Thursday, April 16, 2009

Dosa Atau Pahala.

Oleh: Shahida Bt. Ibrahim.


PENDAHULUAN.
1. MANUSIA
Dalam ajaran al-quran, manusia pertama yang dijadikan ALLAH ialah Adam a.s. yang diciptakan dari tanah. ALLAH berfirman bahawa;- “dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat yang kering(yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk” (surah; Al-Hijr, ayat; 26)

Dan manusia berkembang biaknya dalam mencipta keturunannya dari air mani (nuthfah). ALLAH berfirman bahawa ;-

ALLAH tidak mahu pada hari kiamat nanti, manusia mengatakan ALLAH tidak memberikan peringatan kepada kami (manusia). Padahal ketika masih di alam Ruh lagi sudah diperingatkan supaya mereka ingat. !

Baik sebagai hamba dan sebagai khalifah adalah suatu amanat dari ALLAH yang diamanahkan kepada manusia. Padahal jika amanat itu dibarikan kepada gunung-gunung, langit, tetapi mereka menolaknya, kerana tidak mampu memikul resikonya ! oleh itu, manusialah yang bertanggungjawab dan dipercayakan oleh ALLAH untuk diberi amanat, baik di dunia mahupun di akirat.

“sesungguhnya Kami telah tawarkan amanat itu kepada langit dan bumi dan gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya (akan tetapi mereka mengelakkan diri dan takut), kemudian manusialahyang memikul amanat kepercayaan Kami itu. ” (surah : Al-Ahzab, ayat : 72)

2. DOSA.

Dosa didefinasikan sebagai pelanggaran dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia terhadap perintah dan larangan ALLAH di dalam ajaran islam.

Baik dosa besar, mahupun dosa sedang atau dosa ringan akan mendapat balasan siksaan atau ‘adzab ketika di alam Barzah atau ‘adzab qubur. Dan setelah hari kiamat, masuklah mereka ke dalam api neraka.

Dosa diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu dosa dengan ALLAH dan dosa dengan Manusia. Dosa dengan ALLAH dapat diklasifikasikan dalam dua jenis iaitu, dosa yang dapat diampuni-NYA, sepanjang manusia itu taubat dan minta ampun. Dan dosa yang tidak dapat diampuni-NYA seperti dosa berbuat syirik, menjadi orang musyrik dan dosa dosa dengan sesame manusia. Sedangkan dosa sesame manusia ALAH tidak dapat mangampuninya melainkan manusia itu sendiri yang memaafkannya, dengan menerangkan kesalahan (dosa) apa yang telah diperbuatnya.

Seperti riwayat sebuah Hadith Qudsi yang berbunyi seperti berikut :- “Hai anak cucu Adam! Selama kamu masih berdoa dan berharap kapadaKu, Aku akan ampuni dosa-dosa yang melekat padamu. Walaupun dosamu sebanyak awan dilangit, kalau kamu minta ampun kepadaKu, nescaya akan aku ampuni. Hai anak cucu Adam! Jika kamu dating kepadaKu dengan menikul dosa sepenuh bumi, lalu menghadapKu, dengan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain, maka Aku akan menyonsongmu dengan pengampunan sepenuh bumi” (riwayat Tirdmizi dariAnas bin Malik)

Hadith Qudsi tersebut mentafsir soal taubat dan dosa yang akan diampuni ALLAH s.w.t. hendaklah taubat dari dosa yang harus disertai dengan doa, tidak berputus asa dan selalu mengharap keampunan dari ALLAH, serta tidak menyekutukan ALLAH dengan yang lainnya.


3. PAHALA.

Pahala merupakan ganjaran dari ALLAH terhadap makhluknya yang beriman dan beribadah kepada ALLAH dan berbuat baik, beramal soleh kepada sesama manusia.

Buat manusia mendapat pahala pada sisi ALLAH, pertama manusia itu harus beriman kepada ALLAH. Tidak berbuat syirik, tidak menjadi orang musyrik. Kalau manusia sudah beriman kepada ALLA, mentauhidkan ALLAH. Bererti ia harus beriman kepada akhirat.

Semua pahala akan berakhir setelah ia meninggal dunia kecuali ia mati meninggalkan tiga perkara, iaitu, ia meniggalkan ilmu yang bermanafaat kepada generasi manusia yang akan datang, meninggalkan harta wakaf yang masih digunakan olah masyarakat, dan meninggalkan anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapanya.

Doa yang ikhlas ialah doa yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan sentiasa mendirikan solat dengan erti kata lain, doa orang-orang yang taqwa kepada ALLAH akan dikabulkan.

MANUSIA DALAM DOSA.
1. GOLONGAN ORANG KAFIR.

Kafir ialah orang yang tidak membenarkan kerasulan Muhammad s.a.w. atau orang yang tidak mentaati perintah dan larangan ALLAH s.w.t.

Kafir terbahagi kepada tiga golongan, iaitu kafir Kitabi, kafir Harbi, dan kafir Majusi. kafir Kitabi iaitu orang kafir yang tidak mengakui kerasulan Muhammad s.a.w. tetapi mempunyai kitabullah seperti Taurat dan Injil. Contohnya, kaum Yahudi hanya mengakui kerasulan Musa a.s dan mengakui kitab Taurat sahaja. Manakala, kaum Nasrani hanya membenarkan kitab Injil dan mengakui kerasulan Isa Almasih bin Maryam sahaja.

Kafir Harbi ialah kafir yang ditakluk kerana kalah dalam peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman khalifah. Golongan ini tidak mahu tunduk pada ajaran rasulullah

dan menjadi musuh oleh tentera muslimin. Kafir Majusi ialah orang kafir yang tidak mempunyai kitabullah.

2. DARI GOLONGAN ORANG MUSYRIK.

Musyrik ialah orang yang menyekutukan ALLAH dengan yang lainnya. Terdapat tiga jenis syirik iaitu menyembah sesuatu selain dari ALLAH, menyekutukan ALLAH, dan mempertuhankan manusia.

Menyembah sesuatu selain ALLAH seperti menyembah patung, binatang suci, kubur dan lain-lain.

Menyekutukan ALLAH seperti fahaman Trinitas dalam ajaran agama Kristian. Selain itu, menganggap sesuatu sebagai perantara, seperti tukang tilik, keramat dannlain-lain. Menyekutukan ALLAH adalah perbuatan manusia yang dosaqnya paling berat dan tidak dapat diampuni. Pernuatan syirik menggugurkan amalan soleh yang lain dan menjadikan golongan ini menjadi ahli neraka.

Mempertuhankan manusia seperti Budha Gautama, Pendeta dan Fir’aun. Quran menegaskan bahawa dosa manusia yang berbuat syirik dengan sengaja tidak akan diampuni olah ALLAH. Tetapi dosa syirik dalam kesalahan seperti nabi Zakaria yang meminta pertolongan ‘pokok besar’ untuk melindungi diri dari kaumnya yang tidak menerima dakwah yang disampaikannya, ALLAH akan mengampuninya sepanjang manusia itu taubat dan berdoa meminta ampun.

3. DARI GOLONGAN ORANG MUNAFIK.

Munafik ialah “orang yang suci (soleh) pada lahirnya sahaja, tidak pada batinnya. ” “ALLAH mengetahui dengan nyata orang-orang yang munafik. ” “Mereka menyatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung di dalam hatinya. Dan ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan. ” (surah : Ali ‘Imran, ayat :167)

Munafik termasuk di dalam sifat riya’, terutamanya dalam mendirikan solat. Mendirikan solat bukan kerana ALLAH, tetapi untuk mencari pujian dari masyarakat. Dan orang munafik apabila mati, tidak dapat disembahyangkan. Sifat-sifat orang munafik seperti berlainan kata dari perbuatan, bermuka dua (nifak), bersifat riya’ dalam perbuatannya, pendusta dalam perkataan, kalau bersumpah ternyata sumpah palsu dan menghalangi manusia dari jalan ALLAH. Nifak dapat disimpulkan seperti kalau berkata ia berdusta, kalau berjanji ia mungkir, dan kalau dipercayai ia khianat.

4. DARI GOLONGAN ORANG FASIK.

Fasik ialah orang yang berbuat dosa besar, orang yang melepasi batasan ketentuan hukum ALLAH.

Perintah ALLAH kepada manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu perintah ALLAH kepada pemerintah dalam memerintah Negara dan perintah ALLAH kepada umat muslimin itu sendiri melaksanakannya. Seperti mendirikan solat, puasa, zakat dan lain-lain yang termasuk dalam ibadah fardhu ‘ain.

Muslim yang tidak beriman sedangkan mereka mengetahui kebenaran Quran wahyu dari ALLAH. Tetapi mereka tidak mahu beriman. Muslim yang tahu islam itu benar, tetapi mereka tidak membenarkannya. Orang muslim yang tahu bahawa mwndirikan solat itu wajib, tetapi tidak mahu mendirikannya. Inilah orang-orang yang fasik yang diliputi oleh dosanya.

5. DARI GOLONGAN ORANG ZALIM.

Zalim ialah orang yang aniaya. Iaitu orang yang melanggar larangan, menyimpang dari kebenaran dan keadilan yang dikehendaki olah ALLAH. Misalnya, raja yang tidak adil.

MANUSIA DALAM PAHALA.
1. DARI GOLONGAN ORANG TAQWA.

Taqwa ialah orang yang takut pada ALLAH seperti apa yang diperintahkan ALLAH ditaati dan apa yang dilarang ALLAH tidak dilanggar.

Tanda-tanda orang bertaqwa seperti menempuh jalan hidup yang dikehendaki olah Quran, beriman kepada hal-hal yang tidak dapay dicapai oleh akal manusia iaitu hal-hal yang bersifat ghaib, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dari hartanya, beriman kepada Quran dan kitab-kitab dahulu seperti Kitab Zabur, Taurat dan Injil, serta beriman kepada hari kemudian.

2. DARI GOLONGAN ORANG BENAR.


Shadiqin ialah orang-orang yang yakin bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah benar. Hanya seorang sahaja yang disebut oleh nabi sebagai ‘shadiqin’ iaitu ‘Abu Bakar As-Siddiq’ kerana beliaulah orang yang pertama membenarkan apa yang diucapkan Rasulullah tentang perjalanan beliau dalam “Isra’ Mi’raj”.

Orang yang tergolong dalam shadiqin sudah dijamin oleh ALLAH masuk syurga tanpa hisab dan diberi kesempatan oleh ALLAH memberikan syafaat. Contoh lain mengenai shadiqin ialah Ismail bin Ibrahim a.s dan permaisuri raja fir’aun iaitu Aisyah yang merupakan muslimat yang shadiqin.

3. DARI GOLONGAN ORANG SOLEH.

Soleh ialah orang-orang yang beramal ibadah kepada ALLAH dan kepada sesama manusia meliputi ibadah fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

Kehidupan di dunia terbahagi kepada dua iaitu berusaha memenuhi hajat hidup di dunia yang tidak terbatas dan berusaha mempersiapkan bekal buat kehidupan yang kekal di akhirat, tempat yang kekal abadi.

Orang yang soleh tidak mengharapkan ganjaran manusia, tetapi mengharapkan ganjaran ALLAH. Ibadah zikir, dan bertasbih merupakan ibadah yang mulia di sisi ALLAH. ALLAH menepati janji-NYA. Janji ALLAH benar. ALLAH tidak menyalahi janji-NYA.

4. DARI GOLONGAN ORANG YANG SABAR.

Sabar ialah orang-orang yang tabah dalam segala duka dan rintangan hidup dan bersifat tenang dalam menghadapi setiap kemungkinan yang akan terjadi pada dirinya serta tidak berputus asa atas rahmat ALLAH. Contoh orang yang sabar seperti Ismail yang akan disembelih ayahnya Nabi Ibrahim a.s. , orang yang dapat penyakit, dan maryam yang mendapat berita tentang kehamilannya dari malaikat.

5. DARI GOLONGAN ORANG YANG BAIK.

Muhsinin ialah orang-orang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik samaada ketika beribadah kepada ALLAH dan berbuat baik kepada sesama manusia.

Manusia biasa dapat menjadi muhsinin jika ia tetap berpegang dengan ajaran agama islam iaitu ajaran Quran dan Hadis. Dalam erti kata lain, hanya orang yang berbudi luhur, berlaku jujur dan taat kepada ajaran agama dapat mencapai gelaran ‘muhsinin’.


6. DARI GOLONGAN YANG SYAHID.

Syahidin ialah orang yang berjuang dan berkorban untuk agama ALLAH dan kerana ALLAH ia sanggup mati. Syahid bukan sahaja berjuang untuk agama ALLAH tetapi juga berjuang untuk mempertahankan tanah air, dan banga dan niat hanya kerana ALLAH.

Orang yang mati syahid disebut “syuhada”. Ruhnya berdiam di dalam diri burung yang terbang di atas sungai-sungai syurga. Kemudian tempat tinggalnya di bawah ‘Arsy.

7. DARI GOLONGAN YANG TERPIMPIN.

Muhtadin ialah orang-orang yang suka memberikan petunjuk kepada orang lain di jalan ALLAH, di jalan lurus ; suka memberikan bimbingan kepada orang-orang ke jalan ALLAH. Dengan demikian bahawa muhtadin itu adalah orang-orang yang terpimpin di jalan ALLAH.

Orang yang tergolong muhtadin ini, orang yang suka membaca atau hafaz al-Quran serta dijadikan petunjuk ke jalan yang diredhai ALLAH, bukan jalan yang sesat. Quran menjadi petunjuk dan pimpinan bagi orang yang terpimpin yang taqwa kepada ALLAH.



MANUSIA DALAM DOSA DAN PAHALA.

Bagi orang muslim, tidak banyak yang benar-benar bertaqwa kepada ALLAH. Barangsiapa yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Quran dan Hadis bererti hidupnya sudah mendapat petunjuk, mendapat bimbingan dalam jalan lurus.

Dalam al-Quran terdapat suatu pengertian bahawa hidup manusia itu pada waktu susah ia terlalu banyak ingat kepada ALLAH. Tetapi ketika waktu senang ia lupa dengan tuhannya. Dan sebaliknya. Serta tanda orang-orang muslim yang ingat dengan ALLAH ialah jika ia mendirikan solat dengan tetap.

Taubat ertinya meninggalkan perkara yang berdosa dan melakukan perkara yang mendapat pahala. Orang yang taqwa kepada ALLAH akan berada di bawah naungan Arsy ALLAH dan dijamin ALLAH akan masuk syurga.


KESIMPULAN.

Manusia dalam dosa, ALLAH tidak akan menyiksa dosa-dosa hambaNya ketika hidupnya di dunia. Tetapi ia akan mendapat siksaan di akhirat, setelah hari kiamat. Ketika orang-orang kafir ini di dalam neraka, mereka ingin sekali dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh dan beriman kepada ALLAH.

Bagi manusia dalam pahala, mereka menganggap hidup mereka susah di dunia, tetapi senang di akhirat. Sebenarnya mereka salah. Al-Quran menganjurkan kehidupan orang muslim itu seharusnya senang di dunia dan di akhirat.

“Persiapkanlah bekal buat kehidupanmu di akhirat, tetapi jangan melupakan kehidupanmu di dunia, ” (surah : Al-Qhashash, ayat : 77)

Kesimpulannya, bagi orang-orang kafir, mereka hanya mendapat kebahagiaan di dunia. Tetapi orang-orang mukmin yang taqwa kepada ALLAH akan mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat. Namun, kebahagiaan di akhiratlah yang paling abadi dan kekal.

No comments: