Oleh: Mohammad Norhusaini Bin Abdul Jalil
PENDAHULUAN
Persoalan Syura menjadi suatu persoalan yang hangat di kalangan anggota harakah islamiah, khususnya di masa ini. Untuk memberi sumbangan ke arahpemahaman mengenai Syura, kami telah berusaha menterjemahkan dua buah artikal yang di tulis Dr. Hasan Huwady dan Ustaz Sa’id Hawa. Semoga ianya sebagai usaha awal dalam menenengahkan dailog mengenai Syura dalam masyarakat islam di Tanah Air Malaysia ini.
SYURA
Syura didalam kumpulan islam adalah sesuatu yang semula jadi dan suatu sifat yang wajib, di mana tanpanya kumpulan islam kehilangan keaslianya sebagaimana hilangnya salatFirman Allah s.w.t dari surah: (Asy Syura:36-40)Maksudnya:Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hudup didunia;dan yang ada disisi Allah lebih baik dan yang kekel bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakal, dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan yang keji, dan apabila mereka marah, mereka memberi maaf. Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan salat sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.
- Penjelasan di dalam ayat di atas ialah suatu sifat keperibadian orang-orang mukmin yang semula jadi dan tidak munkin ada suatu nas yang lain yang lebih tepat menyeru kepada syura seperti nas di atas. Ini adalah kerana ayat ini memperingatkan bahawasanya tugas orang orang mukmin ialah bermusyawarah sesama orang mukmin, setiap persoalan menyentuh tentang orang adalah bermusyawarah sesama mereka.
FAEDAH-FAEDAH SYURA
Dari segi faedah-faedah Syura banyak memainkan peranan yang diperlukan antaranya seorang
amir, pemimpin atau ulama mahupun pemerintah yang secara ringkasnya merumuskan beberapa
mengenai syura. Berdasarkan kefahaman saya apabila membaca buku ini yang mana terdapatnya
berlaku sepakatan antara ulama suatu ketika dulu yang mana setiap perkara yang diturunkan wahyu
mengenainya tidak harus bagi Rasullah s.a.w mendapatkan musyawarah dari umat.
Al-Hassan al-basri dan ad-adhak pula mengatakan:Bukanlah perintah allah kepada Nabi itu untuk musyawarah kerana diperlukan pandangan mereka tetapi semata-mata untuk mengajar mereka betapa musyawarah itu mempunyai kelebihan dan supaya menjadi contoh kepada umat kemudiannya.
Begitu juga Jumhur Salaf dan khalaf menyatakan ilzamnya (terikat) SYURA bagi khalifah atau amir
dalam satu perkara yang ia nampak haknya dan tidak demikian dengan orang lain.
- Apa-apa nas yang ada dalam nas hadith atau Quran tidak masuk dalam topik Syura, kerana ijtihad tidak boleh berlaku didalam perkara yang jelas dari nas.
- Setiap perkataan dan perbuatan serta persetujuan (taqrir) dari Rasullah s.a.w adalah syariatbagi umat untuk dicontohi, yang mana ikut kefahaman saya selagi tidak ada dalil yang menunjukkan khusus untuknya
- Nas yang boleh membawa kepada beberapa pengertian yang boleh diijtihadkan merupakan perkara-perkara yang boleh di Syurakan. Selain itu juga, apa yang tidak boleh di Syurakan ialah nas-nas qatiei yang mempunyai pengertian yang satu sahaja.
- Khalifah pula merujuk balik kepada pendapat ramai yang mana tidaklah bermakna lazimnyaSyura, ini kerana khalifah itu orang yang sentiasa menerima nasihat dan mengikut sesuatu sesuatu yang dianggap betul.
- Beberapa peristiwa di mana khalifah tetap berpegang kepada pendapatnya walaupun menyalahi fikiran majoriti sudah cukup sebagai kenyataan tidak lazimnya Syura kepada khalifah atau amir.
Dalam membincaangkan soalan lazim atau tidaknya Syura kepada khalifah atau amir dapatlah diasakan kepada beberapa berikut:-
- Disini mengatakan terdapat dua ayat Syura yang mana dalil yang dapat mengatakan ilzamnya Syura itu, malah sebaliknya dalam ayat 159 dari surah al-imran ditujukan kepada nabi Nabi Muhammad s.a.w dimulakan dengan keampunan dan istiqhfar. Bagaimana boleh difahami Rasulullah wajib ilzam dengan pendapat mereka yang memerlukan keampunan dan istiqhfar. Bagaimana boleh difahami Rasullulah wajib ilzam dengan pendapat mereka yang memerlukan keampunan dan istiqhfar Nabi, pada hal Nabi dalam kedudukan yang lebih tinggi dan mereka pula dalam kedudukan yang lebih rendah, secara terang menunjukkan selepas beristisyarah (mengambil pendapat sahabat) Rasul bebas mengambil mana-mana pendapat. Keazaman yang disandarkan pada ayat tersebut semata-mata kepada Rasul tanpa terikat dengan mana-mana pendapat lain. Jelasnya, ayat tersebut walaupun tidak secara tegas boleh difahami tidak ilzamnya Syura, sekuraang-kurangnya tidak menjadi dalil kepada ilzam Syura. Wajib ilzam Syura ini juga tidak pernah menjadi pegangan oleh ulama salaf mahupun khalaf.
- Selain itu juga, dari segi nas dan bahasa tidak ada bukti, adapun dalam ayat surah as-Syura, maka ia tidak lebih dari pujian terhadap mereka yang sellalu melaksanakan Syura, dan mencari kebenaran mereka yang selalu melaksanakan Syura itu dengan ingatan keazaman terakhir terletak kepada pemimpin atau imam.
KENYATAAN YANG TIDAK MENYOKING TIDAK ILTIZAMNYA SYURA ITU
- Perdamaian Hudaybiah-berlaku antara Suhayl bin Umar telah datang kepada Rasullah lalu berkata, silalah tulis satu perjanjian antara kami dan kamu. Maka Rasullah s.a.w menyuruh Ali R. D. Sabdanya:Tulislah: (bismillahirrahmanirahim) lalu berkata Suhayl bin Umar kepada Nabi pun bersabda: tulislah (bismikallahumma) dan katanya lagi :Inilah ape yang telah diperutuskan oleh Muhammad Rasullah. Setelah selesai penulisan perjanjian itu Rasulullah menyuruh para sahabat. ”Bangunlah, sembelihlah korban, kemudian bercukur” maka tiada seorang pun bangun sehinggga 3 kali Nabi berkata, Dan sikap Saidina Umar R. D secara terus terang berkata kepada Rasulullah:”Atas apakah kita memberi kehinaan kepada agama kita. . . . . . . . . . . . Peristiwa yang mashur ini, merupakan suara majoriti malah kesemua telah menyalahi Nabi dalam beberapa tindakan.
- Pertama:Kaum muslimin mahukan ditulis (bismikallahumma). Rasulullah menyuruh ditulis sahaja (bismikallahumma)
- Kedua:Para sahabat tidak menyetujui dikembalikan orang islam kepada kaum musyrikin.
- Ketiga:Rasullah menyuruh mereke menyembelih korban, bercukur dan tidak seorang pun yang bangun.
Ini menjelaskan bahawa peristiwa tersebut menjadi seperti matahari bagaimana pemimpin boleh
mengunakan haknya dalam perkara yang dilihatnya betol walaupun bertentangan dengan pandangan
majoriti. Ini menjadi dalil putus betapa tidak ilzamnya Syura itu kepada Khalifah, atau pemimpin
kerana amalan Rasulullah itu menjadi perundangan.
2. PEPERANGAN UHUD
Apa yang di ingin ditekan di dalam perang uhud Uhud mengambil hujjah ilzamnya Syura dari peristiwa itu, kita lihat disebaliknya, yang mana memperlihatkan betapa bahaya menyalahi pendapat Imam sehingga orang islam ketika itu menghadapi bencana besar, hinggakan para sahabat kesemuanya menyesali atas sikap mereka dan alangkahnya baik jika mereka menyetujui pendapat Rasullah dan tidak keluar dari Madinah, Peristiwa itu sesungguhnya adalah sustu pengajaran dan peringatan sepanjang zaman kepaada mereka yang menyalahi pendapat imam.
Syura ketika peperangan Uhud:
Berlakunya penolakan Rasullah untuk tidak keluar ke Uhud yang mana ketika itu Rasullah sudah bersiap hendak keluar. Kalaulah Rasullah terikat kepada keputusan syura nescaya Rasulullah mengikut pendapat sahabat.
HAKIKAT MAJORITI
Telah sabit menurut nas dab akal, bahawa majoriti bukanya mesti betul. Ayat al-Quran Ada menerangkan tentang hakikat ini yang mencela suara majoriti. Al-Anam:116
Rasulullah telah bersabda tentang suara majoriti ini didalam sabdanya “Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya dalam neraka yang satu. Adapun sangkaan setengah penulis mutakhir yang menganggap hadis menyokong suara majoriti “tidak berkumpul umatku atas kesesatan”untuk menolak cara berdalilkan hadis-hadis itu, mununjukkan ijmak umat tidak berlaku dalam perkara sesat. Demikian pendapat-pendapat ulama. Sedangkan jauh beza antara persepakatan ulama (ijma’)dam majoriti. Dari sini menunjukkan ternyata hadis-hadis tidak boleh dijadikan dalil sesetengahnya yang pemimpin wajib terikat kepada Syura. Maka dalil nas tidak dapat menyokong.
Sementara dalil akli pula menegaskan bahawa majoriti tidak semestinya betol. Majoriti hanya mampumemberikan fikiran dan dalil, samalah halnya semua pengkaji yang mampu berbuat demikian. Jesteru itu kita dapati kemungkinan berlaku golongan manoriti lebih betul dan golongan manoriti lebih betol dan golongan majoriti pula salah. Andai kata, kita menjadikan majoriti sebagai tempat rujukan yang menentukan betol atau salah, seolah kita meletakkan khalifah atau pimpinan itu boleh ditukar dengan alat komputer. Bukankah tugas pemimpin lebih besar dari itu lagi?
Apa yang disimpulkan bahawa menjadikan majoriti sebaagai kebenaran mutlak tidak dapat diterima
oleh akal dan nas. Ia tidak lebih dar bid’ah sistem ciptaan mnusia. Menerima terus suara majoriti tidak
ada dalam catitan Quran dan Sunnah, sahabat dan para tabi’in.
KESIMPULANYA
- Syura adalah suatu daripada kaedah-kaedah islam yang dibawa oleh al-Quran da Hadis. kemudian diikuti pula para Khulafa’ al-Rashidin, yang semestinya pula diikuti oleh setiap“amir”. Perinsip Syura tetap ada. Meninggalkan bererti meninggalkan satu dasar pentadbiran dalam islam
- Syura mempunyai faedah yang besar, iaitu mendapatkan pandangan-pandangan dan memperingatkan pihak kuasa.
- Tidak ada nas dalam al-Quran mahupun sunnah atau amalan Salaf dan juga khalaf yang semestinya
- Nyata menurut nas yang sahih daripada Rasulullah s.a.w dan para Khulafa’ al-Rashidain terdapat peristiwa-peristiwa dimana mereka menyalahi pendapat majoriti.
- Sebagai seorang amir atau penanggung jawab mempunyai kedudukan tiggi dalam islam dimana ia menyalahi pendapat majoriti kalaulah kebenaran berada dipihaknya. Pokoknya ialah
kebenaran itu, bukannya menurut majoriti semata-mata. Kerana ada kala suara manoriti berada
dipihak benar, majoriti pula di jalan yang salah. Pemimpin adalah pentarjih. (Yang memilih antara dua hukum yang berbeza)
- Keluar dari suara majoriti bukanlah menjadi tujuan, sebab kalau boleh sesuatu itu dapat dibuat secara ijmak. Sebab itu peristiwa menyalahi pendapat majoriti ini jarang berlaku. Kerana semuanya dari sumber yang sama iaitu al-Quran dan sunnah. Maka tidak peliklah jika berlaku persamaan pendapat, kerana punca yang sama dan tujuan yang satu.
- Amir walaupun ada hak menyalahi pendapat majoriti, masih terkawal oleh Syariah. Dadanya penuh pendapat, kerana punca yang sama dan tujuan yang satu.
- Islam ingin supaya keputusan itu sentiasa benar dengan meletakkan Syura sebagai jalan. Oleh itu, ia menggalakkan permuafakatan dan supaya tidak berlakunya percanggahan kerana ini boleh membawa kepada ijmak.
Pengakhiran kesimpulan saya, demikianlah islam mahukan kedua-dua muslimhat itu ada dalam syura!Sampai kepada kebenaran (hak) dan penyatuan suara. Tetapi kebenaran lebih di utamakan cari penyatuan suara.
Mudah mudahan Allah menunjuk kita akan kebenaran pada jalan yang betul. . . . amin. . . .
TETAPAN SYURA
Bilakah ianya syura mesti dan bilakah ianya mesti ianya tidak?
- Syura didalam jemaah mestilah diserahkan kepada ahlinya. Bilamana syura telah pun diserah kepada ahlinya, maka pendapat majoriti adalah suatu kemestian kecualilah kalau manoriti itu ingin menyerahkan persoalan kepada kuasa yang lebih tinggi atau kepada suatu kekeuasaan yang lebih luas tetapi lebih rendah daripada haknya yang semestinya samaada yang itu ataupan yang ini. Tetapi majoriti hendaklah mempunyai hak untuk membuat keputusan.
- Dari kata-kata Ustaz Al-Banna, bolehlah difahamkan di mana Al-Akh Al-Amil atau Al-Akh Al-Mujahid kewajipannya mematuhi sepenuhnya dari segi prinsip di mana hak syura itu adalah kepunyaan orang yang lebih tinggi daripada Al-Banna dikenal sebagai Al-Naqib atau Al-Akh Al-Naib dan yang lebih tinggi.
- Namun demikian pimpinan berhak memperluaskan bidang syura sekiranya bidang ini diperluaskan, maka keputusan hendaklah diberi kepada majoriti skop tadi. Malah kalau pimpinan ingin memperluaskan lagi skop syura dalam suatu persoalan kepada ikwah-ikwah Amil pun boleh dilakukan berpandukan dengan cermat kepada peristiwa uhud.
- Namun demikian setiap persoalan yang sudah pun di putuskan oleh kuasa tertinggi dalam jemaah, maka tidak seharusnya dibawa turun kepada kekuasaan yang lebih rendah untuk membuat pandangan terhadap kesan-kesan negatif, atau berhak membincang. Ini boleh diukur dengan cermat dengan apa yang telah dilakukan oleh Saidina Umar r. d di hari Saidina Abu Bakar mencanggahi sebahagian mereka dimana Umar telah mengoyakkan kertas keputusan dan terus ke hadapan Abu Bakar membincangkanya.
- Hendaklah syura itu dikekalkan sebagai sebahagian dari kaedah-kaedah yang dipersetujui sehinggalah kaedah itu dibatalkan atau dipinda. Sekiranya terdapat kaedah-kaedah yang dipersetujui oleh sebuah negeri dengan beberapa negeri yang lain atau diantara (rakyat umum) dam pimpinan sesuatu markas, maka kaedah inilah yang mesti dikuat kuasakan sehingga dimansuhkan. Ini dapat di contohi dengan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada hari Badar di mana baginda telah mengemukakan pendapat dalam bentuk syura malah berulangkali baginda mengemukakan dengan tujuan untuk untuk mendapatkan pendapat kaum Ansar kerana dicurigai kalau-kalau mereka difahamkan bahawa bai’ah pertama mereka dengan Ar-Rasul s.a.w di hari bai’ah Aqabah di mana mereka hanya bertanggungjawab mempertahankan Rasulullah s.a.w atau membantunya sekirana baginda diserang di dalam Madinah. Tetapi bilamana Rasulullah s.a.w diberi sokongan Rasulullah s.a.w diberi sokongan maka Rasulullah s.a.w pun memutuskan supaya berperang.
PENDAPAT DAN PANDANGAN
Sesungguhnya kita sebagai suatu jemaah yang bergerak ke hadapan dari dalam suasana umat islam yang sedang tenat, kita mengharapkan agar ummah ini dapat menegakkan negara antarabangsanya dengan izizn allah, semestinya mencapai sypersoalan ini kerana apa yang telah allah azza wajala dijadikan bahawa as Syura itu adalah diantara ciri-ciri jamaah Muslimah sebagaimana yang disebutkannya baik didalam salat maupun zakat.
Perjalanan ummah islam secara diktatorship adalah suatu yang salah dan tidak munkin dapat diterima di zaman kita ini. Sekiranya jelas bagi kita betapa pentingnya Syura di dalam perjalanan dan pembentukan jemaah, serta betapa pentingnya pula kaedah yang boleh menentukan corak Syura itu, maka kita berkewajipan menerangkan seterusnya akan peri pentingnya ketaatan di dalam jemaah Muslimah. Sesungguhnya kehilangan sifat ta’at dan patuh akan erti mufaraqah (meninggalkan kumpulan islam) itu seperti yang disebut di dalam hadis:
(Sesiapa yang tidak taat dan mufarrakah. . . . . . . . . . . . .)kita mestilah menyelaraskan diantara pengertian taat dan Syura, kerana banyak dikalangan kita yang hanya tahu menyeluruh,
sedangkan mereka lupa hak-hak orang islam di dalam syura. Betapa banyak dari kalangan kita yang terpilih untuk membimbing menuntut agar ditaati sedangkan mereka tidak tahu hak-hak keistimewaan orang lain untuk menyertai syura. Mereka tidak berjaya di dalam memimpin ummah Islamiyyah dan mereka tidak berjaya dalam mana-mana bahagian pentadbiran dalam ummah ini, apatah lagi berjaya memeimpin jemaah Ikhwanul Muslimin di mana-mana. Pembentukan umumnya berdasarkan kepada akhlak-akhlak islam yang sejati bukan dibuat-buat.
Kepada golongan seumpama ini, ingin kita perkatakan:Sesungguhnya kamu tidak akan bertenu didalam perjalanan kamu selain dari satu natijah sahaja, iaitu setiap orang yang menyertai kamu berniat mufarrakah kamu. Sekiranya para fuqaha mazhab Syafie membolehkan seseorang beberapa hal tertentu. . . . . . . . . . apakah saudara nampak orang islam itu boleh bersabar dengan pempinan kamu yang keras, menindas dan berpura-pura dalam suatu masa yang panjang tanpa berniat untuk mufarrakah?Apakah seorang muslim itu mengendalakn perjalanan syura sejak dari awal lagi?Fikiran yang seumpama ini adalah fikiran yang salah awal-awal lagi. Sekiranya syura mesti dihidupkan dan demikian juga ketaantan, maka bagaimanakah kedua duanya boleh dipertemukan?
Kita menegaskan:Sesungguhnya seorang amir yang mentaati syura dari jemaah, akan lahirlah ketaatan setiap anggota dari dalam kepadanya secara otomatik. Sesengguhnya ketaatan syura dan di mana kepimpinan itu tunduk kepada syura telah dipertanggungjawabkan kepada anggota-anggota yang berkeahlian. Setiap ahli syura tunduk, kepada syura itu sendiri dan kaeedah-kaedahnya yang dicetuskan oleh syura itu sendiri. Dengan ini sahajalah tercantumnya dua persoalan iaitu syura dan ketaatan. syura tunduk kepada pimpinan manakala syaf-syaf yang dipimpin tunduk kepada pimpinan yang merupakan perlaksanaan keputusan syura. Kesemua ini sebenarnya adalah tuntutan hukum syara’ dan perlaksanaanya. Perkara ini mempunyai disiplin yang tersendiri yang diketahui ramai di dalam agama kita dan di dalam dakwah kita ialah barisan mujahiddin dan pekerja islam berkewajipan mentaati kerana perlaksanaannya memerlukan kepada ketaatan, kecuali bilamana terdapat kemudharatannya.
Sepertimana yang dinaskan oleh para fuqaha Hanafi yang berkata bahawa mentaati amir tentera adalah wajib kecualilah bila pendapat ramai melihat kemudharatannya, maka ketika itu diambil pendapat ramai.
Suatu perkara yang penting di mana jemaah tidak mesti menyesuaikan diantara ketaatan yang mutlak dan bijak dengan syura tidak mengenepikannya atau menolaknnya, dan tidak seharusnya agama allah ini digendalakan, sekiranya jemaah tidak berjaya berbuat demikian maka kegagalanlah yang akan diperolehinya. Khususnya dalam fasa pembinaan ini.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment