Thursday, April 16, 2009

Sistem-Sistem Islam Satu Analisis Perbandingan

Oleh: Mohd Shah Aidel Bin Rosli

Sistem kerohanian dalam islam
Asas-asas sistem kerohanian islam. kerohanian bermaksud permasalahan yang menyangkut rasa halus yang terkandung di dalam jiwa dan hati seseorang manusia. yang terbahagi kepada kepada 5 iaitu berteraskan kepada akidah Sahihah, tiada pemisah di antara Roh Dan jasad, Tegak di atas sistem pembinaan yang seimbang, Berkembang daripada lima dasar yang kukuh iaitu Solat, Zakat, Puasa, Haji, Jihad, Bebas dari segala jenis takaluf(sikap yang berlebih-lebihan)Teras sistem kerohanian islamTerbahagi kepada 3, Taqarrub(usaha untuk mendekatkan diri kepada allah)dalam bahagian ini pula terbahagi kepada 3Qiamullail, Tilawatul al-quran dan Zikir.

Muraqabah(selalu berawas dan berjaga-jaga) dan Istiqamah. Unsur-unsur Kekuatan Rohani. Dalam bahagian ini pula terbahagi kepada 3 bahagian dan di pecahkan mingikut bahagian-bahagian tertentu. mengenal jiwa dan tahu memeliharanya. Bahagian ini mengandungi 3 pecahan iaitu Nafsu amarah, Nafsu lawwamah dan Nafsu Mutmainnah dan seterusnya mengenal bahan-bahan santapan jiwa dan Mengenal musuh-musuh jiwa yang Bersih. Penyakit-penyakit Rohani dan Proses Pengislahannya.

Jenis-jinis penyakit rohani dan proses pengislahan jiwa-jiwa yang berpenyakit diberikan perhatianyang berat agar dengan penekanan tersebut seorang muslim dapat mengenali penyakit-penyakitrohani dan cara-cara mengubatinya. Dalam bahagian ini terbahagi kepada 2 bahagian dan di pecahkan mengikut bahagian-bahagian tertentu. Jenis-jenis penyakit, Penyakit Batin dan Penyakit Zahir.

Proses Pengislahan. Proses ini perlu menjalani tehap-tahap berikut; Tindakan-tindakan Pencegahan, Menghisap Diri dan Mengenal Penyakit, Taubat dan Memberbaiki Diri, Memohon Doa dan Mencari Mau’izahtul Hasanah.

Sistem Akhlak Dalam Islam

Pengertian Akhlak Menurut Islam
Akhlak dari segi bahasa bererti sifat atau tabiat. Menurut istilah pula sebagai sifat yang bersemadi dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut perbuatan baik atau buruk. Teras-teras Ahklak Islam. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;Ikhlas, Benar(as-sidq), dan Sabar(as-sabr).

Najitah-natijah Teras Akhlak Terhadap Kerohanian Mukmin.
Benar dam bahagian terbahagi kepada sepuluh;Benar dalam ikhlas kepada allah, Benar dalam cinta kepada Allah, Benar dalam takut kepada Allah, Benar dalam warak kepada Allah, Benar dalam tawakal kepada Allah, Benar dalam Haya`(malu) kepada Allah, Benar dalam mensyukuri nikmat Allah, Benar dalam zuhud kepada Allah, Benar dalam Rehda Terhadap Allah dan Benar dalam bertaubat kepada Allah.

Sabar pula terbahagi kepada lima; Sabar dalam melaksanakan kewajipan, Sabar terhadap semua larangan Allah, Sabar dalam mengerjakan amal-amal Sunnat, Sabar dalam menerima Kebenaran dan Sabar dalam menghadapi ujian dan kesulitan.

Faktor-faktor merosakan ahlak ialah unsur-unsur dalaman insan iaitu; Al-Ajzu (lemah jiwa), Al-Huzn (dukacita), Al-Khauf(takut dan cemas), Pengaruh Rakan dan Masyarakat dan Kesan-kesan pendidikan dan Pendedahan.

Cara-cara Memperbaiki dan Meningkatkan Ahklak; Meningkatkan ilmu untuk mengenal jenis-jenis ahklak, Keazaman yang tinggi, Membiasakan diri dengan kebaikan, Bergaul dengan ahli ibadah dan menjauhkan diri daripada ahli maksiat dan Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat.

Sistem Politik Dalam Islam
Politik adalah 'ilmu pemerintahan atau 'ilmu siyasah, iaitu 'ilmu tata negara. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong. " (AI Isra': 80)Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"

Dalam bab ini, banyak menerangkan tentang cara-cara politik dalam islam. Asas-asas Sistem politik menurut islam iaitu hakimiyyah Illahiyah(pengadilan). sistem politik ini bermaksud pengasilan atau memberi kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik islam hanya hak mutlak Allah. Asas-asas seterusnya iailah Risalah iaini jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh islam sebagai Sunnah al-Huda atau jalan-jalan hidayah. Risalah bererti bahawa kerasulan beberpa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hinggan Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik islam. Asas-asas seterusnya ialah Khilafah bererti perwakilan. Ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ini sebagai wakil Allah.

Seterusnya terdapat prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam. terdiri daripada Musyuwarah. Adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang-orang yang menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah.
Selain itu Keadilan juga adalah merupakan prinsip dalam sistem politik islam. Ini adalah menyangkut dengan keadilan sosial yang dijamin oelh sistem sosial dan sistem ekonomi islam.

Prinsip yang ketiga pula adalah Kebebasan. Kebebasan yang di pelihara oleh sistem politik islam adalah kebebasan yang berlandaskan kepada makruf dan kebajikan.

Prinsip yang setusnya ialah Persamaan atau Musawah. Persamaan disini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat.

Prinsip yang seterusnya ialah Hak Menghisap Pihak Pemerintah. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.

Seterusnya Tujuan Politik menurut Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat islam.

Sistem Hukuman Jenayah dalam Islam.

HUKUM HUDUD
1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.
2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt. Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.

b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.

g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.

HUKUMAN QISAS

1. Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah hukumannya di dalam Quran dan hadis yang wajib dikenakan ke atas penjenayah yang sabit kesalahannya di dalam mahkamah.

2. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. membunuh dibalas dengan bunuh(nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

3. Kesalahan-kesalahan yang wajib kena hukm qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

4. Hukum membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan di balas bunuh. Firman Allah swt:-

Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh. -Surah Baqarah 178.

5. Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi. Firman Allah Taala:-

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka jga melepaskan hak membalsnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - Surah Al- Maidah 4



HUKUMAN TA'ZIR

1. Hukuman Tazir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjinayah-penjinayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman tazir dalam qanun jinayah syariyah adalah hukuman yang tiak ditentukan dan ditetapkan Allah kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran dan Hadis.

2. Hukuman tazir adalah hukukuman dera ke atas penjinayah-penjinayah yan telah sabit kesalahannya dalam makamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah itu tidak termasuk dibawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

3. Jenis atau kadar serta bentuk hukuman tazir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah itu, keana hukuman tazir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjinayah-penjinayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi-bukan untuk menyiksa mereka.

PERLAKSANAAN HUKUM SYARIAH ALLAH

Perlaksanaan Hukum Hudud, Qisas, Diyat dan Tazir terdapat perbezaan di antara Hukuman-hukuman tersebut:-

i) Kesalahan yang dijatuhkan hukuman hudud dan qisas, hakim tidak mempunyai pilihan untuk menentukan dan menetapkan hukuman hudud dan qisas itu, kerana hukuman tersebut telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya di dalam Quran dan hadis.

ii) Seseorang yang telah disabitkan kesalahannya dalam mahkamah melakukan jinayah syariyah yang wajib di jatuhkan hukuman hudud atau qisas, hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hanya mengikut apa yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebutkan di dalam Quran dan hadisnya tanpa pindaan.

Misalan-misalan:-

Seseorang yag dituduh mencuri dan telah dihadapkan ke mahkamah, maka dalam kes ini, apabila hakim telah berpuashati dan tidak timbul sesuatu keraguan bahawa orang yang dituduh mencuri itu telah sabit kesalahannya dengan adanya salah satu dari bukti-bukti yang dikehendaki dan yang diperlukan oleh syara, maka hakim tidak ada pilihan lain hanya menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri.

(Surah al-Maidah: 38, riwayat Bukhari di dalam bab Hudud 12/96, riwayat muslim di dalam bab Hudud 3/1312, riwayat Malik di dalam al-Muwatta 2/831, al-Um: 6/138, Mughni al-Muhtaj 4/178)

b) Seseorang yang dituduh membunuh orang lain dengan sengaja dan telah dihadapkan ke mahkamah, apabila hakim telah berpuashati dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul dipihak hakim bahawa orang yang dituduh itu telah sabit kesalahannya membunuh orang lain dengan sengaja dengan adanya dua orang saksi lelaki yang adil, hamik hendaklah menjatuhkan hukuman bunuh(mati) ke atas sipembunuh itu sebagai hukuman qisas, iaitu nyawa dibalas dengan nyawa. - Surah 178-179, Surah al-Maidah 45)

c)Seseorang yang dituduh dan di dakwa melakukan perzinaan dan telah dihadapkan ke mahkamah, maka dalam kes ini, apabila hakim telah berpuas hati dan tidak timbul sesuatu keraguan bahawa orang yang dituduh dan yang di dakwa itu telah sabit kesalahannya berzina dengan disaksikan oleh empat orang saksi lelaki yang adil, atau dengan iqrar(pengakuan) dari orang yang melakukan perzinaan itu sendiri, atau di dapati qarinah yang menunjukkan berlaku perzinaan itu, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, atau disebat seratus kali sebat dan rejam. (Surah an-nur: 2, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari riwayat Ubadah b al-Somit di dalam kitab al-Hudud 3/1316)

2)Hukuman qisas dan hudud terdapat sedikit perbezaan diantara kedua-dua hukuman tersebut:-

a) Hukuman qisas hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman itu ke atas penjinayah, jika mangsanya atau waris mangnya itu memaafkan penjinayah tadi. Dalam kes ini hakim hanya boleh menjatuhkan hukuman diyat ke ats penjinayah itu.

b) Hukuman hudud hakim wajib menjatuhkan hukuman itu ke atas penjinayah walalpun mereka dimaafkan oleh mangnya atau waris mangsanya, kerana hukuman hudud itu wajib dikenakan diats kesalahn-kesalahan yang menglibatkan hak Allah atau hak orang ramai.

c) Hukuman qisas adalah wajib dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak orang perseorangan, dimana orang-orang yang mempunyai hak itu boleh menuntut dan meminta kepada hakim supaya pinjinayah tadi dijatuhkan hukuman qisas atau memaafkannya.

Hukuman hudud dan qisas wajib dilaksanakan dan dijatuhkan hukumannya ke atas penjinayah yang melakukan kealahan-kesalahan yang didakwa dibawah kes hudud dan qisas dan telah disabitkan kesalahannya di dalam mahkamah dengan bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang dikehendaki oleh syara yang tidak menimbulkan sesuatu keraguan di pihak hakim.

e) Hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengampunkan meringankan atau mengugurkan hukuman hudud dan qisas, kecuali dalam hukuman qisas dimana orang yang mempunayi hak boleh memaafkan penjinayah itu, atau menunutut bayaran diyat. -surah al-baqarah 178.

f) Hakim apabila hendak mensabitkan kesalahan-kesalahn dalam hukuman hudud dan qisas ke atas penjinayah mestilah dengan keterangan-keterangan saksi-saksi atau iqrar(pengakuan) penjinayah itu sendiri dengan syarat-syarat yang tertakluk dibawah sayart-sayart iqrar.

3) Hukuman diayt boleh dikenakan ke atas penjinayah yang tidak membolehkannya dijatuhkan hukuman qisas, aiitu:-

a) Apabila hukuman qisas itu dimaafkan oleh mangsa penjinayah itu atau oleh wali atau waris mereka.

b) Apabila terhalag melaksanakan hukuman qisas kerana sebab-sebab syarie seperti hilang anggota yang akan diqisas tadi, atau anggota tersebut sakit dan sebagainya.

c) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja.

d) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

e) Melakukan atau menghilangkan anggota orang lain kerana tersalah(tidak sangaja).

4. Hukuman tanzir, hakim mempunyai kuasa penuh secara mutalak menetukan dan memilih mana-mana hukuman yang sesuai dan menasabah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjinayah-penjinayah tadi:-

a) Dalam memilih hukuman yang sesuai dan munasabah bagi hukuman tanzir, hakim hendaklah mengambil kira mengenai keadaan hidup serta latar belakang penjinayah itu dan kesalahan yang dilakukannya serta kesan-kesanya kepada masyarakat.

b) Hukuman tanzir, jika kesalahan itu melibatkan hak Allah, maka wajib dijalankan dan dijatuhkan hukuman itu ke atas penjinayah-penjinayah tadi.

c) Adalah dibolehkan bagi hakim memberi keampunan, atau memaafkan, atau memerintahkan hukuman ke tas penjinayah, jika pada pandangan dan pendapat hakim bahawa tindakannya itu memberi kebaikan ke atas penjinayah tadi atau kepada masyarakat umum.

d) Hukuman tanzir yang melibatkan hak orang perseoranan, maka orang yang mempunyai hak itu adalah berhak membuat keputusan, samada ia hendak mengampunkan dan memaafkan penjinayah itu atau menghukum mereka.

e) Hukuman tanzir tidak semestinya untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan penjinayah-penjinayah itu dengan keterangan-keterangan saksi-saksi atau iqrar (pengakuan) penjinayah itu sebagaimana mensabitkan kesalahan-kesalahan dalam hukuman hudud dan qisas.

F) Hukuman tazir boleh dijatuhkan dan dikenakan ke atas kanak-kanak, kerana hukuman tanzir itu adalah bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada peninayah-penjinayah itu - tidak sebagaimana hukuman hudud dan qisas itu hanya wajib dikenakan ke atas itu hanya wajib dikenakan ke atas orang-orang yang sudah baligh sahaja.

g) Hukuman tanzir boleh mengantikan hukuman hudud, jika keterangan tidak memenuhi syarat-syarat untuk membuktikan kesalahan hudud yang membolehkan hukuman hudud itu dijatuhkan dan dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah kerana ke atas penjinayah-penjinayah, kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka, atau kerana yang tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya. atau kerana keterangan yang ada tidak memenuhi syart-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka dalam kes ini yang tertuduh boleh dikenakan hukuman tanzir, dan hakim hendaklah bertindak untuk menjatuhkan hukuman tanzir, jika di dapati keterangan-keterangan yang cukup untuk menghukum penjinayah itu dengan hukuman tanzir itu.

Sistem pengadilan dalam islam

Dalam peradilan Hukum Islam, hanya ada satu hakim yangbertanggung jawab terhadap berbagai kasus pengadilan. Dia memiliki otoritas untuk menjatuhkan keputusan berdasarkan Al-Qur`an dan As-Sunnah. Keputusan-keputusan lain mungkin hanya bersifat menyarankan atau membantu jika diperlukan (yang dilakukan oleh hakim ketua).

Tidak ada sistem dewan juri dalam Islam. Nasib seorang tidak diserahkan kepada tindakan dan prasangka ke-12 orang yang boleh sahaja keliru kerana bukan saksi dalam masalah tersebut dan bahkan mungkin pelaku jenayah itu sendiri!. Hukuman-hukuman dalam Islam hanya boleh dilakukan apabila perbuatan tersebut terbukti 100% secara pasti yang relevan dapat ditemukan (misal ada 4 saksi untuk membuktikan perzinaan) jika masih ada keraguan tentang peristiwa-peristiwa tersebut maka seluruh masalah akandibuang.

Sistem pengadilan dalam islam ini merangkumi urusan-urusan awal Syakhsiyyah atau urusan-urusan munakahat yang merangkumi pekara seperti nikah, pembubaran perkakwinan, nafkah, hadanah, wasiat dan faraid serta waqaf, nazar dan hibah. Selain itu terdapat urusan-urusan maliyyah atau muamalah merangkumi pekara-pekara seperti jual-beli, perwakilan, hajr, perkongsian(partnership), hutang piutang, gadai, sewa serta penggunaan tanah.

Selain itu terdapat juga unsur-unsur sistem pengadilan dalam islam seperti kehakiman yang merangkumi makamah, qadi serta undang-undanga acara makamah. Ia juga merangkumi guaman dan rayuan.

Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Dalam Islam

Pentadbiran dan pengurusan adalh berkaitan dengan pengelolaan dan pengaturan kegiatan manusia menurut sumber-sumber di sekitarnya. dalam islam, pentadbiran dan pengurusan melibatkan perlaksanaan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, pengarahan, penyelarasan, perhubungan, pengawasan serta pengawalan dalam mengunakan tenaga manusia.

Sumber-sumber sistem pentadbiran dan pengurusan dalam islam. terbahagi kepada empat iaitu al-quran, as-sunnah, masyarakat manusia dan peradabannya, dan keperluaan dalam realiti semasa. di dalam al-quran, Allah bersumpah dengan beberapa masa. allah juga menyatakan perihal peredaran matahari dan bulan, bersilih gantinya malam dan siang, serta menekankan agar manusia sentiasa berawas dan berjaga-jaga. didalam as-sunnah pula menerangkan tentang penekanan terhadap masa bahawa setiap mukmin hendaklah mengatur dan mentadbir kehidupanya agar dapat memenuhi segala kewajipan dan tanggungjawab kepada allah.

yang seterusnya ialah masyarakat manusia dan peradabannya. ini juga sebagai sumber sistem pentadbiran dan pengurusan dalam islam daripada pengalaman dan pertumbuhan peradaban serta tamadun manusia. ini juga di kenali sebagai sejarah islam dal pemerintahan Khulafa` ar-Rasyidin memaparkan sejarah tentang pentadbiran yang baik dan maju menurut tahap peradaban pada masa mereka.

seterusnya masyarakt bukan islam. ini juga sebagai ssatu sumber dal sistem pentadbieran dan pengurusan dalam islam. pada zaman rasulullah s.a.w sendiri, baginda telah memanfaatkan pengalaman ummah bukan islam yang sezaman dengan baginda. hal ini termasuklah si antara lain, mengatur barisan tentera dengan bantuan khandaq dan pengunaan mohor negara bagi surat-surat rasmi.

sumber yang seterusnya ialah keperluan dalam realiti semasa. segala pekara yang boleh mengembangkan kemasalahtan manusia yang bersesuaian dan bertepatan dengan syarak.

asas-asas dalam sistem ini terbahagi kepada taqwa, amanah, cekap dan berkesan, dan paling sesuai menurut peredaran zaman. seterusnya terdapat unsur-unsur utama dalam sistem pentadbiran dan pengurusan islam. antaranya ialah konse[pdan dasar pentadbiran yang baik, pemimpin dan pentadbir yang berkemampuan, petugas-petugas yang cekap dan terlatih dan infrastruktur pentadbiran yang baik.
Ruang lingkup Pentadbiran Islam. ini menerangkan seluruh sudut kegiatan manusia yang berlandaskan kepada tauhidullah dan manifestasi kesyumulan islam. ini bermakna, segala bidang kegiatan kehidupan manusia mesti diatur aleh syariat islam.

Penutup
Ternyata sistem-sistem dalam islam merupakan satu garis panduan bagi kita umat manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Selain itu, ia juga merupakan perujuk bagi kita untuk melakukan amalan-amalan yang di berkati oleh Allah s.w.t. Dengan itu, kita sebagai hambanya mestilah menuruti perintahNya. Selain itu, ia juga di guna pakai dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Dengan adanya sistem-sistem dalam islam ini ia dapat memajukan sesebuah negara.

No comments: