Thursday, April 16, 2009

Doa Mustajab Atau Tidak

Oleh: Nuruljannah Bt Md Yusof

PENDAHULUAN :
Doa merupakan suatu aspek dinamik terhadap segala aktiviti kita dalam kehidupan.Manusia tanpa mengira agama akan berdoa kepada tuhan memohon dipenuhi permintaanya kerana mereka tidak benar-benar pasti harapan dan nasib mereka pada masa akan datang samada baik atau buruk.Doa boleh dilafazkan atau dibaca dalam hati samada menggunakan ayat Al-Quran atau bahasa mereka sendiri.Bagi mencapai kualiti doa yang sempurna,kita haruslah memahami erti dan hakikat doa itu sendiri.Seseorang Muslim itu harus tahu apa perkara yang perlu dilakukan jika doa mereka dimakbulkan atau tidak.

TAKRIF DOA
Doa beerti permintaan,permohonan,pujian,percakapan,ibadah dan seruan atau ajakan.Dari segi istilah doa bermaksud memohon sesuatu kepada Allah s.w.t dengan cara-cara tertentu. Pengertian doa yang lebih khusus merangkumi tiga keadaan iaitu:
I. Pengikraran seorang hamba akan kewujudan Allah s.w.t.
II. Pernyataan seorang hamba tentang dirinya sebagai makhluk yang lemah,tidak cukup pengetahuan dan pengalaman, dan tidak berkuasa menentukan segalanya.
III. Melakukan koreksi diri iaitu menyedari status kita sebagai hamba yang lemah.

FUNGSI BERDOA
Fungsi doa menurut Rasuluallah s.a.w. bagi seseorang Muslim ialah :
1) Otak ibadah-doa mengandungi kebaikan untuk diri kita sendiri.Ia juga bermaksud harapan kita kepada orang yang di doakan supaya memperoleh kebaikan dan manfaat.
2) Pembukaan pintu rahmat-Allah telah berjanji untuk memberikan rahmat dan kasih-sayang-Nya kepada doa kita.Rahmat yang dikurniakan adalah dalam bentuk material,kesihatan,kebahagian,ketenangan, kemudahan dan lain-lain.Jika sesorang muslim itu telah dikabulkan doannya,maka dia seharusnya terus berdoa agar apa yang diperolehinya itu dirahmati dan diberkati Allah samada dalam bentuk harta,pangkat dan wanita.

Rahmat Allah terbaahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. Rahmat kecil : Rahmat yang kita terima dalam kehidupan dan diberikan kepada semua makhluk Allah yang bersesuaian dengan ketentuanya kerana Allah bersifat Al-Rahman.
2. Rahmat besar:Agama Islam dan iman yang dikurniakan Allah.
3. Rahmat sempurna:Rahmat yang kekal abadi di akhirat kelak iaitu syurga setelah kita berbuat baik dan beramal soleh ketika kehidupan di dunia.

Doa merupakan pembuka pintu terhadap semua rahmat Allah. Antara hadith
Rasulullah ialah:
Makna : Doa adalah pembuka pintu rahmat
(Al-Dailami)
3)Pelindung Terhadap Qadak dan Qadar Allah S.W.T-Hadith Rasuluallah
menyuruh kita untuk banyak berdoa agar terhindar daripada ketentuan Allah yang
tidak baik kepada kita.Kita disuruh berdoa kepada Allah memohon dikurniakan yang
terbaik.
4) Terhindar daripada bala dan Musibah
5) Mulia pada pandangan Allah S.W.T
6)Alat penghubung dengan orang yang telah mati-berdoa melalui solat jenazah.
7)Pengerat hubungan sillaturahim sesama Muslim
8)Penghubung antara anak dan orang tua baik yang masih hidup atau yang telah
meninggal dunia.
9) Penenteram batin-berdoa membuatkan hati kita menjadi tenteram dan tenang kerana
Kita mengaku akan kelemahan diri kita dan menagungkan kebesaran Allah.
10)Terapi psikologi untuk menyembuhkan penyakit-Sekirannya ditimpa musibah kita
haruslah berzikir, mengikrar kelemahan diri kita di hadapan Allah,beristighfar,
memuji kebesaran Allah serta berdoa diberi kekuatan untuk menghadapinya.
Kita juga boleh berdoa untuk orang lain.Doa terdapat 2 kekuatan iaitu:1)memohon
diberikan kesembuhan kepada pesakit dengan rahmatnya.2)memberikan kepuasan dan
harapan kepada pesakit.
11) Terhindar daripada godaan syaitan

TUJUAN BERDOA :
1) Panggilan jiwa manusia-Manusia akan berdoa apabila ditimpa musibah tanpa mengira
agama kerana ia adalah tabiat semulajadi manusia yang mengaku dirinya tidak berdaya
menghadapi masalah yang sedang dilalui.
2) Menurut perintah Allah S.W.T - Allah S.W.T berfirman :
Makna: Tuhanmu berfirman :’’Berdoalah kamu kepada-Ku,pasti Aku akan kabulkan
doamu itu.’’ (surah al-Mu’min 40:60)
3) Kelemahan manusia sebagai hamba Allah S.W.T
4) Keterbatasan kudrat manusia-Teknologi manusia masih gagal menyelesaikan perkara
yang diuji oleh Allah kerana ilmu manusia sangat terbatas,Allah yang member ilmu kepada
manusia dan saat manusia lahir,mereka tidak mengetahui apa-apa.
5) Allah S.W.T suka hambanya yang berdoa

KAEDAH BERDOA
Berdoa kepada Allah s.w.t juga mempunyai tatacara atau adab yang baik agar doa kita dikabulkan.Antarannya ialah :
1) Beristighfar- pengakuan kita secara sedar tentang dosa-dosa yang pernah kita lakukan,sama ada dosa-dosa besar atau kecil,sengaja atau tidak sengaja.Kita perlulah beristighfar dengan penuh perasaan dan penghayatan disertai dengan hati yang tulus semasa mengucapkannya di hadapan Allah s.w.t.
2) Membaca kalimah tauhid(lailahaillallah)
Membaca dengan penuh perasaan serta yakin bahawa Allah adalah satu-satunya yang
dapat mengabulkan permohonan kita.
3) Membaca ta’awuz dan basmalah(a’udzu billahi minasysyaithaanirrajim,
Bismillahirahmanirahim)
Sebelum berdoa,kita hendaklah memohon perlindungan daripada godaan syaitan,samada melalui fikiran atau lafaz doa.Kita harus melafazkan basmalah dengan penuh keyakinan bahawa Allah adalah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang pasti akan mengabulkan doa kita.
4) Membaca tahmid atau membaca al-asmaul husna
Kita haruslah mengaku dan yakin terhadap makna asmaul husna yang ditujukan kepada Allah s.w.t.Malah,kita melakukan amalan ini dengan penuh kosentrasi seolah- olah kita berhadapan dengan-Nya serta memuji-Nya dengan sifat-sifat tersebut.
5) Membaca selawat
Sebagai tanda terima yang mendalam kepada Nabi Muhammad S.A.W yang telah membimbing kita menjadi seorang muslim yang baik, membawa kita keluar dari alam kegelapan serta menjadi seorang manusia yang baik.Sebelum mengakhiri doa,selawat dibaca sekali lagi dan diikuti dengan hamdalah,alhamdullilah rabbal ‘alamin.
6) Membaca lafaz doa
Dimulakan dengan ucapan ‘Ya Allah,Ya Rabbi,Ya rahman,Ya Raahim’ beerti seruan terhadap nama Allah s.w.t.Dalam melafazkan doa,perkara paling utama ialah pengertian,penghayatan dan pemahaman terhadap apa yang kita ucapkan.
7) Menghadap kiblat
Berdoa yang baik ialah dengan menghadap kiblat serta mengangkat kedua-dua belah tangan mengikut cara Rasuluallah.
8) Berdoa dengan suara yang lembut
Berdoa dengan penuh khusyuk serta suara yang lembut yang bermaksud kita merendah diri dengan Allah S.W.T.
9) Berkeyakinan
Yakin allah s.w.t akan mendengar dan mengabulkan doa kita.Seorang mukmin harus mempunyai sepenuh pengharapan bahawa Allah pasti mengabulkan doa mereka.Kita juga perlu sentiasa berprasangka baik terhadap ketentuan Allah,maka Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita.
10) Dilakukan secara berulang-ulang
Pengucapan doa dilakukan berulang kali.Rasuluallah s.a.w mengulang doanya sebanyak 3 kali.
11) Berdoa dalam keadaan yang baik
Supaya dapat menambahkan kekhusyukan serta komunikasi kita dengan Allah s.w.t berjalan dengan sempurna.Keadaan yang sempurna dapat mengelakkan emosi dan perasaan kita bercelaru.
12) Berdoa dengan lafaz yang tegas dan jelas
Tiada perasaan malu dan ragu-ragu semasa berdoa kepada-NYA.Allah adalah satu-satunya tempat kita memohon dan merintih,yang berkuasa untuk mengabulkan permohonan kita.Allah bersifat Al-Rahman dan Al-Rahim,maka Allah pasti suka kalau kita memohon serta mengakui kelemahan kita sebagai hambanya.
13) Berdoa sesuatu yang logik
Kita hendaklah memohon sesuatu yang dapat kita capai,sesuai dengan kadar usaha,posisi serta keadaan kita dan bukanya sesuatu yang mustahil terjadi.Ini bukannya beerti Allah tidak berkuasa mengabulkan doa kita tetapi kita sendiri tidak menerima rahmat yang Allah berikan dan ini mungkin menyebabkan kita semakin jauh dari-NYA.
14) Berdoa sesuatu yang baik
Memohon kebaikan untuk diri kita serta orang lain dan janganlah berdoa keburukan kepada orang lain walaupun kita dianiaya tetapi serahkan kepada Allah untuk menetapkan hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran berguna kepadanya.Ini mengelakkan diri kita dikuasai dengan perasaan dendam dan fitnah.Kita seharusnya menyerahkan semua persoalan serta bertawakal kepada-NYA supaya mendapat ketenangan hati dan menerima segala ketentuannya.Ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk kita dan mempunyai hikmah disebaliknya.

SYARAT-SYARAT BERDOA
Berdoa bermaksud kita berharap permohonan kita akan dimakbulkan atau ditunaikan.
Allah s.w.t telah berjanji akan mengabulkan doa setiap hamba yang berdoa kepadanya
dan kita harus yakin doa kita akan terkabul. Terdapat syarat-syarat yang perlu kita penuhi
terlebih dahulu sebelum doa kita dimakbulkan.Antara syarat-syarat berdoa ialah :
1) Kita harus menjauhi segala larangan-Nya
Ini adalah syarat yang paling utama untuk Allah s.w.t mengabulkan doa kita.Kita hendaklah berusaha melaksanakan segala yang diperintahkan-Nya.
2) Memenuhi faktor-faktor terkabulnya doa
Sekirannya kita ingin doa kita dimakbulkan Allah s.w.t, kita perlu memenuhi prasyarat yang ditetapkan.Contohnya,jika kita ingin berjaya dengan cemerlang dalam ujian,kita seharusnya berdoa dan disertai dengan usaha yang gigih serta bertawakal kepada Allah kerana sebagai manusia biasa kita tidak dikurniakan mukjizat oleh Allah s.w.t seperti para rasul Allah.
3) Memahami pengertian doa
Kita hendaklah tahu maksud doa yang kita ucapkan supaya itu dapat menambahkan kekhusyukan dan dapat berdoa dengan sepenuh hati sesuai dengan kandungan doa yang kita hajatkan.Jika kita tidak mengerti doa yang kita baca,ia samalah seperti kita tidak berdoa.
4)Berdoa bersungguh-sungguh
Kita harus melakukan doa secara bersungguh-sungguh dan sepenuh hati supaya Allah dapat menilai sama ada ia sesuatu yang kita perlukan.
5)Berdoa dengan penuh kekhusyukan
Khusyuk ialah perasaan yang wujud daripada hati nurani kita yang penuh dengan perasaan rendah diri,tunduk kepada Allah s.w.t. Perasaan ini akan muncul dengan sendirinya jika kita memahami doa yang kita baca,lafaz yang baik,dilakukan secara mujahadah dan dalam situasi yang baik.Selain itu,komunikasi secara batin(isi hati) kita kepada Allah s.w.t amat penting.
6)Berdoa dengan ikhlas
Orang yang ikhlas berdoa ialah orang yang sepenuh hati memohon dikabulkan doanya.
Antara sebab-sebab tidak ikhlas semasa berdoa ialah:
• Faktor fizikal-contohnya situasi yang tidak selesa,masalah komunikasi terutama doa secara berjemaah,doa tidak difahami atau doa terlalu panjang.
• Faktor dalaman-tidak suka dengan orang yang membaca doa atau bacaan dalam doa.
• Berdoa bukan kerana kehendak hati.
7) Berdoa dengan hal yang wajar
Wajar beerti mengikut kemampuan diri.Terdapat beberapa sebab, antaranya ialah usaha yang telah kita lakukan,kesempatan yang ada serta kemampuan yang dimiliki untuk terkabulnya doa.Doa juga tidak mungkin terkabul jika kita memohon sesuatu yang mustahil atau tanpa usaha.
8) Berkeyakinan doa akan dimakbulkan
Yakin dalam batin kita bahawa Allah akan mengabulkan doa kita serta sentiasa berprasangka baik kepada-NYA kerana Allah pasti melahirkan anggapan yang baik kepada kita juga.Antara sebab-sebab doa tidak dimakbulkan adalah kerana :
• Berdoa tidak memenuhi prasyarat
• Tidak sesuai dengan cara Rasuluallah s.a.w
• Suka melakukan perkara yang dilarang

DOA DIMAKBULKAN ATAU TIDAK
Dikabulkan beerti Allah S.W.T memberikan sesuai dengan apa yang kita minta serta tepat pada waktunya.Ia juga beerti ditunda,tidak seketika itu juga diberikan.Terkabul pula bagi Allah adalah dengan tidak memberi apa yang kita minta.Ini kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita idamkan tidak sesuai dengan keadaan kita pada masa itu dan juga akan datang.Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dan sesuai untuk diri kita.Kita wajib bersyukur di atas segala rahmat dan kurniaan Allah kerana :
- Allah telah menetapkan sesuatu yang terbaik kepada kita.
- Allah Maha mengetahui kerana dialah pencipta dan penentu kehidupan ciptaanNya.Allah tidak akan memberikan sesuatu yang buruk kepada hambanya kerana Allah lebih mengetahui baik buruk sesuatu yang diminta itu dan hakikat diri kita.
- Allah akan menambah nikmat yang ada pada kita.
- Bersyukur ialah kita tetap menaruh prasangka baik terhadap Allah s.w.t.
- Kita sentiasa perlu bersabar dan yakin kepada Allah akan memberikan nikmat yang lebih besar kepada kita samada dalam bentuk material,kebahagian,ketenangan dan kesabaran.

DOA TERPILIH
Imam(pemimpin Negara) yang adil-memikul tanggungjawab terhadap rakyatnya.
Bersifat jujur,bersih dan bebas daripada segala maksiat.
Orang yang teraniaya,terjejas hak dan maruahnya-tanpa mengira agama
Doa ibubapa terhadap anak-anaknya
Orang yang soleh-dekat dengan Allah dan sentiasa menjauhi sifat-sifat mazmumah.
Anak yang patuh kepada kedua orang tua-Nya.
Orang bermusafir-berada dalam keadaan berisiko.
Orang yang berpuasa-mencari keredhaan Allah dengan menjaga diri daripada segala perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Seorang Muslim yang mendoakan teman muslimnya yang jauh.

DOA DITOLAK
Seorang Muslim wajib bersabar dan bertawakal dengan mendekatkan diri kepada Allah dan berharap hikmah daripada segala ketentuan yang telah ditentukannya.Jika doa tidak dimakbulkan,janganlah kita memohon doa selain daripada Allah kerana ia adalah syirik dan Allah akan murka terhadap hamba yang tidak menghargai dirinya serta menjatuhkan maruahnya sendiri.Akibat daripada sikap kita yang tidak sabar,ia membawa kepada murtad yang tidak akan diampuni Allah pada hari kiamat nanti.

TEMPAT DAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERDOA
Tiada tempat dan waktu yang khusus untuk berdoa.Ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa tetapi untuk mendapatkan kekhusyukan,tempat dan masa perlulah diambil kira.Ia kerana setiap orang mempunyai tempat yang sesuai untuk mengikat batin,perasaan dan jiwa raganya kepada Allah.s.w.t.Walaubagaimanapun Allah S.W.T tetap dapat mendengar setiap ucapan yang dilafazkan kita,bahkan jika kita tidak melafazkannya sekalipun.Antara tempat-tempat yang sesuai ialah :
- Rumah atau tempat ibadah-masjid,surau
- Dalam rumah
- Tanah lapang-padang pasir yang dapat menggambarkan kebesaran Allah s.w.t dan
kelemahan kita sebagai manusia.
- Tanah suci sama ada ketika melakukan ibadah haji dan umrah.
Waktu-waktu yang sesuai berdoa adalah :
- Qiamullail- malam lailatul Qadar iaitu sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan
- Melaksanakan ibadah haji – samada di Mekkah,Madinah atau dalam perjalanan ke
tanah suci kerana kita manyahut panggilan-NYA.
- Bulan Ramadhan-dikenali sebagai bulan keberkatan kerana para malaikat akan turun
ke dunia.Berdoa memohon keampunan,meminta rahmat dan doa
yang diinginkan baik dilakukan saat kita melakukan segala ibadah.
- Ketika solat-doa dilafazkan dalam hati ketika imam membaca surah Al-Fatihah iaitu
pada bacaan waladhdhallin,ketika sujud,rukuk dan selepas membaca tahiyat
- Sebelum, setelah dan sesudah membaca ayat-ayat Al-Quran-ketika menemukan ayat-ayat atau surah yang diafdhalkan untuk berdoa.
- Waktu malam-1/3 malam pertama(6-10 malam) ,1/2 malam kedua(selepas 12 malam)
dan 1/3 malam terakhir(selepas 2 malam)
- Hari & malam Jumaat- ketika mendengar azan,saat khatib membaca khutbah,
ketika melakukan iktikaf di masjid
- Hari Arafah(9 zulhijah)
- Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- Saat melakukan jihad fi sabilillah-bertempur melawan musuh,berjuang menuntut
ilmu dan menegakkan agama islam.
- Saat-saat tertentu-saat ulangtahun kelahiran atau kematian,saat mendapat rezeki
atau rahmat daripada-Nya,saat memasuki hal-hal yang baru
seperti rumah.
KESIMPULAN :
Kita sebagai manusia yang lemah dan kerdil tiada kuasa sepenuhnya untuk menentukan sebarang apa yang kita mahu dan juga tidak berkuasa untuk mengelak daripada sebarang ketetapan dan takdir Allah S.W.T termasuklah harta,kedudukan dan keturunan.Oleh itu,doa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T adalah harapan,pegangan dan senjata utama umat islam.Malah,doa ini merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia samada seseorang itu beragama atau tidak kerana mereka memerlukan sesuatu yang berkuasa disaat memerlukan pertolongan.Allah pasti mengabulkan doa hambanya dengan syarat kita haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh, berdoa memohon perkara yang sesuai serta berdoa sepenuh hati dengan mengerti apa yang dibaca.Doa juga merupakan satu ibadah yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dan dapat mengelakkan diri daripada perkara maksiat.Jika doa tidak dimakbulkan,seorang Muslim wajib bersabar dan bertawakal serta yakin Allah telah memberikan apa yang terbaik untuk kita.Kita hendaklah menjadi seorang Muslim yang sentiasa berdoa,sabar dan tabah menerima takdir Allah S.W.T.

No comments: