Thursday, April 16, 2009

Memerangi Hawa Nafsu

Oleh: Norbadriah Binti Darul Ikhsan

Nafsu membawa maksud keinginan yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Nafsu boleh mendorong umat manusia terjebak dalam pelbagai gejala-gejala tidak sihat yang membawa kepada kehancuran umat Islam khususnya. Nafsu menyebebkan manusia kurang kesabaran dan secara tidak langsung wujudnya perkara-perkara yang tidak diingini. Nafsu manusia tebahagi kepada beberapa jenis-jenisnya iaitu nafsu makan, nafsu tidur, Nafsu syawat, nafsu seks, dan lain-lain. Kebisaannya nafsu setiap individu adalah berlainan tahapnya dan cara-cara memeranginya.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:“Perangilah diri kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti pahala pejuang di jalan Allah, dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih digemari kepada Allah selain dari berlapar dan dahaga. ”

Dapatlah dilihat betapa pentingnya memerangi hawa nafsu dan betapa kita disayangi Allah s.w.t. jika kita berjaya memerangi hawa nafsu dengan cara berlapar. Oleh kerana nafsu itu mendatangkan banyak keburukan maka hendaklah kita menjauhinya secara tidak langsung kita memeranginya dan mendapat keredhan dari Allah s.w.t. Banyak perkara-perkara seperti kecurangan, kemungkaran, dan keburukan adalah hasil dari membiarkan diri mengikut telunjuk hawa nafsu. Di dalam tajuk ini banyak dapat dipelajari dan teladan yang menjadi pedoman untuk semua umat manusia.

Kelebihan Berlapar
Sepotong hadis yang panjang dari riwayat Usamah bin Zaid dan Abu Hurairah telah menyebutkan tentang kelebihan berlapar iaitu:“Manusia yang paling hampir kepada Allah s.w.t di hari qiamat ialah siapa yang lama berlapar dan dahaga serta berduka di dalam dunia, mereka ialah golongan yang dialu-alukan oleh Allah s.w.t. dan bertaqwa yang apabila dilihat tidak dikenali dan apabila hilang tidak dirasai hilang, bumi mengenal mereka dan para malaikat langit mengelilingi mereka.

Orang lain merasa nikmat dunia, tetapi mereka merasai nikmat mematuhi Allah s.w.t. Orang lain berhamparkan hamparan yang lembut empuk, tetapi mereka berhamparkan dahi dan lutut. Orang lain kehilangan perbuatan dan tingkah laku para nabi, tetapi mereka menjaga dan memeliharanya. Bumi menangis jika kehilangan mereka, Tuhan maha perkasa marah kepada setiap negeri yang tidak terdapat seorang pun dari mereka. Mereka tidak berminat kepada dunia seperti anjing menikmati bangkai. Mereka memakan sedikit makanan dan mereka memakai pakaian yang buruk lapuk. Orang-orang melihat mereka dan menyangka mereka berpenyakit, sedangkan mereka tidak menghidap sebarang penyakit.

Orang-orang menuduh mereka sudah dirasuk dan kehilangan akal sedangkan akal mereka tetap siuman, dan mereka memandang dengan hati akan perbuatan Allah menjauhkan mereka dari orang-orang yang mengejar dunia kerana bagi mereka orang-orang yang mengejar dunia adalah berjalan tanpa akal, sedangkan mereka sangat berakal ketika orang-orang lain itu kehilangan akal. Mereka mempunyai kedudukan yang mulia di akhirat, wahai Usamah! Jika engkau melihat mereka di sebuah negeri maka ketahuilah bahawa aman dan tenteram akan dinikmati oleh penduduk negeri itu, dan Allah tidak menyiksa kaum yang mereka ada di tengah-tengahnya, dengan mereka bumi menjadi gembira, maka Maha Perkasa meredhai akan mereka, jadikanlah mereka sebagai saudara-saudaramu semoga dengan mereka engkau terselamat, dan jika engkau berdaya sewaktu tiba ajalmu ketika perutmu sedang lapar dan hatimu dehaga maka berbuatlah demikian. Dengan itu engkau akan berada di kedudukan yang mulia dan bertempat bersama-sama para nabi, dan para malaikat merasa gembira dengan kedatangan rohmu dan Yang Maha Perkasa berselawat ke atasmu. ”

Dapat di lihat bahawa orang yang berlapar diangakat mulia disisi Allah s.w.t. Selain itu berlapar dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang berpunca dari makanan. Apabila berlapar manusia dapat berbuat ibadat kepada-Nya dengan lebih khusyuk. Dari sudut kesihatan dengan berlapar kita akan lebih sihat, ini kerana kita dapat mengelak dari mengambil makanan secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat mengurangkanjumlah lemak jahat dalam badan yang boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya. Justeru itu berlapar adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan.

Terdapat beberapa kebaikan berlapar antaranya adalah:

Pertama: Dapat menjaga kejernihan hati, menyalakan bakat, dan menajamkan pemikiran.

Kedua: Hati jadi lebih lembut dan jernih yang mana kedua-duanya hati menjadi bersedia untuk menganggap nikmat bermunajat dan terpengaruh dengan zikir.

Ketiga: Dapat memecahkan dan menundukan nafsu serta kehilangan perasaan bangga dankegembiraan berlebihan yang menjadi sumber kejahatan dan kelalaian dari mengingati Allah s.w.tKeempat: Mengelak dari seseorang itu melupakan setiap dugaan dan siksaan Allah serta melupakan orang-orang yang mengalaminya.

Kelima: Merupakan kebaikan terbesar iaitu memecahkan semua nafsu syawat yang mendorong supaya melakukan maksiat dan menguasai nafsu yang menyuruh melakukan kejahatan.

Keenam: Menjauhkan dari tidur berlebihan dan sentiasa berjaga malam bagi melaksankan ibadat sunat.

Ketujuh: Dapat lebih memudahkan bertekun untuk beribadat.

Kelapan: Mencegah dari penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan.

Kesembilan: Ringan bekalan makanan. Siapa yang biasa dengan memakan sedikit memadailah baginya membawa wang sedikit sahaja.

Keburukan Kekenyangan

Keburukan kekenyangan adalah apabila dalam keadaan perut kenyang manusia tedorong untuk menjadi malas. Ketika manusia itu berada dalam keadaan kekenyangan maka akan terdorong oleh nafsunya untuk berehat-rehat, secara tidak sedar nafsu terdorong untuk tidur dan jadilah manusia itu berada dalam kerugian.

Sesungguhnya Allah s.w.t membenci orang-orang kekenyangan, lebih rehat dan lebih tidur. Kekenyangan membutakan hati, menyebabkan kebodohan, dan bisa melumpuhkan daya penghafalan. Selain itu, hati menjadi keras dan payah untuk berzikir. Akibat dari kekenyangan manusia menjadi lalai dan menjadi sentiasa bermegah-megah dengan hiasan dunia. Apabila manusia lalai maka meraka tidak pernah bersyukur di atas nikmat yang dinikmati sekaligus lupa akan setiap dugaan dari Allah s.w.t. dan seksaan-Nya.

Pernah dipetik dari satu kata-kata bahawa perut dan kemaluan itu adalah salah satu dari pintu-pintu neraka dan puncanya ialah kekenyangan. Sesungguhnya sumber segala maksiat ialah nafsu syawat dan tenaga kekuatan. Bahan tenaga kekuatan dan syawat tentulah terdiri dari makanan-makanan. Keburukan kenyang dapat dilihat dari segi nafsu bercakap. Tenaga dari makanan mendorong seseorang untuk banyak bercakap dan menjurus kepada percakapan seperti mencarut, mencerca, mendusta, fitnah, mengumpat, dan sebagainya.

Kejahatan lidah manusia itu akan menyebabkannya memasuki neraka sambil merangakak. Cara Melawan Hawa NafsuTerdapat pelbagai cara untuk melawan hawa nafsu antaranya beransur-ansur mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Pada kebiasaannya individu yang biasa makan dengan kuantiti yang banyak dan tiba-tiba ingin mengurangkan kuatiti makanan secara drastik agaklah membebankan, tetapi jika individu itu ingin berubah adalah lebih baik dengan cara beransur-ansur. Contohnya jika individu itu biasa makan sepinggannasi pada waktu tengah hari dia hendaklah beransur-ansur mengurangkan jumlah itu sedikit.

Dia hendaklah mengurangkan ¾ dari jumlah yang biasa diambilnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan hari demi hari supaya perut dapat dibiasakan dengan perubahan yang dilakukan. Selain itu, cara lain melawan nafsu adalah dengan memperbanyakkan amalan ibadatkepada Allah s.w.t. Nafsu hanya akan tumpas jika seseorang itu berdedikasi dengan setiap amalan yang dilakukannya. Perbanyakkan berzikir, bangun di tengah malam untuk melakukan amalan sunat, bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain disamping amalan yang wajib. Cara lain melawan nafsu adalah dengan perbanyakkan aktiviti-aktiviti riadah.

Apabila kitamelakukan pelbagai aktiviti seperti senaman, berbasikal, dan lain-lain ini dapat mengelakdari tertunduk kepada nafsu untuk makan dan melakukan perkara yang dilarang. Nafsudapat dilawan jika kita mempunyai keazaman yang kuat untuk mengelakkannya. Berlapar Dan KeistimewaannyaAmatlah diketahui bahawa Allah s.w.t. suka hambanya yang hidup dalam kesederhanaandan membenci keterlaluan. Sesungguhnya kita haruslah memahami konsep berlapar itu sendiri, janganlah keterlaluan berlapar sehingga menghukum diri sendiri. Makanlah sekadaruntuk mengalas perut kerana tujuan seseorang itu makan ialah untuk menyambung hidup dan agar kuat beribadat. Perut yang berat boleh mencegah seseorang itu melakukan ibadat, sementara kepedihan berlapar pula boleh menggugat hati dan mencegahnya dari menumpu bulat kepada ibadat. Keistimewaannya adalah selagi seseorang itu tidak merasa lapar dan tidak merasa kenyang, mudahlah baginya melakukan ibadat dan berfikir serta ringan bergerak, dan dengan keringanan bergerak itu kuatlah ia bekerja dan beramal.

Oleh kerana kebanyakkan keadaan nafsu itu adalah rakus, keinginan syawat, liar dan tidak gemar beribadat, maka yang paling baik bagi seseorang ialah berlapar yang manadidalam banyak hal ia akan merasa kepedihannya dan nafsunya dapat dipecahkan. Maksudnya ialah nafsu itu pecah hingga menjadi sederhana dan seterusnya selepas itudi dalam makanan juga ia berkeadaan sederhana.

Mengenai Nafsu Seks

Nafsu syawat persetubuhan menguasai manusia kerana dua faedah iaitu:Pertama: Manusia dapat mengetahui akan kenikmatannya dan seterusnya dengan kenikmatan persetubuhan itu ia dapat pula mengukur kenikmatan diakhirat. Kedua: Mengekalkan keturunan.

Di sebalik nikmat nafsu seks ini ia tetap mengandungi bahaya-bahaya yang boleh memusnahkan agama dan dunia jika tidak dikawal, tidak ditundukkan dan tidak dikembalikan ke batas kesedehanaan.

Sesetengah pihak mengatakan bahawa syaitan telah berkata kepada wanita;“Engkau adalah separuh daripada tenteraku, engkau adalah anak panahku yang aku lepaskan dan tepat kena pada sasarannya, engkau adalah tempat menyimpan rahsiaku dan engkau adalah suruhanku bagi menunaikan hajatku. ” Sebenarnya separuh tentera syaitan ialah keinginan syawat dan separuhnya lagi ialah kemarahan. Sebesar-besar keinginan syawat ialah terhadap wanita. Keinginan syawat ini juga ada keterlaluan dan kesederhanaannya. Keinginan syawat yang keterlaluan itu sama ada akan menundukkan akal yang menyebabkan kaum lelaki menumpukan sepenuh minatuntuk berseronok dengan wanita-wanita dan gundik-gundik sehingga mereka menyimpang dari mengikuti jalan menuju ke akhirat atau mereka menundukkan agama sehingga mereka tertarik untuk melakukan perkara-perkara jahat dan buruk.

Kebaikan Memerangi Nafsu

Nafsu syawat seks dan mata adalah yang paling lumrah terdapat di kalangan manusiadan paling sukar ditundukkan ole akal sewaktu ia sedang semarak. Sesungguhnya kelebihan dan pahala yang banyak akan diperolehi andainya perbuatan meninggalkan zina itu dilakukan kerana takutkan Allah semata-mata di samping berupaya melakukannya, tiada sebarang halangan untuk melakukannya dan sebab-sebab untuk melakukannya pun ada dengan mudah terutama sekali apabila keinginan nafsu syawat seks itu benar-benar ada. Inilah yang dikatakan darjat kedudukan golongan Siddiqin. Sebab itulah Rasulullahs.a.w. bersabda:Maksudnya: “Siapa yang bercinta dan menahan nafsu syawatnya serta menyembunyikan perasaannya itu, kemudian dia mati maka dia mati syahid. ”(Riwayat Al-Hakim)Dapatlah kita lihat daripada sabda Rasulullah s.a.w. bahawa betapa mulianya mendapat mati syahid sekiranya kita berjaya menahan nafsu yang menggoda diri.

Nafsu mata juga perlu dijaga kerana mata merupakan punca zina, maka perbuatan memeliharanya adalah amat penting tetapi sukar kerana ia dianggap kecil dan kurang dibimbangi, pada hal semua penyakit dan bahaya berpunca darinya. Pandangan mata yang pertama tanpa tujuan tidak salah, tetapi apabila pandangan itu diulangi maka adalah suatu kesalahan.

Al-‘Alaa’ bin Zaid pernah berkata: “Janganlah pandanganmu mengekori pakaian seorang wanita kerana pandangan mata itu menyemai syawat dalam hati. ”Amat jarang bagi seseorang itu mengulangi memandang wanita dan kanak-kanak remajatanpa sebarang tujuan. Selagi terbayang kecantikan di depan matanya maka tabiatnya akan mendorongnya supaya memandang sekali lagi. Ketika itu hendaklah berikrar kepada dirinya sendiri bahawa perbuatan mengulangi memandangnya lagi dan seterusnya mengakui apa yang dilihatnya itu memang cantik nescaya nafsu syawat akan bangkit danmenyala sedangkan ia tidak berdaya mencapai apa yang diingini oleh syawatnya itu selain daripada merasa kecewa dan hampa. Andainya ia memandang sekali lagi dan merasa buruk pula apa yang dipandangnya itu serta tidak merasa seronok nescaya ia terasa pedih dan luka kerana tujuannya ialah untu berseronok. Dengan itu ia telah melakukan sesuatu yang melukakan hatinya. Di dalam kedua-dua hal ia tidak dapat mengelakkan dirinya dari maksiat dan dari rasa kecewa dan pedih. Andainya ia dapat memelihara matanya nescaya hatinnya akan terselamat dari banyak bahaya dan penyakit walaupun matanya tersalah pandang.

Kesimpulannya kita hendaklah memerangi hawa nafsu kerana ia punca kemusnahanUmat manusia dalam pelbagai cara. Banyak cara yang boleh kita amalkan untuk memerangi hawa nafsu yang mnggoda diri kita asalkan kita bersunguh-sungguh dalam melaksanakannya.

No comments: