Thursday, April 16, 2009

Rahsia Di Sebalik Kesakitan

Oleh: Nur Haniza Mat Noor

Alhamdulilah Syukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan esei yang bertajuk Rahsia Di Sebalik Kesakitan. Ini adalah merupakan karya saya yang ditulis untuk memenuhi kerja kursus bagi subjek Tamadun Islam (CTU 551). Esei ini adalah merupakan tulisan yang didasarkan daripada rujukan terhadap buku ilmiah.

Esei ini mengupas berkaitan hikmah yang Allah turunkan kepada hamab-Nya disebalik ujian dan cabaran yang diberikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Maka setiap muslim haruslah sabar menempuh segala duagaan dan cabaran ini.

Penulisan esei ini memberikan impak yang positive terhadap diri saya di mana ia dapat meningkatkan pengetahuan dan menyedarkan saya bahawa setiap musibah yang Allah timpakan ke atas makhluk-Nya hanyalah untuk mengukukhkan jiwa dan iman terhadap-Nya serta sebagai satu bentuk ujian untuk memberikan ruang untuk lebih berfikir dan bersyukur.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penysarah bagi subjek ini, Tamadun Islam iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin yang telah memberikan pandangan berkaitan tajuk ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang memberikan sokongan dan idea dalam menyiapkan esei ini.

RAHSIA DI SEBALIK KESAKITAN


SAKIT

1.0 Pengertian Sakit

Menurut kamus dewan edisi ketiga sakit didefinisikan sebagai menderita sesuatu (seperti demam, pening dan lain-lain) yang menyebabkan seluruh tubuh atau sesuatu bahagiannya tidak segar, berada di dalam keadaan tidak sihat, uzur dan lain-lain. Selain itu sakit juga didefinisikan sebagai menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan dan lain-lain).

Sakit adalah merupakan satu daripada ujian atau cubaan yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya untuk menguji mereka. Seperti firman allah dalam bermaksud : “Dan, kami cuba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)” (Al-A’raf :168)

Begitulah perihalnya dengan penyakit yang dirasakan oleh setiap manusia tidak lain merupakan cubaan daripada Allah supaya setiap hamba-Nya sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa bersyukur.

1.1 Faedah Sakit Yang Dialami

Sakit yang dialami merupakan satu daripada sunatullah yang telah ditetapkan berdasarkan kepada rahmat dan hikmah-Nya. Setiap cubaan dan dugaan yang diberikan oleh Allah terhadap hamba-nya bukan hanya kesakitan semata-mata tetapi penuh dengan hikmah dan rahmat disebaliknya. Hal ini kerana pengatahuan Allah itu begitu luas dan tidak terbatas, maka hanya Dialah yang mengetahui segala-galanya. Terdapat berbagai-bagai hikmah disebalik penyakit yang didatangkan oleh Allah terhadap hamba-Nya. Antaranya :

Diberikan kemapunan terhadap dosa-dosa yang lalu
Kesabaran dalam menghadapi kesusahan
Darjat ditingggikan.
Selamat dari api neraka
Mensucikan hati
Mengingati saudara dan sahabat yang sakit
Mengingati pencipta
Mengingati nikmat-nya

1.2 Sabar Dan Kebaikkannya

Apabila seseorang itu menghadapi kesakitan seharusnyalah beliau bersabar dengannya. Menurut Ibnu Tamiyah yang dipetik dari sepakat para imam sabar menghadapi penyakit adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang mukmin. Ibnu Qayyim pula mengatakan bahawa sabar itu adalah wajib menurut ijma ulama, dan sabar itu adalah separuh daripada iman satu bahagian adalah sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur. Sabar dapat dibuktikan dengan tiga perkara iaitu, yang pertama adalah menahan diri daripada sifat marah. Yang kedua adalah menahan lidah dari mengeluh terhadap situasi yang dialami dan yang ketiga adalah menahan anggota tubuh agar tidak mengerjakan hal yang boleh menghilangkan kesabaran itu sendiri. Dalam Al-Quran Allah banyak menyebut tentang sabar.

Antaranya adalah : Allah pasti mencintai orang yang sabar“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”(Ali Imaran:146)

Allah memuji orang sabar“Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-prang yang benar-benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. (Al-Baqarah:177)

Allah bersama orang-orang yang sabar“Dan bersabarlah dan sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar”. (Al-Anfal:46)

Allah memberi pahala yang lebih “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”. (Az-Zumar:10)

Allah memberi balasan yang lebih baik daripada amal-amalnya.

Keutamaan sifat sabar“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatannya) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan”. (Asy-Syura:43)

Keuntungan orang yang bersabar

Nabi Muhammad s.a.w juga ada memperkatakan tentang sabar yang bermaksud seperti: “Tidaklah seseorang itu diberi suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar” (Al-Bukhari dan Muslim:)

Selain itu juga Nabi Muhammad s.a.w mewasiatkan seperti yang disampaikan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud :“Dan ketahuilah, bahawa di dalam sabar dalam menghadapi sesuatu yang tidak engkau sukai terdapat kebaikkan yang banyak”Baginda juga ada bersabda seperti yang ditakrij muslim yang bermaksud“Sabar itu adalah cahaya”

1. 3 Setiap Penyakit Itu Ada Ubatnya

Setiap penyakit yang diberikan Allah kepada hamba-nya pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah r. a dia bekata rasullah s.a.w telah bersabda yang diriwayatkan Muslim bermaksud :“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”

Maka jika seseorang itu menghadapi sesuatu penyakit hendaklah dia mencari jalan penyelesian bagi menyembuhkan penyakit yang dialaminya itu. Dalam pada mencari penyelesaian terdapat dua perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu : Yang pertama, ubat-ubatan dan para doktor hanyalah membantu menyembuhkan, tetapi yang sebenarnya memberikan kesembuhan ialah Allah s.w.t iaitu dengan kehendak Allah jualah. Seperti firman Allah dalam yang bermaksud :“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika, Allah mengkehendaki kebaikkan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya”. (Surah Yunus:107)


PENYEMBUHAN/PENAWAR

2. 0 Pengertian Penawar

Penawar adalah ubat untuk menawarkan racun, virus atau penyakit. Islam amat menuntut agar umatnya mencari penawar apabila berhadapan dengan penyakit. Selain daripada ubat-ubatan fizikal seperti ubat yang berbentuk kapsul, cecair atau suntikan, kita juga amat digalakkan banyak berdoa bagi memohon kesembuhan. Hal ini kerana doa juga merupakan salah satu daripada usaha yang dapat dilakukan selain daripada berusaha mendapatkan ubat-ubatan dan rawatan doktor.

2. 1 Doa

Doa dapat diertikan dengan permohonan atau permintaan kepada Allah. Selain itu doa juga bermaksud kebaikkan yang dipinta dengan restu kepada Allah.
Penyakit itu didatangkan oleh Allah maka Allah jualah yang akan menyembuhkannya. Justeru, sebagai umat Islam yang bertqwa kita haruslah memohon kepada allah supaya disembuhkan dari penyakit yang dialalmi. Allah telah berfirman dalam yang bermaksud:“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan”(Surah Al-Mukmin:60)

Selain itu Allah juga berfiman yang bermaksud :“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika dia menyeru tuhannya, (ya tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkau adalah tuhan yang maha penyayang. Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan kami kembalikan keluarganya kepadanya dan kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi kami dan menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. ” (Surah Al-Anbiaya’ Ayat 83-84)

2. 2 Kedudukan Doa Terhadap Musibah

Doa adalah merupakan satu daripada tertolaknya musibah dan mendatangkan rahmat kepada manusia. Doa yang dipohon kepada Allah ada hikmahnya kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Terdapat 3 tahap doa terhadap musibah iaitu :

Doa lebih kuat daripada musibah sehingga doa itu dapat menolak musibah
Doa lebih lemah daripada musibah beerti musibah lebih kuat sehingga menimpa hamba-Nya. Tetapi doa itu meringankannya
Doa itu sebanding dengan musibah, sehingga penolakkannya sebanding.

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda maksudnya:

“Dan sentiasa diakabulkan selagi dia tidak berdoa untuk suatu dosa atau untukmemutuskan tali persaudaraan selagi dia tidak tergesa-gesa. Ada yang bertanya apa yang tergesa-gesa itu? Maka Rasullah menjawab aku sudah berdoa namun tidak kulihat Allah mengabulkan bagiku. Sehingga dia memutuskan doa dan meninggalkan doa itu”. (Riwayat Muslim)

2. 3 Adab-Adab Ketika Berdoa

Doa yang dipanjatkan kepada Allah haruslah berterusan dan penuh dengan perasan rendah diri. Terdapat beberapa adab semasa memohon doa. Adab-adab adalah seperti berikut :

Berdoa dengan sepenuh hati.
Berdoa pada waktu-waktu mustajab
i. Satu pertiga malam.
ii. Ketika azan dan iqamat
iii. Selepas habis sembahyang fardu
iv. Ketika imam naik ke mimbar
v. Ketika sujud yang terakhir
Khusyukkan hati dan jiwa
Mengangkat tangan
Menghadap kiblat
Berada dalam keadaan suci dari hadas (diri dan tempat)
Memulakan dengan memuji Allah dan Rasulnya.
Bertaubat dan memohon ampun sebelum berdoa
Berdoalah dalam apa jua keadaan sekalipun
Mengulang-ulang doa tanpa rasa jemu

2. 4 Istiqfar Dan Bertaubat

Dalam kita mencari jalan penyelesaian dan penawar terhadap sakit yang dihadapi perlulah kita tahu punca dan sebab kepada penyakit yang dihadapi. Jika penyakit yang dialami adalah berpunca akibat daripada dosa yang dilakukan maka haruslah dihilangkan puncanyanya iaitu dengan bertaubat dan memohon ampun. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menerima taubat dariada hamba-nya” (Surah As-Syura:25)

2. 5 Perubatan Salah

Dalam mencari penawar bagimana menyelesaikan penyakit yang dihadapi, kita perlulah behati-hati dan memastikan kita tidak tersasar daripada kaedah perubatan yang ditetapkan dan disyorkan oleh agama Islam. Perkara-perkara syirik haruslah dijauhkan sama sekali iatu dengan berubat dengan sihir oleh tukang-tukang sihir dan bohmoh. Bohmoh dan tukang sihir adalah orang yang mengaku bahawa megetahui tentang ilmu sihir dan ghaib. Sesungguhnya mengamalkan ilmu ghaib atau sihir ini adalah merupakan dosa besar. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

“Tidak ada seorang pun di langit dan bumi yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah” (Surah An-Naml: 65)

Syeikh Muhammad bin Utsaimin ada menyebutkan bahawa membenarkan bohmoh itu adalah haram. Akibat daripada perbuatan mempercayai bohmoh dan tukang sihir itu, sembahyang tidak diterima selama 40 hari.

PERHATIAN

3. 0 Mengadu

Mengadulah kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Setiap muslim yang ditimpa kesakitan seharusnya menjadikan allah sebagai tempat mengadu yang paling utama. Allah adalah maha penyayang. Seperti yang telah dikatakan oleh Ibnul Qayyim “mengadulah kepada Allah bukan beerti menghilangkan kesabaran. Nabi Ya’qub a.s berjanji untuk bersabar. Dan jika sudah berjanji, seorang nabi pun tidak akan mengingkari, kemudian dia bersabda :“Sesungguhnya kepada Allah lah aku mengadukan kesusuhan dan kesedihanku” (Yusuf: 86)

3. 1 Ketika Sakit.

Pada ketika kita ditimpa sesuatu musibah atau penyakit hendaklah kita sentiasa menjaga waktu kita. Apa yang dimaksudkan dengan menjaga waktu ialah melakukan perkara-perkara yang bermanfaat seperti memperbanyakkan solat, memperbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir, memohon ampun, berdoa dan lain-lain serta menjauhi perkara-perkara yang haram. Harus diingatkan bahawa menjauhi perkara-perkara haram bukanlah ketika sakit sahaja tetapi setiap masa.

3. 3 Sikap Terhadap Keluaga Dan Rakan Ketika Sakit

Walaupun kita sedang menghadapi penyakit dan musibah kita seharusnya tidak membebankan orang-orang di sekitar kita. Janganlah menggunakan keadaan kita yang kurang baik untuk mengambil kesempatan terhadap orang lain terutamanya kepada orang yang menyanyangi kita terutamanya ibu bapa kita. Perlihatkanlah kepada ahli keluarga bahawa kita berasada dalam keadaan yang baik supaya keluarga dan rakan-rakan tidak risau dan sedih. jika keluaraga dan rakan taulan lupa atau jarang menziarahi kita ketika sakit jaganlah berkecil hati kerana mereka mungkin mempunyai banyak perkara lain untuk dilakukan. Berfikiran positive adalah lebih baik dan dapat membantu memyembuhkan penyakit kita.
3. 4 Segeralah Menulis Wasiat

Rasullah telah bersabda bermaksud :

“Tidak layak bagi seoran muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan selagi masih hidup selama 2 hari melainkan wasiatnya harus sudah ditulis dan diselesaikannya. ”

Tidak perlulah menangguhkan wasiat sehingga ada tanda-tanda mati. Hal ini di dasarkan kepad sabda Nabi Muhammad s.a.w ketika dia ditanyakan mengenai apakah sedekah yang paling besar pahalanya?

Dia menjawab “Engkaulah segera mengeluarkan sedekah selagi dalam keadaan sihat dan kikir, ketika engkau takut kemiskinan, mengharapkan kekayaan dan engkau meremehkan sehingga roh mendekati tengkorak. Telah ku katakana begini kepada fulan, kukatakan begini kepada fulan dan fulan mempunyai apa yang dusedekahkan”. (Riwayat Al-Bukahri Dan Muslim)

Dalam hal ini jelaslah bahawa perbuatan membuat wasiat adalah harus dilakukan dengan segera dan tidak perlu bertangguh.


3. 5 Membayar Tebusan.

Jika seseorang itu pernah melakukan kezaliman dalam masalah kehormatan atau lainnya, segeralah memberi tebusan, selagi masih memungkinkan. Dari abu hurairah r. a, katanya rasullah s.a.w bersabda :

“Barangsiapa pernah melakukan suatu kezaliman terhadap saudaranya dalam masalah kehormatan atau sesuatu pun, maka hendaklah dia memberikan tebusan pada hari ini sebelum dinar dan dirham tidak lagi berguna (hari kiamat). Jika dia mempunyai amal soleh, maka sebahagian amal solehnya diambil setara dengan kezalimannya dan jika dia tidak mempunyai kebaikan-kebaikan, maka sebahagian daripada keburukan-keburukan orang yang dizalimi diambil lalu ditimpakan kepadanya”(Ditakhrij Al-Bukhari)

3. 6 Setelah Sembuh

Setiap muslim yang sembuh dari penyakitnya adalah tidak lain dengan izin allah jua. Maka, hendaklah bersyukur dan memuji allah di atas nikmat kesembuhan yang diberikan allah terhadap hamba-nya. Ketahuilah bahawa kesihatan merupakan nikmat yang paling menyenangkan dan paling besar. Dari Ibnu Abbas r. a berkata Rasullah s.a.w telah bersabda:

“Dua nikmat, ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan waktu lapang”.

Rasullah telah menasihati kepada umatnya bahawa perlu sentiasa mendekatkan diri dan mentaati Allah. Seperti sabda baginda :

“Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu”.
(Ditakhrij Al-Hakim)

3. 7 Ibadat Orang Sakit

Ibadat wajib yang telah difardukan oleh Allah s.w.t haruslah dilakukan walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Setiap muslim haruslah melaksanakan setiap kewajipan yang telah allah tetapkan. Tetapi dalam hal ini, Allah memberikan kelonggaran terhadap hamba-nya seperti dalam firman-nya yang bermaksud:

“Dia sekali-kali tidak menjadikan kamu dalam agama suatu kesempitan”(Al Hajj:38)

“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kamu dan dengarlah serta taatlah”. (At-Taghabun:16)

Berdasarkan kaedah yang dijelaskan, Allah memberikan keringanan dalam beribadah kepada orang-orang yang lemah, menurut kelemahannya, agar mereka tetap boleh beribadah kepada Allah tanpa rasa kesulitan dan keberatan.

3. 8 Cara Bersuci Bagi Orang Sakit.

1. Orang yang sakit harus bersuci dengan air, wudu, dari hadas kecil dan mandi dari hadas besar.

2. Jika tidak sanggup bersuci dengan menggunakan air kerana keadaannya yang memang lemah atau kerana khuatir sakitnya bertambah parah atau menunda kesembuhan, maka dia boleh bertayamum.

3. Cara bertayamum adalah:
“Telapak tangan disentuhkan di debu yang bersih dengan sekali setuhan, lalu ditepiskan gar debunya tidak terlalu banyak, lalu mengusapkan ke seluruh wajah. Kemudian menyentuhkan lagi di debu, lalu saling diusapkan tangan antara satu sama lainnya”.


4. Jika dia sendiri tidak boleh berwudu’ atau bertayamum, maka orang lain boleh mewudu’kan atau mentayamumkan.

5. Jika disebahagian anggota tharahnya terdapat sebahagian terdapat luka, maka dia tetap harus membasuhnya dengan air. Namun jika dikhuatiri lukanya bertambah parah, maka tangannya cukup dibasahi air dan tempat lukanya hanya disapukan di permukaan sekadar sahaja. Jika ini juga tidak boleh di lakukan maka bolehlah dia bertayamum.

6. Jika anggota tharahnya ada yang patah, lalu ditutup dan dibalut, maka dia cukup mengusapkannya dengan air dan tidak perlu bertayamum. Sebab usapan tersebut sudah dianggap sebagai pengganti mandi.

7. Dibolehkan mengusapkan ke dinding saat tayamum, atau ke tempat lain yang memang suci dan juaga mengandungi debu. Jika dinding itu dilapisi sesuatu yang bukan dari jenis tanah, seperti dicat, maka tidak boleh tayamum padanya, kecuali di situ memang ada unsur debu.

8. Jika tidak memungkinkan tayamum di tanah atau di dinding atau sesuatu yang ada debunya, maka boleh diletakkan tangan di sapu tangan umpamanya yang diatasnya ditaburi debu.

9. Jika dia tayamum untuk satu kali solat, kemudian tetap dalam keadaan suci hingga masukwaktu solat yang berikutnya, maka dia boleh solat dengan tayamum solat pertamanya. Sebab dia masih dalam keadaan suci dan tidak terbatal tayamumnya.

10. Orang yang sakit harus membersihkan badannya dari pelbagai jenis najis selagi dia sanggup melakukannya. Jika tidak boleh, maka dia boleh solat dalam keadaan apa pun, dan tidak perlu mengulangi solatnya ketika suci.

11. Orang yang sakit haruslah solat dengan pakaian yang suci. Jika di pakaiannya terdapat najis, maka dia harus mencucinya atau menukarnya. Jika tidak memungkinkan maka dia boleh solat dalam keadaan apa pun, dan tidak perlu mengulangi solatnya ketika suci.

12. Orang yang sakit haruslah solat diatas tempat yang suci. Jika tempatnya itu ada najis, haruslah diganti atau dilapisi sesuatu yang suci. Maka dia boleh solat dalam keadaan apa pun, dan tidak perlu mengulangi solatnya ketika suci.

13. Orang yang sakit tidak boleh menangguhkan solatnya dengan alasan ketidakmampuannya dalam bersuci. Dia harus menurut kesanggupannya, solat pada waktunya, sekalipun di badannya, pakainnya atau tempatnya ada najis.

3.9 Sembahyang Orang Sakit.

1. Orang yang sakit harus menunaikan solat wajib dalam keadaan berdiri, sekalipun miring atau sambil bersandar ke dinding atau bertongkat.

2. Jika tidak boleh berdiri, dia bolehlah mendirikan solat sambil duduk. Yang paling baik ialah duduk sambil menyilangkan kaki kiri di bawah paha kanan di tempat ruku’ dan sujud.

3. Jika tidak boleh solat sambil duduk, maka dia berbaring pada lambungnya dengan mengahadap kea rah kiblat. Yang paling baik adalah pada lambung kanan. Jika tidak memungkinkan berbaring di lambung kanan atau tidak boleh menghadap kiblat, dia boleh bersolat seperti walau apapun keadaannya, dan tidak perlu mengulangi solatnya.

4. Jika tidak boleh berbaring di atas lambungya, maka dia boleh berbaring menghadap ke atas, dan kedua kakinya menghadap arah kiblat. Jika tidak memungkinkan berbaring di lambung kanan atau tidak boleh menghadap kiblat, dia boleh bersolat seperti walau apapun keadaannya, dan tidak perlu mengulangi solatnya.

5. Orang yang sakt harus ruku’ dan sujud dalam solatnya. Jika tidak saggup, maka dia boleh mengangukkan kepalanya, dan anggapan sujud lebih rendah dari anggukan ruku’. Jika dia boleh ruku’ dan tidak boleh sujud, maka dia harus tetap ruku’, sedangkan sujud cukup dengan menganggukan kepala. Jika dia boleh sujud dan tidak boleh ruku’ maka dia harus sujud dan mengangukan kepala ketika ruku’.

6. Jika tidak boleh menganggukan kepala ketika ruku’ dan sujud maka dia boleh melakukan dengan isyarat mata, dengan sedikit memejamkan mata ketika sujud. Sedangkan memberikan isyarat dengan tangan seperti biasa adalah tidak dibenar, sebab memang pada dasarnya di dalam Al-Quran, sunnah mahupun pendapat para ulama.

7. Jika tidak boleh menganggukan kepala atau memberikan isyarat mata, maka dia boleh solat dengan hatinya. Dia niat, bertakbir, membaca, ruku’, sujud, berdiri dan duduk dengan gerakan hati.

8. Orang yang sakit haruslah melakukan solat tepat pada waktunya dan mengerjakannya menurut kesanggupannya. Jika kesulitan melakukan solat tepat pada waktunya, maka dia boleh menjama’ solat zohor dan asar, maghrib dan isya’. Bolehlah dilakukan jama’ taqdim atau jama’ takhir. Dia boleh memilih yang mana mudah baginya. Solat subuh adalah tidak boleh dijama’kan.

9. Jika orang yang sakit dalam perjalanan, kerana dia hendak berubat di luar daerah, maka dia boleh mengqasarkan solat yang terdiri daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat bagi solat zohor, asar dan isya’. Baik masanya lama atau sebentar.

3. 10 Puasa Orang Sakit

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamudan tidak mengkehendaki kesusahan bagi kamu”. (Al-Baqarah:185)
Terdapat 2 jenis orang yang sakit

Seseorang yang sakit sudah berat, terus-menerus dan tipis harapannya untuk sembuh.
- Contohnya kanser.
- Untuk itu tidak perlulah berpuasa. Kerana tidak ada harapan dia bakal sembuh, sekalipun telah dicubakan, tetapi dia harus memberi makan orang mskin setiap hari. Dalam hal ini dia boleh menghimpunkan beberapa orang miskin sebanyak hari puasanya ditinggalkan. Setiap orang miskin mendapat bahagian seperempat sha’bahan makanan atau seberat setengah kilo lebih 10 gram. Ada baiknya juga dia memberikan lauk pauk, seperti daging atau ayam.
- Hal ini boleh dilakukan orang yang sudah tua, dengan memberikan makanan kepada oaring miskin setiap hari.

Orang yang sakit masih ada harapan sembuh
- Contoh demam
- Terdapat 3 macam iaitu
i. Dia tidak keberatan untuk puasa dan tidak membahayakan. Dalam keadaan harus berpuasa. Tidak ada alasan untuk meninggalkan puasa
ii. Dia keberatan untuk berpuasa dan tidak membahayakannya. Puasa menjadi makruh baginya, kerana mendapat ruksah daripada Allah.
iii. Puasa boleh membahayakan diri. Dalam keadaan ini haram baginya berpuasa. Sebab dia menghadapi bahaya, sedang Allah berfirman bermaksud:

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya allah adalah maha penyayang kepada kamu”. (An-Nisa:29)

3. 11 Perkara-Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

1. Suntikan yang tidak bervitamin, sekalipun suntikan tersebut menimbulkan rasa panas di tenggkorak. Sebab suntikan itu tidak sefungsi dengan makanan dan minuman.

2. Darah keluar dari hidung batuk, buasir, mencabut gigi, luka, ujian darah, kerana suntikan dan lain-lain. Semuanya tidak menghentikan puasa, kerana tidak serupa dengan pembekaman dan ianya tidak berpengaruh terhadap badan, seperti kesan pembekaman terhadap badan.

3. Jika tiba-tiba muntah tanpa sebab yang mengakibatkannya, jika perut mual-mual dan dia tidak kuat menahan muntahnya, maka dia tidak perlu menghentikan puasanya.

4. Meletakkan ubat atau celak di mata, sekalipun rasa mengimbas hingga ke tengkorak. Begitu juga menitiskan ubat telinga dan di luka, sebab semua ini bukan makan dan minum dan bukan dalam pengertian makan dan minum.

5. Menggunakan ubat kumur.

6. Menggunakan ubat gigi berhati-hati supaya tidak tertelan. Sebagaimana orang berpuasa seperti yang disyariatkan menggunakan siwak pada awal dan akhir siang.

7. Menggunakan sesuatu untuk menghilangkan bau mulut.

8. Menyapu minyak ke wajah, tangan dan tubuh.
9. Menggunakan spray untuk menglonggarkan sesak nafas.

PENUTUP
Sebagai kesimpulannya esei ini secara keseluruhan mengupas tentang bagaimana dan apakah tindakan yang perlu diambil oleh seseorang muslim itu apabila menghadapi ujian terutamanya dalam menghadapi penyakit yang melanda diri. Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang benar-benar bersabar dengan ujian yang diuji.

Esei ini juga menghuraikan bagaimana untuk menjalankan ibadah solat dan puasa bagi muslim yang menghadapi penyakit. Tidak ada kompromi dalam menjalankan ibadah, di mana walaupun dalam keadaan sakit setiap orang perlu menunaikannya iaitu bersesuian dengan kesanggupan dan kemampuan seseoarang pesakit. Allah telah memberikan kelonggaran terhadap hamba-nya yang menghadapi kesakitan. Bukan itu sahaja, keringanan dalam menyucikan diri jua dihuraikan.

Oleh itu, seharusnya kita bersyukur dan mengambil iktibar daripada ujian dan dugaan yang diberikan kerana terdapat pelbagai hikmah yang terselindung di sebaliknya. Kita seharusnya juga berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi. Yang paling penting adalah setiap menghadpi setiap dugaan dengan sabar dan penuh ketaqwaan.

No comments: