Thursday, April 16, 2009

Pengaruh Barat

Oleh: Afnizan Binti Kasim

Segala puji bagi Allah S.W.T. , pemilik sekalian alam ini. Selawat dan salam ke atas Rasulullah, para sahabat dan pengikutnya yang salih. Syukur Alhamdulillah dengan inayahNya, esei ini dapat disiapkan untuk tatapan semua. Penguruh Barat atau lebih tepat usaha pembaratan adalah anasir yang sangat merbahaya dalam kehidupan masyarakat Islam sejak berzaman. Pada satu peringkat, ada pula masyarakat Islam yang menganggap pembaratan itu sebagai pemodenan. Oleh kerana itu, menurut mereka jika mahukan kemodenan-dalam apa bidang sekalipun maka sekaligus bererti mengikut sepenuhnya apa yang dilakuakn oleh masyarakat Barat.

Pengaruh Barat di beberapa peringkat adalah kukuh kerana sebahagian dari masyarakat Islam terdidik di pusat-pusat pengajian Barat atau di sekolah-sekolah tinggi yang berorientasikan Barat.

Esei ini mendedahkan berbagai kegiatan pembaratn yang telah berjalan sekian lama di kalangan masyarakat Islam. Dengan ini, saya berharap uamt islam seluruhnya dapat meneliti kean-kesan yang merbahaya dalam kehidupan mereka. Semoga dengan itu, kita sama-sama dapat menghayati cara hidup Islam, bersih dari sebarang saduran atau perkara-perkara yang akhirnya merenggangkan hubungan kita semua dengan Khalik.

Saya juga menaruh harapan agar seluruh umat Islam memiliki kesedaran untuk sentiasa berwaspada terhadap setiap inci ancaman dari musuh Islam. Sekian. wabillahitTaufiq…. .

PENDAHULUAN

Saya Afnizan binti Kasim dengan perasaan rendah diri memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menterjemahkan sebuah risalah pembaratan, Cabaran Yang Paling Merbahaya Kepada Umat Islam yang ditulis oleh Anwar Al-Jundi dimana beliau merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh Islam semasa memberi sumbangan kepada negara-negara Islam melalui penulisannya.

Diantara isi penulisan beliau adalah teknik gerakan pembaratan dalam menjalankan Operasi untuk mencapai cita-cita mereka yang diantara lainnya ialah memerangi secara sistematik segala bentuk nilai-nilai yang dianuti oleh umat Islam serta menghancurkan personaliti dan pemikirannya.

Saya berharap agar setiap uamt Islam di Negara ini bersatupadu dan mengambil tindakan yang positif menentang segala aliran fikiran yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam sesuai dengan hasrat dan cita-cita untuk menghayati Islam secara total dalam segenap aspek kehidupan.

Terima kasih juga ditujukan buat pensyarah ctu151 kami, Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah banyak memberikan sokongan kepada kami warga ACD3Az. Juga tak lupa buat sahabat disekeliling kerana telah banyak membantu saya dalam menghasilkan esei ini. Semoga kita sama-sama dapat mempelajari daripada apa yang cuba disampaikan.

Akhir sekali saya memohon kepada Allah s.w.t agar memberkati segala usaha yang telah dilakukan.


HASRAT BARAT YANG TERPENDAM

Terdapat usaha yang amat merbahaya bertujuan untuk menolak pendapat yang mengatakan adanya gerakan pembaratn, penjajahan kebudayaan (al-ghazw al-thaqafi), kegiatan mengasimilasikan pemikiran Islam ke dalam pemikiran asing, dan mendaulatkan pemikiran mendatang.

Usaha tersebut terbahagi kepada dua perkara:

PERTAMA: Pendapat yang mempersoalkan di manakah letaknya institusi yang dikenali sebagai ‘Institusi Pembaratan’ itu? Pada hakikatnya institusi tersebut tidak mempunyai bangunan yang tersergam terpampang dihadapannya papan tanda “Sekolah Yayasan Pembaratan”. Oleh itu persoalan yang ditimbulkan itu adalah satu persolan yang cetek daripada mereka yang mempunyai pandangan yan cetek.

KEDUA: Kebijaksanaan talibarut mereka menyembunyikan taat setianya kepada gerakan itu dan melicinkan mereka memainkan peranan masing-masing untuk memperdayakan manusia.

Berhubung dengan ini terdapat banyak bukti yang dapat menghilangkan segala keraguan bagi sesiapa sahaja yang ingin mencari kebenaran, dan tidak mempunyai sifat serong untuk memadamkan hasrat ingin berbakti kepada pemimpin besar gerakan pembaratan seperti gerakan kebangsaan yang berasaskan kepada ras seperti yang ditulis oleh sarjana gerakan penjajahan kebudayaan.

Pengertian istilah pembaratan, sepertimana yang dapat difahamkan daripada berpuluh takrif iaitu membentuk aliran pemikiran baru, yang betujangkan kepada konsep dan nilai pemikiran Barat, yang bakal menjadi asas penilaian pemikiran dan masyarakat Islam, dengan tujuan mendaulatkan kebudayaan Barat, dan meletakkannya di tempat yang paling tinggi mengatasi segala kebudayaan bangsa-bangsa di dunia, lebih-lebih lagi kebudayaan Islam.

Missionary Kristian dan Orientalis pernah menyatakan bahawa malamat mereka, ialah melahirkan generasi baru yang bukan sahaja sanggup mencemuh segala nilai hidup keislaman, tetapi juga nilai hidup ketimuran, dan berusaha menjauhkan segala cirri-ciri kebudayaan Islam. Usaha tersebut dijalankan melalui surat khabar dan bahan penerbitan lain yang bermutu, dipenuhkan dengan penulisan tokoh kenamaan yang mempunyai gelaran yang mengkagumkan.

ISLAM SISTEM HIDUP YANG DINAMIK

Sesungguhnya tokoh-tokoh gerakan pembaratanlah yang paling banyak merosakkan metode kajian ilmiah yang mengutarakan agar para pengkaji hendaklah sentiasa berwaspada supaya tidk didorong oleh semangat, emosi, dan generalisasi. Oleh kerana kurang kewaspadaan, mereka terjerumus, hingga sukar didapati di antara mereka seorang penulis yang berani memperkatakan sesuatu itu dengan benar dan penuh keinsafan. Penulisan mereka pada umumnya mengandungi cirri-ciri keangkuhan, permusuhan, dengki dan fanatik.

Antara kegiatan yang paling merbahaya pernah dilakukan oleh gerakan pembaratan adalah dengan memperkenalkan aliran pemikiran baru dalam bentuk yang menarik dan ilmiah, sebagai alternatif kepada pemikiran yang sedia ada dengan tujuan mengalihkan pandangan umum yang murni kepada pemikiran baru.

Dalam zaman moden ini penganut Islam masih berkemampuan di dalam bidang intelektual, walaupun kemampuan mereka masih tidak mencapai taraf kemampuan menghadapi musuh di medan peperangan atau medan pertempuran. Keengganan mereka menerima sebarang bentuk pencabulan atas usaha memusnahkan keperibadian Arab-Islam seperti yang telah dibuktikan oleh bangsa Algeria yang berhati waja itu adalah merupakan satu bukti kemampuan tersebut.

Kini intelektual Islam terus menerus berjuang menentang sebarang usaha jahat yang dirancang untuk memesongkan pemikiran Islam sama ada dengan cara mengurang, menokok dan mentafsirkannya mengikut selera individu.

Satu kenyataan yang tidak dapat diragukan ialah terdapat dua bentuk kebudayaan di dalam dunia, iaitu kebudayaan Islam dan bukan Islam, adalah mustahil bagi dua kebudayaan ini dapat bertemu dalam ruang yang sama. Adalah salah bagi mereka menyangkakan bahawa yang dimaksudkan perkataan pembaratn itu memaksa ornag-orang Islam menerima pemikiran Barat. Apa yang dimaksudkan dengan pemikiran Barat adalah, membentuk mentaliti atau sikap yang boleh menghancurkan cita-cita dan pengharapan umat Islam, mengecilkan-ngecilkan pemikiran mereka, menimbulkan kekeliruan, kecacatan dan seterusnya tidak mendorongkan mereka kepada mana-mana aspek pembangunan yang berfaedah daripada buah fikiran orang lain.

Diantaranya ialah dengan menghalang penganut Islam melakukan gerakan atau pembangunan, mencegah mereka bergerak di lar lingkungan bulatan yang tertutup, dan mengarah fikiran mereka supaya berfikir di sekitar kepentingan material yang terpisah daripada aqiqah yang positif dan saling lengkap melengkapi.

Satu kenyataan bahawa kekuatan peribadi kita adalah berpunca daripada system nilai kita sendiri. Apabila kita menyeleweng daripada sistem tersebut maka kita akan kehilangan panduan dan itulah yang menjadi impian kepada gerakan pembaratan, kerana pada ketika itu mereka dapat melaksanakan rancangan yang tersusun dengan kadar yang paling maksima. Besar kemungkinan, di antara kegiatan yang jelas sedang dipergiatkan untuk menghalang dan memusnahkan segala usaha kea rah mencari titik pertemuan di kalangan bangsa-bangsa yang dari sejarahnya mempunyei pemikiran yang sama bersumberkan Al-Quran, Bahasa Arab dan Manhaj Nabi Muhammad bin Abdullah, tetapi mereka mengapi-apikan semangat kedaerahan, perkauman dan menonjolkan konsep-konsep yang menyebabkan perbzaan system nilai, dan terputusnya hubungan antara bangsa-bangsa yang lain.

Diantara gerakan pembaratan yang dianggap amat merbahaya ialah penumpuannya terhadap usaha pemisahan akal dan hati nurani orang Islam, bangsa Arab daripada segala bentuk nilai yang bertunjangkan Tauhid, moral dan keimanan kepada Allah melalui pusat-pusat pendidikan, surat khabar, buku, drama, filem, dan fesyen pakaian yang mengghairahkan.

Dengan demikian institusi-institusi ini bakal melahirkan generasi yang mendukung idea yang mendorong kepada kehancuran, berselindung dibawah semboyan kemajuan dan progresif, bersedia mengikut jejak langkah orientalis missionary dalam kegiatannya memutarbelitkan sejarah Islam, memomokkan konsep dan kebudayaannya, mengecil-ngecilkan peranannya dalam sejarah antara bangsa dan menyerapkan ke dalam jiwa mereka perasaan rendah diri.

Dakwaan gerakan pembaratan yang mengatakan bahawa kebudayaan dan ketamadunan manusia bersifat universal dan pemikirannya bersifat padu, adalah suatu dakwaan palsu yang mempunyai matlamat yang diragukan, iaitu untuk meleburkan pemikiran Arab-Islam, mengasimilasikan dan mencorakkannya mengikut acuan penjajah yang berpengaruh dan menguasai politik antarabangsa.

Gerakan penjajahan kebudayaan pada zaman moden yang menjalankan aktivitinya di dalam dunia Islam sejak penguasaan penjajah Barat, bolehlah disifatkan sebagai lanjutan kepada gerakan memusuhi Islam pada setiap zaman.

Gerakan pembaratan merupakan satu misi yang mempunyai nizam, matlamat, falsafah dan pemimpinan yang mengarahkannya. Ianya merupakan salah satu daripada siri-siri rancangan jangka panjang yang besar dan bertujuan menyokong dan menguatkan lagi kedudukan penjajah. Tujuan ini tidak akan tercapai melainkan dengan perantaraan penjajahan pemikiran dalam menjadikan umat Islam manusia yang berjiwa Barat. Penjajah sedar bahawa pengaruh dan penguasaan mereka ke atas dunia Islam akan berakhir. Jesteru itu perlulah dirancangkan dengan teliti satu rancangan yang dapat menjamin keutuhan pengaruh Islam dikawasan-kawasan yang ditaklukinya.

Tidak kesemua mereka yang ada hubungan dengan Barat dan menganuti fikirannya akan berterusn mempercayainya, kerana kepalsuan penjajahan dan tembelangnya lama kelamaan akan terbuka. Sejarah akan membuktikan bahawa disana ada penipuan yang berselindung disebalik ungkapan yang baik dan slogan yang mengatakan bahawa penjajahan adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada rakyat dan memodenkan kehidupan mereka, disamping menyeru kepada kebebasan, persahabatan, persamaan, dan sebagainya. Tetapi beberapa ketika kemudian itu berlakulah peristiwa-peristiwa yang membuktikan fanatiknya orang Barat, niat jahat mereka dan tujuan mereka melaksanakan dasar kolonialnya dengan menggunakan kekerasan.

ANTI NILAI ISLAM

Penjajah dan kuasa asing sedar bahawa untuk menguasai secara mutlak ke atas sesuatu umat adalah suatu perkara yang mustahil, justeru tiap-tiap umat mempunyai sifat-sifat keperibadian yang tersendiri untuk menghakis segala bentuk pnjajahan dan pengaruh asing.

Bagi pemikiran bangsa Arab yang bertunjangkan Islam dan Al-Quran terdapat asas-asas yang kukuh dan mampu menghalangnya daripada memerima dan tunduk kepada penagaruh asing. Jester, usaha hendaklah ditumpukan ke arah memusnahkan tunjang-tunjang tersebut dan mengalihkan pandangan mereka kepada nilai-nilai baru yang mampu meruntuhkan identity dan memaksa mereka membuka peluang kepada pengaruh-pengaruh asing untuk berkembang. Oleh hal yang demikian, penjajahan akan berterusan dalam bentuknya yang baru iaitu penjajahan fikiran.

Lord Cromer menggambarkan tentang taktik yang disusun oleh Perancis, Inggeris dan Belanda di negara Islam, katanya :

“Pemuda-pemuda yang mendapat pendidikan di England dan Eropah terputus hubungn kebudayaan dan kejiwaan negaranya. Pada masa yang sama gagal menjadikan diri mereka sebagai anggota masyarakat kepada Negara yang telah memberikan pendidikan kepada mereka. ” Pada hakikatnya inilah matlamat bagi misi-misi yang melanda Negara kita, samaada dalam bentuk sekolah dan universiti, ataupun pegiriman pelajar-pelajar ke Negara Eropah.

Dari aspek politiknya pula, Negara Barat seperti yang kita sedia maklum cuba memerangi Negara Timur dengan mengirimkan pakar-pakar, missionary, orientalis, arkeologis, wartawan-wartawan dan seterusnya membangunkan yayasan-yayasan yang tersergam di seluruh ibu kota Negara Islam dengan tujuan menyebarkan kebudayaan mereka kepada penduduk setempat. Pengaruh kebudayaan mereka itu mula bertapak dan mendapat tempat di sekolah-sekolah, universiti, akhbar, pusat-pusat kebudayaan, institusi pengajian, perubatan dan sebagainya.

Dalam bidang sastera pula samaada yang berbentuk novel atau cerpen diselitkan ke dalamnya pemikiran-pemikiran moden (yang berteraskan kebudayaan barat). Dalam bidang persekolahan disediakan buku-buku bacaan yang bertujuan merendah-rendahkan taraf dan sejarah umat kita, jesteru itu pemikiran geneasi baru telah dilanda dan dipengaruhi oleh arus pemikiran yang mana tujuan utamanya ialah merendahkan nilai-nilai hidup, istimewa agama Islam dan kehidupan kerohanian (yang menjadi teras kehidupan umat).

Matlamat gerakan pembaratan adalah jelas; iaitu menghancurkan personality, merosakkan pemikiran umat dan mencemarkan sumber-sumber kebudayaan.

Sehubungan dengan hal ini, maka lahirlah seruan kearah pembebasan diri daripada sifat-sifat kearaban dan keislaman, dan kedengaran juga slogan-slogan yang menyatakan tentang adanya hubungan Arab dengan kebudayaan Mediterranean dan Mesir sebahagian daripada negara Eopah. Usaha-usaha untuk menghidupkan kembali semangat kebangsaan Firaun, Finiqi dan Assyrian telah muncul di Mesir, Syam dan Iraq. Perasaan ta’assub sebagai orang Islam, Kristian, Arab, Barbarian, Kurdish mulai meluap. Penjajah dengan kerjasama talibarutnya, melalui idea tulisan-tulisan mereka, merupakan batuApi kea rah memarakkan semangat tersebut untuk memecahbelahkan perpaduan umat.

KEMPEN DAN OBJEKTIF GERAKAN

Kempen gerakan ini dijalankan melalui pelbagai cara. Diantaranya yang terpenting
adalah:
- Menonjolkan masalah keturunan Semite dan Aryan dengan bertujuan untuk merendah-rendahkan keturunan Arab.
- Menyerang agama secara umum dan Islam secara khusus dan menganggapkannya sebagai faktor yang menyebabkan kemunduran.
- Mengkritik orang Arab dan Mesir. Mereka masih ketinggalan jauh berbanding dengan bangsa Greek dan Rom.
- Mengingkari sumbangan orang Arab (Islam) kepada tamadun moden.
- Menyeru kea rah hubungn kelompok dan kedaerahan, dan menghidupkan kembali semangat kaum Finiqi (Phoenician) dan Firaun yang telah lapuk.
- Menyeru kepada apa yang dinamakan kebudayaan Mediterranean. Menyebabkan perbezaan dan permusuhan di antara agama-agama dan ras: Barbarian-Arab, Deruz-Muwara mah, Islam-Kristian, Ahli Sunnah dan Syiah.

Untuk mencapai matlamat ini, pendukung gerakan pembaratn telah membentuk berbagai institusi, dan yang paling pentingnya ialah institusi missionary. Institusi ini merupakan suatu institusi yang besar, di mana terdapat banyak juga daripada orang-orang Islam yang telah member kerjsam menbangunkan sekolah-sekolah, hospital-hospital dan kolej-kolej dengan tujuan member pelajaran kepada anak-anak negeri mengikut system yang telah dirancangkan untuk menyisihkan mereka daripada Islam.

Para penyelidik yang insaf seperti Husain Al-Hirawi, Umar Farukh, Syakib Arsalan, Muhibbudin al-Khatib dan Rashid Ridha telah berjaya mendedahkankesalahan orientalis dan niatnya yang jahat. Kegiatan missionary yang tersusun rapi adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif:

- Memberi gambaran yang buruk kepada kebudayaan Islam dan warisan Arab dan
- Islam.
- Merosakkan keistimewaan kehidupan kerohanian yang terdapat di negeri-negeri Arab
- dan Islam.
- Melemahkan semangat dan membentukkan perasaan rendah diri (di kalangan umat
- Islam).
- Meluaskan jurang perbezaan di antara kelompok-kelompok dan mazhab-mazhab serta
- meninbulkan konflik di antara agama-agama.
- Memaksa negara Islam dan umat Arab tunduk di bawah kuasa Imperialis Barat.
- Menyediakan tokoh-tokoh daripada keturunan bangsa Arab yang sanggup menerima
- pengaruh asing tanpa sebarang tentangan.

Melalui pendidikan, gerakan missionary telah Berjaya memalsukan faka sejarah Negara Arab dan Islam, serta Berjaya menikamkan umat Arab dan agana Islam yang dianutinya.

Tumpuan sepenuh tenaga telah diberikan olah gerakan missionary untuk menundukkan Islam kepada aliran-aliran pemikiran Barat, dengan cara melahirkannya dalam bentuk yang tidak lengkap sebagai satu agama yang integrasi yang mana ruang lingkupnya mengandungi aspek aqidah dan sistem sosial.

KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan disini bahawa gerakan pembaratan adalah merupakan satu gerakan yang bertujuan untuk mengubahkan segala pengertian yang dianuti di dunia Arab dan Islam kepada pengertian yang baru dan memisahkan umatnya daripada sejarah dan nilai-nilainya yang murni, di samping berusaha menghancurkan nilai-nilai tersebut dengan meninbulkan keraguan terhadap agama, bahasa, sejarah, idea dan kepercayaan.

No comments: