Thursday, April 16, 2009

Rahsia Hajarul Aswad Dan Maqam Ibrahim

Oleh: Nurul Nabilah Bt Rosidi

PENDAHULUAN
Perbahasan tentang hajarul aswad mendapat perhatian yang cukup istimewa dalambuku-buku yang menerangkan sunnah nabi, buku-buku yang membahaskan sejarah Mekah dan sebagainya. Ini kerana ia memiliki keutamaan dan keluhuran baik di sisi Allah S.W.T mahupun manusia.

Sayangnya, para ulama’ terdahulu tidak ada yang menulis mengenai hajarul aswad secara tersendiri, terutama hal-hal yang berkaitan dengan manasik dan tempat suci tersebut. Akibatnya ramai kaum muslimin dari kalangan awam yang tidak mengetahui tentang hajarul aswad.

Antara kitab-kitab yang dijadikan rujukan ialah:
a)Al-‘Alam al-Mufrad fi Fadhli al-Hajar al-Aswad- karangan Imam Ibnu
Allan Muhammad Ali bin Muhammad ash-Shiddiqi, wafat pada tahun 1057H.
b)Risalat fi al-Kalam ‘ala al-Hajar al-Aswad- karangan Syeikh Ahmad bin
Ahmad al-Farqawi al-Fayummi al-Maliki wafat pada 1101H. Karya ini
Berbentuk tulisan tangan dan saya memperolehi di perpustakaan al-Haram
Di Makkah al-Mukarramah.

SEJARAH
A)SEJARAH HAJAR ASWAD
Diriwayatkan oleh al-Azraqi mengenai usaha Nabi Ibrahim a.s membina Kaabah yang mulia. Ketika bangunan Kaabah sudah tinggi, Nabi Iamail a.s mendekati sebuah batu yang di gnakan untuk berdiri bagi membantu ayahnya membina rumah Allah itu. Ia memindahkan batu itu ke salah satu sudut dekat Kaabah, lalu terus meletakkan sehingga berdekatan dengan Hajar Aswad.

“Tolong carikan sebuah batu untuk aku. Aku hendak meletakkannya di sini sebagai tanda memulai tawaf” Nabi Ismail a.s pergi mencari batu tersebut tetapi tidak menjumpainya. Pada masa yang sama Jibril a.s telah mendatangi Nabi Ibrahim a.s dan memberikan Hajar Aswad. Sebaik sahaja Nabi Ismail a.s tiba, beliau amat terkejut dan terus bertanya pada ayahnya. Ayahna menjelaskan bahawa Jibril yang menghantarnya.

Setelah zaman Nabi Ibrahim berlalu begitu lama, Kaabah pernah roboh. Maka terjadilah perebutan antara suku Jurhum untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempatnya. Lalu mereka membuat kata sepakat bahawa sesiapa yang pertama kali masuk daripintu Kaabah, maka dia akan diberi kehormatan untuk meletakkan Hajar Aswad itu.

Tiba-tiba muncul Rasulullah s.a.w. Lalu beliau mengambil kain empat segi dan meletakkan batu itu di atasnya. Setiap wakil kabilah memegang setiap bucu kain tersebut. Beliau lalu meletakkan Hajar Aswad di tempat yang di tentukan.

B)PERISTIWA YANG TERJADIPADA HAJAR ASWAD
Pada zaman dahulu terjadi beberapa perkara ke atas Hajar Aswad. Sehingga menyebabkan benda suci itu menjadi retak, pecah dan sebagainya. Tetapi Allah tetap menjaganya dari kehancuran sehingga sampai sekarang tetap abadi. Antara peristiwanya ialah:

a)Pernah terjadi dua kali kebakaran. Yang pertama, pada zaman orang-orang Quraisy sebelum Islam sehingga menyebabkan Hajar Aswad turut terbakar dan menjadi sangat hitam. Yang kedua, pada zaman Islam yakni pada zaman Abdullah bin Zubir r. a.sewaktu ia dikepung oleh a-Hashim bin Numair al-Kindi. Kaabah itu terbakar dan juga Hajar Aswad lalu terbelah menjadi tiga. Abdullah bin Zubair lalu menyambung belahan itu dengan perak. Jadi, dialah orang pertama dalam sejarah yang menyambung Hajar Aswad.

b)Pada zaman khakifah Amirullah Mukminin Harun ar-Rasyid, perak yang terdapat pada Hajar Aswad mengalami penghakisan sehingga hamper tertanggal. Orang ramai merasa khuatir Hajar Aswad sksn rosak. Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid menunaikan ibadah umrah pada tahun 188H, maka ia memerintahkan gabenor Mekah untuk memperbaikinya. Bahagian dari Hajar Aswad yang retak itu dibuat lubang dari atas lalu ditutup dengan intan, setelah itu dilapisi oleh perak. Itulah perak yang ada hingga 240H.

c)Pada tahun 317H terjadi perkara penyerbuan kaum Qaramithah ke Masjidil Haram. Qaramithat tampil sebagai seorang pemimpin kafir yang secara terang-terangan mengajak manusia pada perbuatan zindiq. Namun, pada tahun 293H ia berhasil dibunuh oleh al-Muktafi Billah, salah seorang pemimpin umat Islam dari Dinasti Abbasiyah.
Terdapat juga peristiwa yang terjadi pada 363H, 413H, 990H, dan 1315H.


C)PENGENALAN ATAS HAJAR ASWAD
Hajar Aswad adalah sebuah batu dari syurga, sebagaimana yang akan diterangkan dalam sejumlah hadis Nabi s.a.w. Letaknya yang berada pada Kaabah adalah atas perintah Allah s.w.t terhadap Nabi Ibrahim a.s. Ia menjadi titik awal bagi orang-orang yang hendak menunaikan ibadah tawaf. Dalam beberapa hadis batu ini dinamakan “ar-Ruknu”.

Pada mulanya, Hajar Aswad berwarna sangat putih. Ia bahkan lebih putih dari salji dan susu. Dosa orang-orang musyriklah yang membuatkannya menjadi warna hitam. Panjangnya kira-kira satu hasta(lebih kurang 18inci) berdasarkan sumber dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r. a.

Kedudukan Hajar Aswad yang sebenarnya tertanam di dalam bangunan Kaabah. Yang muncul di permukaan hanyalah bahagian kepala sahaja yang sudah brwarna hitam oleh dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan yang diperbuat oleh orang-orang musyrik.

KEUTAMAAN-KEUTAMAAN HAJAR ASWAD

A)HAJAR ASWAD ADALAH TANGAN ALLAH DI MUKA BUMI
Dari Ibnu Umar r. a. , ia berkata: “Sesungguhnya Hajar Aswad adalah tangan kanan Allah di muka bumi, sehingga hamba-hambaNya dapat berjabat tangan denganNya, seperti seseorang berjabat tangan dengan saudara-saudaranya”

B)HAJAR ASWAD ADALAH BATU MUTIARA DARI SYURGA
Dari Abdullah bin Amr bin al-Ash r. a. , ia berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:Hajar Aswad adalah batu mutiara syurga. Kalaulah Allah tidak menghapuskan cahayanya, nescaya ia akan menerangi dari timur ke barat. ”

C)HAJAR ASWAD BERASAL DARI SYURGA, PADA MULANYA
MEMANCARKAN CAHAYA AGUNG TETAPI KEMUDIAN
DIKEMBALIKAN SEMULA
Dari Ibnu Abbas r. a. , ia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda:Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga. pada asalnya warnanya putih dari susu, kemudian menjadi hitam oleh dosa anak cucu Adam. ”


D)KEMULIAAN HAJAR ASWAD KERANA NABI PERNAH MENCIUMNYA
Nabi Muhammad s.a.w pernah mencium Hajar Aswad ketika beliau melakukan tawaf di Kaabah. Sesiapa yang dapat mencium Hjar Aswad amat berntung kerana secara tidak langsung mulutnya pernah menyentuh pada tempat yang dicium oleh Rasulullah s.a.w. fan mulut para nabi yamh terdahulu. Demikian juga halnya dengan prang yang pernah mengusap tangannya pada batu syurga tersebut. Bagi orang yang berpeluang pergi ke Mekah, peluang untuk mencium Hajar Aswad tidak seharusnya di lepaskan.

E)MENGUSAP HAJAR ASWAD DAPAT LEBURKAN DOSA
Dari Abdullah bin Ubaid bin Umair dari ayahnya berkata: “Sesungguhnya Nabi pernah bersabda:Barangsiapa mengusap batu itu nescaya boleh meleburkan dosa. ”

F)PADA HARI KIAMAT HAJAR ASWAD SEPERTI GUNUNG UHUD DAN BERI PERLINDUNGAN KEPADA ORANG YANG PERNAH MENCIUMNYA
Dari Ibnu Abbas r. a, ia berkata: “Pada hari kiamat nanti, ia akan diperlihatkan seperti gunung uhud. Ia akan memberi kesaksian kepada penghuni dunia yang pernah menciumnya. ”

G)TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
Dari Ibnu Umar r. a. , ia berkata: “Dekat Hajar Aswad terdapat dua malaikat yang akan turut mengaminkan doa orang yang melintasinya. Dekat Hajar Aswad ini memang ada berkah yang tidak terhitung jumlahnya. ”

H)PARA MALAIKAT JUGA BERASAK-ASAK UNTUK MENCIUM HAJAR ASWAD
Sesungguhnya para malaikat juga tidak melepaskan peluang dan berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad sehinggakan terdapat debu-debu yang berterbangan kerana kepakan sayap-sayap mereka.

I)DI HAJAR ASWAD TERTUMPAH BANYAK AIR MATA
Bersumber dari Ibnu Umar r. a, ia berkata:Suatu hari, Nabi s.a.w telah mencium Hajar Aswad. Setelah cukup lama menempelkan bibirnya pada Hajar Aswad sambil menangis, beliau menoleh dan mendapati Umar al-Khattab r. a. juga sedang menangis. Lalu beliau bersabda:”Umar, di sini tertumpah banyak airmata. ”


HUKUM-HUKUM FIQH BERKAITAN HAJAR ASWAD

a)Sunat mencium Hajar Aswad-kerana Rasulullah telah mencium batu tersebut.

b)Sunat mengusap Hajar Aswad ketika memulai Tawaf. -Rasulullah juga mengusap Hajar Aswad saat memulai tawaf dan beliau mempercepatkan jalannya tiga kali dari tujuh pusingan.

c)Sunat bersujud di atas Hajar Aswad dengan mengusap dan menciumnya. -hal ini di lakukan dengan cara meletakkan muka atau dahi pada Hajar Aswad seperti orang sedang bersujud.

d)Sunat mengusap Hajar Aswad sebelum memulai saie antara bukit safa dan marwah-ia menceritakan sifat atau tatacara Nabi sebaik tiba di Kaabah.

e)Sunat mengusap Hajar Aswad tanpa melakukan tawaf. f)Mengusap Hajar Aswad dengan tongkat atau dengan isyarat tangan-sepertimana yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.

g)Sunat mengusap muka dengan tangan setelah dipergunakan mengusap Hajar Aswad.

h)Mengangkat tangan sebagai isyarat ke Hajar Aswad jika tidak mengusapnya-jika tidak dapat mengusap Hajar Aswad, cukuplah dengan mengangkat tangan.

i)Wanita mengusap Hajar Aswad-sebaiknya wanita tidak di galakkan mengusap Hajar Aswad kecuali waktu sepi atau di malam hari. Ini kerana hal itu boleh mengganggu kaum lelaki.

j)Berebut mengusap tanpa mengganggu orang lain

k)Membaca ayat Al-Quran ketika berada dekat Hajar Aswad. -contohnya Allahuakbar.

PENUTUP
Berdasarkan perkara-perkara yang diterangkan, jelaslah bahawa Hajar Aswad itu sebenarnya sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Ia juga merupakan batu yang amat suci dan Allah s.w.t telah menjaganya sejak dahulu lagi. Pada zaman sekarang, Hajar Aswad yang putih seperti salji itu telah bertukar warna akibat dosa-dosa orang musyrik yang menciumnya. Walaubagaimanapun, ia masih di anggap batu yang suci dan mulia. Sesiapa yang dapat mencium atau mengusapnya sememangnya bertuah.

No comments: