang perlu di lakukan semasa menyaksikan orang yang tengah berlawan dengan sakaratul maut.

Berdiam Diri Tidak Berbicara

Kita hendaklah berdiam diri ketika melihat orang yang sedang nazak. Ini kerana di khuatiri akan mengganggu si sakit. Orang yang sakit sedang berlawan serta berjuang menghadapi sakaratul maut. Pada masa inilah syaitan memainkan peranan mereka untuk menyesatkan keturunan nabi Adam.

Membaca Talkin

Talkin ertinya mengajar orang yang sakit mengucap “ Lailahaillallah” berulang- ulang kali. Dengan cara ini dapat mengingati mereka kepada Allah. Mudah- mudahan dia mati dalam Hasnul Khatimah.

Membaca Doa

Hendaklah kita sedekahkan doa kepada mereka yang meninggal dunia. Cuma inilah pertolongan kita kepada si mati. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah. Dari Ummu Salamah r. a katanya: Bersabda Rasullulah s.a.w: “ Apabila kamu hadir di kala ada seseorang sakit atau dia telah menjadi mayat maka hendaklah kamu berkata baik terhadapnya(mendoakannya). Ketika itu malaikat turut mengaminkan akan apa- apa yang disebut. Kata Ummu Salamah selanjutnya: Ketika Abu Salamah meninggal dunia maka nabi datang ke rumah kami. Kataku: Ya Rasullulah! Bahawa Abu Salamah telah meninggal. Kata nabi s.a.w: Sebutkanlah oleh kamu doa ini yang berbunyi: Ya Allah ampunilah aku dan dia. Dan akhir kehidupanku terimalah dengan baik. Kata Ummu Salamah: Maka Allah membalasi amal pekerjaanku dengan yang lebih baik dariku iaitu Muhammad s.a.w” (Riwayat Muslim). Ketika itu malaikat turut mengaminkan doa kita kepada si mati.

Wasiat
Wasiat adalah pesana terakhir sebelum seseorang itu meninggal dunia. Ia adalah mengenai harta bendanya atau perwalian anak- anaknya atau isterinya.

Mengiringi Jenazah

Ini adalah salah satu cara mengingati kita kepada kematian. Kita semua akan mati tanpa pengecualian. Menurut Rasullulah, seseorang harus menekankan untuk ikut menyelenggarakan sejak ia terbaring di tempat tidur lagi. Semua ini bertujuan untuk kita turut merasakakan apa yang dirasakan oleh ahli keluarga tersebut.

Mengebumikan Jenazah

Sewatu memasukkan mayat ke dalam kubur, maka diharuskan hal- hal yang berikut, iaitu, turunkan mayat perlahan- lahan, miringkan kea rah kiblat, timbunkan dengan tanah yang baik dan perlahan, dan kemudian berdoa kepada Allah semoga mayat itu di berikan rahmat ketika berada di alam barzakh.

GODAAN- GODAAN DALAM SAKARATUL MAUT
Mati ialah berpisah nyawa dari tubuh badan kita. Nyawa akan tetap hidup terus menerus sehingga tibanya kiamat, manakala bagi yang telah hancur menjadi air dan tanah ianya akan kembali kepada Tuhan mereka iaitu Allah s.w.t dalam keadaan asal(tanah).

Sebelum malaikat maut melaksanakan tugasnya dan sebelum nyawa terpisah dari tubuh maka setiap tubuh badan kita akan mengucapkan selamat berpisah dan semoga bertemu kembali. Ada yang berbeza- beza cara mereka mati. Ada yang senang, dan ada juga yang susah. Bagi para syuhada mereka mati dalam keadaan yang senang. Tusukan pedang yang di rasakan mereka tidaklah sesakit yang disangkakan, Cuma terasa seperti di gigit semut saja. Berlainan pula bagi orang yang tidak beriman dan orang- orang kafir. Ianya mengikutkan pada godaan semasa sakaratul maut.

Antara godaan syaitan itu adalah seperti menyerupai seseorang ibu dan bapa, yang menyuruh mereka supaya mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

ROH KELUAR
Roh tidak akan keluar dengan sendirinya melainkan ketika itu malaikat maut diperintahkan berbuat demikian. Malaikat maut mencabut nyawa seseorang bukanlah di atas kehendak hatinya tetapi itu adalah tugas yang diperintah oleh Allah kepada beliau. Di akhirnya nanti dia juga akan mencabut nyawanya sendiri. Manusia, sebelum di hidupkan ke dunia, mereka telah berjanji dengan Allah 5 perkara. Iaitu, rezeki, musibah, ajal, dibumi mana dia di kuburkan, nasib baik dan buruk selama dia hidup di atas dunia.

Ajal
Ajal sudah berjanji dengan Allah semasa berada di dalam rahim ibu lagi. Ajal tidak dapat di ubah, sudah ditentukan menurut perjanjian yang telah di ikrarkan dengan Tuhan. Matinya seseorang itu adalah kerana ajalnya telah sampai. Firman Allah: “ Tidaklah diri seseorang itu akan mati, melainkan dengan izin Tuhan. Suratan yang dijanjikan”(Al- Imran 145)

Tepat pada waktunya, malaikat maut akan menjalankan tugas seperti yang di arahkan. Bentuk malaikat semasa dia mencabut nyawa seseorang itu adalah berbeza- beza bergantung pada amal kebaikan kita di dunia. Bentuknya dalam keadaan yang baik ketika mencabut nyawa seseorang yang banyak amal solehnya di dunia. Manakala rupa bentuk malaikat itu boleh berubah kepada sesuatu yang menggerunkan semasa mencabut nyawa orang yang derhaka akan perintah Allah dan juga orang- orang kafir.

ALAM BARZAKH
Azab Kubur

Alam barzakh adalah masa antara roh itu berpisah dari tubuh sampailah hari akhirat. Barzakh bermaksud meliputi seluruh perkuburan. Tidak semestinya di dalam tanah, tetapi ada juga berkubur di lautan, di dalam perut ikan ataupun binatang buas dan sebagainya.

Tuhan itu Maha Adil. Mereka yang bersalah tetap akan di hukum. Ketika mayat di masukkan ke dalam kubur, maka kubur akan menyambut dengan ucapan “assalamualaikum”. Dan setelah itu ia menyatakan bahawa akulah kuburmu, rumah gelap lagi sempit dan dingin. Di liang lahad di pangkuan engkau berbaring di mana cacing busuk, kemudian menjadi air mala menyerap ke dalam tanah. Di sinilah tulang-tulangmu memutih bertampuk, lapuk dan kemudian akan kembali menjadi tanah.

Bagi orang yang beriman dan beramal soleh, kubur itu di ibaratkan seperti tidur di atas tilam sutera, sedap dan nyaman dan tekanan kubur itu baginya seperti di atas pangkuan ibu. Orang kafir di alam barzakh tida bertempat hanya berkeliaran antara bumi dan langit.

DOA

Amal jariah dapat meringankan penderitaan di akhirat. Pahalanya di bangkitkan sebagai harta yang akan dipergunakan menutupi keperluan- keperluan di akhirat kelak. Semakin banyak amal jariahnya, semakin banyak pula hartanya di sana.
Anak yang solleh, sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan ibunya. Ini adalah wajar sebagai balasan kepada mereka yang membesarkan kita dari di lahirkan sehingga dewasa. Firman Allah: “ Barangsiapa yang berdoa, nescaya akan Aku kabulkan doanya itu. ” Ibubapa yang terbaring di lahad sentiasa menaharapkan doa dari anak- ankanya. Malaikat juga akan turut mengaminkan doa kita.

Sementara bagi orang yang berdosa, mereka ini sangat malang. Taubat mereka tidak di terima oleh Allah. mereka juga tiada tempat dan sentiasa berkeliaran di antara bumi dan langit. Kadang- kadang mereka datang ke rimah anak- anaknya semata- mata mengharap doa dari mereka. Ada juga yang duduk di kubur masing- masing menunggu doa dari orang yang lalu- lalang di situ.

KIAMAT
Tanda- tanda Kiamat

Kaiamat itu hancurnya dunia ini dan ditukarkan dengan alam yang baru. Semua mahkluk yang hidup akan mati dan tiada satu pun yang hidup kecuali Allah. Setelah kesemuanya mati, mereka akan di bangkitkan semula umtuk di hitung amalan mereka selama ini. Di sinilah Allah akan menunjukkan keadilanNya kepada semua mahkluk.

Di antara tanda- tanda kiamat ialah, terjadi perang yang dahsyat antara dua pihak yang bertentangan dan mempunyai kekuasaan yang kuat. Kedua, muncul dajjal. Al-Quran pula hilang di angkat ke langit. Banyak berlaku gempa bumi, fitnah bermaharajalela, banyak juga terjadinya pembunuhan, harta benda banyak bertimbun, orang akan mencintai mati daripada hidup dan akhir sekali terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya.

PERISTIWA KIAMAT

Kiamat itu pastinya akan terjadi. Pada masa itu, gunung- ganang akan hancur berderai. Matahari digulung, langit pecah beterbangan seperti kapas diterbangkan angin. Laut akan panas mendidih, kemudian kering dan bertimbun bintang- bintang di cakerawala akan jatuh ke bumi. Semua itu kan lenyap dalam sekelip mata sahaja. Firman Allah: “ Pada suatu hari di bunyikan serunai sangkakala, maka terkejutlah orang yang dilangit dan di bumi. Kecuali orang yang dikehendaki Allah. Semuanya datang kepada Allah menghinakan diri. ” (an- Naml 87)

Pada hari yang tidak di sangka- sangka, terjadilah kiamat itu secara tiba- tiba. Sangkakala akan berbunyi dan terdengarlah sekalian mahkluk di bumi ini. Semuanya terkejut dan lari bertempiaran tanpa arah tujuan. Seluruh penjuru bumi bergoyang dan memuntahkan isi di dalamnya. Keluarlah asap, membara- bara batunya yang panas, pasir dan magma yang akan menghancurkan semua tumbuhandan juga harta benda.

Pada masa itu, terjadi jugalah hujan daripada pasir, batu dan abu. Gunung- ganang beterbangan seperti kapas. Di ceritakan lagi oleh Allah, matahari itu akan mendekati bumi dan segala system cakerawala tidak lagi berfungsi. Mereka berlanggar sesama sendiri. Demikianlah gambaran pada hari kiamat nanti.

AKHIRAT
Dibangkitkan Dari Kubur

Mahkluk yang mula- mula sekali dihidupkan ialah malaikat Israfil. Malaikat Israfil di perintahkan oleh Allah supaya meniup sangkakala bagi menghidupkan semula mahkluk- mahkluk yang mati tadi. Manusia akan dibangkitkan pada bentuk asal mereka yang sekarang. Di padang yang kering, tidak berair, dan lapang itulah sekalian mahkluk dikumpulkan untuk menerima pembalasan daripada Allah. Para malaikat, di tugaskan untuk mengatur umat manusia. Binatang juga akan dibangkitkan untuk menjadi saksi pada hari tersebut. Binatang- binatang yang teraniaya, akan menuntut balasan mereka.

Manusia akan dibangkitkan seperti Nabi Adam, kejadian manusia yang pertama iaitu setinggi 60 hasta. Semuanya berusia dalam lingkungan 30-an. Semasa manusia di bangkitkan, bentuk tubuh mereka berbeza- beza, bergantung pada amalan mereka di bumi. Para Nabi dibangkitkan dari kubur dengan berpakaian sutera, iaitu pakaian yang paling indah yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagi para syuhada, meeka bangkit dengan pakaian yang berdarah. Darah yang ada pada baju mereka akan berbau wangi dan akan turut menjadi saksi di padang mahsyar nanti.

Mereka yang berbentuk seperti kera itu ialah orang yang suka mengadu domba sesame manusia. Orang yang berbeuntuk babi pula, suka memakan barang yang haram. Orang yang terbalik iaitu kaki di atas kepala di bawah adalah kerana memakan riba. Bagi yang buta, orang itu adalah zalim dalam menjatuhkan hukuman, dan yang tuli mereka ini orang yang melihat dirinya itu Berlebih- lebihan. Ada juga orang yang memamah lidahnya sendiri, ini kerana mereka sering menyakiti orang sekampung. Orang yang disula dan juga orang yang busuk juga ada di padang mahsyar nanti.

SYAFAAT

Antara syafaat yang akan diberikan oleh Rasullulah ialah:

Pertama – di waktu melenyapkan panas matahari. Panas yang membakar dan penderitaan yang tak terhingga.

Kedua – terdapat di mizan iaitu ketika ditimbang antara dosa dan pahala. Kalau dosanya lebih berat maka daun neraca itu ditambah Nabi Muhammad s.a.w sehingga beratnya seimbang.

Ketiga – syafaat Nabi s.a.w terdapat di waktu meniti titian Siratul Mustakim. Barangsiapa umutnya yang terjatuh ke dalam neraka itu maka disyafaatkan oleh Nabi s.a.w.


ORANG KAFIR

Tuhan memerintahkan supaya mereka dipisahkan antara yang beriman dengan yang kafir. Orang- orang kafir ini akan dicampakkan ke dalam neraka. Mereka semua ketakutan, menggigil mendengar ngauman neraka tersebut. Ketika mereka itu dihalau masuk ke dalam neraka, maka mereka itu enggan, takut melihat api yang bernyala- nyala. Bunyi gemuruh asap berkepul- kepul dan apinya kuning bercabang tiga. Mereka meniarap ke bumi, berpegang kuat pada batukerana enggan dan takut. Oleh kerana itulah mereka diseret, ditendang dan ada pula yang dilamparkan ke dalam api yang menjulang.

MELIHAT TUHAN

Semasa di dunia tidak ada seorang pun yang dapat melihat Allah, malah para Nabi dan juga Rasul tidak dapat melihatNya. Setelah minum dam mandi di dalam haudh, nabi- nabi itu maka Tuhan turun dari Arasy. Dia menampakkan diriNya yang dapat dilihat oleh semua manusia. Sekalian yang berada di akhirat akan dapat melihat wajah Tuhan. Allah akan membalas dengan pandangan kasih sayang. Semua orang akan dilihatNya.

Mulanya Tuhan ditutupi oleh satu tutupan yang disebut sebagai ‘saqi’. Setelah disingkap ‘saqi’ tersebut maka kelihatanlah bentuk Tuhan yang sesungguhnya. KataNya: Akulah Tuhanmu. Semasa melihat Allah buat pertama kalinya, semua orang akan berdiam diri kecuali para nabi. Allah akan melihat satu persatu wajah yang mangandung cinta kasih.


PENUTUP DAN KESIMPULAN

Dari Tuhan kita datang dan kepadaNyalah kita kembali. Allah s.w.t telah berjanji kepada hambaNya yang taat dan tidak mengingkari perintahNya akan mendapat ganjaran yang tidak perlu di ragui lagi, iaitu Jannatul Firdaus. Syurga ini di khaskan untuk orang- orang yang beramal soleh.

Pintu taubat masih terbuka bagi mereka yang ingin bertaubat segeralah bertaubat senbelum datangnya kiamat yang pertama iaitu kematian. Bila nyawa telah berpisah dari badan, taubat tidak berguna lagi. Orang- orang kafir akn menjadi bakaran api neraka untuk selama- lamanya. Oleh itu, insaflah sebelum tibanya hari penyesalan. Bermacam seksaan yang di terima orang kafir bermula dari dalam kubur lagi hinggalah ke hari akhirat.

Dunia ini telah terlalu tua usianya dan telah terlihat pula beberapa tanda- tanda bahawa kiamat semakin hampir. Dunia sentiasa berperang dan manusia berlumba- lumba mengumpul harta. Harta dunia tidak penting. Dari itu, sedarlah kebesaran Tuhan dan sentiasalah memohon petunjukNya ke jalan yang benar. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang beriman.

Akhir sekali, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda dan seluruh umat muslimin dan muslimat.

No comments: